Carian entri blog
Blog ADUN Bangi: Pelajar KUIS Sertai Gotong Royong Penduduk Seri Putra
Posted by
khaiatbsp
Pelajar KUIS Sertai Gotong Royong Penduduk Seri Putra
7:05 AM No comments
-->
Bandar Seri Putra, Bangi, 11 Jamadil Awwal 1434 = 23 Mac 2013 (Sabtu):
Paling tidak bagi penggal Adun Bangi (2008-2013) Bandar Seri Putra memecah rekod dari segi mengadakan Kempen Kebersihan selama tiga minggu berturut-turut, Kempen yang dianjur oleh Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra itu dengan kerjasama Pejabat Adun bermula dengan gotong royong pada 9 Mac 2013 di Kawasan Kedai Utama berhadapan dengan Post Office yang disertai Pemaju, Syarikat Pembersih dan MPKj, diikuti pada 17 haribulan berhadapan dengan kedai setingkat Seksyen 5 Bandar Seri Putera juga mendapat sponsor dari peniaga-peniaga. Keesokannya Persatuan Penduduk menganjurkan Sambutan 10 Tahun Bandar Seri Putra. Terakhir dan puncak dari gotong royong ialah pada 23 Mac 2012 yang tumpuan utama ialah sekitar Tapak Masjid (Al-Mustaqim) bakal didirikan dan berhadapan dengan Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menegah Bandar Seri Putra. Kesemua kegiatan di atas Adun berkesempatan hadir dan menyaksikan sendiri semua kegiatan.
Gotong royong pada hari ini ada kelainan dari gotong royong yang diadakan sebelum daripada ini, kerana pada hari ini disertai oleh pelajar-pelajar dari KUIS yang kampusnya berdekatan dengan tempat bergotong royong (Jalan masuk). Peserta-peserta hari ini berjumlah dalam lingkungan 50 orang dalam mana peserta dari KUIS ialah seramai 13 orang, 8 perempuan dan tiga lelaki. Penyertaan dari agensi-agensi juga memuaskan iaitu Kontrektor dari Bangi Height menghantar serama 6 pekerja, Kontrektor Sampah menghantar 2 pekerja dan pihak MPKj menghantar 3 pekerja. Walau bagaimana peserta-peserta gotong royong – terutamanya dari penduduk relatifnya sedikit. Miusalnya terdapat 4 buah lori untuk mengangkut sampah dan sampah yang dihasilkan tidak cukup bagi diisi di dalam lori. Sebenarnya dilihat dari jumlah peserta-peserta bagi ketiga-tiga gotong penyertaan agak kecil. Penduduk-penduduk semacam tidak memberi perhatian. Mungkin mereka berpendapat tugas pembersihan adalah tugas MPKj dan syarikat-syarikat yang sudah sedia wujud. Dalam hal ini pihak agensi-agensi lebih memberi respond terhadap anjuran bergotong royong. Fokus gotong royong nampaknya adalah ringan, iaitu membersih dan memungut sampah di tepi-tepi jalan. Barang kali pemilihan tempat kurang bersesuaian. Mengapa tidak difokuskan misalnya kepada Tapak Masjid yang agak semak dengan lalang dan tumbuhan yang difahamkan akan dimasuk untuk dibangunkan dalam masa terdekat. Fokus juga boleh terhadap Tanah Perkuburan – membersih semak-semak dan menanam pokok-pokok hiasan dan bunga-bungaan yang sesuai sebagai tanah perkuburan. Singnage bagi Tapak Masjid dan Perkuburan barangkali patut dibuat secara lebih baik dan menarik.
Walau apa pun usaha yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk haruslah diberi pujian. Walaupun ada agensi-agensi yang seharusnya bertanggungjawab bagi pembersihan, tapi kosep gotong royong sekali sekali mempunyai fungsi yang tersendiri. Gotong royong walaupun tidak dapat mencapai objektif sepenuhnya – membersih kawasan yang masih tidak menyeluruh diberi tumpuan untuk bersih, tetapi ada objektif yang lain umpamanya dapat berkenalan dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Selain dari berkenalan banyak ruang yang terbuka bagi bertukar-tukar fikiran dan sebagainya.
Pada dasarnya Bandar Seri Putra antara Bandar yang teratur dan bersih di Dun Bangi, usaha bergotong royong dapat menanamkan cinta kebersihan. Diharap Bandar Seri Putra yang cantik dengan landscape dan bersih dapat dipertahankan kebersihan dengan identiti
`Seri Putra Bandar Bersih, Hijau Dan Menarik`.
Sekian.
Blog ADUN Bangi: Pelajar KUIS Sertai Gotong Royong Penduduk Seri Putra
2013-04-15T13:59:00+08:00
khaiatbsp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.