Carian entri blog
Pengurusan Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra
Posted by
khaiatbsp
Labels:
Makluman
Pembetulan: Alamat email sebelum ini adalah salah. Email sebenarnya adalah habarani@gmail.com
Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/06/pengurusan-tanah-perkuburan-bandar-seri.html
Salam kepada Muslimin/Mulimat Warga Bandar Seri Putra.
Sejak tanah perkuburan Islam Bandar Seri Putra digunakan mulai 2 May 2009, urusan meyediakan tanah kubur dan urusan pengembumian dijalankan oleh ahli-ahli secara sukarela. Sehingga kini 12 perkuburan telah disempurnakan.
Apabila berlaku sesuatu kematian, dimana urusan pengurusan jenazah termasuk penyediaan tanah kubur perlu dijalankan (sepertimana mengikut tuntutan ugama). Masalah utama didalam penyempurnakan tugas ini adalah untuk mendapat tenaga pekerja. Terutama dari segi pengurusan tanah perkuburan.
Dengan ini telah sampai masanya pihak pengurusan kubur untuk mengadakan petugas tetap untuk mengendali urusan tanah perkuburan dengan dibayar imbuhan secara tetap.
Untuk perlaksanaanaya ada 2 perkara penting yang perlu diurusakan.
- Mendapatkan petugas
- Pembiayaan untuk petugas tetap.
Untuk mendapatkan petugas tetap:
Dengan ini diwar-warkan (iklan) kepada yang berminat.
Senarai Tugas yang perlu dilaksanakan:
- Pengurusan secara menyeluruh kawasan tanah perbururan yang dibahagikan seperti berikut:
- Menyediakan kubur untuk setiap kematian yang hendak dikebumikan ditanah perkuburan Bandar Seri Putra.
- Memastikan semua urusan pengkebumian dilaksanakan dengan teratur.
- Menjaga persekitaran tanah perkuburan sentiasa bersih dan teratur.
- Memastikan keselamatan dan kesempurnaan tanah perkuburan pada setiap masa.
- Petugas yang diperlukan:
- Individu yang boleh member komitment sepenuhnya pelaksanaan urusan pengkebumian dan perkuburan.
- Boleh melaksanakan tugas pada setiap masa apabila diperlukan.
- Berpengetahuan dalam urusan penguruan jenazah dan pengkebmian.
- Imbuhan:
- Perlu dibincang.
Pembiayaan untuk petugas tetap.
- Dana dikumpul dari jemaah Bandar Seri Putra/Impian Putra/Bukit Mahkota, dengan cara
- Kutipan tetap bulanan melalui surau-surau/persatuan penduduk.
- Sponsor melalui badan-badan tertentu.
- Jumlah dan perlaksanaan: perlu dibincang.
Tarikh Perlaksanaan:
SEBERAPA SEGERA – KEMATIAN TETAP BERLAKU.
Pandangan dan sokongan semua jemaah Di Bandar Seri Putra, Impian Putra dan Bukit Mahkota amat diperlukan.
Segala pertanyaan dan maklumat berhubung dengan tanah perkuburan boleh didapati dari:
Pengerusi
Surau As Syakirin
Alamat Surat Menyurat: 43 Jalan Seri Putra 3/1 Bandar Seri Putra.
Talipon: 019 3656514
E mail:
Pengurusan Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra
2010-06-01T11:25:00+08:00
khaiatbsp
Makluman|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penafian
Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.