Carian entri blog
Peta Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012
LARIAN KITAR SEMULA
BANDAR SERI PUTRA
2012
4 MAC 2012 (AHAD)
Cepat, 300 penyertaan terawal akan menerima t-shirt percuma.
Tarikh tutup: 19 Feb 2012
DANA DIKUMPUL BAGI PEMBINAAN MASJID AL-MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA
Anjuran Bersama:
PPBSP bersama persatuan-persatuan penduduk taman/skim perumahan
Bangi Heights Development Sdn Bhd
Majlis Perwakilan Penduduk MPKj Zon 24.
Maklumat Lanjut
En. Khai (012.2655.203)
Puan Nursiah (019.2641.736)
Engku Faizal (013.3426.019)
ppbsp@bandarseriputra.com
http://larianbsp2012.blogspot.com
Tuesday, January 31, 2012 |
Moh daftar: Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012
Gambar: Contoh medal Larian Kitar Semula Putrajaya 2011
Sumber: http://yayafrdz-mylifechapter.blogspot.com/2011/12/minggu-riadah-larian-kitar-semula.html
Sumber: http://yayafrdz-mylifechapter.blogspot.com/2011/12/minggu-riadah-larian-kitar-semula.html
Sumber: http://yayafrdz-mylifechapter.blogspot.com/2011/12/minggu-riadah-larian-kitar-semula.html
Moh daftar..... masih terbuka untuk semua warga BSP
LARIAN KITAR SEMULA
BANDAR SERI PUTRA
2012
4 MAC 2012 (AHAD)
Cepat, 300 penyertaan terawal akan menerima t-shirt percuma.
Tarikh tutup: 19 Feb 2012
DANA DIKUMPUL BAGI PEMBINAAN MASJID AL-MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA
Anjuran Bersama:
PPBSP bersama persatuan-persatuan penduduk taman/skim perumahan
Bangi Heights Development Sdn Bhd
Majlis Perwakilan Penduduk MPKj Zon 24.
Maklumat Lanjut
En. Khai (012.2655.203)
Puan Nursiah (019.2641.736)
Engku Faizal (013.3426.019)
ppbsp@bandarseriputra.com
http://larianbsp2012.blogspot.com
Tuesday, January 31, 2012 |
Doa Ketika Mengalami Musibah
Atas cadangan Dato Johar dlm mesyuarat malam tadi, berikut adalah hadis yang dibacakan pada malam tadi berkenaan doa yg diajarkan oleh Rasulullah saw :
Daripada Ummu Salamah r.ha, isteri Rasulullah saw. berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Tiadalah seorang hamba yang mengalami musibah, lalu ia mengucapkan:
إ ِنـّـَا لـِلّـَـهِ وَ إ ِنـّـَـآ إ ِلـَيـْهِ رَاجـِعـُونَ
اللّـَهـُـمّ َأ ْجـُرْنـِى فـِى مـُصـِيـْبـَتـِى وَأ َخـْلـِفْ لـِى خـَيـْرًا مِّنـْهـَــا
(Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibahku, dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya),melainkan Allah Swt. pasti memberinya pahala dalam musibahnya dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik darinya."
Dia (Ummu Salamah r.ha) berkata, "Ketika Abu Salamah r.a. meninggal, maka saya berdoa dengan doa yang diperintahkan oleh Nabi saw. kepadaku, sehingga Allah Swt. memberikan pengganti untukku suami yang lebih baik daripadanya, iaitu Rasulullah saw." - Riwayat Muslim.
Sunday, January 29, 2012 |
MADANI DESIGN & PRINTING (Dalam HPA Halal Mart BSP)
(Dalam HPA Halal Mart BSP)
Menyediakan perkhidmatan
Banner | Doc Scan | Sticker
Button Badge | Flyer | Paper Bag
Business Card dll
EXPRESS Siap Segera
CETAK@Tempah
Satu keping pun boleh
Hubungi kami:
019-2585941 (Bani: Designer)
019-6969014
012-2908960
012-2655203
madani.print@gmail.com
Madani Design & Printing
27, Jalan Seri Putra 1/2
Bandar Seri Putra
43000 Kajang, Selangor
http://www.madani-printing.blogspot.com
Sunday, January 29, 2012 |
Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
5 hb Feb 2012 (Ahad) akan diadakan majlis sambutan maulidurRasul di surau SUAK. Semua dijemput hadir... Pelbagai program dijalankan.. antaranya perarakan selawat, Pertandingan mewarna, khat... bacaan alquran, ceramah agama dan banyak lagi... Aktiviti malam >>ceramah dan BBQ kambing. Rugi tak datang.
