Carian entri blog
Terkini: Gotong-royong, Netball Lelaki dan Persediaan BBQ - Jangan Lupa BBQ Malam Ini.
BSP 22 Mei.
Alhamdulillah dengan izinNya, acara gotong-royong yang dijadualkan telah berjaya di jalankan dengan jayanya walaupun dalam keadaan hujan yang datang dan pergi.
Acara dimulakan agak lewat dengan majlis mengisi perut. Seterusnya, ahli telah dibahagi kepada dua kumpulan yang lebih tertumpu kepada jalan 5/3 dan 5/7. Bagi jalan 5/3, peserta telah berjaya membersihkan longkang daripada pasir yang menghalang perjalanan air serta slap-slap yang pecah dan berada didalam longkang telah berjaya dikeluarkan. Walaupun slap-slap tersebut agak berat, tapi dengan kekuatan yang ada hampir LAPAN (8) slap telah dikeluarkan.
Disamping itu, satu-satunya kaum ibu yang turut hadir (Puan Siti aka First Lady) telah juga membantu mengemaskan daun-daun bertaburan dan mengemaskan kaki jalan. Seterusnya, kawasan diatas longkang juga telah dibersihkan sepanjang jalan 5/3. Baja juga telah ditaburkan (tapi rasanya bukan baja, tapi tanah hitam.. mungkin salah ambil) untuk menyuburkan tanaman sepanjang jalan tersebut. Juga kelihatan, bunga yang ditanam oleh YDP MPKj semasa majlis pelancaran baru-baru ini juga kelihatan sihat dan cantik.
Seterusnya, acara netball kaum lelaki telah dijalankan. Walaupun buta undang-undang, tapi dengan semangat yang ditunjukkan, acara tersebut telah berjalan dengan gemilang. Rasanya penyokong terhibur dengan gelagat pemain (5 sebelah, sepatutnya 7 sebelah) yang berjalan membawa bola, jatunh terguling sebab licin, baling bola tak masuk dalam net, berebut bola, membantah keputusan pengadil perlawanan dan aksi-aksi lain yang agak kurang manis ditulis di sini (hahaha). Keputusannya adalah seri 3-3.
Di tempat berlainan (selepas perlawanan netball), persediaan untuk BBQ malam ini dijalankan. Di rumah Rosley, persiapan untuk satu kejutan telah diketuai oleh tuan presiden sendiri. Manakala, tuan Salman dan koncu-koncunya sibuk menyediakan ayam panggang bagi dukunyah oleh warga SP5 malam ini. Pelbagai hadiah dan trofi juga disediakan untuk malam ini.
Warga SP5, kenapa perlu duduk dirumah malam ini? Marilah sama-sama memeriahkan majlis BBQ kita malam ini sempena majlis penutup Bulan Mesra Jiran.
Jumpa di sana.
Khai@BSP