feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Hari Ramah Mesra dan Kempen Pembayaran Yuran PIBG (2 Julai)

Sekolah akan mengadakan Hari Ramah Mesra pada 2 Julai 2010. Ini antara lain untuk mendekatkan ibubapa dengan guru-guru. Disamping itu, keputusan pertengahan tahun juga diserahkan kepada ibubapa. Ibubapa boleh mengetahui perkembangan anak mereka daripada guru-guru yang mengajar.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs038.snc4/34244_405556633862_179473523862_4459623_3144415_n.jpg

Pada hari yang sama, PIBG akan membuka kaunter pembayaran yuran PIBG bagi ibubapa yang belum menjelaskannya lagi. Yuran ini sangat penting kerana pelbagai aktiviti dan projek menaikan taraf sekolah menggunakan sumber kewangan ini. Jumlah yuran PIBG setahun adalah RM50 seorang. Manakala, untuk ibubapa yang mempunya anak 2 orang atau lebih, yuran tahunannya adalah RM100 sekeluarga. Bagi pihak PIBG, saya merayu ibubapa yang hadir dapatlah membawa wang untuk pembayaran yuran PIBG tersebut. Pada yang telah menjelaskannya, PIBG mengucapkan ribuat terima kasih.

PIBG juga tidak keberatan menerima SUMBANGAN TAMBAHAN yang akan digunakan untuk membina tempat wuduk tambahan. Dianggarkan jumlah perbelanjaan untuk membina tempat wuduk tersebut adalah RM2 ribu. Sumbangan tambahan tuan-tuan amat di alu-alukan. Jika sumbangan yang diterima melebihi perbelanjaan, sumbangan tersebut akan digunakan untuk projek seterusnya seperti pembinaan tangga di pos pengawal; pembinaan bonggol dan petak kuning dihadapan pintu masuk sekolah; pembayaran gaji pengawal keselamatan merangkap tukang kebun, dan pengawal lalulintas; dan pelbagai lagi wang pengurusan sekolah. 

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs018.ash2/34244_405556628862_179473523862_4459622_1464158_n.jpg





Comments



Terima Kasih - Gotong-royong dan Forum Perdana

Alhamdulillah, syukur ke hadhirat ilahi atas kelancaran Program Gotong-royong dan majlis Forum Perdana tempohari.

Pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih dan mengucapkan "JazakAllahu Khairan Kathiiran" kepada Ustaz Khairul Amri Jamian, Guru Besar dan En. Lokman bin Md. Sarip, Pengerusi PIBG SRA Bandar Seri Putr...a di atas penglibatan bersama bagi menjayakan program tersebut.

Buat pengetahuan, kutipan derma pada malam program itu sahaja mencecah lebih RM4,000. Diharapkan warga Bandar Seri Putra semua dapat terus memberikan sokongan kepada program-program seumpama ini di masa yang akan datang.

Wassalam.
(b/p JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim dan JK Penaja BSP Induk)
Sebulan RM50.00 sebanyak 20 kali, insyaAllah
azizuljabbar@gmail.com





Comments

Forum Perdana: Orang Muda Pemangkin Masjid.

Dipetik dari: http://khaiatbsp.blogspot.com/2010/06/forum-perdana-orang-muda-pemangkin.html

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs160.snc4/37357_436534548707_245996843707_5879630_3244427_n.jpg

Bandar Seri Putra, 26 Jun.

Kutipan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra telah di rasmikan oleh ADUN Bangi Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar semasa berlangsungnya Forum Perdana Ehwal Islam semalam. Majlis yang bermula 9.30 malam tersebut sepatutnya turut dihadiri oleh Dato' Dr. Hassan Mohamed Ali sebagai pengerusi forum bagaimanapun masih lancar dengan kupasan menarik dari dua ahli panel Ustaz Farid Razi dan Dr. Asiah Ali. Dato' Hassan tidak dapat hadir atas urusan kerja rasmi yang mengejut. Oleh itu, Dr. Shafie telah mewakili Dato' Hassan sebagai perasmi majlis.
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs048.ash2/35755_436438583707_245996843707_5876898_7788873_n.jpg

Masjid Mustaqim yang akan menjadi One-Stop-Center di Bandar Seri Putra (BSP) masih memerlukan sumbangan orang ramai untuk didirikan. Masjid yang dijangka bernilai RM6 Juta tersebut masih banyak baki yang perlu dipenuhkan. Menurut ahli panel, UStaz Farid Ravi,  masjid masih perlu diwujudkan kerana ianya akan menjadi mercu tanda dan sumber keberkatan sesuatu kawasan. Contohnya di Andalusia, masjid dan surau didirikan berdekatan dan terdapat hampir 300 buat masjid di Andalusia sahaja. Ukuran masjid yang didirikan adalah mengikut kekuatan suara muazzin (orang yang melangkan azan) dari masjid yang pertama.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs033.snc4/34034_436437978707_245996843707_5876858_4804770_n.jpg

Dr. Asiah pula sangat berbangga dengan keadaan di Selangor terutama kawasan Shah Alam dimana masjid menjadi tempat menuntut ilmu tanpa sebarang sekatan. Beliau juga berpendapat, masjid tidak patut hanya dikongkong dengan aktiviti agama yang terhad seperti sembahyang sahaja. Tetapi ianya perlu juga disulami dengan pelbagai aktiviti ilmu dan perlu mencakupi kehendak pelbagai peringkat umur terutamanya remaja.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs015.ash2/34131_436438778707_245996843707_5876905_4119728_n.jpg