"SURAU MERIAH MASYARAKAT BARAKAH"
Majlis Sambutan
Maulidur Rasul &
Ramah Mesra Penduduk Fasa 7
5 Februari 2102 (AHAD)
7.30 pagi
Aturcara:
7.30 pagi
- Pendaftaran dan Taklimat
- Perarakan
- Sarapan pagi
- Jualan Khas
- Kuiz agama, pertandingan tulisan & mewarna khat
- Berzanji & Bacaan Al-Quran
Ceramah Agama (Ustaz Mohd Asri Abdullah)
Penyampaian hadiah, sumbangan & Hadiah Misteri
12.30 tgh
- Jamuan Tengahari Ala Kampong
8.00 malam
- Ceramah Agama oleh Ustaz Shuhadak
9.30 malam
- Jamuan Malam Ala BBQ (kambing panggang)
Pertanyaan:
En. Zaludin - 012-2075677
En. Azhari - 019-3373633
Hj. Puzi - 012-4581266
Sunday, January 29, 2012 |
Kekosongan Guru Rakyat SRABSP
SRA Bandar Seri Putra adalah sekolah yang paling ramai guru jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah rendah agama lain di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.
Walaupun begitu, bilangan guru yang berkhidmat di sekolah dianggap tidak mencukupi jika dibandingkan dengan bilangan murid yang begitu ramai.
Justeru itu, pihak sekolah membuka jawatan kosong sebagai Guru Rakyat bagi mengisi kekosongan tersebut.
Bagi yang berminat, boleh berhubung atau terus ke pejabat sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Harap maklum, terima kasih.
-MSBS-
Saturday, January 28, 2012 |
Mohon Bantuan Mengisi Kaji Selidik Ini
Saya panjangkan permintaan salah seorang warga Bandar Seri Putra yang sedang menyambung pelajarannya diperingkat Sarjana di UKM agar kita dapat membantu beliau dalam kaji selidiknya di bawah ini.
Diharap ramai yang membantu agar populasi kajiannya besar.
Puan Maziah Mat Desa boleh dihubungi melalui telefon 0192080459 atau email ir_smile81@yahoo.com.
Tajuk kajian:
Kajian Pematuhan Pemakaian Tali Pinggang Keledar di Kalangan Pengguna Jalanraya.
Kajian kes:Bandar Seri Putra.
Terima kasih.
Kajiselidik Online: http://kwiksurveys.com?s=LKLOGF_6cf812f3
Word: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=9872.0;attach=5316
Friday, January 27, 2012 |
Kembali: Badminton Setiap Rabu di SKBSP
Nota: Maaf kepada mereka yang hadir minggu lepas. Bagaimanapun, gelanggang tidak dapat digunakan kerana sekolah gunakan untuk pertandingan bola tampar. Insya-Allah malam ini ada. Kalau nak cari penganjur, cari Khai atau Sazly malam ini digelanggang paling hampir dengan tandas.
=================================
Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP menjemput mana-mana warga Bandar Seri Putra yang berminat untuk bermain badminton setiap Rabu jam 9.30 malam - 11.00 malam di Dewan SK Bandar Seri Putra. Gelanggang yang telah ditempah adalah gelanggang paling dekat dengan tandas di Dewan SK Bandar Seri Putra.
Bayaran seorang untuk kos gelanggang dan bulu tangkis adalah RM5 setiap sesi atau RM20 untuk sebulan. Duit lebih akan dimasukkan ke dalam tabung aktiviti Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP.
Jika berminat, sila hubungi Khai 012.2655.203 atau emailkan kepada khaiatbsp@gmail.com.
p/s: Saya juga sedang membuka kalau ada yang berminat untuk mendapatkan baju seperti dalam gambar. Ini adalah baju untuk group saya yang biasa main bersama. Kalau ada yang berminat, dibuka untuk tempahan. Harga RM26 termasuk nama dan logo.
Wednesday, January 25, 2012 |
Gambar, SKBSP Merentas Desa 2012
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
Salam,
Dikongsikan gambar larian merentas desa yang masuk ke inbox saya hasil usaha salah seorang ibubapa (saya agak sahaja sebab tak tanya empunya diri). Terima kasih kepada empunya diri yang tidak mahu dikenali. Usaha tuan, kami hargai. Teruskan.
==================
--> http://bsprunner.multiply.com/photos/album/8
- Hujan gerimis di pertengahan larian. Ramai pelajar yg buka kasut dan berlari.
- Yang kreatif sikit, mereka letak kasut di simpang Anjung Suasana/Bungalow Lot, dan ambil balik on the way back.
