feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Ucapan Hari Raya YDP PPBSP

Inline images 1


Inline images 3

Inline images 2

SALAM HARI RAYA AIDIL FITRI 1 SYAWAL 1433

Segala puji bagi Allah pemilik kerajaan langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda, para sahabat yang setia dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena hari yang mulia pada 1 Syawal 1433H ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Bagi pihak diri saya sendiri dan seluruh ahli jawatankuasa PPBSP
, kami menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan serta memohon dihalalkan segala yang termakan dan terminum.

Syukur kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan kali ini jumlah ahli berkunjung berterawih lebih ramai di semua surau Bandar Seri Putra. Tahniah kepada saudara sekelian dan juga kepada semua pengerusi dan ahli jawatankuasa surau-surau di Bandar Seri Putra yang telah mengatur berbagai aktiviti dengan jayanya seperti tazkirah, terawih dengan imam hafiz, berbuka puasa, more, tahlil arwah, tadarus dan qiyamulail.

Bagi mereka yang balik kampung, kami mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang. Berhati-hati di jalan raya dan pandu kenderaan dengan sifat kasih sayang, ceria, sabar dan saling memaafkan. Juga jangan lupa kunci semua pintu dan tingkap rumah, simpan semua barang yang berharga di tempat yang selamat dan serah borang balik kampong di balai Polis sebelum berangkat pulang.

Alhamdulillah PPBSP telah menjadi pengajur Bazar Ramadhan BSP musim ini dengan tempat baru. Sebagi penganjur baru yang diketuai oleh Ketua Biro Ekonomi, kami sedia menerima teguran dan cadangan bagi menambahbaik bazar yang telah menarik banyak pengunjung.

Untuk musim cuti hari raya ini, satu program keselamatan anjuran bersama PPBSP, pihak pemaju, persatuan-persatuan penduduk, wakil skim taman dan pihak berkuasa akan dijalankan. InsyaAllah dengan muafakat semua pihak, kita doakan agar Bandar Seri Putra akan mencatat rekod sifar jenayah pada musim cuti kali ini. Jika program ini yang diterajui oleh Ketua Biro Keselamatan PPBSP berjaya, kita berharap semua pihak yang berkepentingan akan meyokong sepenuhnya untuk diteruskan bagi masa hadapan.
Dengan izin Allah, akhir kata kita berjumpa di Majlis Ramah Mesra BSP 2012 pada 23 September 2012 di padang permainan dan rekreasi SP5, Bandar Seri Putra.

Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

HAJI AHMAD BIN YUSOF
YANG DIPERTUA PPBSP
Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.