feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Baraan Jalan 5/5 BAWAH

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia,

Berikut dikongsikan gambar baraan hari kedua di Jalan 5/5 sebelah BAWAH dengan pit-stop di rumah En Fadzel. Keseluruhan rumah yang dihadiri adalah 8 buah rumah. Manakala jumlah jiran yang hadir lebih ramai daripada malam sebelumnya. Kanak-kanak yang hadir sekitar 50 orang. Jika dikiran jumlah keseluruhan sekitar 100 orang hadir malam tadi. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk Imam 1, En Salman dan imam 2, En Fadzel merangkap tuan rumah semalam.

Yang paling gembira adalah kanak-kanak. Selain duit raya yang menjadi tumpuan (panjang kalau beratur nak dapat duit raya), jajan dan air kotak menjadi rebutan kanak-kanak. Ada rumah yang kekurangan duit raya sehingga terpaksa menggunakan duit tambahan tanpa sampul. Pemandangan yang menarik. Bagaimanapun ibubapa digalakkan menasihatkan anak masing-masing agar tidak melihat itu sebagai tujuan utama. Tetapi amalan kunjung-mengunjung dan menghormati jiran perlu diutamakan. Jamahlah hidangan dan pastikan tidak menyepahkan sampah jajan dan coklat yang disediakan.

Di masa yang sama, kita juga mengalu-alukan jiran baru kita (nombor rumah tak ingat tapi rumah semiD nombor 2 daripada bawah). Nama pun saya dah terlupa. Harap yang lain dapat ingatkan saya.

Tidak ketinggalan menu yang dihidangkan malam tadi agak unik. Antaranya roti yang dibuat sendiri dicicah dengan daging cincang dan telur mata kerbau. Ini merupakan menu kegemaran ayah En Fadzel. Selain karipap berinti bihoon dan juga donat berinti castard dengan hiasan warna-warni di atasnya.

Insya-Allah malam ini akan dimulakan dengan rumah En Nordin Jalan 5/3 dan diakhiri dengan rumah di jalan 5/4. Marilah sama-sama memerihkan majlis baraan malam ini. Disamping itu, pihak persatuan kejiranan juga menjemput jiran-jiran bukan Islam kita untuk turut sama hadir terutama di pit-stop yang telah ditentukan. Biasanya dalam 9.45 malam rombongan akan berada di rumah terakhir atau pit-stop. Itu mengikut jumlah rumah yang dihadiri.

-Khai@BSP-


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs671.snc4/61118_446143317995_163419787995_5112760_3063051_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs313.ash2/59345_446143932995_163419787995_5112785_2631596_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs646.snc4/60634_446142677995_163419787995_5112734_4492657_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs323.ash2/60367_446143037995_163419787995_5112748_959320_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs644.snc4/60396_446144127995_163419787995_5112792_8247341_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs708.snc4/62851_446143312995_163419787995_5112759_8040408_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs345.ash2/62586_446142777995_163419787995_5112738_2197185_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs345.ash2/62586_446142782995_163419787995_5112739_8879_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs651.snc4/61118_446143302995_163419787995_5112757_4285459_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs646.snc4/60682_446143202995_163419787995_5112756_5504908_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs330.ash2/61003_446143602995_163419787995_5112770_6997260_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs333.ash2/61318_446144152995_163419787995_5112797_6326710_n.jpg
Jiran baru Jalan 5/5

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs676.snc4/61612_446144722995_163419787995_5112820_6249823_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs676.snc4/61612_446144727995_163419787995_5112821_2003603_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs656.snc4/61612_446144742995_163419787995_5112823_897044_n.jpg

Lagi http://www.facebook.com/album.php?aid=210594&id=163419787995&ref=mf







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.