Ustaz Farid pula menambah seharusnya masjid didirikan semudah mungkin tanpa perlu peruntukan yang terlalu tinggi. Beliau menegaskan masjid di zaman Nabi didirikan dengan pokok tamar dan digunakan untuk pelbagai aktiviti. Beliau menegaskan masyarakat perlu kenal pokok tamar dan menyarankan masjid menanam pokok tamar di kawasan lamannya nanti. Beliaun sanggup menyumbang 2 batang pokok sebagai permulaan. Tambahnya lagi, kaedah RM50 sebulan sebuah keluarga hanya mekanisma. Tetapi bagi yang mampu, sumbangan sekali gus perlu dilakukan agar masjid yang di idamkan dapat didirikan dalam masa yang singkat. Mereka yang mampu boleh menderma lebi daripada yang disasarkan. Ustaz juga menemplak orang kita yang tidak lari daripada 'Mazhab Seringgit' apabila menderma setiap Jumaat. Dengan taraf hidup yang telah meningkat, sumbangan lebih daripada itu adalah ditagih agar masjid mempunyai dana yang sentiasa cukup untuk menjalankan pelbagai aktiviti.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs035.snc4/34131_436438823707_245996843707_5876914_139294_n.jpg

Dr. Asiah juga bersetuju dengan Ustaz Farid dengan mengatakan ahli jawatankuasa pembinaan perlu lebih agresif dan perlu memikirkan kaedah kutipan yang lebih efektif. Ini kerana beliau berpandangan penderma hanya akan menderma apabila nampak kesungguhan daripada ahli jawatankuasa. Initiatif individu juga ditagih untuk membantu jawatankuasa sebagai contoh dengan membawa tabung sumbangan ke tempat kerja masing-masing dan mengutip sumbagan dari rakan sekerja.

Dalam mengimarahkan masjid, Ustaz Farid menegaskan bahawa ada dua cara. Pertama diimarahkan dengan masjid dari bentuk fizikal. Dan keduanya dengan mempelbagaikan aktiviti. Beliau bervisi yang masjid di BSP dapat dipelopori oleh orang muda. Dan aktiviti berkaitan orang muda perlu diperkemaskan dan dipertambah.

Di akhir forum, pengerusi forum telah membaca cerita sorang hamba Allah yang hanya mendermakan RM1 daripada jumlah duit yang yang dikeluarkan RM100 ribu. Bagaimanapun setelah keluar dari bank, beliau telah dilanggar kenderaan dan meninggal dengan duit bertaburan di 'angkasa'. Ustaz Farid secara bergurau sangat tertarik dengan bahasa pengerusi forum "Duit bertaburan di ANGKASA" dan bukannya di jalan raya. Kemudian beliau menambah dengan menyatakan derma adalah perkara terkahir yang boleh dilakukan sebelum seseorang itu meninggal dunia. Serta jangan bertangguh untuk menderma, kerana hanya derma yang akan kita bawa ke akhirat.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs015.ash2/34131_436438818707_245996843707_5876913_8149283_n.jpg

Majlis telah berakhir sekitar pukul 11.20 malam.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan, ianya boleh disalurkan di akaun-akaun berikut:

Maybank Islamic : 5628 3450 4024
CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08
Bank Islam : 1202 9010 0595 85

Manakala gambar dan video boleh diperolehi dipautan ini:

Oleh Khai@BSP
http://khaiatbsp.blogspot.com



Comments

Forum Perdana sedang berlangsung

Forum perdana baru sahaja bermula. Marilah warga seri putra kita turut
sama dlm majlis ini. Bagaimanapun Dr Hassan Ali tidak dpt hadir kerana
ada urusan rasmi kerajaan negeri. Beliau telah wakilkan Dr Shafie yg
telah merasmikan majlis. Jom, sempat lagi ni.



Comments

Stadium Tropika sempena World Cup : Perlawanan Tumpuan Jumaat


Dua gergasi bolasepak berbeza benua dengan permainan terbuka dan berorientasikan menyerang akan berentap kali ini. Mampukah Portugal menembusi benteng Brazil dan seterusnya menjadi Juara Kumpulan? Adakah dengan ketiadaan Kaka menjadikan Brazil kurang berbisa? Kedua-dua pasukan yang boleh dikatakan sebelah kaki ke Pusingan Kedua ini pasti mahu menjadi Juara Kumpulan bagi mendapat laluan yang lebih selesa selepas ini.

Saksikanlah beramai-ramai, secara santai... hanya di Stadium Pakcik Ghaffar Tropika, dibawakan khas untuk anda. Datang awal bagi mengelakkan duduk belakang. Grin Grin




Comments

Gotong-Royong SRA-BSP, 27 Jun, 7.30 pagi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs292.snc3/28246_404148858862_179473523862_4421377_4612163_n.jpg

Assalammualaikum,

Saya telah dimaklumkan oleh YDP PIBG SRA-BSP berkenaan perkara berikut:

Perkara: Majlis Gotong-Royong di SRA Bandar Seri Putra
Tarikh: 27 Jun (Sehari selepas Forum Perdana di sekolah)
Masa: 7.30 pagi

Oleh itu diharap ibubapa anak-anak bersekolah di sini, khususnya, dan warga Putra Mahkota, amnya, dapat turut meringankan tangan untuk menjayakan aktiviti ini.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk terus kepada pihak sekolah (019-2114617 / 016-6442652) ataupun kepada YDP PIBG sendiri En Lokman (019-7027995)

-Khai@BSP




Comments

Kelas Cup Cake & Deco

Jemputan kepada semua kaum wanita...sama ada di Bandar Seri Putra
atau pun di luar kawasan untuk menyertai Kelas masakan anjuran SERI AN NUR BANDAR SERI PUTRA...
 
