feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum


kepada semua saudara warga SP5, saya mewakili saudara Aizham, menjemput saudara sekelian untuk menyempurnakan hajat beliau untuk mengadakan majlis DOA SELAMAT dan TAHLIL sempena majlis perkahwinan adik beliau yang akan dilangsung kan seperti berikut :

Tuan badan : Aizham
Alamat : 23, Jalan Seri Putra 5/6
Time : 11:00 pagi
Tarikh : 13-03-2011
Hari : Ahad

Undangan juga kepada semua warga SP5 untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan adik beliau sesudah itu (rujuk kepada kad jemputan yang telah di edarkan).

NOTA

Sehubungan dengan itu, saudara Aizham juga meminta jasa baik semua kepada warga 5/6, untuk membantu dan merewangi pada hari majlis tersebut. Bantuan yang diperlukan merangkumi - mencuci pinggan mangkuk, membuat dan menyediakan air minuman dan beberapa perkara yang bersangkutan. Dengan itu, sukacita semua warga 5/6 dijemput untuk bermusyawarah pada hari AHAD, 6-03-2011 jam 8:30 malam, di rumah beliau, bagi membincangkan perkara tersebut. (Namun, Penyertaan untuk rewang adalah terbuka kepada semua warga SP5 - Jom Join !!)



Untuk Makluman

Mulai Jumaat, 11-03-2011 hingga 14-03-2011 adalah dimaklumkan bahawa lorong tengah akan ditutup bagi tujuan majlis saudara aizham. Sebarang kesulitan amat di kesali dan kami mohon maaf atas kesulitan tersebut.


b/p:

salman selamat
13, 5/6, BSP





Comments



Workshop: teaching kids to steal cars

car-workshop-12.jpg
Last weekend I took my daughter Jane and her friend Anna to a workshop in Los Angeles to teach them how to break into cars, get out of a lock car trunk, and hotwire a car.
The workshop was part of Machine Project's "Good People Doing Bad Things" curriculum and was conducted by Tom Jennings (the creator of FidoNet, the founder of one of the first Internet service providers, and the founder and publisher of the fanzine Homocore) and Jason Torchinsky (an artist, author, and Boing Boing guest blogger).
Tom and Jason started out by explaining how the latching mechanism of a car door works.
car-workshop-04.jpg
Tom made a model of a car door latch out of cardboard paperclips and rubber bands.
car-workshop-05.jpg
Then we all went downstairs and outside to where Mark Allen's (Director of Machine Project) locked car was parked.
car-workshop-07.jpg
Tom and Jason showed the kids the tools of the trade for getting into a locked car: a putty knife, a coat hanger, and a pair of pliers.
car-workshop-09.jpg
They let the kids figure out what to do, and with a little guidance the kids were successfully able to unlock the car.
car-workshop-10.jpg
Next, Tom and Jason showed the kids how the trunk of the car could be opened if you happen to get locked inside. Today's cars have a plastic red tag you can pull to open the trunk, but on an older car there is no such tag.
car-workshop-11.jpg
Instead, all you have to do is pull on the cable leading from the latch release in the front of the car to the latch of the trunk. This was the kids' favorite part of the workshop, and they repeated the process several times.
car-workshop-13.jpg
Finally, Tom and Jason demonstrated how to hotwire a car, starting it without a key.
car-workshop-14.jpg
They didn't let the kids do this, because of the low voltage shock they might get. And in fact, Tom gave himself a couple of shocks during the demonstration, much to the delight of the kids.
My daughter Jane has been talking about the workshop for days. She told me she wished that her regular school was more like this. It makes me want to move to the Bay Area and enroll her in Brightworks, a hands-on K-12 school that my friend Gever Tulley is cofounding.
My friend John Park brought along his seven-year-old son Ronan and he wrote about the workshop at Make: Online.




Comments

Maklumat Selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SK-BSP 23 Feb 2011

Berikut beberapa perkara yang telah diketengahkan dalam mesyuarat malam tadi yang boleh saya kongsikan:


  • Beberapa isu berkaitan bangunan sekolah dan pengurusannya telah dibincangkan. Antaranya, isu lampu tidak menyala dan timer lampu yang tidak mengikut masa buka/tutup yang diinginkan. Tindakan: PIBG mengharapkan mana-mana waris yang bekerja dalam bidang ini dapat membantu PIBG/sekolah dari segi konsultasi sebelum sebarang tindakan dapat dijalankan. Sila hubungi YDP.

  • PIBG bersetuju untuk membina tangga baru di blok pentadbiran (bersebelahan perpustakaan) menuju ke blok akademik kerana di situ menjadi laluan utama anak-anak ke kelas

  • Tempat menunggu diluar sekolah (hadapan sekolah) serta sedikit laluan berbumbung yang telah dijanjikan Bangi Height masih belum mendapat jawapan muktamat bila ianya akan didirikan.

  • Pintu pagar kedua yang digunakan oleh pelajar kelas khas juga boleh digunakan oleh pelajar yang berjalan kaki daripada Accasia, Mawar dan Dahlia.

  • Laluan ke pintu pagar tersebut yang becak akan diturap atas ihsan Ahli Majlis, Hj. Mazwan.

  • Masih berkenaan pintu pagar kedua, satu notis makluman akan dinaikkan bagi memaklumkan waris agar bertimbang rasa dengan penduduk Accasia dan tidak merosakkan taman Accasia dengan membawa kereta masuk ke kawasan taman. Pihak polis juga bersedia untuk menyaman kenderaan yang menyalahi undang-undang.

  • Isu kantin dianggap begitu serius oleh PIBG dan segala usaha akan dilakukan untuk penambahbaikannya.

  • PIBG juga telah memperuntukkan wang bagi membina palang laluan di kantin bagi mengelakkan anak-anak berebut membeli makanan.

  • Berkaitan kokurikulum yang dijalankan pada hari Rabu, ianya tidak dapat dielakkan kerana itu adalah dasar kementerian. Sila rujuk dasar kementerian pelajaran di sini http://www.moe.gov.my/?id=2&lang=my

  • Satu jawatankuasa pemuafakatan bagi mengumpul pelbagai pihak dalam menangani masalah yang dihadapi pihak sekolah akan diwujudkan melibatkan pihak seperti sekolah, PIBG, JKR, polis, MPKj dsb. Ini diharap dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah dengan lebih cepat.

  • Untuk makluman, tali leher adalah wajib dipakai oleh pelajar lelaki setiap hari Isnin sahaja. Hari lain adalah secara sukarela.

  • Sinki dan beberapa kemudahan bilik rawatan bagi kegunaan doktor gigi akan dibina oleh PIBG. Ini bagi memudahkan rawatan pergigian dilakukan di sekolah.

  • Majlis Graduasi Tahun 6 yang dimaklumkan adalah untuk semua murid Tahun 6. Bukan hanya untuk pelajar cemerlang sahaja.

  • Majlis bacaan yassin akan diadakan pada hari ini (Khamis 24/2/2011 waktu maghrib) sebagai satu program untuk anak-anak yang akan mengambil UPSR.

  • Majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah akan diadakan pada hari Jumaat (25/2/2011) jam lapan pagi. Perarakan melalui taman-taman di BSP akan dilaksanakan.

  • Bagi mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi, ibubapa disaran agar menasihatkan anak-anak agar menghormati dan mendengar nasihat guru sebagai satu langkah permulaan.

PAKSI bagi pihak PIBG.





Comments

Info selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SRA-BSP 25 Februari 2011

Info selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SRA-BSP 25 Februari 2011

Assalammualaikum,

Berikut disenaraikan perkara yang telah diketengahkan semasa mesyuarat JK PIBG pada 25 Feb 2011 baru-baru ini.

1. 26 Mac (Sabtu) - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-2.

2. Berkenaan Skim Pinjaman Buku Teks yang diperkenalkan tahun ini, kecuali pelajar Tahun 1, pelajar lain telah mendapatnya. Kekurangan buku pelajar Tahun 1 kerana kemasukan pelajar melebihi jumlah pelajar berdaftar pada Ogos 2010. Skim ini adalah sumbangan MAIS.

3. Berkenaan buku latihan pula, kelewatan penerimaan adalah kerana terdapat kesilapan fakta (dan dicetak semula). Buku telah sampai kesekolah tetapi belum sempurna edarannya kepada pelajar.

