feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Warga BSP: Patuhilah Undang-Undang Jalan Raya

Inline images 1
Gambar selingan kemalangan tujuh buah kenderaan yang mengorbankan sepasang suami isteri sebagai ingatan kepada kita bersama.
Sumber: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150976223446762.408990.348304376761&type=1

Mohon warga BSP agar mengikut undang-undang jalan raya kerana semakin ramai yang dilihat:

1- Melanggar lampu isyarat dengan sengaja
2- Memandu dengan laju dikawasan perumahan
3- Tidak memakai helmet (motor) atau tali pinggang keledar (kereta)
4- Meletak kenderaan sesuka hati (terutama semasa Bazar Ramadan)
Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.


=====================
Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)
Disepit dua bas -
Gambar Ehsan dari Saudara Syamsul Ondscene - Terima Kasih

Oleh Asmah Rusman
asmah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selaku anggota polis trafik, menguruskan mayat mangsa kemalangan sudah menjadi sebahagian tugasnya, namun tidak pernah terlintas di fikirannya satu hari nanti akan mengendalikan kemalangan maut membabitkan anak dan menantunya sendiri.

Itulah kesedihan terpaksa ditanggung Pembantu Pegawai Penyiasat Trafik Kuala Lumpur, Sarjan Roslan Jalil sejurus diberitahu anak kedua dan menantunya terbunuh selepas tersepit antara dua bas dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Jalan 15/56, AU3 Keramat, Taman Setiawangsa, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, anak Roslan, Noor Edayu, 26, yang mengandung tujuh bulan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala suaminya, Koperal Hafeeze Mohd Hanafi, 30, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.

"Kebiasaannya arwah memandu ke tempat kerja selepas menghantar anak sulungnya yang berusia dua tahun ke rumah pengasuh, namun berlainan dengan hari ini (semalam), dia membonceng motosikal bersama suaminya," katanya sebak.

"Saya tidak menyangka arwah pergi meninggalkan kami kerana ketika berbuka puasa bersama-sama Ahad lalu, tiada tanda pelik yang ditunjukkan melainkan arwah ada memberi wang perbelanjaan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi," katanya sebak.

Menurutnya, arwah Noor Edayu bekerja sebagai pembantu tadbir di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) manakala suaminya bekerja di Pusat Komputer Pengurusan Gaji, Kementerian Pertahanan.

Roslan berkata, jenazah Noor Edayu akan dikebumikan di kampung mereka di Masjid Tanah, Melaka manakala Hafeeze akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Tumpat, Kelantan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua bas sekolah, dua motosikal dan lima kereta.

"Mangsa tersepit di antara dua bas sekolah yang sarat membawa penumpang. Keadaan jalan cerun menurun dan ketika itu cuaca dalam keadaan baik," katanya.

Katanya, pemandu bas sekolah berkenaan yang patah kaki kanan sedang dirawat di HKL akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, bas yang dipercayai menghadapi masalah brek ketika menuruni bukit dan merempuh sisi kanan sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa.

Berikutan hentakan yang kuat itu, bas sekolah yang dirempuh kemudian melanggar sebuah Proton Waja di hadapannya manakala sebuah Perodua Kancil dari arah bertentangan yang cuba mengelak melanggar sebuah motosikal lain.

Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu bas yang dirempuh cedera dan seorang pembonceng motosikal patah kaki kanan..







Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.