Carian entri blog
KOSMO: “Tablet” ringan beban pelajar bawa beg sekolah
"Tablet" ringan beban pelajar bawa beg sekolah
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
KUALA LUMPUR — Penggunaan komputer mudah alih "tablet" di sekolah-sekolah boleh menjadi jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban membawa buku teks di kalangan pelajar, menurut seorang bapa yang mempunyai dua anak perempuan yang belajar di sekolah rendah Cina.
Editor pengurusan majalah Mobile World, Kashminder Singh berkata, tablet adalah sesuai bagi sekolah-sekolah dan daripada memberi RM100 bagi setiap pelajar (bantuan kerajaan), adalah lebih baik dalam tempoh jangka panjang untuk melihat bagaimana tablet boleh menjadi buku teks baharu.
Beliau berkata, seseorang atau sebuah perbadanan perlu berusaha bagi menghasilkan satu "android" atau mana-mana platform tablet terbuka yang boleh disesuaikan untuk menjadi e-pembaca.
"Di India, seseorang menghasilkan tablet Aakash yang berharga kurang daripada RM200," katanya.
Kashminder berkata, tablet boleh dikunci supaya ia hanya boleh memasuki talian kepada laman-laman yang dibenarkan dan versi e-buku buku-buku teks boleh dimuatkan setiap tahun bagi para pelajar manakala penerbit-penerbit boleh menerima yuran bagi setiap buku yang dimuatmasuk.
"Kedua-dua anak perempuan saya yang belajar di sekolah rendah Cina membawa beg setiap hari dan bagi orang dewasa akan mendapatinya sukar untuk menyeretnya.
"Teknologi tidak boleh dinafikan dan ia hanya menunggu masa bahawa buku-buku akan berubah sebagai tablet pula. Seseorang perlu mempunyai kesungguhan dan juga pengetahuan bagi memastikan keberkesanan projek itu," katanya.
— BERNAMA
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
Friday, April 27, 2012 |
Pengajian Kitab Tasawuf, Masjid KUIS
Friday, April 27, 2012 |
Pesta Buku Bermula Hari Ini
Pesta buku di PWTC bermula hari ini. Mari bawa anak-anak menikmati keenakan dunia buku.
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
Friday, April 27, 2012 |
Jemputan Undangan Kenduri
Friday, April 27, 2012 |
Utusan 27/4/2012: Bandar Seri Putra digelar 'bandar ilmu'
Bandar Seri Putra digelar 'bandar ilmu'
KUALA LUMPUR 26 April - United Malayan Land Bhd. (UM Land) menyasarkan pembangunan Bandar Seri Putra akan siap sepenuhnya menjelang 2020 dan bakal digelar sebagai 'bandar ilmu'.
Bandar Seri Putra dibangunkan oleh anak syarikat UM Land, Seri Alam Properties Sdn. Bhd. (SAP) meliputi tanah seluas 1,224 hektar di Kajang.
Pengarah Urusan SAP, Frankie Tan berkata, proses penilaian pembangunan tersebut telah di peringkat akhir dan fokus pembangunan terarah kepada sektor pendidikan, kesihatan dan perumahan.
"Dua pertiga Bandar Seri Putra telah dibangunkan dan berbaki kira-kira 404.6 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) semasa mencecah RM3.5 bilion dan mungkin lebih pada masa depan.
...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.
Klik untuk pembesaran
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
Friday, April 27, 2012 |
Pertandingan Badminton Bandar Seri Putra 2012
Klik untuk pembesaran
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ketua-Ketua Skim Yang Dihormati,
1. BHDSB akan menganjurkan Pertandingan Badminton BSP 2012 pada 26 Mei 2012 (Hari Sabtu) mulai jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang bertempat di SK BSP. Semua penduduk adalah dijemput hadir dan menyertai pertandingan ini. Rengkasan peraturan adalah seperti berikut:-
a. Penyertaan pertandingan hanyalah terhad kepada penduduk yang berumur 30 tahun ke atas dan bermastautin di Bandar Seri Putra serta wakil penganjur sahaja.
b. Setiap persatuan penduduk hanya dihadkan untuk menghantar dua pasukan sahaja. Pertandingan yang dianjurkan hanyalah untuk beregu dan tiada pertandingan perseorangan. Pendaftaran pemain hanya untuk dua (2) orang bagi setiap beregu dengan tiada pemain simpanan.