4. Statistik:
    Jumlah guru: 39 orang termasuk guru besar dan penolongnya.
    Jumlah kelas: 36 kelas (Tahun 1-6), sekolah kekurangan 2 guru kelas (dibuka untuk diisi oleh guru sementara. Sila hubungi Guru Besar)
    Jumlah pelajar: 1,371 orang (623 pagi, 748 petang)
    
5. Kekosongan 2 jawatan guru sementara. Sila hubungi Guru Besar. Bayaran RM25 sehari dan kelayakannya adalah mesti pernah bersekolah agama dan boleh menulis jawi.

6. Bacaan doa telah dijalankan setiap permulaan sekolah (pagi dan petang)

7. Kelas Iqra' telah diteruskan seperti tahun sebelum ini. Bagimanapun pemandu van/bas komplen pelajar lewat naik van/bas.

8. Solat Asar Berjamaah untuk semua pelajar turut dijalankan. Bagaimanapun, akibat surau kecil akitiviti ini nampak tidak teratur, mengambil masa panjang dan mendapat komplen daripada pemandu van/bas.

9. Berkenaan Solat Asar Berjamaah, isu kelewatan pelajar balik menyebabkan pemandu bas tidak puas hati. Penyelesaiannya, PIBG akan membelikan tikar yang boleh digunakan di Dewan sekolah sebagai surau sementara. Ibubapa juga disarankan untuk menyumbang sejadah.

10. Kelas Pemulihan hanya untuk pelajar Tahun 1 dan 2 sahaja. Ada sekitar 30 orang.

11. Kelas Tahfiz Al-Quran telah dijalankan semenjak tahun lepas. Ia terbuka kepada keluarga berminat dan dijalankan pada sebelah malam dengan bayaran.

12. Jadual ujian prestasi dan peperiksaan 2011 telah dimasukkan dalam blog. (http://srabandarseriputra.blogspot.com/2011/02/sra-jadual-ujian-prestasi-dan.html)

13. Masalah elektrik yang kerap 'blackout' setiap kali hujan, pihak JKR akan dipanggil untuk mengatasinya.

14. Sambutan Maulidurrasul baru-baru ini berhadapan dengan cuaca hujan lebat. Untuk tahun mendatang, penglibatan ibubapa juga akan dirancang.

15. Pendaftaran PIBG telah disahkan. Bagaimanapun statusnya adalah sementara.

16. Surat permohonan semburan nyamuk telah dihantar kepada pihak berwajib. Malangnya masih tidak mendapat jawapan.

17. Kelab Penjaga Tahun 6 telah dipersetujui menjadi salah satu entiti dalam PIBG dan setaraf dengan biro-biro sedia ada. Kewangan kelab ini akan diletakkan dibawah PIBG. Bagaimanapun kelab mempunyai kuasa penuh untuk perbelanjaan mereka dan mempunyai bendaharinya sendiri.

18. Terdapat 146 murid Tahun 6.

19. Yuran tambahan Tahun 6 adalah sebanyak RM100. Pecahan perbelanjaan adalah untuk kegunaan:
     a) Bayaran saguhati guru (RM160 sebulan) bagi kelas tambahan (5.15 - 6.00 petang)
     b) Seminar PSRA ajuran daerah dan sekolah
     c) Pembelian Kismis (atas arahan jabatan)
     d) Air mineral yang dibacakan surah Yassin setiap Jumaat oleh sekolah.
     e) Program gerak gempur.

     Nota: Masih ada ibubapa yang belum bayar.

20. PIBG juga bersetuju untuk menyediakan 'claim' untuk guru pergi berkursus kerana sekolah tidak dapat peruntukan daripada jabatan. RM10 dalam daerah dan RM50 luar daerah dan ianya atas budibicara Guru Besar.

21. PIBG akan cuba mendapatkan peruntukan bagi membina:
     a) Surau
     b) Gerai PIBG


22. Berkenaan En Azizuddin Zailan yang mengadu tidak dipanggil mesyuarat JK PIBG setelah dilantik sebagai AJK semasa AGM. Setiusaha memaklumkan, tidak mendapat maklumat cara menghubungi beliau. PIBG sebulat meminta YDP dan SU berjumpa dengan beliau. Dalam masa yang sama, diharap En. Azizuddin dapat menghubungi YDP (019-7027995) atau SU kerana mereka tiada maklumat untuk menghubungi En. Azizuddin.

23. Bagi ibubapa yang tidak berkemampuan, satu borang pengecualian akan dikeluarkan pada setiap tahun. Yuran PIBG akan dikecualikan dan sumbangan tambahan seperti skim masakanan percuma akan disediakan.

