feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Kem Ibadah 2013 - 16 & 17 November 2013




 
Surau al-Hijrah BSP dengan kerjasama barisan Imam Muda Surau, akan menganjurkan program di atas dengan tujuan untuk MEMANTAPKAN SOLAT ANAK-ANAK, terutamanya anak-anak para Jemaah Surau supaya dapat menuju ke arah KESEMPURNAAN SOLAT. Penyertaan dibuka kepada murid-murid yang bersekolah Rendah sahaja, lelaki dan perempuan. Insyaa Allah di masa hadapan, kita akan teruskan dengan golongan sasar yang lebih tinggi.
 
Tarikh serahan borang kepada kedua Penama di atas adalah selewat-lewatnya pada HARI JUMAAT, 15 OKTOBER 2013 di Surau Al-Hijrah selepas Solat Isyak.
 
Para Peserta akan BERKHEMAH DI DALAM KAWASAN SURAU YANG BERPAGAR, diasingkan antara lelaki dan perempuan serta akan diawasi oleh Imam Muda serta fasilitator lelaki dan perempuan dari KUIS. Tarikh pendaftaran dan pembayaran yuran Peserta adalah pada jam 8.00 PAGI, 16 OKTOBER 2013.
 
Sila pastikan anak-anak anda bersedia dengan peralatan berikut :
1. Khemah Individu atau berkumpulan
2. Alas khemah tebal, bantal dan selimut.
3. Alatan alatulis beserta buku catatan
4. Peralatan membersihkan diri individu (berus gigi, towel, sabun dsb)
5. Krim penghalau serangga (mosquito repellent)
6. Pakaian yang bersesuaian (menghadiri kelas / amali Solat / sukan / santai)
 
Makanan akan disediakan oleh para Ibu-Ibu Muslimah secara gotong-royong dan setiap bantuan dari para Jemaah amat dialu-alukan. Sebarang bentuk penajaan dan sumbangan dalam apa juga perkara diiringi dengan tangan terbuka.
 
Oleh kerana tempat adalah terhad, sila pastikan anak-anak anda mendaftar awal. Keutamaan akan diberikan kepada anak-anak para Jemaah dan ahli Qariah. Insyaa Allah, penerangan akan dihebahkan dari masa ke semasa dan sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi menerusi telefon/sms/WhatsApp Penama di atas.

Sekian, wassalam.
 
SEBARANG BENTUK DERMA UNTUK PEMBANGUNAN, PENYELENGGARAAN & AKTIVITI SURAU BOLEH DISALURKAN TERUS KE DALAM
SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI AMAL JARIAH TUAN/PUAN DAN MENDAPAT RAHMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT. INSYAA ALLAH.







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.