feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





[SYOK'2011] Bengkel Kraf Felt Sabtu Ini 24 Dis 2011

Bengkel Kraf Felt
Tarikh: 24 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : RM50
Peserta: Terbuka untuk semua peringkat umur
Perincian: 4 modul pembelajaran (DIY kit dan peralatan disediakan)
1. Pencil Topper
2. Hair Clip
3. Toasted Bread Keychain
4. Marshmallow H/P Charm


Pengendali: Puan Safa. Berpengalaman dalam bidang reka bentuk selama 11 tahun. Mula menghasilkan kraf felt sebagai hobi dan menjadikan bidang kraftangan sebagai sumber pendapatan tambahan sejak setahun yang lalu.

Maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Khai 012.2655.230

Masih ada beberapa kekosongan jika ada yang beminat



Ini antara hasil yang mungkin dapat buat selepas menghadiri bengkel ini.


========================
Khai
khair75@gmail.com
========================





Comments



Klinik Bolasepak Junior Peringkat Negeri Selangor 2011 (bersama Zulfahmi, Nik Shafik dan Chairil)



Assalamualaikum,

Dewan Pemuda PAS Serdang dan Selangor dengan kerjasama DUN Bangi dan Ahli Majlis Zon 23 akan menganjurkan klinik bolasepak Junior Peringkat Negeri Selangor 2011 bersama 3 bintang harimau muda (Zulfahmi, Nik Shafik dan Chairil) pada 25 Disember 2011 (Ahad), 8.00-11.30 pagi di Kompleks Sukan Seksyen 15, B.B Bangi. Beberapa maklumat tambahan adalah seperti berikut:

* Penyertaan pemain hendaklah secara berpasukan melalui cawangan / taman bagi memudahkan agihan jersey. 
* Yuran penyertaan sebanyak RM5 dikenakan untuk mendapatkan sehelai jersey klinik bolasepak Selangor 2011. (Jersey terhad 250 helai shj)
* Terbuka kepada peserta  berumur antara 8-17 tahun. 
* Digalakkan membawa bola sendiri 

Setiap taman menghantar minima 10 peserta. 

Untuk penyertaan, hubungi Dahari 019-3262537 atau email smremaco@yahoo.com

terima kasih

NOTA: Jika ada ibubapa yang berminat untuk anak mereka turut serta, Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP akan cuba menyertainya jika mendapat 10 orang selewat-lewatnya esok (Rabu, 21 Dis 2011). Sila hubungi Khai 012.2655203 atau khaiatbsp@gmail.com.




Comments

[Blog ADUN Bangi] Aura Ustaz Azhar: Golongan Muda Ke Ceramahnya Berjejar

Aura Ustaz Azhar: Golongan Muda Ke Ceramahnya Berjejar

http://drshafie.blogspot.com/2011/12/aura-ustaz-azhar-golongan-muda-ke.html

Masjid Hasanah, BBB, 21 Muharram = 17 Disember (Sabtu):

Petang ini Adun sekeluarga – isteri & anak menantu bersama saudara Azizi bertolak dari rumah ke masjid Al-Hasanah dalam jangkaan waktu boleh tiba sebelum maghrib, tetapi tiba ke trafik light di hadapan Pejabat Daerah tersekat, kerana kenderaan bersesak-sesak yang hampir ke semua menuju ke masjid. Adun tiba sedikit lewat dan terpaksa berjamaah Maghrib berasingan. Semua ruang masjid penuh, bahkan jamaah melempah-ruah keluar. Apabila selesai, Adun berusaha ke hadapan, walaupun begitu sukar, kerana sebagai Penganjur Ceramah melalui Lajnah Masjid-Surau Adun, sewajarnya Adun bersama menyambut Ustaz Azhar Idrus yang beliau juga terkandas dan ketibaannya hampir bersamaan dengan Adun. Walau bagaimana Adun dapat tiba ke hadapan sebelum sedikit dari ceramah dimulakan.

Ceramah dianjur Pejabat Adun dengan kerjasama Masjid Al-Hasanah dan Persatuan Penduduk BBB ini, disifatkan oleh Ustaz Azhar dalam ceramahnya antara teramai yang pernah menghadiri ceramahnya dan mereka kebanyakannya adalah golongan muda. Jumlah kehadiran melebihi 10 ribu orang.

Adun duduk berdepan dengan Ustaz Azhar – beliau di atas kerusi bermeja, sambil mengikuti ceramahnya, sambil memerhati keistimewaannya yang dengan auranya sebagai magnet menarik hadirin. Untuk mengatakan beliau berceramah, tetapi tidak sepenuhnya ceramah, kerana beliau juga bersifat mengajar. Beliau sebenarnya menggunakan kitab berjudul `Anak Kunci Syurga` secara syarah, bahkan hasyiah berasaskan ayat-ayat dibaca di dalam kitab, sebagai sambungan dari yang dibacanya di tempat lain sebelum ke Masjid Al-Hasanah. Pengajarannya adalah berhubung dengan aqidah, iaitu berkenaan dengan `Konsep Rububiyyah` yang bermaksud Allah Maha Esa jua yang mencipta. Mengatakan yang lain berkuasa mencipta boleh membawa kepada syirik, manakala `Tauhid Uluhiyyah` diberi huraian oleh penceramah, ``Segala ibadat yang disuruh Allah, kita lakukan kerana Allah, contohnya solat. Di dalam huraian beliau membawa dalil-dalil daripada ayat Qur`an dan beliau mengaitkan juga dengan aspek-aspek ibadat, hukum syara`, berkenaan solat dan kemuliaan bahasa Arab, iaitu kerana bahasa Al-Qur`an, bahasa syurga dan kerana Rasulullah adalah orang Arab.

Dari pemerhatian Adun, kandungan pengajaran yang disampaikan adalah soal aqidah dan hukum hakam biasa, tetapi keistimewaan ustaz Azhar dia menyampaikan pengajaran dengan terang dan lebih istimewanya beliau dapat menyelitkan di dalam pengajarannya unsur-unsur humor secara spontan yang mencuit pendengar-pendengar dan secara spontan juga pecah ketawa pendengar berderai. Contoh bila beliau menyebut tentang Hukum Syara` yang lima, iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Menurutnya `Taklif hanya kepada manusia yang berakal, binatang, walaupun besar tidak wajib. Contoh singa tidak ditaklif, kerana tidak berakal, walaupun besar. Tetapi singa berzikir kepada Allah. Beliau sebenarnya menggunakan unsur lakonan bila berlagak sebagai singa dan menyebut ngaumannya sebagai sama dengan sebutan nama Allah. Dengan penggunaan unsur humour dan penggunaan elemen lakonan, menyebabkan penerangan hidup dan sebutan tentang ngauman humour menyebabkan pendengar ketawa berderai.

Contoh lagi selepas pengajaran berhenti sekejap, kerana menghormati azan, beliau menyambung pengajaran berhubung dengan `Syaitan`. Menurutnya syaitan makhluk yang ada. Beliau mengaitkan dengan jin. Beliau membuat gurauan semasa sembahyang berseorangan dalam masjid di waktu malam, bagai ada yang mengikuti. Secara gurauan dan guna elemen memek muka yang mencerminkan ketakutan yang menyebabkan pendengar gelak ketawa. Beliau juga menyebut tentang orang kampung paling takut dengan harimau. Jika berjalan di hutan dilarang menyebut harimau, kalau tersebut oleh anak-anak yang mengikuti, lekas-lekas diisyratkan telunjuk ke mulut, memaknakan suruh berhenti bercakap. Beliau menunjukkan dengan isyarat dan memek muka dan menggunakan telunjuk.

Pada akhir pengajarannya (dari selepas Maghrib hingga jam 9.00 malam) beliau memperuntukkan masa satu jam untuk menjawab soalan-soalan. Sebelumnya beliau juga melancarkan kutipan-kutipan. Soalan-soalan dihantar secara bertulis dan sampai dalam masa mengajar. Terdapat berpuluh-puluh soalan yang sampai, tetapi yang sempat dibaca kepada pendengar dan dijawab hanya lebih kurang 10 soalan sahaja (bakinya menurutnya akan dijawab di tempat lain). Cara beliau menjawab juga dihiasi dengan unsur-unsur humour yang menyebabkan pendengar-pendengar ketawa tidak kering gusi. Misalnya bila menjawab soalan adakah perempuan bermadu mendapat payung mas disyurga, tentang orang dipaksa berzina secara kekerasan dan soalan (terakhir), bagaimana ma`mum harus bertindak, apabila didapati imam bersolat subuh melebihi dua rakaat dan komen beliau mengapa, soalan-soalan didominasi persoalan berkahwin dan yang berkait dengan lelaki dan perempuan yang dijawab juga dengan berbagai unsur humour. Adun dapati gaya ceramah atau kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ini ada semacam kesamaan dengan cara yang disampaikan oleh Dato` Ismail Kamus yang gaya pengajarannya diselit dengan unsur humor.

Hasil penelitian

Ceramah dan pengajaran Ustaz Azhar Idrus menjadi daya tarikan, walaupun perkara biasa, oleh kerana beliau dapat menyelit dan menghias huraian dengan unsur-unsur humour. Kadang-kadang beliau menggunakan memek muka dan unsur lakonan bagi mengexpresikan maksud yang mau disampaikan.

Beliau seorang yang kuat mutalaah, terutama kitab-kitab agama, khususnya aqidah dan fiqh, sebab itu beliau dapat menerang dan memberi contoh dan istinbat dengan ayat Qur`an dan Hadith dengan lancar.

Beliau berani menjawab soalan-soalan mengenai hukum dengan segera. Walau macam mana jawapan soal-soal hukum boleh membawa seseorang terjatuh kepada kontroversi dan kalau silap boleh meruntuhkan kredebiliti.

Populariti Ustaz Azhar Idrus, terutamanya di kalangan golongan muda, antaranya kerana mampu menggunakan media baru yang memang terkenal di kalangan generasi baru seperti internet Yu-Tube, face book dan sebagainya. Penggunaan kaset dan CD juga digunakan sebagai media penyebaran pengajarannya yang banyak diikuti terutama oleh golongan muda.

Ustaz Azhar mempunyai identitinya tersendiri, bersifat humor dan kadang-kadang cynical dan mempunyai khalayaknya tersendiri dari golongan muda dan golongan pertengahan – Di Bangi yang hadir ramai pelajar-pelajar pengajian tinggi. Berlainan dengan pendekatan ``Berat & philosophical`` yang juga mempunyai khalayak tersendiri, Contoh Dr. Zulkifli Al-Bakri yang lembut dan warak terpengaruh dengan Hikam yang dikajinya dan dari kalamnya yang mendalam kadang-kadang terluah juga hikam.

Ceramah beliau tamat jam 10.00 malam diikuti dengan solat isyak dua kali, kerana ramai dan kekurangan ruang. Pihak Nazir Tuan Haji Nafiah bertanyakan Tuan Setiausaha masjid Tuan Haji Kamaruddin tentang jumlah yang dipungut. Menurut Tuan Haji Kamaruddin, ``Ada sebahagian lagi belum dikira.` Tetapi menurut Tuan Haji Nafiah, ``Untuk ketelusan wajar diumumkan agar penderma dapat tahu.`` Maka derma yang dipungut diumumkan ialah RM47,000 (Maklumat mutakhir ialah RM48,200/=). (Penyaluran dan pengagihan derma ini akan dibincangkan).

Adun berkesempatan bercakap-cakap dengan Ustaz Azhar semasa makan bersamanya sebelum beliau dan pengiring-pengiringnya memohon diri.

Sekian.

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================





Comments

Ceramah Ustaz Mokhtar Senik, Surau Ar-Raudah, 31 Dis (Sabtu)



Ceramah

KEMBALI KEPADA ISLAM

USTAZ MOKHTAR SENIK
Pengasas Pondok An-Nuur


31 Dis 2011 (Sabtu)

Selepas solat Maghrib

Surau Ar-Raudhah,
Seksyen 5, Bukit Mahkota

Muslimin Muslimat dijemput hadir

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================





Comments

SYOK'2011 - Bengkel Mengurus Diri dengan Google dan Facebook Selesai

Alhamdulillah bengkel berjaya dijalankan walaupun hanya mencatat kehadiran 0.018% daripada jumlah penduduk BSP yang dianggarkan 16,000 orang. Mungkin sahaja kelemahan diri ini mempromosikannya. Atau tarikh, masa atau yuran yang tidak sesuai. Bagaimanapun saya bersyukur ianya berjalan lancar dan habis pada masa yang dirancangkan. Terima kasih saya ucapkan kepada yang turut hadir kerana itulah pertama dan terakhir bengkel itu diadakan.

===============================
Bengkel Mengurus diri dengan Google dan Facebook
Tarikh:16 Disember 2011 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tgh (3 jam)
Tempat: Pusat Khidmat Masyarakat, Putra Mahkota


Perincian:
1- Mengenali aplikasi google dengan lebih mendalam
2- Perkongsian tip-tip bagaimana google menbantu dalam kehidupan seharian kita
3- Facebook sebagai alat sokongan kepada aplikasi google sedia ada.

Antara yang akan disentuh:
- Menguruskan pelbagai email akaun
- Blog sebagai nota peribadi anda
- Kalendar online --> Kelendar SMS.
- Dokumen online, tiada masalah hilang
- Menggabungkan Google dan Facebook
- Facebook, maklumat cepat dan pantas
- Facebook, mudah berkongsi gambar

Dikendalikan oleh: Khai
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================





Comments

[SYOK'2011] Bengkel Kraf Felt yang ditangguhkan akan dijalankan 24 Dis 2011.

Untuk makluman kepada yang masih berminat untuk mengikuti Bengkel KRAF FELT yang telah ditangguhkan (sepatutnya hari ini tapi dibatalkan kerana kurang peserta).

Bengkel tersebut akan dijalankan pada SABTU 24 Dis 2011, JAM 9 PAGI - 12 TGH. Tempat akan dimaklumkan kemudian.

Sila daftaran diri anda dengan SMS kehadiran anda kepada 012.2655.203 dengan menyatakan nama, umur dan no telefon.

Seterusnya pembayaran perlu dibuat sebelum KHAMIS 22 Dis melalui akaun Maybank 162441072325 (KHAIRIL). Kemudian SMS/email butiran/bukti pembayaran kepada saya di talian 012.2655.203/khaiatbsp@gmail.com.

Borang pendaftaran online di sini: https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dEZheU9fc3FlOVZzRlotWFlXYnoxdHc6MQ.

Wang akan dikembalikan jika jumlah peserta minimum (10 orang) tidak diperolehi.

Harap dapat kerjasama daripada semua.

Untuk makluman, bengkel ini terbuka untuk SEMUA PERINGKAT UMUR

Terima kasih.

============================
Bengkel Kraf Felt
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : RM50
Perincian: 4 modul pembelajaran (DIY kit dan peralatan disediakan)
1. Pencil Topper
2. Hair Clip
3. Toasted Bread Keychain
4. Marshmallow H/P Charm


Pengendali: Puan Safa. Berpengalaman dalam bidang reka bentuk selama 11 tahun. Mula menghasilkan kraf felt sebagai hobi dan menjadikan bidang kraftangan sebagai sumber pendapatan tambahan sejak setahun yang lalu.

Maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Khai 012.2655.230

Masih ada beberapa kekosongan jika ada yang beminat



Ini antara hasil yang mungkin dapat buat selepas menghadiri bengkel ini.


Gambar lain di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.247624121964475.60234.232173160176238&type=3























Comments

SYOK'2011 - Bengkel Kraf Felt Sabtu ini DITANGGUHKAN

Bengkel Kraf Felt Sabtu ini terpaksa DITANGGUHKAN kerana tidak mendapat cukup peserta.
Terima kasih yang telah mendaftar.
Insya-Allah akan dibuat pada lain masa.
Harap maklum.
---------- Forwarded message ----------

Bengkel Kraf Felt
Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.00 pagi (3 jam)
Tempat: Dimaklumkan kemudian
Yuran : RM50
Perincian: 4 modul pembelajaran (DIY kit dan peralatan disediakan)
1. Pencil Topper
2. Hair Clip
3. Toasted Bread Keychain
4. Marshmallow H/P Charm


Pengendali: Puan Safa. Berpengalaman dalam bidang reka bentuk selama 11 tahun. Mula menghasilkan kraf felt sebagai hobi dan menjadikan bidang kraftangan sebagai sumber pendapatan tambahan sejak setahun yang lalu.

Maklumat lanjut dan pendaftaran, hubungi Khai 012.2655.230

Masih ada beberapa kekosongan jika ada yang beminat



Ini antara hasil yang mungkin dapat buat selepas menghadiri bengkel ini.


Gambar lain di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.247624121964475.60234.232173160176238&type=3
























Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.