Carian entri blog
Notis Pemberitahuan & Laluan Ke2.
Posted by
khaiatbsp
Labels:
Keselamatan
Kepada Semua Warga SP5 yang dihormati,
Untuk makluman semua, AJK Persatuan Kejiranan SP5 telah mempamirkan Notis Pemberitahuan di dua lokasi strategik di SP5 atas arahan MPKj mengenai cadangan mengadakan skim 'Guarded Community'. Di samping itu juga, pihak AJK juga telah membuka Laluan Kedua bermula pada 1 Mac 2010 jam 6 pagi hingga 9 pagi setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad serta Cuti Umum. Seorang 'guard' ditempatkan di Laluan Kedua semasa ianya dibuka.
Walaupun ada maklumbalas yang mengucapkan terima kasih kerana membuka Laluan Kedua pada waktu pagi, malangnya ada segelintir di kalangan warga SP5 yang masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut di atas dan sedang giat menggumpulkan tandatangan warga SP5 nescaya Laluan Kedua akan dibuka mengikut kehendak masa mereka.
Kami menyerahkan kepada kebijaksanaan warga SP5 untuk membuat penilaian ke atas kehendak pihak segelintir ini. Mana yang lebih penting samada tahap sekuriti di tempat kita ataupun kemudahan menggunakan Laluan Kedua yang lebih penting.
Jika Laluan Kedua hendak dibuka lebih daripada 3 jam, pihak AJK sememangnya tidak mampu untuk menambah kos sekuriti berdasarkan jumlah kutipan bulanan sekarang. Kami juga pasti warga SP5 tidak akan setuju jika bayaran yuran bulanan dinaikkan!
Terima kasih.
Persatuan Kejiranan SP5
Thanks & Regards
Abu Bakar Sohit
No. 4, Jalan 5/6
H/p 019-7282044
Online Payment for Security Fee:
Account Name: Aziz bin Manas (Treasurer)
Account No: 164100-278467 (Maybank)
Pls text En. Aziz at hp 019-2112661 once payment is made.
Notis Pemberitahuan & Laluan Ke2.
2010-03-10T08:22:00+08:00
khaiatbsp
Keselamatan|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.