- Seperti tahun-tahun sudah, teriakan biasa adalah ' Akhirnya, sampai juga aku kesekolah"
- Teriakan baru untuk tahun ini : "Pakcik, Nanti gambar masuk Facebook ye"
- Ada yang pakai uniform sekolah (baju basuh, katanya), ada yg bawak buku cerita sambil berlari?
- Tahun ini, lebih ramai yang berjalan dari yang berlari,
Wednesday, January 25, 2012 |
Ceramah Ustaz Don di KUIS Jumaat Ini
Jumaat ini lps solat Jumaat! Jom pakat mai!!!
Sumber: https://www.facebook.com/kamisukaceramahustazdondaniyaldonbiyajid
Wednesday, January 25, 2012 |
Katakan Tak Nak Kepada Peniaga Di Luar Sekolah
Anak-anak SKBSP, jangan beli daripada peniaga diluar.
1- Sekolah kata, BELILAH DARI KANTIN SEKOLAH.
2- Guru kata, barang dijual TIDAK SESUAI UNTUK ANAK-ANAK.
3- PIBG kata, menjejaskan KESELAMATAN & mengganggu LALULINTAS.
4- Ibubapa kata, barang dijual TAK PASTI KEBERSIHANNYA
5- Kawan-kawan kata, TAK PAYAH BELI, JOM TERUS BALIK.
p/s: Terima kasih kepada warga BSP dengan nickname microgp kerana designkan image ini.
Monday, January 23, 2012 |
Pengalaman Menangani Pembuangan Sampah
Saya kongsikan catatan yang sampai dalam inbox saya. Mungkin boleh dijadikan contoh ikutan.
===========================================
Pengalaman membersihkan tempat sampah di Medan Usahawan Bangi. Tempat ini dah lebih 15 tahun jadi tempat buang sampah. Anehnya yang berniaga adale dua tiga kerat tapi sampah mengunung. Macam-macam jenis sampah ada. Yang tak ada orang buang anak aje. Masuk dlm paper termasuklah dalam berita tv beberapa kali.
Alhamdulillah kini kami bebas sampah. Rahsianya. Selepas Pakatan Rakyat memerintah kami semua bekerjasama antara pihak MPP dgn peniaga. Pihak MPKj bersihkan tempat itu pagi petang nanti sampah entah dari mana ada balik. Jadi kita buat kawalan. Sekali lagi suruh pihak MPKj bersihkan lepas tu kami pacakkan signboard jgn buang sampah disini. Buang sampah ditempat anda sendiri. Kami kawal secara sukarela. Menegur dan menghalang sesiapa sahaja yang membuang sampah w/pun sekecil bekas minuman. Pernah terjadi pergaduhan tapi tak serius dlm usaha kami itu.
Akhirnya kami berbangga dengan hasil sekarang. Moralnya tanggungjawab membersihkan sampah terletak pada semua. Semua orang memang nak halaman rumahnya bersih tapi jgn sampai pula buang sampah kat tempat orang lain. Pengetahuan mengenai sampah ini pula harus dijelaskan pada semua orang. Perjanjian dengan kontraktor sampah perlu difahami. Bukan semua sampah menjadi tanggungjawab mereka. Kusyen, tv buruk dan perabut tak termasuk dlm kontrak. Sampah pertanian pula hanya dikutip sebulan sekali berbanding sampah domestik 2-3 kali seminggu. Bagi kawasan apartment pula pastikan orang luar terutama peniaga tak buang sampah ditempat anda.
Semoga berjaya. BERSIHKAN Malaysia.
Sunday, January 22, 2012 |
Update Selesaikan Masalah Sampah Vista 20 Jan 2012
Kontraktor sampah telah kembali ke rumah sampah Vista untuk mengutip SEMUA sampah yang tidak terkutip pada 17 Jan 2012 yang lalu.
Tinjauan pada jam 8:15 malam mendapati kerja-kerja sedang rancak dijalankan dengan satu load lori sampah telah diangkut. PPBSP diberitahu operasi dijangka selesai sebelum pukul 10 malam.
Apabila meninjau kembali keadaan pada jam 2:30 pagi pula didapati rumah sampah telah kosong, dan TIADA LAGI SEBARANG SAMPAH di dalamnya
Tapi sedihnya, belum sempat 6 jam berlalu sudah ada longgokan sampah baru di tepi jalan yang dibuang oleh manusia yang tiada nilai tanggungjawab atau rasa bersalah, betul-betul di hadapan papan tanda "DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI".
