Carian entri blog
Fwd: [bspinduk] Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP - Laporan Kemajuan No.2 - 29/5/2013
From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP - Laporan Kemajuan No.2 - 29/5/2013
Laporan Kemajuan No.2 Projek Pembinaan Masjid Al-Mustaqim yang dibentangkan ketika Mesyuarat Tapak Ke-2 pada 29 Mei 2013.
Keseluruhan kerja-kerja dilaporkan pada 7%, iaitu kehadapan 2% (atau cepat 9 hari) daripada perancangan.
Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
Nota: Cover meletakkan tarikh 13 Mei 2013 kerana tarikh asal mesyuarat tapak ke-2 adalah pada 14 Mei 2013. Status kemajuan projek adalah mengikut tarikh terkini iaitu 28 Mei 2013.
Friday, May 31, 2013 |
[Surau Al-Hijrah] Jemputan Minggu Ini - Esok Rumah Hj Nasir Baharom
Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat (Hj.Md.Nasir Baharom)
No.5, Jalan Seri Putra 5/5, BSP.
30 Mei 2013 (Khamis/ESOK)
9 malam (selepas Isyak)
Sarapan pagi di rumah En Mat 96 (Jalan 5/7)
Wednesday, May 29, 2013 |
Kelas Masakan kanak-kanak 2 Jun 2013
Kelas Homemade Ice Cream & Cake Pops
=========================
Tarikh: 2 Jun 2013 (Ahad)
Yuran: RM100/pax
Terbuka untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun.
Sekiranya berminat daftarkan anak anda secara sms atau email ke:
016-3383345 / mcarlo9111@yahoo.com
012-2655203 / khai@bandarseriputra.com
Tuesday, May 28, 2013 |
Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - April 2013
From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - April 2013
(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=545536768835845&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )
Dana terkumpul kini mencecah RM3,874,117.15 (berakhir bulan April 2013).
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-41 pada 19 Mei 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
- bulan April 2013 = RM154,612.67
- bulan Mac 2013 = RM152,380.08
Nota:
- Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan Okt 2012, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)
- * Bangi Heights telah mengesahkan pledge RM1 juta untuk Tabung Dana Pembinaan Masjid, dan penyerahan wang tersebut kepada JK Pembinaan Masjid akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.
(Mengikut maklumat terkini - Bangi Heights mengesahkan sumbangan sebanyak RM1 juta dari Bangi Heights (UMLand). Surat rasmi sumbangan ini akan dikeluarkan pada minggu hadapan (akhir bulan Mei))
Tuesday, May 28, 2013 |
Mohon Sumbangan Wakaf Pembinaan Fasa ke-2 Surau Al-Hijrah
Ahli karyah Surau Al-Hijrah yang dikasihi Allah.
Untuk makluman semua ahli karyah, projek pembinaan Surau Al-Hijrah Fasa ke-2 telah pun bermula. Projek tersebut akan membina ruang solat tambahan (tidak berdinding) dibelakang roang solat utama serta kawasan moreh muslimat. Ruang solat utama tidak adiganggu dan boleh digunakan seperti biasa.
Pembinaan dijangka berjalan selama 2 bulan. InsyaAllah akan siap sebelum ramadan.
Bagi menampung pembiayaan projek Fasa ke-2 ini, pihak surau melancarkan program wakaf sebanyak 2,100 lot dengan jumlah wakar RM100/lot.
Pihak kami sangat mengalu-alukan sumbangan dari semua ahli karyah. Kami juga mohon diwar-warkan kepada rakan dan sahabat yang lain.
Bagi yang ingin menyumbang secara online atau cek, berikut maklumat bank pembayar.
Bank: Bank Muamalat
No akaun: 1207-0005265-71-8
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Alamat: Surau Al-Hijrah, Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
No pendaftaran: JAI.SEL.BMP/01/034/310
Berikut langkah-langkah pemindahan online bagi memudahkan rekod bendahari surau:
1- Buat pemindahan ke nombor akaun di atas (email suraualhijrah@bandarseriputra.com, jika diperlukan)
2- SMSkan maklumat pemindahan (jumlah, masa dan rujukan jika ada) kepada 012-3666764.
Diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.
Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.
Harap maklum.
Thursday, May 23, 2013 |
SRABSP: Carboot Sale 26/5/2013
Carboot sale kembali. Jemput menjadi penjual atau hadir sebagai pembeli.
Thursday, May 23, 2013 |
Jemputan Ke Majlis-Majlis Bagi Ahli Karyah Surau Al-Hijrah
Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabakatuh.