a. Borang pendaftaran hendaklah dihantarkan ke pejabat urusan Bangi Heights Development Sdn Bhd sebelum atau selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang 04hb Mei 2012 (Jumaat).
b. Cabutan undi akan diadakan pada 8hb Mei 2012 (Selasa) jam 5.00 petang di Pejabat Urusan Bangi Heights Development Sdn. Bhd. oleh pihak penganjur bagi menentukan pasukan yang akan bertanding pada hari berkenaan. Wakil setiap persatuan penduduk digalakkan hadir bagi tujuan tersebut. Cabutan undi yang dibuat akan dirakamkan untuk rujukan.
2. Bersama-sama ini disertakan peraturan dan borang penyertaan pertandingan serta banner untuk tindakan tuan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB
Friday, April 27, 2012 |
Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Februari 2012
Ref: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg99818#msg99818
Dana terkumpul kini mencecah RM1,251,826.25 (berakhir bulan Februari 2012).
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-30 pada 17 Mac 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
- bulan Januari 2012 = RM80,900.56
- bulan Februari 2012 = RMRM35,990.13 - kutipan merosot berbanding 2 bulan yang lalu
Pengerusi menggesa AJK supaya membuat 'personal approach' ke syarikat dan badan korporat yang besar untuk mendapat dana yang lebih besar. Perkara ini sudah disebut beberapa kali sebelum ini, dan setiausaha telah menghantar 'reminder' kepada ahli melalui e-mel supaya membekalkan senarai nama individu atau syarikat supaya surat rasmi dapat disediakan.
Setiausaha menjelaskan sehingga kini:
- Sehingga Februari 2012 sebanyak kira-kira 1000 pucuk surat telah dikirim ke kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun, ADUN, Ahli Parlimen, hospital, bank, institusi kewangan dll.
- Mulai 1hb Mac sehingga hari ini (17 Mac) sebanyak 3,000 pucuk surat dikirim ke syarikat-syarikat bersama dengan brosur masjid.
- Sehingga hujung Mac sebanyak 1140 pucuk surat lagi akan dikirim ke syarikat-syarikat.
- Baki surat untuk syarikat sebanyak 5860 akan dikirim setelah kerja-kerja cerucuk bermula, berperingkat-peringkat hingga ke akhir tahun.
- Setiausaha telah mencetak sebanyak 15,000 keping brosur (dengan kos 40sen sekeping) untuk diagih bersama surat memohon derma.
- Brosur itu juga telah diedar kepada jemaah Solat jumaat di Masjid UKM, Masjid Hasanah BBB, Masjid Solihin Teras Jernang, Surau Assyakirin BSP, Surau Al-Ikhlas TIP dan Masjid Al-Azhar KUIS.
- Urusan Menentukan Kiblat & Solat Hajat akan dilaksanakan kemudian sebaik saja kerja-kerja cerucuk akan bermula.
JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa:
- Kelulusan pelan masjid akan dimesyuaratkan pada persidangan majlis MPKj pada 21hb Mac ini. Dengan kelulusan ini kelak kerja-kerja cerucuk insyaAllah akan bermula pada bulan April.
- JK Pembinaan telah bersetuju untuk menganugerahkan kontrak pembinaan cerucuk kepada syarikat yang memberi tawaran harga TERMURAH dengan nilai terdekat dengan sebagaimana disyorkan oleh perunding. Walau bagaimana pun pihak perunding diminta untuk merunding harga terbaik lagi dari syarikat tersebut sebelum surat setuju resmi dikeluarkan.
- Tiga tender telah diterima untuk kerja-kerja 'hoarding'. Sebutharga terlampau tinggi, dan JK Pembinaan memutuskan untuk menolak ketiga-tiga penender tersebut. Pihak perunding diminta untuk berbincang dengan syarikat yang berjaya melaksanakan kerja cerucuk supaya dapat mempertimbangkan membuat kerja 'hoarding' sekali tanpa melibatkan kos tambahan atau kos minimal.