Maklumat lanjut sila hubungi kami di
013 2316296 atau


--

KELAS MANIK - RM100 (promosi pra puasa)
Jadual Baru Jun / Julai
S.alam/ttdi/seremban/ampang/gombak/johor/melaka/kajang/pkns bandar baru bangi
= http://mummie-ebeads.blogspot.com/


KELAS RENANG  http://annur08.blogspot.com/


WATIE MD. ARSHAD
013-2316296 / 0389267316
Watie Arshad <watie.arshad@yahoo.com>




Comments

ADUN Bangi kena tempias Piala Dunia

ADUN Bangi juga tak ketinggalan menerima tamparan Piala Dunia.

Jom kita.

Khai@BSP

ADUN Bangi turut meraikan peminat2 Bola Sepak Dunia, beramai2 kita meraikannya

Saksikan kehebatan pemain2 bola sepak ala samba diantara 2 jaguh benua.. Makanan & Minuman disediakan..




Comments

Jemput ke Stadium Tropika sempena World Cup

Salam,

Bagi warga BSP yang inginkan menonton perlawanan Piala Dunia malam ini, bolehlah mengarah ke padang permainan Putratropika sebab ada skrin besar.

Kepada peminat world cup 2010.. anda dijemput untuk ke Padang permainan Putratropika untuk mengikuti perlawanan bolasepak piala dunia melalui layar besar yang di letakkan di padang  permainan putratropika. Jemputlah memeriahkan suasana world cup 2010 ini... anda boleh datang bersama-sama keluarga anda, anak- anak anda atau seorang diri... bawalah vuvuzela atau balloon air horn bagi mengambarkan suasana kemeriahan stadium bolasepak.. jom.. jom.. anda semua dijemput hadir... bawa keropok, bawa air kopi, bawa kacang, bawa kuaci tetapi selepas menonton tolong kemas dan jangan sepahkan padang.....

http://img.photobucket.com/albums/v168/vadx7/3.jpg

Perlawanan seterusnya yang akan dibuka layar besar adalah perlawanan pilihan antara Brazil dan Portugal pada 25 june 2010... sebarang perubahan siaran akan diberitahu kelak...

Jemput datang no hal.. kita sesama taman aje.. jangan risau.. malu datang sorang bawa kawan-kawan,  tapi dinasihatkan bawa tikar atau tilam angin santai sikit.. nak meriah lagi bawa vuvuzela atau ballon air horn.. kalau tak ada ada seorang mamat kat putratropika tu jual ballon air horn tu dengan harga RM4.00 boleh dapatkan kat sana.. atau detail dia kat sini http://putratropika.com/forum/index.php?topic=1742.30

http://lh4.ggpht.com/_Ii-hx5CCQus/TB__un-WmvI/AAAAAAAAA8s/SmG8zMP-lXg/s800/AIR%2520HORN.jpg
Contoh gambar air horn yang dijual.

Khai@BSP




Comments

Hujung Minggu @ PTS

Maklumat diterima dari PTS Publication.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pelanggan bookcafe yang dihormati,

Mohon maaf sekiranya e-mel ini mengganggu tuan dan puan. Sukacita dimaklumkan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS), penerbit buku umum pelbagai kategori di Malaysia akan mengadakan program Hujung Minggu @ PTS sebagaimana berikut:

Tarikh: 26 & 27 Jun 2010 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10 pagi – 6 petang
Tempat:  PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park
68100 Batu Caves, Selangor
Klik di sini bagi melihat lokasi PTS: http://pts.com.my/index.php/contact/

Antara pengisian program ini ialah:

1. Pameran dan jualan buku: diskaun dari 25% (semua buku) – 50% (buku terpilih) – bayaran dalam bentuk tunai, kad kredit/debit
2. Sesi bersama penulis buku remaja (26 Jun):
Antara penulis yang akan hadir ialah Bahruddin Bekri, Kusyi Hirdan, Saridah Hamid, Ney Johan, Farihah Iskandar, dan Anis Adlyana.
3. Sesi bersama pelukis Komik-M: Rezarly Musa (Reja) (26 Jun)
4. Rakaman video dan audio ulasan buku/pendapat bersama pengunjung (26 Jun)
5. Internet percuma (wifi) bagi pengunjung yang bawa laptop sendiri

Sehubungan dengan itu, PTS menjemput tuan dan puan menghabiskan masa hujung minggu pada 26-27 Jun nanti di premis PTS. Rebutlah peluang membeli buku-buku terbitan PTS pada kadar diskaun istimewa sambil beramah mesra dengan penulis-penulis novel remaja.
Selain itu, bagi kanak-kanak yang mahu lukisan karikatur wajah mereka, dapatkannya secara percuma daripada En. Reja, pelukis Komik-M PTS dengan syarat perlu membeli Komik-M.