Majlis Tahlil dan Bacaan Yassin
Muhammad Azri Ahmad Baharom
24 Mei 2013 (Jumaat)
9 malam
No. 26 Jalan Seri Putra 5/4
Majlis Doa Selamat Pertunangan
Anak Perempuan Bongsu
Dato Johar (Pengerusi Surau Al-Hijrah)
25 Mei 2013 (Sabtu)
12.30 tengahari
No. 5 Jalan Seri Putra 6/4
Jemputan Kenduri Aqiqah 2 cucu
Tuan Hj Shaari
8 Jun 2013 (Sabtu)
Jam 1.30 tengahari
di alamat
No 30 Jalan Seri Putra 5/6
Mudah-mudahan kehadiran semua jemaah Surau Al-Hijrah dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.
Wednesday, May 22, 2013 |
Carboot Sale Ahad 26/5
Tuesday, May 21, 2013 |
Fwd: Sumbangan Wakaf Diperlukan Untuk Saham Dunia...Saham Akhirat
From: Mohd Norizam Bin Tomirin <mohdnorizam@pnb.com.my>
Assalamualaikum
Muslimin & Muslimat yang dikasihi Allah
Sukacitanya saya ingin menarik perhatian semua berkaitan perkara seperti dibawah:
1. Pembinaan SURAU untuk Pelajar di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra, Bangi.
Sumbangan boleh disalurkan secara online ke akaun PIBG di Bank Muamalat bernombor 1408-00000-626-717 atau cek di atas nama PIBG SRA Bandar Seri Putra. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ustaz Khairul Amri Jamian (Guru Besar ) di talian 03-89250315 / 019-2114612 atau En. Mohd Iqbal Ismail (YDP PIBG) di talian 012-6563033.
2. Pembinaan MASJID Al-MUSTAQIM, Bandar Seri Putra, Bangi.
Sumbangan boleh disalurkan secara online ke akaun Masjid di Maybank Islamic - 5628 3450 4024, CIMB Islamic - 1237 0000 608108 @ BIMB - 1202 9010 059585 cek di atas nama MASJID AL-MUSTAQIM. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan(Pengerusi) di talian 019-6655487 atau Hj. Mohd Anwar Khan (Setiausaha) di talian 019-8852321.
Mohon kerjasama semua untuk memanjangkan email ini. Sekian.
Tuesday, May 21, 2013 |
Coretan AGM PPBSP Kali Ke-3 2013.
Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2013/2014
Yang Dipertua : Dato' Annas Bin Khatib Jaafar (SP5)
Timb. Yang Dipertua : Mustafa Bin Kasim (Terrace)
Setiausaha : Khairil Bin Anuar (SP5)
Penolong Setiausaha : Dr. Azli Ariffin (D'Sentral)
Bendahari : Tuan Arzock Bin Nasar (Terrace)
AJK
1. Ustaz Nushi Bin Mahfodz (Tropika)
2. Jamaluddin Bin Lantara (Vista)
3. Zulkifli Bin Gharib (Anjung Suasana)
4. Ustaz Abu Zaki Bin Ismail (D'Punchak)
5. Dr. Ishak Bin Ahmad (Terrace)
6. Puan Nursiah Bt Mat Junid (Terrace)
7. Mohd Fadzel Bin Nor (SP5)
8. Hj Nor Halimi Bin Saaidin (Putra Hill)
Pemeriksa Kira-Kira
1. Hj. Yusoff Bin Yeop (D'Sentral)
2. Sharifah Fadzliah Binti Syed Taha (Princeton)
Monday, May 20, 2013 |
Surau Al-Hijrah: Video Kuliah Dato' Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013)
Dikongsikan video kuliah Ustaz Daud Che Ngah semalam di Surau Al-Hijrah
Playlist
http://www.youtube.com/playlist?list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 1/11
http://www.youtube.com/watch?v=x6yNyycyOvM&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=1
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 2/11
http://www.youtube.com/watch?v=EGR6Gn2zUjs&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=2
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 3/11
http://www.youtube.com/watch?v=_jSbJBTr7s4&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=3
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 4/11
http://www.youtube.com/watch?v=lxdV5YcPqX4&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=4
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 5/11
http://www.youtube.com/watch?v=EDsXnLPTzbA&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=5
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 6/11
http://www.youtube.com/watch?v=aG41S2K3wi0&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=6
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 7/11
http://www.youtube.com/watch?v=LIlhXif98mc&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=7
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 8/11
http://www.youtube.com/watch?v=l3V3E9jNanU&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=8
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 9/11
http://www.youtube.com/watch?v=CS0WrQWzvIU&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=9
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 10/11
http://www.youtube.com/watch?v=QBfLBzcdXwY&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=10
Kuliah Ustaz Daud Che Ngah (19 Mei 2013) - 11/11
http://www.youtube.com/watch?v=ZFYbxmz_PyU&list=PLDoIwJGpL4ohea610kLmnzTicfTmHsoRX&index=11
Monday, May 20, 2013 |
Fwd: Pembetulan Tarikh Sebenar 19 Mei: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PPBSP KALI KE-3 2013
http://goo.gl/FSp3e
Tarikh : 23 Jamadil Akhir 1434 / 4 Mei 2013
Ruj. Kami : PPBSP/AGM2013/01
Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PPBSP KALI KE-3 2013
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ketiga seperti perincian berikut:
Tajuk: Mesyuarat Agung PPBSP 2013
Tarikh: 19 Mei 2013 (Ralat sebelum ini dimaklumkan 18 Mei)
Hari: Ahad
Waktu: 8.30am – 12.00pm
Cadangan Tempat: Dewan, Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra.
