feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





SYOK'2011 - Terkini Bengkel Kraf Felt dan Mengurus diri dengan Google & Facebook



Bagi yang masih berminat untuk menghadiri Bengkel Kraf Felt (aka bengkel kraftangan), tolong maklumkan kehadiran anda selewat-lewatnya hari ini bagi memudahkan pengurusan. Jika tidak cukup peserta (10 orang, sekarang baru 4 orang mendaftar), bengkel ini mungkin ditangguhkan ke masa lain. Harap maklum. SMS kehadiran anda kepada 012.2655.203 dengan menyatakan nama, umur dan no telefon.



Pendaftaran Bengkel Mengurus Diri dengan Google dan Facebook Jumaat ini masih dibuka. Sila SMS kehadiran anda kepada 012.2655.203 dengan menyatakan nama, umur dan no telefon.



Comments



SYOK'2011 - Bengkel Mengurus Diri dengan Google dan Facebook

Bengkel Mengurus diri dengan Google dan Facebook
Tarikh:16 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tgh (3 jam)
Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat, Putra Mahkota


Perincian:
1- Mengenali aplikasi google dengan lebih mendalam
2- Perkongsian tip-tip bagaimana google menbantu dalam kehidupan seharian kita
3- Facebook sebagai alat sokongan kepada aplikasi google sedia ada.

Antara yang akan disentuh:
- Menguruskan pelbagai email akaun
- Blog sebagai nota peribadi anda
- Kalendar online --> Kelendar SMS.
- Dokumen online, tiada masalah hilang
- Menggabungkan Google dan Facebook
- Facebook, maklumat cepat dan pantas
- Facebook, mudah berkongsi gambar

Dikendalikan oleh: Khai



Comments

SYOK'2011 - Bengkel Kraf Felt Sabtu ini Masih Ada Kekosongan

Bengkel Kraf Felt
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : RM50
Perincian: 4 modul pembelajaran (DIY kit dan peralatan disediakan)
1. Pencil Topper
2. Hair Clip
3. Toasted Bread Keychain
4. Marshmallow H/P Charm


Pengendali: Puan Safa. Berpengalaman dalam bidang reka bentuk selama 11 tahun. Mula menghasilkan kraf felt sebagai hobi dan menjadikan bidang kraftangan sebagai sumber pendapatan tambahan sejak setahun yang lalu.

Maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Khai 012.2655.230

Masih ada beberapa kekosongan jika ada yang beminat



Ini antara hasil yang mungkin dapat buat selepas menghadiri bengkel ini.


Gambar lain di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.247624121964475.60234.232173160176238&type=3























Comments

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus, Bangi, 17 Dis 2011.





Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus

Tajuk: Kitab Anak Kunci Syurga
Tempat: Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: Lepas maghrib
         Rehat : Kutipan Tabung Derma Jihad Fi sabilillah
         Sambung : Soal Jawab




Comments

Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP

376183_10150454491933117_795508116_8651574_82371677_n.jpg

From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

Assalamualaikum Semua,

JK Pembinaan memanjatkan Syukur Alhamdulillah di atas limpah kurniaNya...

Di atas usaha kuat YBhg Datuk Saian, Masjid Al-Mustaqim BSP berjaya mendapatkan Surat Pelepasan Cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 (tempoh 3 tahun).

Resit rasmi boleh didapati daripada Bendahari (sdr Ahmad Nizam tel: 019-2462115) atau daripada Setiausaha (Tn. Hj. Anwar tel: 019-8852321) dengan membawa maklumat dan item berikut:

  • Nama penderma
  • Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
  • Alamat penuh penderma (sumbangan RM5,000.00 ke atas)
  • Wang tunai/Slip bank-in ke dalam akaun Masjid Al-Mustaqim

Tolong war-warkan kepada sahabat, kenalan, para jemaah di surau, rakan sekerja, serta penduduk BSP mengenai perkara ini supaya kita akan mendapat sumbangan yang lebih banyak bagi merealisasikan hasrat kita untuk melihat sebuah masjid di BSP dibina.
 
Walau bagaimanapun, Setiausaha akan berada di luar kawasan mulai esok selama seminggu.

Sekian, wassalam.
 
Yang Menjalankan Tugas,
MOHD ANWAR KHAN
Setiausaha

FB page Masjid Al-Mustaqim:
http://www.facebook.com/pages/Masjid-Al-Mustaqim-BSP/120427501346776
Maklumat terkini diforum : http://putra-mahkota.com/forum/index.php?board=71.0

__._,_.___




Comments

SYOK'2011 - Cabaran Mendaki Bukit Broga, Semenyih



Bagi orang seperti saya yang tak biasa memanjat bukit atau gunung, Bukit Broga dianggap satu cabaran besar. Walaupun hanya setinggi 400 meter dari paras laut, Bukit Broga kini menjadi tumpuan ramai pengunjung tempatan.