- Untuk penyeliaan kerja cerucuk, JK Pembinaan akan cuba mendapat kakitangan dari Bangi Heights seperti yang disetujui oleh En.Zulkiply Garib. Surat untuk tujuan ini akan dideraf.
- Jurutera Tapak Binaan (site engineer), sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan untuk menyelia kerja pembinaan, yang akan dilantik oleh perunding, supaya kerja-kerja dapat diselaraskan. Upah bayaran yang berpatutan kena disemak semula.
- Billboard Masjid berukuran 12' X 8' akan dibina di tapak masjid. Jumlah kutipan bulanan dipamirkan.
Perkara lain:
- JK Pembinaan bersetuju supaya setiausaha mengirim e-mel kepada ahli yang tidak hadir ke mesyuarat JK Pembinaan Masjid sejak Januari 2011 (sebanyak 15 kali mesyuarat) atau lebih awal lagi, mohon pengesahan sama ada mereka masih berminat untuk menjadi ahli. Jika tidak menerima jawapan dalam masa 3 hari, ini dianggap ahli itu tidak lagi berminat.
- Rancangan Kutipan Dana - JK Pembinaan mengesyorkan supaya satu 'Road Show' dijalankan di surau-surau di BSP, bermula dengan Surau Assyakirin, Surau Al-Ikhlas dan Masjid KUIS pada Hari Jumaat, memaklumkan jemaah mengenai status masjid yang akan dibina, di samping mendapat sumbangan tetap daripada para qariah.
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.
Pengerusi menerangkan bahawa Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim kini sudah mendapat gazet pelepasan cukai daripada LHDN bermula daripada tarikh berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 bagi tempoh 3 tahun*. JK Pembinaan juga mempelawa Warga BSP sekalian untuk bersama-sama mewar-war/menghebahkan STATUS PELEPASAN CUKAI kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menderma supaya dapat mempercepatkan usaha menambah kutipan yang diperlukan untuk membina Masjid Al-Mustaqim ini.
* Telah dihebahkan di sini:
- Rujukan hebahan - http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=9544.msg88231#msg88231
- Softcopy surat-surat - http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=9544.msg89656#msg89656
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
* MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
* CIMB ISLAMIC 12370000608108.
* Bank Islam 12029010059585.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Thursday, April 26, 2012 |
Yayasan Universiti Multimedia (YUM) Postgraduate Scholarship Scheme
Yayasan Universiti Multimedia (YUM) Postgraduate Scholarship Scheme
Good news! The Yayasan Universiti Multimedia (YUM) is giving out scholarships for eligible postgraduate students. The info for the YUM scholarship are:
Eligibility
1) It is only offered to postgraduate (Masters or PhD) by research programmes only.
2) The applicant must have a minimum CGPA of 3.5. Applicants with working experience but CGPA lower than 3.5 will also be considered.
3) The recipient must enrol his/her postgraduate by research programme (full-time) at Multimedia University.
4) Priority will be given to Malaysian citizens but international applicants with excellence academic results will also be considered.
5) The recipient must not hold any scholarship or financial assistance from any other organization.
Tenure of Scholarship
1) The tenure of scholarship is two years for Masters candidate and three years for Ph.D. candidate.
2) At the end of the scholarship, the recipient shall work at Multimedia University or Yayasan Universiti Multimedia unless there is no suitable position or waived by Yayasan Universiti Multimedia.
Allowance
1) The recipient will be paid a monthly allowance of:
a. Masters candidate: RM2,300 for a maximum duration of 2 years on annual renewal basis.
b. Ph.D. candidate: RM2,800 for a maximum duration of 3 years on annual renewal basis.
2) The scholarship will also cover the tuition fees (2 years for Masters candidate and 3 years for Ph.D. candidate) of the recipient.
Application Procedure
1) Interested applicants are required to submit his/her complete CV, together with full academic transcripts to Ms. Nor Syazrin (syazrin.said@mmu.edu.my), assistant manager of MMU Institute of Postgraduate Studies, through email.
2) Please state clearly whether it is application for Masters or PhD scholarship in the application email and also the intended field/area of research.
3) Application deadline is 31 May 2012 and only shortlisted candidates will be called for interview.
