feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





PERKHIDMATAN BANK SIMPANAN NASIONAL

1.         Bank Simpanan Nasional, Bandar Seri Putra dialamat No. 1, Jalan Seri Putra 1/5 telah mula beroperasi hari ini, 31 Mei 2010.  Kemudahan perkhidmatan yang disediakan adalah:-

 

a.         Pembayaran Bil - TNB, TELEKOM, ASTRO, CELCOM, SYABAS, Indah Water, Broadband dll.

b.         Mesin ATM.

c.          Mesin Cash/Deposit.

d.         Perkhidmatan penghantaran wang (Western Union).

e.         Kemudahan Bank Rakyat Indonesia.

f.          SMS Banking.

g.         Pinjaman Peribadi, Perumahan dan Kenderaan (Boleh berhubung dengan Encik Syamsul ditalian 012-638 0638).

 

2.         Manakala urusniaga ASB belum ada perkhidmatan.  Dimaklumkan BSN BSP dalam usaha untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.

 

3.         Hari dan masa urusniaga adalah seperti berikut: -

 

a.         Hari Isnin                       -           9.00 pg - 4.40 ptg.

b.         Hari Jumaat                   -           9.00 pg - 1.00 tgh/2.30 - 4.40 ptg.

                                                                        Waktu rehat jam 1.00 tgh - 2.30 ptg.

c.          Hari Sabtu dan Ahad       -           Cuti.

 

4.         Pegawai Cawangan ialah Puan Zaliah binti Yatim. nombor telefon: 03-8926 6997 dan E-mel: bsn_k164@bsn.com.my.

 

Sekian, dimaklumkan.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB





Comments



School Holiday Programme by Law Professors

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs513.ash1/30282_406079862995_163419787995_4139538_2591837_n.jpg


From: law professors <postmaster@law-professors.com>

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada cuti sekolah yang akan datang tidak lama lagi, dibawah program usahasama filantrofi Law Professors, pihak kami akan menganjurkan beberapa siri bengkel untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk komuniti Nilai, Bangi, Bukit Mahkota & Bandar Seri Putra.

Antara program dan bengkel yang akan dijalankan adalah:
1) Bengkel Membuat Coklat
2) Bengkel Seni dan Kraftangan
3) Bengkel Teater, Drama & Musikal
4) Bengkel Motivasi Berbahasa Inggeris
5) Bengkel 'Science & Discovery'
6) Bengkel 'Debate & Public Speaking'

para jurulatih adalah terdiri daripada penceramah professional yang dijemput khas dari badan-badan dan institusi-institusi yang berkaitan seperti Istana Budaya, Universiti Malaysia Pahang, Kokoa & Friends Sdn Bhd, Petrosains KLCC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Majlis Peguam dll.

Hampir separuh dari yuran bengkel telah disubsidi, dan bilangan peserta adalah terhad hanya kepada 25 orang sahaja bagi setiap bengkel. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah (darjah 5 ke tingkatan 5)

Kami ingin memohon bantuan pihak tuan/puan untuk menyebarkan berita ini di ruang blogspotyang dikendalikan oleh pihak tuan. Bersama-sama email ini disertakan 'banner' program cuti sekolah tersebut.

sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan kepada kami di 03-21169635 / 03 8926 4352

sekian,

terima kasih.












Comments

Pembukaan Gym/Gimnasium Baru di Bandar Seri Putra Bangi

Labels:

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Easy 2 Gym akan mula beroperasi mulai esok, 29hb Mei 2010 (Sabtu). Waktu beroperasi adalah seperti berikut:

Isnin Hingga Jumaat: 3.00 petang  - 10.00 malam
Sabtu                  :  9.00 pagi - 7.00 malam
Ahad                   :  9.00 pagi - 1.00 petang

Alamat gym ialah no 7-1, Tingkat 1, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra Bangi ( di atas kedai Celcom).

