feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013



Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013 (HKBSP'13) merangkumkan tiga acara utama Kayuhan Amal, acara sukaneka (SUKANEKA BSP 2013) dan pertandingan mewarna. Antara lain hari keluarga ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk Bandar Seri Putra (serta kawasan sekitarnya) serta bertujuan memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat Bandar Seri Putra yang kini dianggarkan berjumlah lebih kurang 30,000 orang.

Kayuhan Amal mengajak penduduk agar mengamalkan budaya sihat dengan berbasikal daripada lokasi utama ke semua surau di Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra. Program ini adalah juga serampang dua mata yang bertujuan untuk menambahkan kutipan pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra yang masih memerlukan sejumlah RM4.5 juta.

Manakala, program sukaneka cuba membawa penduduk untuk kembali ke sekolah mengimbau kembali zaman persekolahan. Pelbagai acara sukaneka yang pernah dimainkan semasa zaman persekolahan akan disenaraikan dan dimainkan oleh peserta dewasa. Disamping itu kategori remaja dan kanak-kanak akan juga dimuatkan.

Acara sampingan seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika dan cabutan bertuah akan turut diselitkan.

TARIKH: 16 MAC 2013 (SABTU)

MASA:7.00 pagi - 1.30 petang

TEMA DAN TEMPAT

KAYUHAN AMAL
TEMA : "BERKAYUH MENYUSURI SUNNAH RASULULLAH"
TEMPAT : BERMULA DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP) DAN BEKAYUH KE SURAU-SURAU SEKITAR BANDAR SERI PUTRA DAN TAMAN IMPIAN PUTRA

SUKANEKA & MEWARNA
TEMA : "KEMBALI KE SEKOLAH"
TEMPAT : SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP)





Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.