Agenda: 8.00am – Pendaftaran dan Sarapan
8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong
10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2013/2014
11.30am – Majlis Tamat
3. Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah PPBSP tuan/puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agung ini nanti. Bersama dengan ini disertakan Borang Kehadiran / Usul dan Cadangan serta Borang Pencalonan untuk tindakan tuan/puan. Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan ke alamat berikut sebelum 12 Mei 2013 atau emailkan kepada khai@bandarseriputra.com.
No. 28 Jalan Seri Putra 5/6,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor
4. Mohon untuk membawa yuran tahunan (bagi tahun 2013/2014) sebanyak RM12 semasa pendaftaran. Justeru besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PPBSP 2013 ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya ditalian 012.2655.203.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan kami ucapkan jutaan terima kasih.
Yang benar,
......................................................................
KHAIRIL BIN ANUAR
Setiausaha
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Saturday, May 18, 2013 |
Jemput menjadi ahli PPBSP
Jemput menjadi ahli PPBSP
* Keahlian dibuka bagi mengahdiri mesyuarat agung pada 19 Mei ini adalah sehingga pagi sebelum mesyuarat bermula
Maklumat serta borang PPBSP adalah seperti berikut.
Juga boleh dimuat turun dalam bentuk pdf di sini:
https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnQ2ZYeFBXOUVlMzg/edit
"Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat"
Thursday, May 16, 2013 |
SRABSP: Bantu Sekolah Agama Mendirikan Surau
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh
Dengan izin Allah swt kami telah berjaya melaksanakan Projek Pembinaan Laluan Berbumbung dari pintu masuk utama sekolah ke bangunan sekolah. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah membantu kami menjayakan projek ini.
Kini kami ingin fokuskan usaha dan tenaga kami kepada projek seterusnya iaitu pembinaan Surau yang juga akan berfungsi sebagai dewan untuk kegunaan murid-murid. Sekolah kami ini mungkin satu-satunya Sekolah Rendah Agama yang belum mempunyai surau.
Kos pembinaan dianggarkan bernilai RM165,000.00.
Kami dengan berbesar hatinya mengalu-alukan sumbangan atau wakaf bagi mejayakan projek ini. Sumbangan boleh dibuat secara tunai dengan mengisi borang di bawah atau melalui online ke akaun PIBG, Bank Muamalat, nombor akaun 1408-0000626-717 atau cek yang ditulis atas nama PIBG SRA Bandar Seri Putra dan hantar ke alamat Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri
Putra, 43000 Kajang, Selangor.
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di 012-656 3033.
Sekian, terima kasih.
Mohammed Iqbal
Yang DiPertua PIBG,
SRA Bandar Seri Putra
Wednesday, May 15, 2013 |
Jemput Mesyuarat Malam Ini 13 Mei 2013 Selepas Isyak
Dijemput semua ahli karyah Surau Al-Hijrah melapangkan diri untuk hadir sama dalam mesyuarat malam ini 13 Mei 2013 selepas solat Isyak.
Agenda mesyuarat malam ini adalah:
1. Status projek fasa 2
2. Permulaan projek fasa 3
3. Perbincangan jadual kuliah
Monday, May 13, 2013 |