Carian entri blog
Polis Selangor Nasihat Penduduk Isi Borang Balik Kampung
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3498.msg36005#msg36005
Isi borang / sms Polis sebelum balik kampung
Polis Selangor Nasihat Penduduk Isi Borang Balik Kampung
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Penduduk di negeriSelangor dinasihatkan supaya mengisi borang pemberitahuan sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti perayaanTahun Baru Cina.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata dengan mengisi borang tersebut, ia memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggal kosong.
"Polis dapat menjalankan pengawasan di sekitar kediaman terbabitmelalui sistem rondaan kawasan yang lebih fokus dan tertumpu, manakalaorang awam dapat meninggalkan rumah mereka dengan lebih selesa tanpa terlalu memikirkan soal keselamatan harta benda mereka.
"Anggota polis sentiasa bersiap sedia 24 jam dan bertindak ke atassegala maklumat orang ramai yang meninggalkan ibu negara," katanyakepada pemberita pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah SempenaBalik Kampung Cuti Perayaan Tahun Baru Cina di sini.
Turut hadir ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata kadar jenayah pecah rumah pada siang dan malam hari serta kecurian khususnya di musim perayaan dapat dibendung dengan berkesan sekiranya orang ramai bekerjasama dengan polis dengan memaklumkan ketiadaan mereka.
"Semasa musim perayaan sepanjang tahun lepas, penduduk di SriKembangan, (Subang Jaya) telah menyahut saranan polis dengan mengisiborang balik kampung dan ternyata langkah itu berjaya menyelamatkankediaman mereka dari dipecah masuk," katanya.
Khalid berkata selain bantuan dari polis, masyarakat juga perlumengamalkan sikap 'jaga tepi kain orang' bagi mengurangkan kadarjenayah di kediaman masing-masing.
"Penduduk juga perlu ada sikap ambil peduli dan tolong-menolongsesama mereka. Contohnya bila penghuni yang menyambut Tahun Baru Cinapulang ke kampung, jadi penghuni berbangsa Melayu yang tidak pulang kekampung boleh tolong tengok-tengokkan rumah jiran mereka dan begitulahsebaliknya," kata Khalid.
Sementara itu, Lee berkata sebanyak sejuta risalah dalam empat bahasaakan diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi mencegahpelbagai jenis jenayah.
"Bagi musim perayaan tahun baru Cina yang bakal menjelang, hariini kita telah mengedarkan hampir seribu risalah bagi pengunjung dipusat membeli-belah One Utama ini.
Risalah itu mengandungi nombor-nombor telefon polis termasuk RakanCop, Bomba dan Peronda Lebuhraya PLUS seluruh negara, katanya.
Lee berkata orang-ramai boleh menghubungi talian yang tertera untuk mendapatkan sebarang bantuan.
-- BERNAMA
p/s: Berikut dikongsikan tips keselamatan sempena kempen balik kampung rumah selamat yang diusahakan oleh Ibu pejabat Polis Subang Jaya.
Sila hubungi balai polis berdekatan :
Balai polis Bdr Seri Putra : 03-89258222