Carian entri blog
Kabinet luluskan garis panduan konsep “gated-community"
Kabinet luluskan garis panduan konsep "gated-community"
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htmKUALA LUMPUR 18 Ogos – Kabinet sudah meluluskan satu cadangan bagi memperkemaskan garis panduan khusus buat konsep kediaman berbentuk "gated-community" dan "guarded-neighbourhoods" yang semakin popular dalam negara sejak kebelakangan ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, bagaimanapun garis panduan itu akan hanya dilaksanakan selepas ia diteliti oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT).
Beliau berkata, MNKT yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Ogos itu nanti dijangka akan dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.
"Sebaik sahaja MNKT meluluskannya, saya akan umumkan garis panduan itu dengan terperinci," kata Chee Heung baru-baru ini.
Konsep"gated-community" dan "guarded-neighbourhoods" mulai mendapat perhatian banyak pihak sejak kebelakangan ini apabila para penduduk, terutama di kawasan bandar, mula menggerakkan inisiatif sendiri bagi menjaga keselamatan harta benda dengan menggaji syarikat-syarikat keselamatan swasta untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan mereka. – Bernama