Set Gambar 4 keping di sini --> http://www.facebook.com/media/set/?set=a.281979905190778.66767.169051276483642&type=1
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6878.msg92116#msg92116
Saturday, January 21, 2012 |
Gambar Tambahan: Novelis Popular Ain Maisarah di SKBSP
Ini pula pautan untuk gambar daripada team Ain Maisarah sendiri
https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/402334_325636147470785_104761292891606_1003208_707011566_n.jpg
Thursday, January 19, 2012 |
MAJLIS PENYAMPAIAN BR1M FASA 1 (DUN BANGI)
MAJLIS PENYAMPAIAN BR1M FASA 1 (DUN BANGI)
http://suara-bangi.blogspot.com/2012/01/majlis-penyampaian-br1m-fasa-1-dun.html
from SUARA TERKINI N26 BANGI by noreply@blogger.com (SUARA TERKINI N26 BANGI)
Majlis Penyampaian Baucer Tunai RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia Fasa 1 akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh: 21 Januari 2012 (Sabtu)
Masa : 9 pagi hingga 5.00 petang
Tempat:
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Seksyen 2
(Bagi penerima beralamat & tinggal di Kg.Sg.Tangkas, UKM Bangi, Tmn Seluruh seksyen
kawasan BBB, kawasan Kajang, Sg.Ramal Luar, Sg.Ramal Dalam, Desa Surada, Tmn Kajang
Utama, Cheras, Balakong & Seri Kembangan dan kawasan-kawasan berhampiran dengannya.)
2. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Min, Pekan Bangi.
(Bagi penerima beralamat & tinggal di Kg. Teras Jernang, Tmn Desa Sentosa, Bangi, Bt.6 Bangi,
Kg.Bahagia, Ladang Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Putra Mahkota, kawasan Semenyih/Beranang,
Banting/Dengkil dan kawasan penempatan yang berhampiran).
Penerima yang berjaya telah diedarkan surat makluman untuk hadir melalui surat dan sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan hadir ke:-
Pejabat Penyelaras Dun Bangi (Pejabat UMNO Bahagian Serdang),
No.29A, Jalan 4/12, Seksyen 4 Tambahan, 43650 BBB, Selangor atau
Pertanyaan boleh berhubung dengan:-
Telefon: 03-8926 9206/8926 1489 Fax; 03-8921 1520Pembantu kepada Penyelaras Dun Bangi En.Abd Halim B Musa
Tn.Hj.Baharin B Aminuddin-Setiausaha UMNO Bahagian Serdang
Tahniah kepada rakyat yang telah berjaya permohonannya dan bagi yang belum ada nama dalam senarai fasa 1, diharap bersabar kerana borang-borang tuan/puan sedang diuruskan oleh pihak LHDN.
Syukur dan terima kasih kepada keprihatinan dan kepimpinan YAB. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.
1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Wednesday, January 18, 2012 |
Novelis Popular Ain Maisarah Tetap Ceria Melayan Pelajar SKBSP
Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang, novelis popular Ain Maisarah tampil dengan cerianya ke sekolah SKBSP tadi.
Ditemani oleh teamnya termasuklah suami beliau yang merangkap sebagai pengurus, Ain Maisarah tampil sebagai perasmi program Nilam (Nadi Ilmu Amalam Membaca) peringkat SKBSP.
Untuk yang masih tercari-cari apa itu program Nilam, secara ringkasnya ia adalah projek bagi menggalakkan murid-murid membaca buku sebagai jambatan ilmu.
Dalam ucapan Ain Maisarah, beliau telah berkongsi pengalaman sebagai penulis dan apa kelebihan sebagai penulis. Sebagai contoh, buku pertamanya melayakkan beliau mencapai royalti sebanyak RM5 ribu. Dan setelah menghasilkan 29 buku, royalti yang beliau telah kumpul berjumlah hampir setengah juta ringgit.
Selain itu beliau juga berkongsi cerita mengenai 3 penulis cilik berumur 11 hingga 15 tahun yang telah menulis buku dan telah mula mendapat royalti walaupun masih bersekolah. Bahkan jadual persekolahan mereka tidak terganggu kerana menulis semasa cuti sekolah. Disamping itu royalti yang diterima boleh dinikmati oleh anak dan cucu kita dikemudian hari. Sebagai contoh Enid Blyton (11 Ogos 1897 – 28 November 1968), royatinya menyebabkan cucu-cucunya kaya pada masa kini.
Selain itu Ain juga berkongsi matlamat dan konsep buku yang diketengahkan oleh PTS Publication Sdn. Bhd. yang menggunakan bahasa Melayu tinggi yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah. Ini boleh dijadikan rujukan dan ulangkaji kepada pelajaran bahasa Melayu dirumah.
