Carian entri blog
Gambar & Video Ir Ahmad Jais Alias As-Syazili di Surau Al-Hijrah
Tujuan perkahwinan:
"Sa-ma-ra"-sakinah,mawaddah,rahmat
Baca doa utk dptkan sakinah keluarga ketika membancuh air utk ahli keluarga supaya keluarga tenang dan tidak bergelora.
Sakinah - ketenangan / stability dlm rumahtangga.
Mawaddah - memberi support utk ahli keluarga. Suasana tolong menolong di dalam keluarga.
Rahmat - kasih sayang. Org yg berkasih sayang akan mendapat kasih sayang Allah. Hendaklah sentiasa bersifat kasih sayang.
Hendaklah mengasihi semua di muka bumi ini,maka semua penduduk langit akan mengasihi kita.
Didik anak semasa bayi dalam kandungan. Memastikan kestabilan emosi ibu semasa mengandung. Bayi dlm kandungan perlu dibesarkan dalam keadaan conducive.
Plan supaya kehamilan dapat menempuh bulan ramadhan. Anak dlm kandungan juga mendpt tarbiah puasa ibu dlm bulan Ramadhan.
Anak diajar pada hari pertama kelahiran - melalui azan dan iqamah pada telinga.
Pendidikan pertama adalah membaca alQuran.
Anak blh khatam Quran dlm usia 3tahun. Usia 6 tahun boleh masuk tahfiz (pelajaran di rumah)
Home schooling - panggil guru utk mengajar di rumah
Tips pemilihan asrama-ada unsur sakinah atau ketenangan
Sek menengah - perlu serius.
Tips belajar-bermula dr awal. Kena target dapatkan no.1. Terapkan sifat ingin menjadi pelajar cemerlang dari hari pertama di sekolah. Ibubapa perlu terus membimbing anak utk menjadi cemerlang-lawat anak2 yg berada di asrama.
Tips- ada pen dan buku/kertas.
Dlm islam- hukuman bukan matlamat pendidikan. Kalau tak mahu anak dirotan pd usia 10 tahun,maka didiklah anak solat bermula dr usia 7 tahun.jika ibubapa tidak mengajar anak solat pd usia 7 tahun,maka pd usia 10tahun jika anak tidak juga mahu solat,maka ibubapalah yang patut dirotan terlebih dahulu.
Anak diajar tahfiz di rumah sebelum dihantar ke sekolah tahfiz.
Target anak khatam alQuran pd usia 7tahun. Target Anak yg terbaik yg kita dpt lahirkan ialah anak yang mendoakan ibubapa setelah ibubapa meninggal dunia nanti.
Tips cemerlang:
1.berikan anak guru2 yg terbaik dan cemerlang.
2.berikan keperluan rezeki halalan toyyiba - tanggung jawab bapa yg mencari rezeki. Jgn suap anak dgn hasil usaha yg haram. Muhasabah adakah hasil kerja setimpal dgn hasil usaha kerja kita.
3.pemakanan - makanan bersifat Protein spt telur separuh masak, kekacang,soya, tempe,
4. Rangsang pembinaan keseluruhan termasuk latihan fizikal.
5.kurangkan gangguan utk belajar - yg paling utama ialah gangguan TV. Kita kawal TV sebelum TV kawal kita.
6.ibubapa menjadi qudwah hasanah kpd anak anak jika mahukan anak2 menjadi cemerlang. Jadi ibubapa perlu juga menjadi cemerlang.
Sunday, June 23, 2013 |
Majlis Pecah Tanah Surau SRABSP
Selebihnya disini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151546982033863.1073741845.179473523862&type=1
Friday, June 21, 2013 |
Fwd: [Surau Al-Hijrah] Ceramah Bulanan - Sabtu, 22 Jun 2013
Friday, June 21, 2013 |
Permohonan Tapak Bazar Ramadhan di BSP
Friday, June 21, 2013 |
Pesanan Khidmat Masyarakat - Hati-hati dengan Kumpulan Bekam
Salam.