24. Bagi mengatasi masalah pelajar duduk diatas koridor, PIBG akan cuba menutup grill kerana itu penyebab pelajar naik duduk di koridor. Sumbangan korporat atau individu juga di harap untuk mengatasi masalah ini.

25. Bilik Pengurusan PIBG telah diperuntukkan oleh sekolah. Terima kasih kepada sekolah.

26. Mesyuarat JK seterusnya adalah pada 11 Mac 2011.

* Nota: Tarikh aktiviti adalah tertakluk kepada perubahan.

Sekian, harap maklum.

Bagi pihak PIBG SRA-BSP

=================================
SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRA-BSP)
Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor DE.
Tel: 019-2114617 / 016-6442652

Hubungi PIBG
YDP: En Lokman Bin Md Sarip
019-7027995, drlokman08@gmail.com

Blogpage: http://srabandarseriputra.blogspot.com/
Facebook: http://www.facebook.com/pages/SRA-Bandar-Seri-Putra/179473523862
Email: srabandarseriputra@gmail.com
============================





Comments

Kempen Menghijaukan SP5 Dengan Pokok Buah-Buahan

Salam Sejahtera untuk semua Warga SP5,


Anda mungkin ternampak lubang - lubang telah digali di sekeliling SP5
terutamanya di Jalan 5/3, Jalan 5/8 dan Jalan 5/7 pada hari Ahad lepas dan
tertanya-tanya apakah tujuan lubang tersebut digali.

Adapaun  tujuan lubang lubang tersebut adalah untuk kita warga SP5 menghijaukan
persekitran kita dengan pokok - pohok buah-buahan. Disin kami ingin memohon
kerjasama dari warga SP5 yang mempunyai anak-anak pokok buah-buahan tetapi tiada
kawasan untuk menanamnya agar mewakafkan anak-anak pokok tersebut unutk ditanam
di tempat yang telah digali (disediakan).

Kepada sesiapa yang berhajat untuk turut serta tetapi tiada anak - anak pokok
untuk diwakafkan dan juga tiada berkesempatan untuk membeli anak-anak pokok,
anda bolehlah menyalurkan dana / wang tersebut kepada AJK. Kami akan membeli dan
menanam anak - anak pokok buah-buahan bagi pihak anda.

Kami juga ingin mendapatkan maklum balas dari anda terhadap cadangan "Pokok
Angkat" yang mana telah di utarakan oleh salah seorang warga SP5.

Sekian. Terimakasih

Rosley Abd Aziz





Comments

Pendaftaran Tahun 1 2012 Dibuka

Pendaftaran Tahun 1 telah mula dibuka.

Sila ke http://apps.moe.gov.my/esppsel

Komen ibubapa yang telah mendaftar:

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6508.msg67049#msg67049

alhamdullilah,saya baru selesai daftar anak tahun 1 sesi 2013.. Smiley
tarikh daftar dibuka 01-03-2011 ~ 30 april 2011
 
e-mail pengesahan berkomputer diterima dari JPS..

Selamat Datang ke Sistem Pengurusan Murid (eSPM Sel) Jabatan Pelajaran Negeri Selangor


Terima Kasih kerana menggunakan Sistem Ini. Maklumat Pendaftaran bagi : AHMAD FAIZULFITRI BIN ZULKIFLI telah dimasukkan ke dalam pangkalan data SPPM

* Sila buat perakuan disekolah dimana anak jagaan didaftarkan dalam tempoh 14 hari selepas membuat pendaftaran

rasanya ada kesilapan teknikal  kat sini Huh Huh Huh

* Keputusan penempatan akan di keluarkan pada 1 Jun 2013
* Rayuan secara online akan dibuka pada 1 Jun 2013 hingga 1 Jun 2013
* Keputusan Rayuan secara online akan diketahui pada 15 Julai 2013
* Pengesahan Pendaftaran Murid perlu dilakukan pada 1 Ogos 2013 hingga 30 Ogos 2013

sila layari url berikut:
http://apps.moe.gov.my/esppsel




Comments

Gambar semasa AGM PIBG SK-BSP

Saya kongsikan gambar yang saya rakam semasa AGM baru-baru ini.



Senarai Jawatankuasa PIBG sesi 2011/2012


Barisan AJK
















Antara ibubapa yg hadir





Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.