feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Blog ADUN Bangi: Jalan-Jalan Di Bangi Berubah Wajah

Jalan-Jalan Di Bangi Berubah Wajah

BBB, 23 Rabiul Akhir 1434 = 04 Mac 2013 (Isnin):



Kalau anda melewati Dun Bangi kini anda melihat jalan utama dari Jalan Reko ke Pekan Bangi sedang dipertingkatkan pembangunan jalan raya berkenaan. Sebenarnya Dun Bangi adalah salah satu Dun yang banyak mendapat peruntukan dan peningkatan pembaikpulihan jalan raya. Hampir tidak ada satu kampung atau taman yang tidak menerima pemulihan dan pembaikan jalan raya. Sebagai contoh 12 jalan kampong di Sungai Ramal Dalam diturap dan sebuah jalan utama dari seksyen 8 BBB terus ke hadapan Masjid Al-Falah dan keluar ke Jalan Utama Sungai Ramal Indah telah diturap secara lengkap. Turut menerima peruntukan pembaikan jalan raya Kg. Sungai Ramal Luar, Kampung Bahagia, Kampung Bangi dan Sungai Tangkas. Turut diturap jalan-jalan di dalam taman-taman.



Projek yang besar ialah bukan setakat menurap, tetapi meluas dan melebarkan Jalan Reko ke Pekan Bangi. Difahamkan peruntukan Negeri- JKR berjumlah RM89 juta ringgit telah disediakan. Difahamkan pada peringkat awal pembinaan jalan ini dilakukan di dalam dua fasa. Fasa pertama pembinaan sejak Januari 2013 bermula dari Jalan Reko ke Trafik light Teras Jernang memakan peruntukan RM50 juta dan fasa kedua dari Teras Jernang ke Pekan Bangi memakan peruntukan RM39 juta. Walau bagaimana kedua fasa ini nampaknya berjalan serentak. Kini kerja-kerja memotong pokok dan meluaskan jalan sedang dijalankan antara Jalan Reko ke Teras Jernang dan bagi fasa kedua dari Teras Jernang ke Pekan Bangi juga dijalankan secara serentak. Pada Sabtu 3 Mac Adun bersama saudara Azizi masuk ke Jalan yang sedang di bina melalui ladang kelapa sawit di tepi Highway Plus, antara Kuala Lumpur – Seremban datang melihat pembinaan jalan yang akan meluruskan jalan yang bengkang bengkok itu. Pembinaan jalan ini akan memperluaskan jalan yang dulu (sekarang) seluas 2 x 3.5m lanes kepada seluas 4 x 3.25m dan lebih lurus. Ditambah dengan 2.0 m bahu jalan berjumlah semua kepada 18.5 m. lebar. Keluasan Jalan Reko di upgrade kepada 1,227,800 m. Jalan masuk ke Teras Jernang dan jalan ke Industri diperuntukkan sejumlah 30 juta (Peruntukan lain dari RM89 juta). Pembaikan juga melibatkan bulatan UKM dan Bulatan (Kemajuan) dari Jalan Reko ke PKNS. Jalan ini akan menyambung dengan Bangi Lama yang di situ kini sedang dibina jambatan menyeberangi Sungai Bangi ke Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota yang boleh keluar ke Highway PLUS. Jalan ini meghubungkan Jalan Kajang dan Bangi ke Jalan Kasih antara-Kajang ke Seremban.


Sementara Jalan Kajang ke Bangi – dari Jejambat di Kajang ke trafik light di bawah Jalan Silk sedang di Bangun oleh pihak GAMUDA sebagai destinasi terakhir perkhidmatan MRT yang sdang dibina dari Sungai Buluh ke Kajang. Kawasan dari jejambat hingga ke trafik light di bawah SILK Highway adalah termasuk di bawah Dun Bangi. Jalan ini diperluas sebanyak 4 lane bersambung dengan Jalan dari Reko ke Pekan Bangi. Pada sebelah kanan bersebelahan dengan Stesyen Keretapi Kajang sekarang sedang dibersih kawasan bagi pembinaan point terakhir bagi MRT dari Sungai Buluh. Sebagaimana jalan Reko ke Pekan Bangi diperluas kepada 4 lane demikian jalan ke Stesyen MRT hingga ke trafik Light di bawah Jalan SILK. Jalan Reko di bawah GAMUDA yang ditingkatkan ialah sebanyak 1,227,800 m. Bagi tempat parking bagi MRT adalah sebelah bagi KTM sekarang. Jumlah keluasan bagi stesyen MRT di sini adalah 9 ekar. Sebelum ke point terakhir di Jalan Reko beberapa stesyen MRT dibina seperti Stesyen Taman Ceupac, Saujana Impian dan Kajang di tapak Dewan Orang Ramai sekarang yang akan dirobohkan.




Mengapa Stesyen Komuter ini terhenti berdekatan dengan Stesyen Keretapi Kajang, tetapi tidak berhadapan Hentian Bas Kajang bagi memudahkan orang ramai dari Stesyen Bas Jalan Reko menggunakan perkhidmatan MRT. Pada masa depan tempat ini dihubungi dengan jalan dan flyover dari GMI- Alam Sari ke Jalan Reko dan dari Kajang Dua ke Bandar Baru Bangi dan Kajang dan ke UKM. Pendek kata Jalan Reko bertambah sebok. Mereka yang nak menggunakan MRT boleh datang dari Semenyih dan Pekan Bangi dengan segera kerana peningkatan jalan yang lebih selesa. Walau bagaimana peningkatan kenderaan di Jalan Reko, Bandar Kajang dan Jalan Ke Cheras dan ke Tol Bangi akan terus bertambah. Manakala tiang-tiang lampu sementara dipasang dari UKM ke Pekan Bangi dan telah menyala di malam hari. Walau macam tiang-tiang dipasang bersifat sementara dan agak kecil tiang – tiang ini sebelumnya diguna di tempat lain. Tapi bila jalan siap , maka tiang-tiang lampu sempurna akan dipasang di Jalan baru dibina dan tiang lampu sementara itu akan ditarik balik. Semoga dengan siapnya jalanraya baru akan memudahkan perhubungan dan pengurusan semua pihak.


Sekian.






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.