Carian entri blog
ADNS Bangi - Kerajaan Selangor Prihatin Kepada Rakyat
Posted by
khaiatbsp
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/05/kerajaan-selangor-prihatin-kepada.html
Kerajaan Selangor Prihatin Kepada Rakyat
Seksyen 3, BBB, 08 J. Akhir = 22 Mei (Sabtu):Konsep Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor diteruskan dengan pagi hari ini Majlis Penyampaian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diadakan di Balai Komuniti, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi dengan 90 orang penerima dijemput hadir ke Balai Komuniti berkenaan. Mereka adalah dari kawasan Dewan Negeri Selangor (DNS) Bangi, Kajang, Dusun Tua dan Semenyih. Turut hadir ke Majlis hari ini ialah Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar ADNS Bangi, Y.B. Encik Lee Kim Sin ADNS Kajang, Puan Laraasshy binti Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat yang mewakili Tuan Pegawai Daerah, Puan Zuryati Yassin Ketua Muslimat Pas Serdang, Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abdul Kadir, Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan pewaris-pewaris yang menerima SKIM SMUE.
ADNS Bangi di dalam ucapannya memaklumkan tentang prihatin Kerajaan Selangor, pada hari ini saja Kerajaan mengeluarkan bantuan sebanyak RM1,500 x 90 = RM135,000/=. Jumlah ini merupakan sebahgian dari peruntukan bagi SMUE yang telah dikeluarkan.
Di bawah diperturunkan peruntukan Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor
Jenis Jumlah Penerima Faedah Tarikh
1. SMUE RM30 juta 12,000 orang Mei 2010
2. TAWAS RM1.242 juta 12,420 orang 28 Feb 2010
3. Air Percuma RM200.7 juta 1.16 juta penduduk Dis. 2009
4. Masuk IPT RM 9.6 juta 9,600 orang 2010
5. Pekerja Ladang RM1.42 juta
6. OSCC (One Stop Centre) RM0.5 juta
7. Micro Credit RM 50 juta
8. Pinjaman Pelajaran RM80 juta.
ADNS Bangi menyebut setakat ini kerajaan Negeri Selangor dapat memungut hutang dari Syarikat Talam sebanyak RM50 juta dari jumlah hutang semua berjumlah RM300 juta. Jumlah RM50 juta ini digunakan bagi Micro Credit di atas. Banyak lagi syarikat yang berhutang (10 syarikat) dengan jumlah lebih kurang sama dengan negeri Selangor. Hutang ini bila dipungut akan digunakan untuk rakyat.
ADNS Bangi juga menyebut Kerajaan Negeri Selangor berusaha mendapatkan kembali Syarikatr Air dari pihak Swasta Syabas. Kerana harga di bawah syarikat swasta adalah tinggi. Bandingkan Air di bawah tadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang:
Kerajaan Negeri Pulau Pinang harga air bagi satu meter padu 36 sen
Di bawah Syabas – Swasta di Selangor bagi satu meter padu RM1.20
Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha lagi mendapat sumber-sumber kewangan untuk dinikmati rakyat. Ini adalah jasa dan khidmat kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat. Rakyat akan berterusan menikmati faedah-faedah di atas dan yang lain-lain yang akan diusahakan sekiranya rakyat terus menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat. Sebab itu sokonglah Kerajaan Pakatan Rakyat agar faedah-faedah di atas dapat terus dinikmati rakyat.
Sekian.
ADNS Bangi - Kerajaan Selangor Prihatin Kepada Rakyat
2010-05-24T11:44:00+08:00
khaiatbsp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.