Carian entri blog
Baraan - The Finale
Allah Maha Besar. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw.
Alhamdulillah Baraan sesi 1433H melabuhkan tirainya sebentar tadi dengan pelbagai kenangan dan cerita yang indah-indah.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Daripada AJK, kaum bapa, kaum ibu, dan anak-anak telah sama-sama memeriahkan majlis bagi tahun ke TUJUH di SP5.
Aktiviti yang unik ini memang sangat ditunggu oleh semua. Bukan sahaja anak-anak yang berjaya 'mengunungkan' kutipan makanan dan duit mereka. Bahkan keterujaan kaum bapa dan kaum ibu kerana berpeluang menziarahi rumah jiran tetangga. Kalau hendak diharapkan mengunjungi secara individu, rasanya tidak mungkin boleh habis dalam masa sebulan. Itu pun belum tentu dapat menziarah jiran-jiran baru yang mungkin belum dikenali. Nah ini semua adalah kelebihan aktiviti Baraan kita.
Secara amnya marilah kita saling bermaafan dan maafkan jiran-jiran kita. Terutama, sepanjang Baraan ini mungkin ada yang memendam rasa kerana kebersihan SP5 yang dicemari dengan sampah bertaburan di jalan raya. Atau pun, sikap anak-anak jiran yang saling berebut dan membuat bising semasa Baraan. Ini semua adalah asam garam kehidupan berjiran.
Akhir kata, saya buka untuk warga SP5 untuk meneka empunya diri yang ayu bersimpuh dibawah. Mereka yang menjawab dengan betul akan menerima hadiah istimewa daripada tuan empunya diri. Hadiahnya adalah percutian 7 malam 5 hari dirumah sendiri.
Serta saksikan model baju melayu dibawah.
Gambar selebihnya boleh dilihat disini.
Baraan Hari Pertama
Jalan 5/6 Upper
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151146659107996.466083.163419787995&type=1
Baraan Hari Kedua
Jalan 5/6 Lower
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151148958147996.466428.163419787995&type=1
Baraan Hari Ketiga
Jalan 5/5 Upper
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151151685697996.466970.163419787995&type=1
Baraan Hari Keempat
Jalan 5/5 Lower
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151151700742996.466971.163419787995&type=1
Baraan Hari Kelima
Jalan 5/2 dan 5/7
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151153482687996.467271.163419787995&type=1
Baraan Hari Keenam (Finale)
Jalan 5/3 dan 5/4
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151153503482996.467275.163419787995&type=1
Semoga ukhuwah sesama kita akan terus terpaut dan seluruh warga SP5 mendapat keberkatan Illahi didunia dan akhirat. Amin.
Selamat hari raya, maaf zahir batin.
=============================================================================
BANK ISLAM: 1202-9010-0595-85
MAYBANK ISLAMIC 5628-3450-4024.
CIMB ISLAMIC 12-3700-006-081-08.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook | Facebook2 | Mailinglist
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist
SK Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook | Facebook Tahun 6
SRA Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook
Surau Al-Hijrah: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist
SP5: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist