Carian entri blog
CONGRATULATIONS FOR THE NEWBORN BABY-BADLISHAH & LIN
Bad dan ISMAH NUR'JANNAH salamm....and indeed a deep deep utmost congratulations to my neighbor Badlishah & Lin (no 20 5/6) who have been blessed with the new family member quite recently (masa raya) I was told by my wife the newborn being d third in the family (abang reporter gak seketul sampai la ni) so for those who wish to visit our friend Badli pls do so and do bring along buahtangan ke hamper ke apa ke ( which can also be chanelled to his nbor 24 5/6).joking. again on behalf SP5 loving and caring citizen CONGRATULATIONS Badli! jeff |
Tuesday, September 21, 2010 |
Baraan (Peringatan)
Salam ,
Alhamdulillah, maka tibalah hari yang dinanti-nantikan, MAJLIS BARAAN SP5 bagi Syawal 1431. Kami Jawatan kuasa amat berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan di setiap ahli dan anak-anak kita semua untuk memeriahkan lagi majlis baraan ini. Di harap dapat ketemu di majlis tersebut malam ini.
Jadual Baraan adalah sebagai berikut:-
Mon (20-Sep) - Baraan bermula Jalan 5/5 - Atas
Tue (21-Sep) - Baraan sambung Jalan 5/5 - Bawah
Wed (22-Sep) - Baraan sambung Jalan 5/3 & 5/4 - mula rumah Nordin Pilot Akhir En. Aziz (5/2)
Thr (23-Sep) - Baraan sambung Jalan 5/2 & 5/7 - mula rumah Engku Faisal Akhir En. ** (5/7)
Fri (24-Sep) - Baraan sambung Jalan 5/6 - Atas
Sat (25-Sep) - Abu Zarim Daughter's Nikah |
Sun (26-Sep) - Abu Zarim Event Day - Persandingan |
Mon (27-Sep) - Baraan Sambung Jalan 5/6 - Bawah
Sekian.
Monday, September 20, 2010 |
Takbir di malam raya, 8 buah rumah semuanya.
Salam,
Abang Hanafiah ketua rombongan takbir malam raya Surau Al-Hijrah melaporkan 8 buah rumah telah turut serta bertakbir di malam raya semalam. Majlis berlangsung sehingga 11.30 malam.
Dalam messagenya kepada saya, beliau sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua ahli karyah Surau Al-Hijrah.
Khai@BSP
Saturday, September 11, 2010 |
Walimatul Urus
Thursday, September 09, 2010 |
Solat Sunat Aidil Fitri Di Masjid Al-Azhar KUIS
Assalamualaikum kepada semua Muslimin/Muslimat warga Bandar Seri Putra.
Kepada Muslimin/Muslimat yang berHari Raya di Bandar Seri Putra, Masjid Al-Azhar menjemput tuan/puan semua menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri di Masjid Al-Azhar bermula jam 8:30 pagi. Kepada yang masih belum menunaikan tanggungjawab membayar Zakat Fitrah, sila hubungi Ustaz Muhammad Shuhaimi Alang Aziddin ditalian 0132084326 dan Ustaz Mohd Sofian Jamaludin ditalian 0129200467. Bayar segera sebelum Solat Sunat Hari Raya. Bayaran yang dibuat selepas Solat Sunat Hari Raya akan dikira sebagai sedekah. Elakkan bersesak-sesak di pagi raya. Solat Jumaat juga turut sama diadakan di masjid ini.
Sekian, Terima kasih.
--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237
Thursday, September 09, 2010 |
Solat Sunat Aidil Fitri Di Surau AsSyakirin BSP
Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/09/solat-sunat-aidil-fitri-di-surau.html
Salam kepada semua Muslimin/Muslimat warga Bandar Seri Putra. InsyAllah lebih kurang 3 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah bersamaan 2010 M. Kepada Muslimin/Muslimat yang berHari Raya di Bandar Seri Putra, Pihak Jawatankuasa Pengurusan Surau AsSyakirin BSP menjemput tuan/puan semua menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri di :- Surau AsSyakirin Bandar Seri Putra (berhampitan Putra Terrace&Pangsapuri Seri Melati)
- Bermula Jam 8.30 pagi
Wassalam
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA
SURAU ASSYAKIRIN BANDAR SERI PUTRA-SEMESTINYA
Tuesday, September 07, 2010 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Khai@BSP
Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini.
Maaf jika ada terkasar bahasa serta kesilapan yang saya pernah lakukan secara sengaja atau tidak.
Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat-Nya selepas menempuhi Ramadan tahun ini.
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
=============================================================================
Step 2 - SMS to 019-211266 stating the amount and payment date.
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
- MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
- CIMB ISLAMIC 12370000608108.
- Bank Islam 12029010059585.
Bandar Seri Putra // { BSP Forum | Blog | Facebook }
Sekolah // { SKBSP Forum | Facebook } // { SRABSP Forum | Blog | Facebook }
Surau // { Surau Al-Hijrah Forum | Blog | Facebook }
Komuniti // { SP5 Forum | Blog | Facebook } // { Seri Mawar Forum | Blog | Facebook }
Sunday, September 05, 2010 |
