feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Isu Berkaitan Bazar Ramadan BSP

Inline images 1

W'salam,

Untuk makluman pihak persatuan telah pun memberi maklumbalas kepada unit PPBSP yang pengendali Bazar Ramadan agar membuat penambahbaikan.
Antaranya:

  • Perlunya pengawal lalu-lintas pada kedua belah simpang ke bazar Ramadan. Ini termasuk memastikan kelancaran lalu-lintas.
  • Mempamer tanda harga kerana didapati ramai peniaga tidak pamer harga. Input yang diterima, harga jualan adalah berbeza pada masa berlainan.
  • Kebersihan peniaga juga nampaknya terabai.
  • Kemudahan surau perlu diperkemas dengan menyediakan tempat wuduk dan papan tanda untuk kegunaan peniaga dan pengunjung.
  • Memastikan tiada peminta sedekah atau pemungut derma mengambil kesempatan dalam kawasan bazar Ramadan. Jika betul mereka dari organisasi yang sah, mereka boleh memohon kepada penganjur dan akan diberikan kawasan khas.
Pandangan tuan, akan saya majukan.

Terima kasih.

Khairil Anuar
Setiausaha PPBSP
Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.


2012/8/2 FAISAL HJ. AHMAD SABRI

Salam buat Sdr. Khai, terlebih dahulu diucapkan setinggi2 tahniah atas kejayaan mewujudkan blog baru BSP utk dimanfaatkan warga BSP. Cuma saya nak sentuh sikit mgnai persekitaran juga walaupun tidak secara langsung. Kita smua mmklumi bahawa sekarang ni bulan Ramadhan dan umat Islam sluruhnya bpuasa. Dlm hal ini Bazar Ramadan BSP yg diadakan setiap petang turut menarik ribuan warga BSP ksana. Masalahnya, dlm kesibukan warga BSP membeli juadah beriftar itu, ramai yg mgambil mudah meletakkan kereta masing2 di kiri dan kanan jalan berhampiran simpang lampu isyarat menuju KUIS. Keadaan ini mybbkan laluan kenderaan88 yg melalui jalan berkenaan (yg mrupakan jalan utama) seringkali terganggu. Oleh yg demikian, selaku salah seorang penduduk dan setelah nendengar komen beberapa orang pebduduk BSP, saya mengesyorkan kpd Jawatankuasa Bazar Ramadan agar dapat mengambil lgkah sgera utk membendung perkara ini demi kebaikan dan keselamatan bersama.

Wassalam.

Faisal Hj. Ahmad Sabri
Putra Terrace
Bandar Seri Putra.









Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.