Bagi tuan dan puan yang berminat mengulas buku PTS yang sudah dibaca, PTS akan rakamkan ulasan tuan dan puan sama ada dalam bentuk video dan audio (podcast). Rakaman video dan podcast ini akan disiarkan di Portal PTS.

Mohon sebarkan e-mel makluman ini kepada peminat-peminat buku PTS yang lain supaya mereka juga tidak terlepas peluang berhujung minggu di PTS.

Jumpa tuan dan puan di Program Hujung Minggu @ PTS pada 26-27 Jun 2010 nanti.

Terima kasih.






Comments

PESTA BUKU SELANGOR 2010

http://www.pestabukuselangor.com/imej/posterpbs.png

Kepada yang minat membaca dan yang suka menambah ilmu pengetahuan yg lupa temujanji di

Pesta Buku Selangor 2010

PESTA BUKU SELANGOR 2010

Tempat :       Kompleks PKNS, Shah Alam

Tarikh   :       25Jun-5Julai 2010 (11 hani)

Jam        :       10 pagi – 9 malam

 





Comments

SESIAPA YANG BERMINAT BERNIAGA BISKUT RAYA

Salam.
 
Sesiapa yang berminat untuk menambahkan sedikit pendapatan pada hari perayaan yang akan menjelang tak lama lagi bolehlah cuba cuba berniaga biskut raya. Saya adalah stokist untuk biskut raya keluaran Norli Products, Batu Pahat. Biskut Norli amatlah sedap dan terkenal di seluruh Malaysia terutama sekali di KL, Selangor, Johor dan selatan tanah air. Pn Norli telah menceburi bidang ini lebih dari 15 tahun.
 
Jika berminat, datanglah ke alamat yang tertera di bawah ini untuk mendapatkan sampel-sampel. Sampel-sampel dijual pada harga cost. Harga yang saya tawarkan adalah khas untuk pengedar dan ianya harga seperti mana yang di kenakan kepada anda sekiranya anda membeli terus dari Norli Products, Batu Pahat. Saya hanya mengenakan sedikit cost pengendalian dan penggangutan. Kalau nak di kira harga minyak dan tol dari KL ke Batu Pahat iaitu lebih kurang RM150 pergi balik.
 
Anda juga boleh layari website dan oder boleh juga dibuat melalui email atau telephone. Syarat-syarat yang ditentukan hendaklah dipatuhi.
 
Nama: Norhayati Binti Mohideen atau Saim Kamin 
Alamat: No. 17, Jalan Seri Putra 5/2, Bandar Seri Putra, Bangi, Kajang 43000
Hp: 0173090476 (Saim) atau 0123927173 (Yati)
Website: www.sazkuihraya.com (wef July 2010)
 
Syarat-syarat:
1- Semasa membuat tempahan, pengedar perlu mendepositkan 50% harga belian ke Maybank A/C Norhayati Mohideen - 504003661601 dan sms maklumat ke 0123927173 (yati).
2- Tarikh tutup tempahan - 11 Ogos 2010 (Hari kedua puasa).
 
Sekian Terima Kasih
Yati






Comments

Program Gotong-royong & Forum Perdana pada 26 Jun 2010






Comments

Kelas Bimbingan Mengaji Remaja & Kanak-Kanak

Tuan-Tuan & Puan-Puan ahli Kariah Surau Al-Hijrah sekalian.

Sukacita diumumkan, Surau Al-Hijrah akan memulakan Kelas Bimbingan Mengaji untuk para Remaja & Kanak-Kanak yang akan bermula pada 14 Jun 2010. Tuan-Tuan boleh mendaftarkan anak-anak dengan mengisi Borang yang disediakan dan menyerahkannya kepada mana-mana AJK Surau Al-Hijrah ataupun kepada Pengelola Kelas, saudara Malek ataupun saudara Tholhah.

Kelas akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis setelah selesai solat Maghrib hingga menjelang masuknya azan Isyak. Pada hari Khamis selepas Isyak pula, anak-anak akan dibimbing dengan Zikir Matsurat, Zikir Munajat, Alma'ul Husna dan sebagainya.

Bayaran yang dikenakan hanyalah RM15.00 bagi seorang pelajar dan tambahan RM10.00 seorang bagi adik-beradiknya yang lain.

Selain memanfaatkan prasarana sedia ada serta kelebihan yang ada pada Pengajar, anak-anak kita boleh sama-sama berjemaah di Surau dan diharapkan akan mengeratkan lagi ukhwah sesama jiran tetangga, Insyaallah.

Sebarang pertanyaan ataupun kemusykilan boleh diajukan terus kepada Pengajar, saudara Malek (019 3708825) ataupun saudara Tholhah (017 4230907) ataupun kepada Pengerusi dan AJK Surau Al-Hijrah.

