feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua

Assalamualaikum w.b.r & Salam Sejahtera,


Syukur alhamdulillah kerana segala tugasan bagi perawatan kawasan SK telah dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut apa yang dirancang dan dihajatkan.

Saya bagi pihak PIBG ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk Darussyifa', pihak sekolah, guru-guru, murid-murid, ibu-bapa, wakil-wakil persatuan, pelajar-pelajar KUIS dan penduduk setempat jauh dan dekat yang telah sama-sama melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan seluruh murid SKBSP amnya dan anak-anak kita khasnya dapat sentiasa belajar dan menuntut ilmu dalam kondisi yang aman serta dalam persekitaran sekolah yang bersih rohani dan jasmani.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada pihak kantin, Delima Restoran dan Restoran DeLaden atas jamuan yang telah disedikan serta sumbangan-sumbangan lain oleh berbagai pihak termasuk KUIS, SRABSP, Surau as-Syakirin yang telah melibatkan diri dengan secara sukarela.

Untuk pengetahun semua, perawatan tersebut telah dijalankan selama tiga malam berturut-turut dengan malam pertama diketuai oleh pihak Darussyifa' dan malam kedua dan ketiga telah diketuai sendiri oleh YDP PIBG SKBSP dengan sepenuh kerjasama dari guru-guru dan AJK PIBG dan penduduk setempat. Semoga perawatan tersebut dapat menghindarkan SKBSP dan warganya dari sebarang jenis "penyakit". Insya-Allah.

Kepada mereka yang mungkin tidak berkesempatan untuk sama-sama pada masa perawatan tersebut, tuan-tuan dialu-alukan untuk mendapatkan air dan garam yang telah dirawat oleh pihak Darussyifa' dengan menghubungi pihak sekolah.

Bagi pihak PIBG kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis perawatan tersebut dan menimbulkan sedikit kegelisahan dikalangan segelintir ibubapa dan penduduk berdekatan walaupun kegelisahan tersebut disebabkan oleh pihak-pihak lain yang tidak terlibat secara langsung dalam perawatan ini.

PIBG sentiasa terbuka untuk menerima maklumbalas dari semua pihak terlibat untuk mewujudkan suasana harmoni dipihak sekolah dan ibubapa.

Moga kebaikan menjadi ganjaran setimpal terhadap kebajikan yang dilakukan.

Sekian, terima kasih.
__,_._,___
===============
Ditulis oleh
En Arzock, Ketua
Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI)
Bagi pihak PIBG SK-BSP








Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.