feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Ceria Menghadiri Majlis Berbuka Puasa SP5

Salam,

Malam semalam telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat (sempena anak-anak yang akan mengambil peperiksaan tidak lama lagi) Seriputra5. Kehadiran sangat memberangsangkan dan di anggarkan dalam 150 orang telah hadir termasuk kanak-kanak. Majlis telah berlangsung dalam cuaca yang elok tanpa sebarang hujan yang biasanya turun sebelah petang kebelakangan ini.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs145.ash2/40578_434177137995_163419787995_4847595_4306865_n.jpg

Majlis berbuka puasa bermula dengan aktiviti berbuka ringan dan diikuti dengan solat maghrib berjemaah. Seterusnya juadah nasi tomato yang disediakan telah dijamah oleh semua hadirin hadirat. Juga sumbangan bubur lambuk daripada hamba Allah sangat menyelerakan. Tiga jenis air menjadi penghilang dahaga: sirap limau, soya dan teh tarik.

Seterusnya majils disambung dengan solat Isyak berjamaah diikuti dengan tahlil arwah. Sedikit kekangan telah dihadapi. Masalah teknikal. Suara imam ketika solat tidak dapat didengari oleh kaum muslimat bersolat di rumah En Rosley (terima kasih sekali lagi kepada En Rosley sekeluarga yang meminjamkan rumahnya). Ini kerana pihak penganjur sehingga lewat petang gagal mendapatkan mikrofon 'portable/wireless' atau pin mic. Masalah telah diselesaikan dengan menggunakan suara kuat/nyaring En Syamsul dan rakan-rakan 'belakang' (dekat dengan kipas besar) setiap kali berlaku pergerakan solat.

Solat hajat bagi memberi kekuatan kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar mereka tidak lama lagi pula telah dijalankan. Solat hajat dua rakaat tersebut diikuti dengan solat solat terawikh dan witir. Setelah itu, sedikit majlis moreh dengan hidangan bubur kacang hitam dan air panas/soya bandung. Disamping itu, kuih-muih sumbangan warga SP5 juga dijamukan sedari awal lagi telah mengisi kekosongan perut hadirin dan hadirat.

Kemuncak majlis adalah akitiviti kemas-mengemas. Majlis berakhir sekitar pukul 10.45 malam dengan terpancar megembiraan penganjur dan hadirin yang hadir. Semoga majlis ini memperkukuhkan ikatan antara warga SP5. Amin ya Rabbal Alamin.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs188.ash2/45144_434176112995_163419787995_4847524_6955491_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs182.ash2/44516_434176277995_163419787995_4847533_7057418_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs363.snc4/44642_434176477995_163419787995_4847548_8086565_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs384.snc4/44714_434176917995_163419787995_4847576_792083_n.jpg

Album penuh di sini: http://www.facebook.com/album.php?aid=201114&id=163419787995&ref=mf

p/s: Saudara Fairus menyampaikan salam Ramadan kepada SP5 dari Dubai. Beliau berdoa agar majlis malam tadi berjalan dengan lancar. Insya-Allah, beliau akan balik bercuti hari raya nanti dan berhasrat untuk turut serta dalam BARAAN SP5 nanti. Manakala, ada juga berita sedih diterima semalam. En Salman sekarang berada di hospitan kerana sakit jantung. Tetapi katanya tidak serius. Marilah kita doakan kesihatan beliau dan semoga beliau dapat kembali kepada kesihatan asal.

Sekali lagi terima kasih kepada semua penyumbang dan kepada yang hadir.

Salam Ramadan daripada jawatankuasa kejiranan SP5.

-Khai@BSP-







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.