Isnin - Jumaat: 3 - 5 PM- RM8 (student RM5)
Isnin - Jumaat: 5 - 10 PM- RM15 (student RM10)
Sabtu: 9 AM - 10 PM: RM8 (student RM5)
Ahad: 9 AM - 1 PM- RM8 (student RM5)

Kedatangan tuan/ puan adalah amat dialu-alukan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

abggym





Comments

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Buat pertama kalinya SKBSP menyambut perayaan Hari Guru. Sambutan meriah menghargai guru-guru di sekolah telahpun berlangsung pada 20 Mei 2010 bertempat di dewan sekolah. Pelbagai acara telah berlangsung dan dijayakan dengan meriah sekali. Untuk semua guru-guru "Selamat Menyambut Hari Guru".
sebahagian persembahan pada hari berkenaan




Comments

Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Surau Al-Hijrah Yang Kekal

Assalamualaikum wbt
 
Diharapkan Tuan-Tuan berada di dalam perlindungan dan keredhaan Allah SWT juga hendaknya.
 
Satu Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Surau Al-Hijrah Yang Kekal akan dijalankan pada ISNIN, 31 MEI 2010 selepas Solat Isyak. Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Surau dan Jemaah Surau
Al-Hijrah dipersilakan hadir bagi mendengar perkembangan terkini, berkongsi idea dan sumbangan ke arah pembinaan Surau tersebut.
 
Pihak Surau amat berharap supaya Tuan-Tuan dapat meluangkan masa untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha agar pembinaan ini dapat berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Biro Hebahan & Komunikasi 
 
bagi pihak Pengerusi Surau Al-Hijrah, Dato' Haji Johar Haji Abas





Comments

Jemputan ke majlis yassin dan doa selamat - Omar

Assallammualaikum

 
Saya dan keluarga ingin menjemput Dato'/Tuan/Puan seisi keluarga warga SP5 agar dapat meluangkan masa untuk menghadirkan diri di rumah kami untuk satu majlis bacaan yassin dan doa selamat.
 
Tarikh  : 5 Jun 2010
Hari     : Sabtu
Alamat : No 17 jalan 5/7
Masa   : Selepas zohor (dalam pukul 130 tengah hari kot) 
 
 
Terima Kasih
Omar Sabki
Azlina




Comments

Lawatan Ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim

Assallamualaikum.

Biro Hal Ehwal Wanita TIP (Fasa 1) akan membuat lawatan ke rumah orang tua dan anak yatim seperti berikut:-

Tarikh : 26.6.2010 (Sabtu)
Masa  : 2.00 petang
Tempat : Al-Jenderami, Dengkil sepang


Yang berminat untuk menyertainya sila berikan nama pada Pn. Norhayati Jln 2/3, Pn. Sarina 2/4 dan Pn. Khara 2/1.

Pelbagai Acara menarik telah disediakan oleh pihak Al Jenderami iaitu :
1.  Taklimat
2.  Tayangan Video
3.  Lawatan ke rumah orang tua dan anak yatim
4. Shoping

Sesiapa yang berhajat untuk memberi sumbangan berbentuk kewangan, makanan atau pakaian sila serahkan sebelum 25.5.2010 di pondok komuniti TIP (Pusat pengumpulan barang) @ serahkan kepada AJK TIP.  Cuti sekolah ni pasti ramai yang  balik kampung. Kalau ada sesedara yang nak memberi pakaian yang masih boleh diguna pakai boleh bawa balik ke TIP.

"Bersedekahlah kamu, akan melimpah-limpah rezeki kamu nanti"





Comments

BBQ - Berakhirnya Bulan Mesra Jiran SP5

BSP 23 Mei 2010.

Berakhirlah program Bulan Mesra Jiran Seriputra5 (SP5).

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403795957995_163419787995_4077588_5442803_n.jpg

Alhamdulillah, majlis penutup Bulan Mesra Jiran SP5 malam tadi diakhiri dengan majlis BBQ di rumah 28 Jalan 5/4. Terima kasih kepada tuan rumah kerana menyediakan tempat yang selesa bagi warga SP5. Majlis tersebut telah dihadiri hampir 60 buat keluarga SP5 walaupun ramai lagi yang tidak dapat hadir sama kerana telah ada komitmen lain.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs530.snc3/30132_403795817995_163419787995_4077572_1100964_n.jpg 

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs559.ash1/32582_403577882995_163419787995_4070558_2978267_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403796627995_163419787995_4077677_3070885_n.jpg
Majlis berlangsung sekitar 8.15 malam tersebut turut dihadiri oleh Tuan Sub-Inspektor Ramlan (Ketua Balai Polis Bandar Seri Putra), En Norizan (Pegwai Eksekutif Keselamatan, Bangi Heights Development Sdn. Bhd.) dan Tuan Hj. Mazwan (Ahli Majlis MPKj).