Sekian, wassalam.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30802_10150200139935176_329327610175_13087441_5572428_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs584.snc3/30802_10150200139960176_329327610175_13087442_1242665_n.jpg





Comments

Mesyuarat Pengurusan Jenazah dan Tanah Kubur BSP

Satu perjumpaan untuk menyelaraskan pengrusan jenazah dan tanah kubur Islam Bandar Seri Putra akan diadakan di Surau As Syakirin seperti berikut:

Tarikh: 17 Jun 2010 (Khamis)
Waktu: 9.00 malam
 
Jemputan akan dihantar ke semua pengerusi Surau-surau di BSP. Kita ingin mengalukan semua pengerusi persatuan penduduk, oleh kerana maklumat tidak ada dpt diwar-warkan kepada semua pengerusi persatuan penduduk yang ada di BSP. Kita juga mengalu-alukan individu yang berminat untuk sama sama hadir dalam sesi perbincangan.

Untuk keterang lanjut boleh hubungi Pengerusi Surau As Syakirin

019 3656514

tk

From: habrani@gmail.com






Comments

Perubahan Tarikh Ceramah Wira Negara Misi Kemanusiaan ke Gaza

Assalamualaikum...


Saya mohon buat pembetulan berkenaan dengan Ceramah daripada Wira Negara Misi Kemanusiaan ke Gaza yang dijadualkan esok di Masjid Al-Azhar KUIS.

Ceramah akan ditunda kepada hari Isnin (14 Jun 2010). Ini berikutan masaalah teknikal serta hebahan kepada orang ramai.

Segala kesulitan amat dikesali.

Harap maklum.

Sekian terima kasih diatas kerjasama anda.

From: Muhammadon Ahmad Tajudin <muhammadon_adon87@yahoo.com>







Comments

Umrah bersama Ir Ahmad Jais Alias

http://xa.yimg.com/kq/groups/21811005/sn/2041753376/name/siap2.jpg

asm, mohon jasa sebarkan banner promosi umrah ni kpd group/list tuan-puan.

Boleh juga tolong letakkan di mana-mana laman web/sosial yg sesuai.
 
Sekian, terima kasih.
 
b.p. Muslimin Travel n Tours
From: Ir Ahmad Jais <ir_jais_miat@yahoo.com>





Comments

Aktiviti Masjid Al-Azhar Kuis - Khamis, Jumaat dan Sabtu

Salam,

Dipetik daripada FB Masjid Al-Azhar Kuis

Pada Hari Esok (Khamis) jam 12:00 tengahari di Dewan Solat Utama akan diadakan Ceramah dari Wira Negara Y.Bhg. Encik Hasanuddin Mohd. Yunus (Aqsa Sharif) yang mengikuti Bantuan Misi Kemanusiaan Ke Gaza dengan menaiki Kapal Mavi Marmara. Semua dijemput hadir. Sebar-sebarkan.

Program Qiamullail akan diadakan di Masjid Al-Azhar pada 11 dan 12 Jun (Pagi Jumaat dan Pagi Sabtu) ini. Ianya akan dipimpin oleh Y.Bhg. Ustaz Ahmad Fauzi bin Sahar. Semua dijemput hadir.

Khai@BSP




Comments

TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN KURSUS INTENSIF/JANGKA PENDEK KUIS

TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN KURSUS INTENSIF/JANGKA PENDEK
ANJURAN PUSAT PENGAJIAN SEPANJANG HAYAT, KUIS

Pada : 26 Jun 2010
Hari   : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Kuliah Pentadbiran

Tuan/puan yang berminat boleh mendaftar pada tarikh tersebut. Boleh bawa salinan IC dan lesen untuk permohonan stiker kenderaan


Hubungi

Center of Life-Long Learning (KUISCELL)
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Sri Putra, Bangi
43000 Kajang.   

Mobile No.     : 019-6959600
Tel No.    : 03-89254251
Fax No.     : 03-89266654

Web        : http://www.kuis.edu.my]www.kuis.edu.my

Email         : ibnusaid_is@yahoo.co.uk
                      husnisaid@kuis.edu.my
Pdf





Comments

Event: Read Malaysia'10

http://www.readmalaysia.my/images/top_a.jpg

Name : Read Malaysia 2010
       
  Date : 4 - 13 June 2010
       
  Time : 11am - 10pm
       
  Venue : Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC),
Mines Resort City
       
  Organized by : MINES Event Management Sdn Bhd
       
  Endorsed by : Ministry of Education
       
  Official Media Partners : The Star
Kosmo @ Harian Metro @ Sinar Harian
Nanyang Siang Pau
The China Press
Tamil Nesan
       
  Official Radio Station : MY FM
Mix FM
Era FM @ Sinar FM
       
  Supporting Radio Station : Lite FM
       
  Official Public Transportation : Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM)
       
  Official Hotels : Palace of Golden Horses
Wellness Hotel
       
  Official Website : www.readmalaysia.my
       
  Total Area of Exhibition Hall : 12,500sqm (135000 sqf)
       
  Estimated No. of Booths : 500 booths
       
  Estimated No. of Exhibitors
: 200 exhibitors
       
  Estimated No. of Visitors : 400,000 visitors
       
  Exhibition Categories : Publishing houses
Booksellers
Educational institutions
Overseas educational centers
Academic schools
Colleges and universities
Professionals
Preschooler Education
       
  Who Should Attend : Students
Parents
University Students
Academic staffs
Educationalist
School leavers
Working Adults
       
  Activities during Exhibition : Launching of new books
Education Seminars
Guest appearances by famous authors
Students' activities
Students' competition
       
