feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Prosedur baru perdaftaran murid baru di SRA BSP

Assalamualaikum,

Prosedur baru perdaftaran murid baru di SRA BSP.

1. Dapatkan borang permohonan di Pejabat.
2. Photostat menjadi 3 salinan. Isi ketiga-tiga borang.
3. Hantar borang bersama salinan surat beranak murid, salinan IC Ibu dan Bapa ke Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.
4. Borang2 tersebut akan dicop oleh Pej. Agama menandakan penempatan diluluskan.
5. 1 borang akan diambil oleh Pej. Agama, 1 borang perlu dihantar ke sekolah yang dipohon, 1 borang lagi untuk simpanan sendiri. Borang yang dihantar ke Sekolah perlu disertakan 2 keping gambar murid.
6. Selesai.

Alhamdulillah.. saya dah selesai sehingga item 4. Esok baru nak hantar borang ke sekolah.
Smiley

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6752.msg67684#msg67684





Comments



Timeline Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Februari 2011

Assalamualaikum w.b.t.


Update Timeline Pembinaan Masjid Al-Mustaqim setakat Februari 2011 dan perancangan serta jangkaan proses-proses akan datang



Sumbangan Sebulan RM50 sebanyak 20 bulan, INSYAALLAH..
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5628.msg67695#msg67695


Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Feb 2011

Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Februari 2011. Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-20 yang lalu adalah RM 562,950.58



Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg67694#msg67694






Comments

Solat Hajat di semua surau BSP & TIP pada MALAM INI - Khamis 10 Mac 2011

From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

Assalamualaikum,

Pada Mesyuarat JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim ke-20 malam tadi, AJK telah diberitahu bahawa JK Kecil Teknikal dan Arkitek Perunding telah mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang / Bangunan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) pada hujung Februari 2011.

Sehubungan itu, Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk meminta kerjasama surau-surau di BSP dan TIP untuk mengadakan Solat Hajat memohon kepada Allah s.w.t. supaya dapat dipermudahkan usaha JK Pembinaan mendapatkan kelulusan terhadap permohonan tersebut.

Berikut disertakan butir-butir cadangan tersebut:

Tarikh: 10 Mac 2011 - Khamis
Masa:  Selepas solat Isyak (MALAM INI)
Lokasi: Semua surau-surau di BSP dan TIP


Pada ketika ini Tn. Hj. Anwar, Setiausaha JK Pembinaan sedang menghantar makluman melalui SMS kepada semua pengerusi/setiausaha surau berkenaan hasrat JK Pembinaan mengadakan solat hajat ini. Adalah diharapkan semua warga kariah Masjid Al-Mustaqim di BSP dan TIP akan dapat bersama-sama bermunajat ke hadhirat ilahi beramai-ramai malam ini.

Mohon juga kepada tuan-tuan dapat memanjangkan makluman ini kepada rakan-rakan yang lain, InsyaAllah.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra





Comments

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 (17-20 Mac)

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 /
3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011 : 17 - 20 Mac 2011




Date : 17 - 20 March 2011
Time : 07:00 am - 09:00 pm
Venue : Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya, Malaysia
Official Website : http://www.myballoonfiesta.com/


Jangan lepaskan peluang ke Fiesta Belon Udara Panas yang diadakan setahun sekali. Bawalah keluarga datang beramai-ramai, berpiknik kat Putrajaya tengok pelbagai corak belon udara panas. Ada banyak aktiviti sampingan yang menarik dan berpeluang juga untuk naik belon ni dengan bayaran yang berpatutan.





Comments

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) 24 April 2011

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/72590_479259253707_245996843707_6917526_6859433_n.jpg
Gambar hiasan: Majlis Ramah Mesra BSP 2010 yang dianjurkan oleh JK Penaja PPBSP


Apa yang saya sedia maklum, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) baru sahaja diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor pada 14 Januari 2011. Permohonannya telah dihantar beberapa tahun lalu, dan selepas beberapa pindaaan dan pertukaran ahli jawatankuasa, akhirnya ianya diluluskan pada awal tahun ini.

