feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Pokok Tumbang di hadapan Pos Pengawal

"Pokok tumbang, kenderaan tidak boleh keluar masuk SP5", begitulah panggilan yang sama terima sekitar jam 3.00 petang semalam.

"Dah! Dah boleh lalu, ikut pintu kedua. Ada beberapa orang sedang mengetepikan pokok yang tumbang itu", itu respon saya terima beberapa minit kemudian.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs016.ash2/34140_418297662995_163419787995_4452748_6167581_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs016.snc4/34140_418297667995_163419787995_4452749_7895586_n.jpg

Rupanya akibat hujan lebat petang semalam, pokok dihadapan pos pengawal SP5 telah tumbang dan menghalang perjalanan keluar-masuk SP5 secara keseluruhannya.

Bagaimanapun hasil tindakan pantas warga SP5, pokok tersebut berjaya dipotong dan dialihkan dalam masa yang singkat. Pada ketika itu, beberapa kenderaan telah dialirkan untuk menggunakan pintu kedua. Setelah selesai, pintu kedua telah ditutup semula.

Bagi pihak AJK Persatuan Kejiranan SP5, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang telah membantu mengalihkan pokok tersebut.

-Khai@BSP







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.