  Contact Person : Ms Ong Li Yan / Ms Chang Pui Ei / Mr Tham Chi Shan
MINES Events Management Sdn Bhd
Level 2, MIECC, Jalan Dulang,
MINES Resort City, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel :   +603 - 8949 5577
Fax :   +603 - 8945 2155





Comments

Laporan: Ceramah "Berita dari GAZA" oleh Ustaz Rifqi

Assalammualaikum.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532090176_329327610175_12913677_3799004_n.jpg

Alhamdulillah semalam Ustaz Rifqi (Kawan Ustaz Nik) telah singgah untuk berkongsi cerita berkenaan perkembangan terkini di Gaza.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532050176_329327610175_12913674_5646277_n.jpg

Walaupun tempoh makluman yang singkat, lebih 30 orang ahli karyah telah hadir sama.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194531990176_329327610175_12913666_5207363_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532010176_329327610175_12913667_1772043_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532020176_329327610175_12913669_2265223_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532025176_329327610175_12913670_7357962_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532040176_329327610175_12913672_4293961_n.jpg

Walaupun terdapat masalah teknikal pada mulanya, bagaimanapun telah berjaya diatasi.

Ustaz Rifqi telah hadir dengan ceramah yang dibantu dengan audio-visual. Insya-Allah video ceramah tersebut akan di muat-naik dalam masa terdekat.

Bagi yang ingin mendapatkan slide ceramah berkenaan, boleh menghubungi Ustaz Nik.

Antara yang telah ditekan semalam:

  1. Kaum Yahudi adalah pecahan daripada susur galur Nabi Ibrahim.
  2. Nabi Yaakub, nama lainnya adalah ISRAEL (nama yang digunakan oleh negara ISRAEL laknatullah itu sekarang)
  3. Yahuda anak ke-4 Nabi Yaakub adalah bermulanya keturunan Yahudi.
  4. Allah menyebut dalam Al-Quran yang ISRAEL ini tidak boleh dibawa berunding.
  5. Kebenaran telah terbukti apabila lebih 180 pencabulan telah dilakukan oleh Israel sepanjang gencatan senjata yang mereka tandangani 2006.
  6. Negara Israel terbentuk dengan sentimen ingin dapatkan Al-Aqsa.
  7. Sokongan sepatutnya diberikan kepada Hamas kerana mereka mengikut saranan Al-Quran tidak berunding dengan Yahudi.
  8. Sekatan telah dikenakan kepada rakyat Palestin kerana pilihanraya telah dimenangi oelh Hamas. Yahudi tidak menyukai Hamas.
  9. Israel merampas tanah dengan secara keganasan dan kekerasan tentera kepada orang awam.
  10. Palestin melalui Hamas membalas hanya menyasarkan kepada anggota tentera.
  11. Kapal bantuan kemanusiaan yang di tawan sehingga syahidnya orang awam diatasnya kerana terdapat seorang target Israel yang telah mendedahkan wujudnya kuil Yahudi di bawah Al-Aqsa.
  12. Apa yang mampu kita buat adalah dengan sumbangan, doa dan boikot barangan yang menyumbang terus kepada Israel.
Disamping itu, Ustaz Rifqi juga sedang mengumpul dana untuk sekolah Tahfiznya. Sumbangan boleh diberi terus dengan membeli buku yang beliau susun bertajuk

33 Amalan dan Doa Memperolehi Anak Soleh Anak Cerdik

Buku ini boleh diperolehi daripada Ustaz Nik atau En Khai (khaiatbsp@gmail.com) dengan harga RM15.

Berikut sinopsis dan gambaran inti pati buku tersebut.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532100176_329327610175_12913678_369842_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532110176_329327610175_12913679_7278030_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532115176_329327610175_12913680_5196058_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532120176_329327610175_12913681_7073662_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs632.snc3/31712_10150194532125176_329327610175_12913682_1339828_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532130176_329327610175_12913683_6615264_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532135176_329327610175_12913684_3113057_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532145176_329327610175_12913685_7444345_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs542.ash1/31712_10150194532170176_329327610175_12913686_1055566_n.jpg


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs602.snc3/31712_10150194532175176_329327610175_12913687_5975124_n.jpg

Wassalam.

Khai@BSP




Comments

Kerja Kosong di Bandar Seri Putra

Salam.

Bagi yang ingin mencari pekerjaan, ini ada satu jawatan kosong.

Khai@BSP

salam all bob nak minta tolong sket sesapa yang berminat atau ada sedara mara nak kerja jaga stall saya di Bandar Seri Putra?? Kerana pekerja saya yang pompuan tu akan berhenti end of this month..sambung belajar lagi dalam F&B....

-waktu bekerja 4.30ptg-10.00malam..

-Rm30/day

-good personality

-jujur dan dan indepedent...boleh berdikari

-senang patuh arahan..

tu jer kot....apa2 hal call 019-2814680...Mr.Bob Grin

http://i251.photobucket.com/albums/gg309/mybob2u/500x60kukus.jpg
mainmasak2enterprise.blogspot.com




Comments

Mengutuk Serangan Israel

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitsnwTfXrohPWhoKJoPaz2_r3hJVbSi-YEXYg9jx3XCmfncCR6nW99gCKkyZP-GSCE4dBatYcFiZCb5EX1HjSilBIV_4HNqKngiEW-5n0byB3vOniqpiGt5GqRbkHcBmy3XBRfVu1qiLQ/s1600/israel+ganas.jpg





Comments

Pindaan tarikh lawatan ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim

Pindaan tarikh lawatan ke Rumah Orang Tua Dan Anak Yatim:

Tarikh  :  27.6.2010 (Ahad)
Masa   : 8.30 pagi
Tempat : Al Jenderami


Bagi yang akan menyertai, akan dikenakan bayaran minum pagi RM 3.50 seorang.