Enquiry
1) For further enquiries, please kindly contact Ms. Nor Syazrin (syazrin.said@mmu.edu.my) (03-83125560) or visit http://ips.mmu.edu.my
Tuesday, April 24, 2012 |
189 Hadir Mesyuarat Agung PPBSP Kali Ke-2
Video mesyuarat ke-2:
https://www.facebook.com/photo.php?v=10150763961958117
Bandar Seri Putra, 22 April 2012.
Seramai 189 ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) hadir mesyuarat Agung Kali Ke-2 di SK Bandar Seri Putra semalam.
Kehadiran yang memberangsangkan ini atas sikap keperihatinan penduduk BSP yang ingin melihat persatuan penduduk terus berdaya maju dan relevan sepanjang masa.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa sekitar jam 9 pagi. Sebelum itu, ahli persatuan dijamukan dengan sarapan pagi.
YDP PPBSP, Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (mengekalkan jawatan untuk setahun lagi)
Dalam ucapan alu-aluan YDP PPBSP sesi 2011/2012, Tuan Hj Ahmad Bin Yusof antara lain menyentuh tentang akitiviti persatuan sepanjang setahun seperti Program MAP (Motivasi Alihan Pelajar), Larian Kitar Semula dan program SYOK'2011 sepanjang cuti sekolah. Bagaimanapun menurut beliau, masih terdapat kelemahan dalam program yang dijalankan oleh persatuan. Perkara ini adalah lumrah dan persatuan menerima secara terbuka komen dan nasihat agar diperbaiki pada masa akan datang. YDP juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk BSP yang sentiasa menyokong aktivti persatuan. Tidak lupa juga YDP menasihatkan agar ahli persatuan agar lebih mesra antara satu sama lain kerana itu lah tujuan persatuan yang bermotokan "Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat".
Tuan Zulkifly Garib, Pengarah Operasi Bangi Heights
Naik perasmi mesyuarat, Tuan Zulkifly Garib, Pengarah Operasi, Bangi Heights Development Sdn Bhd. Tuan Zulkifly antara lain menyebut pertumbuhan di BSP yang sangat memberangsangkan dengan projek terkini seperti lot komersial dll menaikkan hartanah di BSP. Bangi Heights juga merancang untuk membawa masuk restoran makanan segera seperti McDonald, KFC dsb. Beliau juga berharap kesepakatan antara persatuan dan pemaju dapat diteruskan. Seterusnya beliau merasmikan mesyuarat pada pagi itu.
Pengerusi sementara bersama barisan kepimpinan lama.
Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan Tuan Lokman Md Sarip sebagai Pengerusi Sementara mesyuarat serta 2 orang pencatat.
Agenda diteruskan dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali Pertama 2011. Setelah beberapa pembetulan dan semakan dibuat, Minit tersebut diluluskan dengan pindaan. Antara pindaan seperti pembetulan nama, pengguguran nama mereka yang tidak hadir dalam mesyuarat pertama serta tambahan keciciran nama mereka yang hadir.
Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kerja sesi 2011/2012 juga berjalan lancar dan seterusnya diluluskan. (sila lihat lampiran untuk laporan)
Laporan kewangan oleh Bendahari 2011/2012 juga diluluskan tanpa isu besar dibangkitkan.
Kemudian, Jawatankuasa Kerja PPBSP sesi 2011/2012 dibubarkan.
Persaingan sihat dan sedikit kehangatan mula berlaku dalam pemilihan jawatankuasa baru. Bermula dengan pertandingan YDP yang menerima 3 pencalonan dan akhirnya YDP masih dikekalkan oleh ahli mesyuarat kepada Tuan Hj Ahmad Yusof. Begitu juga dengan jawatan yang lain yang telah dipertandingkan dan akhirnya senarai Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 adalah seperti dibawah ini.
Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim (Terrace)
Setiausaha : Tuan Khairil Bin Anuar (SP5)
Penolong Setiausaha : Tuan Mohd Ramli Bin Taib (D'Punchak Aman)
Bendahari : Tuan Arzock Bin Nasar (Terrace)
AJK
1. Ustaz Nushi Bin Mahfodz (Tropika)
2. Puan Sharifah Fadzliah Bt Syed Taha (Princeton)
3. Tuan Engku Faizal Annuar Bin Che Engku Husin (SP5)
4. Tuan Burhanuddin Bin Haji Mahwal (Putra Villa)
5. Dr. Ishak Bin Ahmad (Terrace)
6. Puan Nursiah Bt Mat Junid (Terrace)
7. Tuan Mohd Khairuddin Bin Yasim (Seri Mawar)
8. Tuan Hj Nor Halimi Bin Saaidin (Putra Hill)
Pemeriksa Kira-Kira
1. Tuan Mohammad Bin Abu Samah (SP5)
2. Tuan Lokman Bin Md Sarip (Vista)
Barisan Jawatankuasa Kerja sesi 2012/2013
Ahli yang tinggal selepas pemilihan.
Berikut adalah usul yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Kerja PPBSP sesi 2011/2012 sendiri bagi memastikan persatuan memainkan peranan dengan lebih mantap pada masa hadapan.
1. Mengusulkan supaya Pengerusi mana-mana skim/taman yang tidak terpilih sebagai AJK Kerja PPBSP semasa Mesyuarat Agung Tahunan dilantik menjadi AJK Kerja PPBSP jika telah mendaftar sebagai ahli PPBSP.
2. Mengusulkan supaya PPBSP mewujudkan keahlian seumur hidup dengan mengenakan yuran seumur hidup sebanyak RM150.
3. Mengusulkan supaya jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari tidak dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan tetapi dilantik oleh Yang DiPertua daripada kalangan ahli PPBSP.
Manakala, dua usul daripada ahli juga diterima oleh ahli mesyuarat. Usul pertama agar persatuan memulakan usaha untuk membina dewan serbaguna. Usul kedua pula mencadangkan agar PPBSP menjadi peneraju mesyuarat penyelarasan aktiviti-aktiviti di BSP dengan menjemput semua persatuan skim, Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, KOJIRA, Kelab Sukan, surau-surau dan NGO-NGO lain yang beroperasi di BSP untuk duduk bersama.
Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 1.50 petang dengan sesi mengemas.
Bagi pihak persatuan, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan juga yang tidak berkesempatan hadir.
Juga kepada semua yang membantu melicinkan majlis seperti pihak Bangi Heighs, SKBSP, petugas-petugas, ahli jawatankuasa sesi 2011/2012, ahli jawatankuasa 2012/2013 dan lain-lain yang mungkin tidak disebutkan di sini.
Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan kepada PPBSP.
Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat
Keterangan Logo
- Pokok (berwarna hijau) menggambarkan hasrat penduduk dan pemaju yang menginginkan gaya hidup yang tenang dan aman.
- 3 manusia (berwarna merah putih dan kuning) dengan latar belakang berwarna biru menggambarkan penduduk yang hidup bersatu padu dan saling membantu.
- 4 warna (merah, putih, kuning dan biru) berdasarkan warna bendera Malaysia menggambarkan cinta penduduk kepada negara.
- Bulatan bermaksud penduduk dan pemaju bersatu padu dalam membangunkan kehidupan sejahtera.
- Ayat "Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra" di luar bulatan bermaksud Persatuan menjadi pemangkin dalam menjadikan Bandar Seri Putra kediaman sejahtera.
http://ppbsp.blogspot.com
http://facebook.com/ppbsp
-Ditulis oleh KhaiatBSP-
Monday, April 23, 2012 |
KES PECAH MASUK RUMAH, Seorang Ditangkap
Salam.
Semua penduduk yang dihormati,
1. Dimaklumkan satu kes pecah masuk rumah telah berlaku pada 17 Apr 2012 LK jam 12.20 tengahari di No. XX, Jalan Seri Putra 2/3G (Laman Indah). Jiran berdekatan ternampak kehadiran dua orang penjenayah dengan bernaiki kereta Honda Accord memasuki ruang parkir rumah tersebut dan memecah masuk dengan mengumpil pintu sisi utama. Mengesyaki dengan kejadian yang berlaku, jiran tersebut menghubungi dan mengadu kepada pihak polis. Setibanya OCS di rumah tersebut, dua orang penjenayah yang berada diruang parkir yang ternampak kedatangan polis terus melarikan diri dengan memanjat dan melompat pagar rumah tersebut.
