Carian entri blog
Video : Baraan Grand Finale
Dikongsikan video rakaman majlis semalam.
1) Selawat Nabi
https://www.youtube.com/watch?v=T3dC6V7zy8g&feature=youtube_gdata_player
2) Bacaan doa
https://www.youtube.com/watch?v=x4kX7Daka7Y&feature=youtube_gdata_player
3) Nasyid Baraan En Bakri 1/2
https://www.youtube.com/watch?v=aYJtgPxSW8Q&feature=youtube_gdata_player
4) Nasyid Baraan En Bakri 2/2
https://www.youtube.com/watch?v=7KfxTM0tdSc&feature=youtube_gdata_player
5) Ucapan Omar
https://www.youtube.com/watch?v=th8hQNQbttQ&feature=youtube_gdata_player
6) Ucapan wakil SP5
https://www.youtube.com/watch?v=rqV7BN4HLn4&feature=youtube_gdata_player
Sunday, August 25, 2013 |
Majlis tahlil dan doa selamat tuan Anuar Pairan
Salam. Dijemput semua ahli karyah Surau Al-Hijrah ke majlis tahlil dan doa selamat di rumah tuan Anuar Pairan no 37 Jalan 5/6 selepas Asar hari ini 25 Ogos 2013. Terima kasih atas kehadiran.
Sunday, August 25, 2013 |
PELAN KESELAMATAN HARI RAYA BSP 2013

PELAN KESELAMATAN HARI RAYA BSP 2013
============================
Makluman perlaksanaan pelan keselamatan Hari Raya BSP 2013 dari 4-13 Ogos. Insya-Allah semua pengawal dalam Bandar Seri Putra boleh berinteraksi satu sama lain yang mana meningkatkan tempoh masa respon jika ada sebarang isu.
Sebarang perhubungan bolehlah menghubungi:
60192462139 (Khairuddin)
60122468255 (Zamzuri)
60163692443 (Mustafa - NYDP)
60122655203 (Khairil - SU)
Tuesday, August 06, 2013 |
Borang Balik Kampung

Sunday, August 04, 2013 |
Amil Zakat di Surau Al-Hijrah




Wednesday, July 31, 2013 |
Bukit Mahkota: 800 penduduk bimbang keluar rumah
800 penduduk bimbang keluar rumah
Bangi: Kejadian 28 kes pecah rumah di kawasan perumahan Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta dalam tempoh enam bulan ini menyebabkan 800 pemilik rumah di kawasan itu berada dalam ketakutan.
Pengerusi Persatuan Penduduk Mahkota 6 Mat Jim Wahab berkata, keselamatan penduduk kini terancam sehingga menyebabkan penduduk berasa bimbang untuk meninggalkan rumah ketika bekerja selain rasa risau keselamatan isteri dan anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah.
"Bagi mengekang kejadian ini terus berlaku, kami menubuhkan skim rondaan secara sukarela yang menjalankan kawalan bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi.
"Selain itu, kami turut menempatkan empat pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam di setiap zon. Namun, usaha ini masih lagi mengancam keselamatan penduduk," katanya ketika ditemui semalam.
Sehubungan itu, pihaknya bercadang membina pagar mengelilingi kawasan itu yang dijangka dimulakan November ini.
"Ahli jawatankuasa penduduk bersetuju untuk membiayai kos pembinaan sebanyak RM400,000 yang akan dikutip daripada 800 pemilik rumah.
"Kami tiada pilihan lain kerana pembinaan pagar ini nanti dapat mengurangkan bilangan 'lorong tikus' yang berisiko untuk diceroboh. Setiap rumah perlu membayar RM700 dan diharap mereka dapat memberi komitmen supaya keselamatan dan keselesaan mereka lebih terjamin," katanya.
Terbaru, sebuah rumah dipecah masuk ketika penghuninya berbuka puasa di luar, Sabtu lalu. Mangsa yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian itu, sekumpulan perompak memasuki rumah teres dua tingkat miliknya sebelum melarikan wang tunai, barangan kemas serta pelbagai koleksi barang antik berjumlah RM120,000.
Menurutnya, dia hanya menyedari rumahnya dipecah masuk selepas mendapati pintu dapur terbuka ketika pulang jam 9.30 malam.
"Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, saya naik ke bilik di tingkat atas dan mendapati kabinet pakaian terbuka dan barangan berselerak di merata tempat.
"Barangan berharga yang diletakkan di beberapa tempat tersorok turut dilarikan," katanya.
Difahamkan, penjenayah terbabit dikatakan menjalankan kecurian secara terancang dan pantas kerana ketika kejadian jirannya turut mengadakan jamuan berbuka puasa hanya beberapa meter dari rumahnya.
Beliau berkata, sejak kejadian, dia dan isteri tidak lagi berani untuk keluar masuk rumah kerana bimbang kejadian sama berulang.
"Lokasi rumah ini terletak di tepi kawasan bukit yang hanya bersebelahan dengan jalan besar. Kemungkinan penjenayah boleh masuk menggunakan laluan dari luar ini tanpa perlu masuk ke laluan utama.
"Kecurian di kawasan ini semakin menjadi-jadi sejak tahun lalu. Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian ini berlaku semasa kami tiada di rumah, "katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.
Katanya, polis juga sudah mengarahkan pasukan ronda bermotosikal untuk melakukan rondaan di kawasan perumahan berkenaan.
Tuesday, July 30, 2013 |
JEMPUTAN TAKLIMAT “PELAN KESELAMATAN HARI RAYA (AIDILFITRI) 2013”
Ruj. Kami : PPBSP/PKHR/7/01
Dato'/Dr./Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
AJK PPBSP,
Ketua-ketua Skim BSP,
Wakil Bangi Heights,
Ketua Balai Polis Bangi
PER: PANGGILAN TAKLIMAT "PELAN KESELAMATAN HARI RAYA (AIDILFITRI) 2013"
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) bercadang untuk melaksanakan pelan keselamatan di Bandar Seri Putra semasa hari raya Aidilfitri 2013. Bagi membolehkan pelan keselamatan ini berjalan dengan berkesan, PPBSP berharap agar skim-skim dapat menhadiri taklimat yang akan diadakan seperti maklumat dibawah.
3. Dengan ini Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke taklimat "Pelan Keselamatan Hari Raya 2013" yang seperti berikut :
Tarikh : 27 Julai 2013
Hari : Sabtu
Waktu : 9.00 pagi
Tempat : Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra
3. Sekiranya Dato'/Dr./Tuan/Puan berhalangan untuk menghadiri mesyuarat ini, mohon dihantar wakil atau diharap dapat memaklumkan pemangku YDP Tuan Mustafa Kasim (016-369-2443, mustafakassim54@gmail.com) atau setiausaha persatuan Tuan Khairil Anuar (013-207-4540, khai@bandarseriputra.com)
4. Kerjasama daripada Dato'/Dr./Tuan/ Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar,
t.t.
......................................................................
KHAIRIL BIN ANUAR
Setiausaha
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Friday, July 26, 2013 |