Comments

Aktiviti Cuti Sekolah

Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/06/aktiviti-cuti-sekolah.html

Kepada ibubapa yang sedang mencari aktiviti -aktiviti menarik sempena cuti seklah, apa kata menghantar anak anda ke kelas asas pembuatan coklat oleh tenaga terlatih dari Lembaga Koko Malaysia. Terhad kepada 10 orang satu sesi untuk adik-adik berusia 7-12 tahun.Lokasinya di Taman Desa Mahkota (5 minit berkereta dari BSP) Menariknya hasil tangan boleh dibawa pulang. Dengan yuran hanya RM35, pastilah ia akan menjadi pengalaman baru kepada adik-adik. 
Jika berminat, sila hubungi Cheq di talian 012-2470592 atau www.cuitchocz.blogspot.com.




Comments

AJK Bertindak Selamatkan Ghazzah - Peringkat Dewan Negeri Bangi

Sumber:  http://drshafie.blogspot.com/2010/06/ajk-bertindak-selamatkan-ghazzah.html

BBB, 17 J. Akhir = 31 Mei (Isnin)

Berikutan tragedi berdarah berlaku ke atas Misi Kemanusiaan ke Ghazzah – setakat ini 19 kematian akibat dari kekejaman Zionis Israil yang menyerang kapal yang membawa kumpulan keamanan dan bantuan ke Ghazzah, ADNS Bangi bertindak memanggil mesyuarat tergempar di kalangan AJK ADNS Bangi Persatuan Penduduk dan Masjid serta Surau, bagi membincangkan tindakan yang wajar diambil, Mesyuarat berlangsung di Pejabat ADNS Bangi, jam 9.30 malam.

Mesyuarat yang dihadiri 15 perwakilan bersetuju untuk mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Antara tindakan jangka pendek ialah:

1) Menaikkan banner bantahan terhadap kekejaman Zionis Israil
2) Mengeluarkan flyers untuk diedar ke pasar-pasar malam dan perhimpunan-perhimpunan
3) Mengadakan Himpunan Raksaksa
4) Baca Yasin, sembahyang hajat dan doa selamat di masjid-surau
5) Mengumpul dana membantu Ghazzah
6) Khutbah di Masjid mengenai Ghazzah-Palestin
7) Mencetak baju dan soveiner
8) Pementasan
9) Pameran
10) Peralatan

Untuk jangka panjang akan dibincangkan tindakan di dalam mesyuarat-mesyuarat akan datang.

Sebuah AJK dilantik

Penasihat:

Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar - Ahli Dewan Negeri Bangi
Dr. Tajul Ariffin Noordin - YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi.

Pengarah: Haji Abdul Aziz Pengerusi Surau Taman Melor
Timbalan Pengarah: Ustaz Haji Husaini – Imam Surau Taman Melor
Ko-Ordinasi : Tuan Haji Shafie Ngah - Ahli MPKj
Setiausaha: Sdr. Mohd. Fazli Daud - Pejabat ADNS Bangi
Timb. Setiausaha Sdr. Shahrum bin Abdullah Pejabat ADNS Bangi
Bendahari Sdr. Firdaus - Persatuan Penduduk
Penerangan Sdr. Shukor Atan

AJK

Saudara Haji Mazwan Johar - Tempahan dan Keselamatan + Unit Amal
Amir Osman - Publisiti
Saudara Khairul Anwar - Pemuda
Pn. Zuryati Yassin - Muslimat
Cik Haslina Zahari - Nisa`

Sdr. Rusli Yusof - Pengacara
Tuan Haji Kamaruddin - Urusan Masjid
Tuan Haji Mohd Ghazali - Urusan Surau
Sdr. Sahimi Mokhtar - Perhubungan
Sdr. Zahid - Pementasan
Sdr. Abu Bakar - Hubungan kaum
Sdr. Azizi - Photographer
& beberapa tambahan lagi.

Sekian.



Comments

Pengurusan Tanah Perkuburan Bandar Seri Putra

Labels:

Pembetulan: Alamat email sebelum ini adalah salah. Email sebenarnya adalah habarani@gmail.com

Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/06/pengurusan-tanah-perkuburan-bandar-seri.html



Salam kepada Muslimin/Mulimat Warga Bandar Seri Putra.


Sejak tanah perkuburan Islam Bandar Seri Putra digunakan mulai 2 May 2009, urusan meyediakan tanah kubur dan urusan pengembumian dijalankan oleh ahli-ahli secara sukarela. Sehingga kini 12 perkuburan telah disempurnakan.
Apabila berlaku sesuatu kematian, dimana urusan pengurusan jenazah termasuk penyediaan tanah kubur perlu dijalankan (sepertimana mengikut tuntutan ugama). Masalah utama didalam penyempurnakan tugas ini adalah untuk mendapat tenaga pekerja. Terutama dari segi pengurusan tanah perkuburan.
Dengan ini telah sampai masanya pihak pengurusan kubur untuk mengadakan petugas tetap untuk mengendali urusan tanah perkuburan dengan dibayar imbuhan secara tetap.
Untuk perlaksanaanaya ada 2 perkara penting yang perlu diurusakan.
  1. Mendapatkan petugas
  2. Pembiayaan untuk petugas tetap.

