Carian entri blog
Jemputan Menghadiri Forum Awam Terbuka | Gaji Minima: Adakah ia cara terbaik membantu golongan miskin?
Gaji Minima: Adakah ia cara terbaik membantu golongan miskin?
Tempat: Auditorium, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall
(Depan stesen monorel Maharajalela)
Tarikh: Ahad, 11 Julai 2010
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Saban tahun, kenaikan kos hidup tanpa henti menambah berat beban yang dipikul oleh keluarga miskin. Gaji pula masih di takat lama, makin bertambah berat beban hidup sedia ada. Maka kedengaran suara memperkenalkan undang-undang gaji minima bagi membantu golongan miskin. Undang-undang ini mewajibkan para majikan membayar gaji pekerja pada kadar lebih tinggi dari biasa. Alasan yang biasa diberikan ialah untuk membantu golongan miskin.
Tetapi persoalanya adakah gaji minima cara yang berkesan untuk mengurangkan kemiskinan? Ratusan kajian mengenai gaji minima sudah dijalankan di pelbagai negara menunjukkan gaji minima adalah pendekatan yang lemah. Jika benar gaji minima adalah pendekatan yang lemah, apakah alternatif-alternatif yang ada untuk membantu keluarga miskin?
Silalah hadir ke forum terbuka ini untuk mendengari pelbagai pendapat mengenai gaji minima. Dan jika anda ingin menyuarakan pendapat anda sendiri mengenai gaji minima, forum terbuka ini adalah platform untuk anda bersuara.
Kehadiran adalah percuma.
Para Penceramah:
· Khalid Jaafar, Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD)
· Tuan Haji Shamsuddin Bardan, Setiausaha Agung, Malaysian Employers Federation
· Dr Lee Chee Sung, Pengarah Eksekutif (Ekonomi) Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC). Kehadiran Dr Lee adalah atas kapasiti peribadi.
· Wan Saiful Wan Jan (Ketua Eksekutif IDEAS)
Acara ini dianjurkan oleh Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), sebuah badan pemikir rentas parti yang dilancarkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 8 Februari 2010, sempena tarikh lahir Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Berpegang dengan visi Tunku Abdul Rahman untuk melihat Malaysia kekal sebagai sebuah negara berdaulat ynag berpaksikan kebebasan dan keadilan, IDEAS mempromosikan prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang, kerajaan terhad, pasaran bebas dan individu merdeka. Maklumat lanjut mengenai IDEAS boleh diperolehi daripada www.IDEAS.org.my <http://www.ideas.org.my/>
--
Afif Abdullah
Fellow
Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
K3 Taman Tunku, Bukit Tunku,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
H/P: +60 19 272 5334
Tel: +60 3 6201 6334
Fax: +60 3 6201 5334
Web: www.ideas.org.my <http://www.ideas.org.my>