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs510.ash1/30132_403796047995_163419787995_4077599_1131601_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403796182995_163419787995_4077614_3711208_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs530.snc3/30132_403795797995_163419787995_4077570_1610649_n.jpg
Majlis dimulakan dengan persembahan koir dan deklamasi sajak anak-anak SP5 yang menjurus kepada pengorbanan IBU. Ini bertepatan dengan sambutan hari IBU yang disambut baru-baru ini. Kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Persatuan Kejiranan SP5, En. Jefri Jaafar. Antara lain, beliau berterima kasih kepada tetamu jemputan yang setakat ini tidak pernah menolak sebarang jemputan daripada SP5. Beliau juga bangga dengan semua warga SP5 kerana program Bulan Mesra Jiran telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SP5.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs524.ash1/30832_403146842995_163419787995_4059135_3069078_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs377.snc3/24160_393406047995_163419787995_3857792_1150558_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs564.snc3/30832_403146762995_163419787995_4059125_4018830_n.jpg
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Sebagai contoh, dua aktiviti gotong-royong telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran peserta yang ramai. Acara gotong-royong tersebut telah sedikit sebanyak melancarkan peraliran air di longkang-longkang sekitar SP5. Ianya juga membantu menyegarkan dan mencantikkan pokok-pokok disekitar SP5 terutamanya di jalan 5/3.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs619.snc3/32582_403577802995_163419787995_4070551_5980528_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs425.snc3/24540_389618797995_163419787995_3771718_3892521_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403850257995_163419787995_4079408_2941474_n.jpg
Acara sukan pula telah berjaya mengetengahkan bakat terpendam warga SP5. Bolasepak dan bola jaring adalah sukan yang telah diaturkan. Bukan sahaja pemain, tetapi sokongan juga diperolehi daripada warga SP5 yang tidak turut sama menyumbang tenaga dalam acara sukan tersebut.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs347.ash1/29532_400315572995_163419787995_4000473_6824441_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs347.ash1/29532_400315617995_163419787995_4000479_4117995_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs619.snc3/32582_403577887995_163419787995_4070559_8362585_n.jpg
Acara bagi remaja dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Pertandingan mewarna, menulis esei dan persembahan koir telah merapatkan lagi kemesraan antara remaja dan anak-anak SP5.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs338.ash1/29082_401142697995_163419787995_4020384_8084017_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs338.snc3/29532_400574662995_163419787995_4006072_1223575_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs309.snc3/29082_401142757995_163419787995_4020388_4884608_n.jpg
Kaum ibu juga tidak ketinggalan dengan acara Ladies Nite. Kemesraan antara kaum ibu dan anak-anak sekali lagi digilap sepanjang Ladies Nite.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403796612995_163419787995_4077676_5494753_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs510.ash1/30132_403796122995_163419787995_4077607_2325837_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs530.snc3/30132_403796537995_163419787995_4077662_1510499_n.jpg
Majlis BBQ seterusnya telah diteruskan dengan pertandingan "English Reading Contest" dan cabutan bertuah. Juga penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara sepanjang Bulan Mesra Jiran telah disampaikan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs510.ash1/30132_403795977995_163419787995_4077589_5777035_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs530.snc3/30132_403796732995_163419787995_4077693_4860987_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403796757995_163419787995_4077698_4171318_n.jpg
Anugerah "Jiran Pilihan SP5 2010" telah dimenangi oleh En Salman Selamat sekeluarga. Beliau menerima hamper, piala iringan dan piala pusingan. Anugerah ini adalah hasil undian daripada semua warga SP5 dan pemenang tersebut amat bertepatan kerana sumbangan En Salman sekeluarga kepada warga SP5 sangat tidak ternilai.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs510.ash1/30132_403795927995_163419787995_4077585_7368875_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403795932995_163419787995_4077586_4285692_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403795957995_163419787995_4077588_5442803_n.jpg
Anugerah "Pencadang Jiran Pilihan" pula dimenangi oleh En Anuar Pairan. Manakala "Jiran Pilihan AJK" diungguli oleh En Omar Sabki atas bantuan beliau kepada aktiviti SP5.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs510.ash1/30132_403796337995_163419787995_4077634_4561686_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs510.ash1/30132_403796162995_163419787995_4077611_5113607_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403796167995_163419787995_4077612_1317800_n.jpg
Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam dengan gotong-royong membersihkan kawasan. Pada masa yang sama dendangan pelbagai jenis lagu oleh En Salman, En Omar, Dato Anas dan En Jefri telah memecah kedinginan malam.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs510.ash1/30132_403796792995_163419787995_4077703_421588_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs530.snc3/30132_403796807995_163419787995_4077705_3279430_n.jpg 
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs530.snc3/30132_403796832995_163419787995_4077708_7935387_n.jpg
Diharap warga SP5 dapat terus bersatu dan hidup dalam suasana yang harmoni.