SYOK'2011 yang diketuai oleh YDP PPBSP sendiri, Hj. Ahmad telah menjengah bukit tersebut lewat pagi tadi. Bermula dengan berkumpulnya ahli rombongan (seramai 16 orang kesemuanya) di hadapan Secret Recipe, sekitar jam 5.45 pagi kami mula bertolak. Destinasi pertama Masjid Batu 3, Semenyih. Solat subuh berjemaah antara rangka pertama agenda kami. Selesai solat, kami bergerak ke Bukit Broga sekitar 33km daripada Bandar Seri Putra.









Melewati Nottingham University, kami sampai ke kaki bukit dan telah ramai yang datang. Kenderaan dalam kawasan ladang kelapa sawit penuh. Begitu juga ditepi jalan utama, berpanjangan kereta ditinggal pemilik masing-masing untuk mengeluarkan peluh sambil menikmati pemandangan daripada atas Bukit Broga. Pilihan ditangan anda. Jika memilih meletak kenderaan dalam kawasan ladang, anda akan dikenakan bayaran RM2.

Sedikit taklimat, pengecaman ahli dan senaman ringan dilakukan bagi memastikan semua berjalan lancar. Alhamdulillah, pagi ini hujan tidak turun membasahi bumi. Tiada aksi gelincir atau lecak seperti yang digambarkan rakan yang telah beberapa kali ke situ bersama keluarga atau rakan sepejabat.

Bermula dibahagian hadapan bersama dua anak berusia 10 tahun dan 6 tahun, kami tercicir kebarisan terakhir kerana pendakian yang agak sukar serta akibat kurang stamina. Hampir sejam pendakian kami (itu pun singgah banyak 'RnR') akhirnya tiba ke kawasan rata pertama di puncak bukit. Melepas lelah dengan hidangan cupcake lebihan bengkel semalam dan nescafe 'O' bekalan isteri dirumah, kami mula berposing menganbil gambar untuk simpanan.







Di situ, ahli rombongan lain telah sedia menunggu. Sekali lagi takaruf yang lebih panjang lebar diadakan serta sedikit tazkirah tentang keperluan umat Islam untuk beriadah disamping menikmati keindahan ciptaan Allah. Usai melewati amoi-amoi sepanjang perjalanan naik, ustaz berpesan agar menundukkan pandangan agar terjaga iman di dada.

Bekalan dibuka dengan hidangan sandwich dan bihun dibawa oleh YDP dan 'wanita pertama' BSP, Puan Faridah. Walaupun tidak sempat menjamah kerana ingin meneruskan perjalanan ke puncak kedua, kami sempat juga meneguk air yang dibawa.







Puncak kedua juga menjadi tempat kami merakamkan potret. Selesai, ada keinginan untuk terus ke satu lagi kawasan yang lebih tinggi. Tapi rasanya takat itu dahulu untuk kali ini. Lagi pun jam dah hampir menunjukkan 9.00 pagi. Kerana dah berjanji dengan isteri untuk sampai sebelum jam 10.00 pagi, maka kami meneruskan perjalanan turun. Pantas sedikit perjalanan walaupun beberapa kali mengulungsur atau terjatuh akibat jalan yang curam. Tak dapat bayangkan kesukaran jika kawasan basah dan licin.





Sampai rumah tepat jam 10.00 pagi. Penat tetapi rasa berbaloi.

Terima kasih diucapkan kepada Hj. Ahmad sekeluarga kerana menjadi pemimpin perjalanan tadi. Juga kepada rakan BSP yang turut sama tadi. Insya-Allah kalau ada ruang dan di izinkan Allah, orang-orang BSP akan sekali lagi menawan puncak Broga.

Gambar selebihnya di sini:https://www.facebook.com/media/set/?set=a.259557797432989.62000.169051276483642&type=1

Khai
PPBSP




Comments

SYOK'2011 - Bengkel Cupake Selesai

Bagi pihak penganjur, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turut sama dalam program tadi.
Terima kasih juga kepada PKM (Pusat Khidmat Masyarakat Putra Mahkota) kerana membenarkan penggunaan tempat walaupun dimaklumkan dalam masa yang singkat.
Kami berharap semua yang telah mengutup sedikit sebanyak ilmu yang bukan sahaja untuk memasak, tetapi juga sebagai satu pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti.
Insya-Allah, kalau ada rezeki dan permintaan, kita akan adakan lagi di masa hadapan.

Saya sertakan gambar sekitar bengkel tadi.
Album 1: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.259230984132337.61957.169051276483642&type=1
Album 2: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.259244287464340.61959.169051276483642&type=1































http://ppbsp.blogspot.com



Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.