2. Dalam kejar mengejar tersebut seorang penjenayah dapat ditangkap dan seorang lagi terlepas lari menuju kearah tol Putra Mahkota lalu menghilangkan diri. Penjenayah yang ditangkap adalah berbangsa Indonesia. Kereta yang digunakan jenis Honda Accord adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Melaka pada 09 Apr 2012. Pemeriksaan yang dibuat oleh tuan rumah mendapati barang-barang yang hilang adalah empat bentuk cincin emas/putih, dua gelang tangan emas dan seutas rantai emas. Manakala barang-barang yang juga dicuri dan dijumpai semula di dalam but kereta adalah dua buah laptop, sebuah kamera digital, sebuah telefon bimbit, dua helai baju kot dan satu pasang kasut yang kesemuanya adalah kepunyaan tuan rumah tersebut.
3. Diminta semua pengerusi persatuan-persatuan penduduk menghebahkan kejadian ini kepada semua komuniti supaya mengetahui akan kejadian-kejadian jenayah yang berlaku di dalam Bandar Seri Putra supaya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan kawalan keselamatan dirumah dan kawasan masing-masing supaya tindakan pencegahan yang dilakukan ini akan dapat membenteras jenayah dari terus berlaku.
Wassalam.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB
Thursday, April 19, 2012 |
Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April
Mesyuarat Agung PPBSP 2012
22 April 2012 (Ahad)
8.00am – 12.00pm
Dewan Utama, Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra
Agenda:
8.00am – Pendaftaran dan Sarapan
8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong
10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2012/2013
11.30am – Majlis Tamat
Sunday, April 15, 2012 |
INVITATION TO MMU INFO DAY, 21 APRIL 2012 (MELAKA) & 22 APRIL 2012 (CYBERJAYA)
Date: 21st April 2012 (Saturday)
Time: 9.00 am – 4.00 pm
Venue: The Chancellery, MMU Melaka
Date: 22nd April 2012 (Sunday)
Time: 9.00 am – 4.00 pm
Venue: The Chancellery, Ground Floor, MMU Cyberjaya
Friday, April 13, 2012 |
Program Malam Jumaat Surau Al-Hijrah
Thursday, April 05, 2012 |
KL Tower International Day Night Towerthon Challenge 2012
Menara Kuala Lumpur buat tahun kesebelasnya akan menganjurkan Larian "KL TOWER INTERNATIONAL DAY NIGHT TOWERTHON CHALLENGE 2012" pada Sabtu, 19 Mei 2012.
Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM100,000 di dalam cabaran berlari mendaki bukit sejauh lebih kurang 1 kilometer dan seterusnya mendaki 2,058 anak tangga untuk sampai ke garisan penamat iaitu di Mega View (TH03) dengan ketinggian 288 meter.
Sebanyak 10 kategori akan dipertandingkan, diantaranya adalah:-
- Lelaki Terbuka (18 - 39 tahun)
- Lelaki Veteran Junior ( 40 - 49 tahun)
- Lelaki Veteran Senior (50 dan ke atas)
- Wanita Terbuka (18 - 34 tahun)
- Wanita Veteran (35 dan ke atas)
- Lelaki Junior (13 - 17 tahun)
- Perempuan Junior (13 - 17 tahun)
- Kakitangan Telekom Malaysia kategori Lelaki (18 dan ke atas)
- Kakitangan Telekom Malaysia kategori Wanita (18 dan ke atas)
- Kategori Kurang Upaya (18 dan ke atas)
Sila rujuk di bawah bagi yuran pendaftaran. Kadar yuran adalah berbeza mengikut kategori, tarikh pendaftaran dan kerakyatan. Daftarlah pada kadar segera untuk menikmati diskaun!
Kategori | Sekarang – 31 Mac | 1 Apr – 30 April | 1 Mei – 10 Mei |
Individu | RM40.00 | RM50.00 | RM65.00 |
Junior | RM25.00 | RM30.00 | RM30.00 |
Kakitangan TM | RM20.00 | RM30.00 | RM40.00 |
Warga Asing | RM60.00 | RM80.00 | RM100.00 |
Borang penyertaan boleh di dapati di Menara Kuala Lumpur, Muzium Telekom dan muat turun dari http://www.menarakl.com.my atau www.facebook.com/officialmenarakl. Peserta juga boleh mendaftar secara online di http://www.themarathonshop.com.my/events/towerthonrun2012/.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Mei 2012 pada jam 6.00 petang atau setelah pendaftaran peserta mencecah 3,555 orang. Larian Percubaan akan diadakan pada 16 Mei 2012 mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03 – 2072 1219 atau 2020 5444 dan layari laman web www.menarakl.com.my
Bagi pihak Menara Kuala Lumpur & Komunikasi Korporat Kumpulan TM,
Thursday, April 05, 2012 |
TERKINI: KES PECAH MASUK RUMAH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Semua Penduduk Yang Dihormati,
1. Dimaklumkan berlaku satu kejadian pecah masuk rumah pada 04 Apr 2012 di No. 38, Jalan Seri Putra 9/4, Anjung Suasana Fasa 8B.