Oleh: Khai@BSP




Comments

Jualan Gudang Buku PTS - 29 Mei 2010

Helmi — 24 May 2010 5:11 PM

Sukacita dimaklumkan, buat julung-julung kalinya, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS), penerbit buku umum pelbagai kategori dalam bahasa Melayu no. 1 Malaysia akan mengadakan jualan gudang buku-buku PTS sebagaimana berikut:

Tarikh: 29 Mei 2010 (sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.,
No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor (Berhampiran Pos Laju dan Bangi Kopitiam, Batu Caves)

Klik di sini bagi melihat lokasi PTS: http://pts.com.my/index.php/contact/

Pelbagai buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual pada hari itu. Antaranya novel remaja, kanak-kanak, novel dewasa, novel sejarah islam, bisnes, bantu diri, resepi, pendidikan, keibubapaan, islam, kamus, kesihatan, dan banyak lagi.

PTS memberikan diskaun istimewa kepada pembeli sempena jualan gudang ini. Diskaun standard bagi semua buku PTS ialah 25 peratus manakala beberapa judul buku terpilih akan diberikan diskaun sehingga 50 peratus. Jualan dalam bentuk tunai sahaja. Bayaran menggunakan VISA dan Mastercard turut diterima.

Jadi, kepada peminat-peminat buku PTS, jangan lepaskan peluang memborong buku-buku PTS pada harga diskaun sempena Jualan Gudang Buku PTS ini.

PTS turut menjual pelbagai barang merchandise PTS yang cantik dan menarik seperti buku nota, button badge, baju-t muslimah, file folder, mug, baju-t, dan banyak lagi.

Kita jumpa di gudang buku PTS nanti. Terima kasih.


Sumber: http://pts.com.my/index.php/blog/jualan-gudang-buku-pts-29-mei-2010/





Comments

SP5 Netball Team (Ladies and Mens)

Just sharing team SP5 kalau ada team lain nak lawan. :)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs550.snc3/30132_403850257995_163419787995_4079408_2941474_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs619.snc3/32582_403577802995_163419787995_4070551_5980528_n.jpg





Comments

Masih ramai tidak ambil vaksin H1N1

Masih ramai tidak ambil vaksin H1N1

24/05/2010 2:31pm

CYBERJAYA — Penerimaan rakyat Malaysia terhadap vaksin Influenza A (H1N1) masih tidak memberangsangkan walaupun ia boleh diperolehi secara percuma di klinik dan hospital kerajaan seluruh negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, senario itu tidak seharusnya berlaku memandangkan wabak berkenaan masih menular dalam negara dan orang ramai, khususnya golongan yang berisiko tinggi seharusnya mendapatkan vaksin itu dengan segera.

Menurutnya, setakat ini hanya 123,000 rakyat Malaysia termasuk golongan berisiko tinggi yang sudah mendapatkan vaksin ini, dan masih ramai yang tidak mengendahkan seruan kerajaan agar mendapatkan suntikan berkenaan.