Berikut adalah peringatan daripada Ustaz Abu Zaki (KUIS) untuk makluman dan tindakan semua
- Mohon shbt2 alert dgn grup Pusat Tahfiz Amal yg buat rawatan Islam esp bekam.
- masuk melalui surau2. Mrk call ptg, mlm terus nk buka meja d surau.
- jamaah SSUK bekam 20-30 point. satu cwn Rm15.
- ada yg kena sampai Rm500-800.
- Mrk disyakki grup al-mansur dulu yg guna murid2 buat kutipan derma dgn jual kalendar.
- Setakat ni dh masuk SSUK, surau muhajirin & Raudhah Bmahkota.
Pesanan khidmat masyarakat dibawakan oleh PPBSP.
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
Wednesday, June 19, 2013 |
[Surau Al-Hijrah] Ceramah Bulanan Ir. Ahmad Jais Alias, Membina IQ - Tip-tip Pelajar Cemerlang
Membina IQ - Tip-tip Pelajar Cemerlang
=========================
Ir Ahmad Jais AsSyazili
(mantan Pengarah IKIMfm dan bapa kepada pelajar Melayu terbaik SPM 2009)
22 Jun 2013 (Sabtu)
Selepas maghrib
Muslimin muslimat semua dijemput hadir.
Anjuran Surau Al-Hijrah dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP)
Tuesday, June 18, 2013 |
Notis Panggilan Mesyuarat Surau al-Hijrah
Monday, June 17, 2013 |
Majlis Penyerahan Sumbangan RM1 juta oleh UMLand Bhd - 13 Jun 2013
Majlis Penyerahan Sumbangan RM1 juta oleh UMLand Bhd - 13 Jun 2013
Sumber Facebook UMLand: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.529945970388710.1073741837.364562076927101&type=1
Majlis Penyerahan sumbangan berjumlah RM1 juta oleh UM Land (syarikat induk pemaju Bandar Seri Putra) telah selamat dilangsungkan
Tarikh : 13hb Jun 2013 (Hari Khamis)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : UMLAND Event Hall
Penyerahan "Mock Cheque" disempurnakan oleh En. Zulkifli Garib, Pengarah Operasi UM Land kepada Dr. Abd. Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim. Turut hadir ke majlis tersebut Ir. Hj. Zakaria Kemas Salleh, Ketua JK Kecil Teknikal.
Disertakan juga keratan akhbar Utusan Malaysia (Jumaat 14 Jun2013) yang melaporkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kita (warga Princeton BSP) dari Utusan Malaysia di atas laporan ini.
Dengan sumbangan dan sokongan dari pemaju ini, maka warga Bandar Seri Putra telah maju selangkah lagi dalam merealisasikan pembinaan sebuah masjid bagi Kariah BSP di sini. InsyaAllah.
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.
Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
Monday, June 17, 2013 |
TIGA YDP Sekolah di BSP
Sunday, June 16, 2013 |
Gambar dan Video Kuliah Dato' Ustaz Daud Che Ngah (16-3-2013)
Sunday, June 16, 2013 |
Kuliah maghrib Ustaz Daud Che Ngah malam ini.
InsyaAllah Kuliah maghrib malam ini bertajuk "Lambaian Kaabah - Tip-tip Umrah" akan disampaikan oleh Ustaz Dato' Hj. Md. Daud Che Ngah (mantan pengarah LUTH WPKL) MALAM INI 16 Jun 2013. Muslimin muslimat semua dijemput hadir. Sumbangan makanan dialu-alukan dan mohon disebarkan.
Sunday, June 16, 2013 |
Status pembinaan Surau Al-Hijrah
Assalammulaikum.
Dikepilkan gambar status pembinaan Surau Al-Hijrah yang terkini. Alhamdulillah atas ruang utama telah penuh dipasang.
Bagaimanapun pihak kami masih memerlukan sumbangan WAKAF untuk menyempurnakan projek ini.
Boleh berhubung dengan mana-mana AJK surau atau hubungi saya 0122655203.
Kerjasama dan sumbangan tuan puan semua amat kami hargai dan didoakan usaha sedikit kita ini mendapat keberkatanNya.
Sunday, June 09, 2013 |