feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP

376183_10150454491933117_795508116_8651574_82371677_n.jpg

From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

Assalamualaikum Semua,

JK Pembinaan memanjatkan Syukur Alhamdulillah di atas limpah kurniaNya...

Di atas usaha kuat YBhg Datuk Saian, Masjid Al-Mustaqim BSP berjaya mendapatkan Surat Pelepasan Cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 (tempoh 3 tahun).

Resit rasmi boleh didapati daripada Bendahari (sdr Ahmad Nizam tel: 019-2462115) atau daripada Setiausaha (Tn. Hj. Anwar tel: 019-8852321) dengan membawa maklumat dan item berikut:

  • Nama penderma
  • Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
  • Alamat penuh penderma (sumbangan RM5,000.00 ke atas)
  • Wang tunai/Slip bank-in ke dalam akaun Masjid Al-Mustaqim

Tolong war-warkan kepada sahabat, kenalan, para jemaah di surau, rakan sekerja, serta penduduk BSP mengenai perkara ini supaya kita akan mendapat sumbangan yang lebih banyak bagi merealisasikan hasrat kita untuk melihat sebuah masjid di BSP dibina.
 
Walau bagaimanapun, Setiausaha akan berada di luar kawasan mulai esok selama seminggu.

Sekian, wassalam.
 
Yang Menjalankan Tugas,
MOHD ANWAR KHAN
Setiausaha

FB page Masjid Al-Mustaqim:
http://www.facebook.com/pages/Masjid-Al-Mustaqim-BSP/120427501346776
Maklumat terkini diforum : http://putra-mahkota.com/forum/index.php?board=71.0

__._,_.___






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.