"Vaksin ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang serius, kecuali sedikit kesakitan di bahagian lengan, sedikit demam atau mungkin juga pening kepala kepada sesetengah orang," katanya pada satu persidangan media di sini hari ini selepas menyaksikan upacara penganugerahan gelaran Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Lim Malaysia kepada Presiden Pengasas Universiti Kreatif dan Teknologi Lim Kok Wing, Tan Sri Dr Lim Kok Wing di sini. - Bernama


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm





Comments

ADNS Bangi - Kerajaan Selangor Prihatin Kepada Rakyat

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/05/kerajaan-selangor-prihatin-kepada.html

Kerajaan Selangor Prihatin Kepada Rakyat

Seksyen 3, BBB, 08 J. Akhir = 22 Mei (Sabtu):

Konsep Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor diteruskan dengan pagi hari ini Majlis Penyampaian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diadakan di Balai Komuniti, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi dengan 90 orang penerima dijemput hadir ke Balai Komuniti berkenaan. Mereka adalah dari kawasan Dewan Negeri Selangor (DNS) Bangi, Kajang, Dusun Tua dan Semenyih. Turut hadir ke Majlis hari ini ialah Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar ADNS Bangi, Y.B. Encik Lee Kim Sin ADNS Kajang, Puan Laraasshy binti Hassan, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat yang mewakili Tuan Pegawai Daerah, Puan Zuryati Yassin Ketua Muslimat Pas Serdang, Tuan Haji Mohd. Yusof bin Abdul Kadir, Ketua Kampong Sungai Ramal Luar, Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan pewaris-pewaris yang menerima SKIM SMUE.

ADNS Bangi di dalam ucapannya memaklumkan tentang prihatin Kerajaan Selangor, pada hari ini saja Kerajaan mengeluarkan bantuan sebanyak RM1,500 x 90 = RM135,000/=. Jumlah ini merupakan sebahgian dari peruntukan bagi SMUE yang telah dikeluarkan.

Di bawah diperturunkan peruntukan Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor

Jenis Jumlah Penerima Faedah Tarikh

1. SMUE RM30 juta 12,000 orang Mei 2010

2. TAWAS RM1.242 juta 12,420 orang 28 Feb 2010

3. Air Percuma RM200.7 juta 1.16 juta penduduk Dis. 2009

4. Masuk IPT RM 9.6 juta 9,600 orang 2010

5. Pekerja Ladang RM1.42 juta

6. OSCC (One Stop Centre) RM0.5 juta

7. Micro Credit RM 50 juta

8. Pinjaman Pelajaran RM80 juta.

ADNS Bangi menyebut setakat ini kerajaan Negeri Selangor dapat memungut hutang dari Syarikat Talam sebanyak RM50 juta dari jumlah hutang semua berjumlah RM300 juta. Jumlah RM50 juta ini digunakan bagi Micro Credit di atas. Banyak lagi syarikat yang berhutang (10 syarikat) dengan jumlah lebih kurang sama dengan negeri Selangor. Hutang ini bila dipungut akan digunakan untuk rakyat.

ADNS Bangi juga menyebut Kerajaan Negeri Selangor berusaha mendapatkan kembali Syarikatr Air dari pihak Swasta Syabas. Kerana harga di bawah syarikat swasta adalah tinggi. Bandingkan Air di bawah tadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang:

Kerajaan Negeri Pulau Pinang harga air bagi satu meter padu 36 sen
Di bawah Syabas – Swasta di Selangor bagi satu meter padu RM1.20

Kerajaan Negeri Selangor akan berusaha lagi mendapat sumber-sumber kewangan untuk dinikmati rakyat. Ini adalah jasa dan khidmat kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat. Rakyat akan berterusan menikmati faedah-faedah di atas dan yang lain-lain yang akan diusahakan sekiranya rakyat terus menyokong Kerajaan Pakatan Rakyat. Sebab itu sokonglah Kerajaan Pakatan Rakyat agar faedah-faedah di atas dapat terus dinikmati rakyat.

Sekian.




Comments

Friendly Bola: Tropika vs PTerrace, Seri 2-2

Salam,

Satu perlawanan persahabatan antara Putra Tropika dan Putra Terrace telah dilangsungkan semalam. Keputusannya, tiada yang menang dan tiada yang kalah....seri 2-2.


Putra Tropika 2 - 2 Putra Terrace
Venue: Padang BSP
Tarikh: 23 Mei 2010/8.30 am


p/s: Maaf tiada laporan terperinci dan gambar kerana pelapor hanya maklumkan keputusan.