Untuk mendapatkan petugas tetap:

Dengan ini diwar-warkan (iklan) kepada yang berminat.

Senarai Tugas yang perlu dilaksanakan:

    1. Pengurusan secara menyeluruh kawasan tanah perbururan yang dibahagikan seperti berikut:

      1. Menyediakan kubur untuk setiap kematian yang hendak dikebumikan ditanah perkuburan Bandar Seri Putra.
      2. Memastikan semua urusan pengkebumian dilaksanakan dengan teratur.
      3. Menjaga persekitaran tanah perkuburan sentiasa bersih dan teratur.
      4. Memastikan keselamatan dan kesempurnaan tanah perkuburan pada setiap masa.

    1. Petugas yang diperlukan:

      1. Individu yang boleh member komitment sepenuhnya pelaksanaan urusan pengkebumian dan perkuburan.
      2. Boleh melaksanakan tugas pada setiap masa apabila diperlukan.
      3. Berpengetahuan dalam urusan penguruan jenazah dan pengkebmian.

    1. Imbuhan:

      1. Perlu dibincang.

Pembiayaan untuk petugas tetap.

    1. Dana dikumpul dari jemaah Bandar Seri Putra/Impian Putra/Bukit Mahkota, dengan cara
      1. Kutipan tetap bulanan melalui surau-surau/persatuan penduduk.
      2. Sponsor melalui badan-badan tertentu.
    2. Jumlah dan perlaksanaan: perlu dibincang.

Tarikh Perlaksanaan:

SEBERAPA SEGERA – KEMATIAN TETAP BERLAKU.


Pandangan dan sokongan semua jemaah Di Bandar Seri Putra, Impian Putra dan Bukit Mahkota amat diperlukan.


Segala pertanyaan dan maklumat berhubung dengan tanah perkuburan boleh didapati dari:

Pengerusi
Surau As Syakirin
Alamat Surat Menyurat: 43 Jalan Seri Putra 3/1 Bandar Seri Putra.
Talipon: 019 3656514
E mail: habrabi@gmail.com habarani@gmail.com




Comments

Jom bina Surau Al-Hijrah (Bangunan Kekal)

Salam,

Semalam telah diadakan mesyuarat pengurusan pembinaan surau Al-Hijrah yang baru dan saya berkempatan untuk turut serta.

Di dalam perbincangan tersebut, mesyuarat berharap warga Tropika dan SP5 turut sama aktif dalam merancang dan seterusnya membina bangunan tersebut.

Setakat ini kelulusan lisan pembinaan dan kelululusan mengutip derma telah diberikan oleh MAIS. Manakala pelan surau dan kaedah terbaik pembinaan surau baru masih diperbincangkan agar aktiviti surau sedia ada tidak terganggu. Tarikh dijangkakan mula pembinaan surau baru adalah dalam masa 6 bulan lagi.

Jumlah jangkaan untuk pembinaan tersebut adalah RM300 ribu yang akan dikutip daripada hamba Allah yang ingin menymbang dari seluruh Malaysia. Ahli karyah diharap dapat sekali lagi membantu dalam mengutip derma pembinaan tersebut tidak kira daripada individu atau korporat.

Jom bina Surau Al-Hijrah

Khai@BSP





Comments

Kursus Jangka Pendek di KUIS

http://kuiscell.com/templates/corporatesolutions/images/header_1.jpg

Salam,

Saya sangat tertarik dengan kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan di KUIS.

Kursus yang dijalankan pada hujung minggu memberi kesempatan untuk golongan bekerja agar dapat turut serta.

Kursus yang diadakan di KUIS sendiri mulai jam 9 pagi hingga 12 tengahari.

Jangkamasa belajar sekitar 12-14 minggu. Manakala yurannya amat berpatutan.

Antara kursus yang ditawarkan:

1) Certificate Of Early Childhood Education

2) Certificate In Interfaith Studies

3) English Language Proficiency Course

4) Effective Business Writing

5) Arabic Intensive Course

6) Conversational Mandarin (Elementary)

7) Certificate In Basic Accounting Computerized Accounting

8) Japanese Language Course

9) Discovery Meaning Of Al-Quran

10) Tafsir Al-Quran Course

11) Certificate In Tarannum

12) Certificate In Tajwid Tatbiqi

13) Certificate In Falak (Astronomy)

14) Certificate In Syariah

15) Dakwah & Leaderships Course : Certificate In Intro To Special Children Education

16) Certificate In Couseling Skills

17) Certificate In Graphic Design


Maklumat lanjut:

KUISCELL
http://www.kuiscell.com/


Address:
Selangor International Islamic University College,
Persiaran Sri Putra 1
Bangi
Selangor
43 600
Malaysian

E-mail: kuiscell@kuis.edu.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Telephone: 0389254251 EXT 3306/3341/1236
Fax: 03-89266654
Mobile Phone Number: Mohd Husni B Mohd Said (019-6959600) / Mohd Sallehuddin B Mohamed Said (012-62108590)

http://www.kuiscell.com

-Khai@BSP




Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.