Carian entri blog
Baraan 5/6 Bawah Semalam
Posted by
khaiatbsp
Salam dan salam sejahtera.
Baraan SP5 di jalan 5/6 Bawah semalam telah berjalan lancar walaupun di awalnya hujan renyai-renyai. Majlis dimulakan dengan rumah En Atiq (5/6 Atas) kerana beliau tidak dapat menyertai baraan malam ini.
Hampir 13 rumah telah dikunjungi dan diakhiri dengan rumah En Hashim Marman.
Antara yang menarik yang boleh dikongsikan adalah beberapa makanan hidangan istemewa tuan rumah. Di rumah tuan Hj Shaari, beliau telah menyediakan tart telur yang sangat lembut dan menarik persembahannya. Manakala, rempeyeknya juga rangup dan nipis.
Pisang goreng cicah sambal kicap bercili sangat mengujakan. Itulah yg disediakan di rumah En Sufian yang menyebabkan ramai ahli baraan yang berhenti agak lama menikmati makanan yang jarang disediaakan itu.
En Zamri pula menghidangkan kuih raya yang menurutnya tiada satu pun yang dibeli. Semuanya dibuat sendiri, cantik dan sedap.
Manakala di rumah terakhir En. Hashim Marman, Laksa Nyonya merupakan tarikan utama. Disamping hidangan lain sumbangan warga jalan 5/6 BAWAH.
Bagi pihak jalan 5/6 BAWAH saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke rumah-rumah kami. Serta tak lupa kepada En Hashim kerana bersedia menyediakan rumahnya sebagai pit-stop.
Manakala bagi pihak AJK dan warga SP5 yang lain, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kerana persediaan yang telah dijalankan.
Bagaimanapun sedikit teguran untuk warga cilik SP5. Berkenaan sampah terutamanya kotak air yang banyak ditaburkan diluar rumah. Diharapkan sampah tersebut dapat dimasukkan ke dalam tong yang disediaakan.
Serta diharap ibubapa dapat mengingatkan anak-anak agar tertib serta menghormati majlis, tuan rumah dan ibubapa yang turut hadir. Berdirilah bersama-sama ketika berselawat dan diharap tidak memainkan selawat. Hormati tuan rumah dengan tidak membuang sampah merata-rata. Beratur ketika menerima sampul duit raya dan tidak bertolak-tolak. Diam seketika ketika ucapan diberi kerana mungkin ada isi penting yang boleh dikongsi bersama. Hormati juga ibubapa lain dengan tidak menolak atau bergurau berlebihan. Serta bermain secara baik sesama sendiri agar keharmonian antara kita akan terus bekekalan. Agar akhirnya majlis Baraan kita akan tetap relevan dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
Gambar dikepilkan serta selebihnya di pautan ini http://www.facebook.com/album.php?aid=214589&id=163419787995
Sekian.
Khai@BSP

2010-09-28T09:44:00+08:00
khaiatbsp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.