Komen Khai@BSP: Alhamdulillah, BSP semakin aktif dengan pelbagai sukan dan rekriasi. Moga BSP akan lebih ceria dan penduduknya bertambah sihat. Ada ke kaum lelaki yg berminat nak main netball? SP5 ada menganjurkan permainan tersebut baru-baru ini. Tapi kecoh jadinya sebab pemain tak tahu undang-undang permainan. Jadilah Netball campuran rugby, basketball, futsal etc.





Comments

Netball Lelaki

Labels:

Video perlawanan netball lelaki. Enjoy.





Comments

Terkini: Gotong-royong, Netball Lelaki dan Persediaan BBQ - Jangan Lupa BBQ Malam Ini.

BSP 22 Mei.

Alhamdulillah dengan izinNya, acara gotong-royong yang dijadualkan telah berjaya di jalankan dengan jayanya walaupun dalam keadaan hujan yang datang dan pergi.
Acara dimulakan agak lewat dengan majlis mengisi perut. Seterusnya, ahli telah dibahagi kepada dua kumpulan yang lebih tertumpu kepada jalan 5/3 dan 5/7. Bagi jalan 5/3, peserta telah berjaya membersihkan longkang daripada pasir yang menghalang perjalanan air serta slap-slap yang pecah dan berada didalam longkang telah berjaya dikeluarkan. Walaupun slap-slap tersebut agak berat, tapi dengan kekuatan yang ada hampir LAPAN (8) slap telah dikeluarkan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs564.snc3/30832_403146667995_163419787995_4059110_3777281_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs524.ash1/30832_403146672995_163419787995_4059111_7108224_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs524.ash1/30832_403146677995_163419787995_4059112_1472048_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs564.snc3/30832_403146692995_163419787995_4059114_5767599_n.jpg  http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30832_403146702995_163419787995_4059115_3702274_n.jpg





http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs564.snc3/30832_403146762995_163419787995_4059125_4018830_n.jpg

Disamping itu, satu-satunya kaum ibu yang turut hadir (Puan Siti aka First Lady) telah juga membantu mengemaskan daun-daun bertaburan dan mengemaskan kaki jalan. Seterusnya, kawasan diatas longkang juga telah dibersihkan sepanjang jalan 5/3. Baja juga telah ditaburkan (tapi rasanya bukan baja, tapi tanah hitam.. mungkin salah ambil) untuk menyuburkan tanaman sepanjang jalan tersebut. Juga kelihatan, bunga yang ditanam oleh YDP MPKj semasa majlis pelancaran baru-baru ini juga kelihatan sihat dan cantik.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs564.snc3/30832_403146802995_163419787995_4059130_1678455_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs564.snc3/30832_403146822995_163419787995_4059132_1593449_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs524.ash1/30832_403146842995_163419787995_4059135_3069078_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30832_403146857995_163419787995_4059137_741704_n.jpg

Seterusnya, acara netball kaum lelaki telah dijalankan. Walaupun buta undang-undang, tapi dengan semangat yang ditunjukkan, acara tersebut telah berjalan dengan gemilang. Rasanya penyokong terhibur dengan gelagat pemain (5 sebelah, sepatutnya 7 sebelah) yang berjalan membawa bola, jatunh terguling sebab licin, baling bola tak masuk dalam net, berebut bola, membantah keputusan pengadil perlawanan dan aksi-aksi lain yang agak kurang manis ditulis di sini (hahaha). Keputusannya adalah seri 3-3.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs524.ash1/30832_403146872995_163419787995_4059138_6839960_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs524.ash1/30832_403147012995_163419787995_4059160_7094077_n.jpg







Di tempat berlainan (selepas perlawanan netball), persediaan untuk BBQ malam ini dijalankan. Di rumah Rosley, persiapan untuk satu kejutan telah diketuai oleh tuan presiden sendiri. Manakala, tuan Salman dan koncu-koncunya sibuk menyediakan ayam panggang bagi dukunyah oleh warga SP5 malam ini. Pelbagai hadiah dan trofi juga disediakan untuk malam ini.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30832_403147082995_163419787995_4059173_5002790_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs564.snc3/30832_403147207995_163419787995_4059192_3309685_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30832_403147217995_163419787995_4059193_211601_n.jpg





Warga SP5, kenapa perlu duduk dirumah malam ini? Marilah sama-sama memeriahkan majlis BBQ kita malam ini sempena majlis penutup Bulan Mesra Jiran.

Jumpa di sana.

Khai@BSP





Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.