Carian entri blog
Program Amal Islami Sekolah Rendah Agama Dan Integrasi
Posted by
khaiatbsp
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/05/program-amal-islami-sekolah-rendah.html
Bandar Seri Putra, BBB, 17 Jamadil Awal = 2 Mei (Ahad):
Bertempat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Putra, maka pada tahun ini program tahunan itu diadakan di Sekolah ini. Untuk makluman SRA Seri Putra ini adalah merupakan Sekolah terbaru didirikan di kawasan DUN Bangi dan baharu digunakan pada akhir tahun 2009 yang lepas. Agak unik, Sekolah ini dari segi geografinya terletak di bawah DUN Bangi dalam Daerah Hulu Langat, tetapi Sekolah ini diletak di bawah pentadbiran Daerah Sepang dengan alasan Hulu Langat sudah mempunyai banyak Sekolah sedemikian di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Hulu Langat, maka SRA Seri Putra di letak di bawah pentadbiran PAID, Sepang, lantaran PAID Sepang kurang beban dari segi pentadbiran SRA dan SRAI (Sekolah Rendah Agama Integrasi). Jadi Program Amal Islami yang diadakan di Sekolah ini, ialah program pada peringkat Daerah Sepang.
Difahamkan sebanyak 30 sekolah SRA, SRAI, KAFA Integrasi dan Sekolah Rendah Islam mengambil bahagian yang melibatkan 20 acara dan tiap-tiap Sekolah menghantar lebih kurang 80 orang peserta mengambil bahagian sebahagian besar acara-acara tersebut. Ini bererti lebih dari 2,000 orang murid hadir mengambil bahagia. Ini tidak termasuk guru-guru pengiring yang turut hadir. ADNS Bangi dijemput bagi sesi sebelah petang bagi merasmikan Majlis Penutup Program Amal Islami, Ketika tiba, ADNS dapati kawasan Sekolah penuh sesak dengan murid-murid dan hampir tidak ada ruang kosong.
Majlis penutup pada petang ini dihadiri oleh Tuan Haji Abdul Halim Mat Esa selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang yang juga selaku Penasihat, Tuan Haji Rusmi bin Mohd Rawi, Penyelia Kanan Naziran UPD PAID Sepang yang juga selaku Pemangku Penolong Pegawai Tadbir Agama PAID, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj (Zon 24), Pegawai-Pegawai Bahagian Pentadbiran, Ustaz Amri Jumain Guru Besar SRA, Seri Putra dan guru-guru perwakilan.
Majlis penutup dimulai dengan kata-kata aluan disampaikan oleh Tuan Haji Rusmi yang menerangkan tentang penglibatan Sekolah-sekolah dan acara-acara yang dipertandingkan, manakala Tuan Haji Abdul Halim Mat Esa selaku Pegawai Tadbir dan Penasihat program memaklumkan tentang keterlibatan Sekolah-sekolah pada tahun ini makin meningkat. Program Amal Islami menurut beliau dapat memperbaiki amalan yang berkaitan dengan ibadat murid-murid di samping mempereratkan ukhuwwah di kalangan guru-guru dan murid-murid serta memupukkan semangat perlumbaan yang sihat di kalangan mereka.
ADNS Bangi tatkala menyampaikan ucapan penutup,mengucap tahniah kepada pihak PAID dan Sekolah-sekolah kerana berjaya mengadakan Program Kemahiran Amal Islami pada tahun ini di SRA, Bandar Seri Putra. ADNS Bangi mengucapkan tahniah khusus kepada Guru Besar dan Kakitangan SRA Bandar Seri Putra yang walaupun baru dibuka, tetapi mampu mengadakan Program yang begitu besar. ADNS berharap SRA Seri Putra akan menjadi sebuah Sekolah yang maju dan menjadi pilihan ibu bapa menghantar anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan Agama.
ADNS Bangi percaya program Amal Islami dapat mengisi masa lapang murid-murid dengan kegiatan yang berfaedah di samping mendidik akhlak anak-anak dan menjauhi gejala-gejala sosial yang banyak berlaku di dalam masyarakat. Kerajaan Negeri Selangor memang menggalak dan memberi perhatian terhadap didikan agama. Peruntukan yang besar diberi kepada pentadbiran agama, masjid, surau dan Sekolah-sekolah agama. Bahkan sebahagian besar dari pendapatan zakat digunakan bagi Fi Sabilillah seperti bagi masjid, surau dan pendidikan agama. ADNS kagum melihat kepada kegiatan dan pertandingan yang disertai oleh murid-murid dan berharap kemahiran sedemikian terus dipertingkatkan.
Oleh kerana pertandingan disertai 30 buah Sekolah dan jenis pertandingan banyak hingga 20 jenis antaranya tilawah al-Quran, nasyid, azan & iqamah, khutbah, tafsir dan terjemahan, cerita dari al-Quran, menulis khat, muhawarah dan lain-lain, maka masa penyampaian hadiah agak lama. Keputusan menjadi suspen kerana tiap acara pertandingan diumumkan masa penyampaian hadiah dan dijemput datang ke hadapan. Ianya memakan masa, oleh kerana ada murid-murid yang tidak menjangka menang dan tidak bersedia dan menunggunya ke hadapan memakan masa. Walau bagaimana bagi murid-murid ianya satu episode yang menggembirakan. Mereka bertepuk dan bersorak, ada juga yang bertakbir bila diumumkan pasukan yang menang, walaupun pada kedudukan no 3. Penyampaian hadiah di lakukan oleh Tuan Haji Abdul Halim dan ADNS Bangi.
Sekian.

2010-05-06T12:16:00+08:00
khaiatbsp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.