2. Isteri tuan rumah yang balik dari kerja lebih kurang jam 6.00 petang mendapati rumahnya telah dipecah masuk melalui pintu utama yang telah diumpil. Barang-barang yang dicuri ialah dua buah TV LCD 32", satu utas gelang emas, dua bentuk cincin emas, satu utas rantai emas, sebentuk loket emas, wang tunai LK RM700.00. Anggaran kerugian LK RM10,000.00.
3. Sila hebahkan kepada semua komuniti supaya berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada dengan gerak langkah penjenayah-penjenayah yang mengambil kesempatan dengan peluang yang ada. Walaupun peratusan jenayah di BSP boleh dikatakan rendah berbanding kawasan-kawasan lain tapi warga penduduk hendaklah sentiasa beringat-beringat agar kita semua dapat mencegah supaya zero atau sekurang-kurangnya paling minima kejadian jenayah di BSP. Sebagai makluman, kes-kes jenayah yang telah berlaku di BSP dari bulan Jan 2012 hingga sekarang adalah seperti berikut:-
a. 07 Jan 2012 - Jalan Seri Putra 5/6, Putra 96 - Pecah masuk rumah.
b. 12 Jan 2012 - Jalan Seri Putra 3/F, D'Sentral 6B - Ragut.
c. 23 Feb 2012 - Jalan Seri Putra 2/3A, Laman Indah - Pecah masuk rumah.
d. 28 Feb 2012 - Jalan Seri Putra 2/5, Laman Indah - Pecah masuk rumah.
e. 14 Mac 2012 - Blok B, Pangsapuri Seri Mawar - Pecah masuk rumah.
f. 14 Mac 2012 - Jalan Seri Putra 2/3E, Laman Indah - Pecah masuk rumah.
g. 19 Mac 2012 - Jalan Seri Putra 3/G, D'Sentral 6A - Ragut.
Sekian.
Wassalam dan salam sejahtera.
Norizan bin Hj Sulaiman
Eksekutif Kanan - Keselamatan
BHDSB
Thursday, April 05, 2012 |
SURAT PANGGILAN MESYUARAT AGONG PPBSP 2012
Tarikh : 9 JamadilAwal 1433 / 1 April 2012
Ruj. Kami : PPBSP/SU/SU/25
Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
PER: PANGGILAN MESYUARAT AGONG PPBSP 2012
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) akan mengadakan Mesyuarat Agong kali kedua seperti perincian berikut:
Tajuk: Mesyuarat Agong PPBSP 2012
Tarikh: 22 April 2012
Hari: Ahad
Waktu: 8.30am – 12.00pm
Cadangan Tempat: Dewan Utama, Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra.
Agenda: 8.00am – Pendaftaran dan Sarapan
8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong
10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2012/2013
11.30am – Majlis Tamat
3. Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah PPBSP Tuan/Puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agong ini nanti. Bersama dengan ini disertakan Borang Usul untuk tindakan Tuan/Puan dan memulangkan borang tersebut ke alamat berikut sebelum 10 April 2012.
FARHAN INTERNET & PHOTOCOPY
No. 14 Jalan Seri Putra 3/13,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor
4. Mohon untuk membawa yuran tahunan sebanyak RM12 semasa pendaftaran. Justeru besarlah harapan kami agar Tuan/Puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong PPBSP 2012 ini.
Kerjasama dan sokongan daripada pihak Tuan/Puan kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.
Yang benar,
......................................................................
RAMIZI BIN MOHAMED
Setiausaha
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Sunday, April 01, 2012 |