Carian entri blog
Program Gotong-Royong & Maklumat Am
Posted by
khaiatbsp
From: Info Surau Al-Hijrah <info.alhijrah@gmail.com>
INFO AM
1. Majlis Gotong Royong akan diadakan pada Ahad ini, 8 Ogos 2010 sepertimana di atas. Bagi Tuan-Puan yang berkelapangan, boleh la turut sama hadir membantu. Kaunter Pendaftaran Anak Kariah & Khairat Kematian juga akan dibuka. Program gotong-royong ini akan disusuli dengan memasak gulai kawah untuk hidangan jamuan yang akan diadakan selepas majlis bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat. Taklimat aktiviti dan jadual sepanjang bulan Ramadhan juga akan diberikan. Tuan-Puan diminta membawa hidangan tambahan @ POTLUCK untuk kita nikmati bersama.
2. Majlis bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat (anjuran Che Khalid Mohd Ali & keluarga) akan diadakan di Surau Al-Hijrah pada Khamis, 5 Ogos selepas Isyak. Semua Jemaah dijemput hadir.
3. Mesyuarat AJK Surau Al-Hijrah juga akan diadakan selepas itu. Bagi Tuan-Tuan yang berkelapangan, juga dipersilakan hadir.
4. Mesyuarat pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP akan diadakan di Surau Al-Hijrah pada Jumaat, 6 Ogos selepas Isyak. Semua Jemaah yang berkelapangan dijemput hadir.
5. Tuan Haji Wan Abdul Aziz menjemput para jemaah ke rumah beliau pada hari Sabtu, 7 Ogos selepas Isyak bagi majlis bacaan Tahlil & Doa Selamat.
Sekian untuk makluman. Semoga kita dapat melapangkan masa untuk majlis-majlis di atas.
Wassalam.
Diterbitkan oleh Biro Hebahan & Komunikasi Surau Al-Hijrah. Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan, pendapat ataupun aduan, sila email kepada info.alhijrah@gmail.com untuk tindakan selanjutnya.
Program Gotong-Royong & Maklumat Am
2010-08-04T18:13:00+08:00
khaiatbsp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.