Berkaitan perkara tersebut, semua warga Bandar Seri Putra (BSP) dijemput untuk mendaftar terus sebagai ahli PPBSP walaupun telah mendaftar sebagai ahli persatuan penduduk/kejiranan dalam lokaliti masing-masing. Ini kerana pada ketika ini pengerusi persatuan, surau, masjid, JMB dan PIBG dalam BSP adalah ahli jawatankuasa dalam PPBSP. Dan aktiviti yang akan dijalankan (dan yang telah dijalankan) adalah untuk kepentingan warga BSP. Kuat persatuan, kuatlah BSP.

Borang pendaftaran akan mula diedarkan melalui wakil persatuan penduduk/kejiranan selewat-lewatnya 14 Mac ini. Diharap tuan/puan/ dato/datin dapat merujuk kepada wakil persatuan selepas tarikh tersebut.

Yuran pendaftaran (bayaran masuk) sebanyak RM3 perlu dikepilkan dengan borang permohonan itu nanti dan yuran tahunan sebanyak RM12 juga perlu dilampirkan. Jumlahnya RM15 untuk tahun pertama dan RM12 untuk tahun berikutnya.

Sehubungan dengan itu, atas ketetapan Jabatan Pendaftaran, satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan sebelum 30 April 2011. Oleh itu, pihak jawatankuasa penaja telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agung seperti berikut:



Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
24 APRIL 2011
8.30 pagi
Dewan SMK Bandar Seri Putra



Insya-Allah, satu surat panggilan mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli yang telah mendaftar sebelum 21 Mac 2011. Borang pencalonan dan usul akan diedarkan bersama surat panggilan mesyuarat tersebut.

Diharap semua warga BSP dapat beramai-ramai mendaftarkan diri sebagai ahli PPBSP sebelum 21 Mac 2011 dan hadir mesyuarat PPBSP pada 24 April nanti. Keahlian akan terus dibuka selepas 21 Mac 2011, bagaimanapun ahli yag mendaftar selepas 21 Mac 2011 adalah sebagai pemerhati sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha, En. Burhanuddin Bin Haji Mahwal (012-2932783)

Sekian di maklumkan
-Khai, wakil SP5



Comments

Mesyuarat Agung PIBG SRA-BSP, 26 Mac 2010, 8.30 pagi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhP-tHFEdzpMdIy69yjJzKHDXvq-2AW1Q5ZRn1pMgqlyBJHbcHgTfeRfs9GCn8wAq-ywk03u2UbzaQLa4GX0XWS6GKPBbYcZ2gYu7nqmxIQtrVlT-nhxgg0GUtmFI8H_Ai06zbmZ5WkJk7h/s1600/DSC04330.JPG

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Mesyuarat Agong PIBG Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra akan dilangsung seperti berikut.

Mesyuarat Agung PIBG SRA-BSP Kali ke-2
26 Mac (Sabtu)
8.30 pagi
Dewan Sekolah SRA-BSP

Nota: Tertakluk pada perubahan dan surat jemputan yang akan dikeluarkan PIBG




Comments

Mesyuarat Agung PIBG SMK-BSP, 26 Mac 2011, 8.30 pagi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhaEyLXl89AN7jGdS9vW5gwwCxFLlbHVC7q0FA5qROv-BYfCRJ0KuU7tNRmHHXF5nzALYvng80d0ud0B6DKrWpF_mpz9G67m1mBKGmKV8XHIvutETvAwrkE-4k5VyfTF-7AN-T70wISLLU/s1600/photo.jpg

Saya mendapat maklumat berkenaan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra (AGM SM-BSP) akan diadakan seperti berikut:


MESYUARAT AGONG PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SERI PUTRA
Tarikh: 26 Mac 2011
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan SMK Bandar Seri Putra


Nota: Ianya tertakluk pada perubahan serta surat yang akan dihantar oleh JK Penaja PIBG kepada ibubapa.



Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.