feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Projek Pembinaan Surau Al-Hijrah Fasa Ke-2






Inline images 1

Assalammualaikum.

Ahli karyah Surau Al-Hijrah yang dikasihi Allah.

Untuk makluman semua ahli karyah, projek pembinaan Surau Al-Hijrah Fasa ke-2 telah pun bermula. Projek tersebut akan membina ruang solat tambahan (tidak berdinding) dibelakang ruang solat utama. Ruang solat utama tidak akan diakan ada sebarang perubahan dan boleh digunakan seperti biasa.

Bagaimanapun, tempat wuduk wanita telah diletakan concrete brc. Maka jemaah wanita diminta berhati-hati semasa mengambil wuduk atau sebaik-baiknya ambil dirumah.

Pembinaan dijangka berjalan selama 2 bulan dari sekarang. InsyaAllah akan siap sebelum ramadan.

Bagi menampung pembiayaan projek Fasa ke-2 ini, pihak surau melancarkan program wakaf sebanyak 2,100 lot dengan jumlah wakaf RM100/lot.

Pihak kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari semua ahli karyah. Kami juga mohon diwar-warkan kepada rakan dan sahabat yang lain.

Bagi yang ingin menyumbang secara online atau cek, berikut maklumat bank pembayar.

Bank: Bank Muamalat
No akaun: 1207-0005265-71-8
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Alamat: Surau Al-Hijrah, Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
No pendaftaran: JAI.SEL.BMP/01/034/310

Berikut langkah-langkah pemindahan online bagi memudahkan rekod bendahari surau:
1- Buat pemindahan ke nombor akaun di atas (email suraualhijrah@bandarseriputra.com, jika diperlukan)
2- SMSkan maklumat pemindahan (jumlah, masa dan rujukan jika ada) kepada 012-3666764.

Diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.
Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.

Harap maklum.

 
Sekian, wassalam.
Sebarang sumbangan bagi pembangunan & penyelenggaraan Surau baharu boleh disalurkan melalui :

http://surau-al-hijrah.blogspot.com







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.