Seterusnya Ain meluangkan masa untuk beramah mesra dengan anak-anak SKBSP termasuk menandatangani pada buku atau apa sahaja yang pelajar bawa. Sehinggakan ada pelajar yang menyerahkan bajunya untuk ditandatangani oelh Ain. Juga gelagat lucu seorang pelajar yang 3 kali tampil berjumpa dengan beliau walaupun tidak membawa apa-apa untuk ditandatangani. Sekadar dapat berbual dengan Ain, itupun sudah mencukupi.
Ain berada di SKBSP sehingga jam 11 pagi sebelum beransur pulang setelah penat beramah mesra bersama warga SKBSP.
Insya-Allah hasil daripada kehadiran Ain Maisarah dan jualan buku sepanjang 3 hari di sekolah ini, pusat sumber akan mendapat manfaat dengan sumbangan buku dari pihak pengurusan Ain Maisarah.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada Ain Maisarah dan teamnya. Serta kepada guru-guru yang turut menjayakan program tadi. Tak lupa kepada anak-anak dan ibubapa masing-masing yang mana tanpa kerjasama dan sokongan semua, tidak mungkin program tadi berjaya.
Gambar selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150535352425789.395337.182228500788&type=1
PAKSI
PIBG SKBSP
http://skbandarseriputra.blogspot.com
Wednesday, January 18, 2012 |
Menyelesaikan Masalah Longgokan Sampah di Vista Seri Putra 17 Jan 2012
Pengerusi dan AJK JMB Apartmen Seri Mawar yang turut meninjau keadaan juga diberi kesempatan untuk menyuarakan kegusaran tentang masalah sampah yang telah 12 hari tidak dikutip di Seri Mawar. Ahli Majlis dan kontraktor terbabit telah mencapai kata persetujuan untuk mengutip sampah di Seri Mawar pada malam itu juga. Pihak kontraktor bergerak ke Seri Mawar kira-kira pada jam 3:00 pagi untuk mengutip sampah di sana pula.
11:30pm - JCB kontraktor sampah bersedia untuk menyodok sampah. Turut kelihatan adalah sampah pukal (kayu2 dan perabot) yang becampur dengan sampah domestik.
JCB kontraktor mengambil sampah
Sampah dipunggah ke dalam tong yang dibawa oleh kontraktor sampah
Longgokan sampah pukal yang telah bercampur dengan sampah domestik. Pengasingan perlu dilakukan sebelum sampah domestik tersebut boleh dikutip
2:10 pagi - Keadaan rumah sampah Vista setelah operasi selesai. Sampah yang tinggal perlu menjalani proses pengasingan sebelum dapat dikutip oleh kontraktor. Dijangka boleh diselesaikan segera jika tiada sampah baru.
Layari FB PPBSP untuk set gambar sepenuhnya - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.280175118704590.66419.169051276483642&type=3
http://ppbsp.blogspot.com
Wednesday, January 18, 2012 |
ESOK: Novelis Popular AinMaisarah di SKBSP
Pelancaran Program Nilam 2012
bersama penulis terkenal
Ain Maisarah
18 Januari 2012
"Budaya Membaca, Amalan Mulia"
Anjuran bersama PIBG SKBSP.
* Gerai jualan buku akan dibuka selama tiga hari mulai tarikh diatas.
Kempen 1 Murid 1 Buku
Bagi membentuk generasi ilmu, sempena pelancaran porgram Nilam 2012, semua murid dijemput untuk menyumbangkan satu atau lebih buku untuk menambah koleksi buku di pusat sumber SKBSP.
Selain itu, individu atau wakil korporat yang berminat boleh juga turut menyumbang bagi program ini.
Buku yang disumbangkan tidak kira BARU atau TERPAKAI.
Jika ingin menyumbangkan buku baru, sepanjang 3 hari (Selasa, Rabu dan Khamis) kaunter jualan buku PTS amnya dan buku tulisan Ain Maisarah khususnya boleh dijadikan sebagai satu medan ibubapa, individu atau korporat membeli-sambil-menyumbang terus ke pusat sumber sekolah.
Diharap kempen ini dapat sambutan daripada semua agar gedung ilmu sekolah diisi dengan pelbagai ilmu yang menjadi kepada warga SKBSP yang lebih berilmu.
Tuesday, January 17, 2012 |
Blog ADUN Bangi: Masalah Jalan Tak Diselenggarakan & Jalan Tak Bertuan
Masalah Jalan Tak Diselenggarakan & Jalan Tak Bertuan
Tuesday, January 17, 2012
Taman Impian Putera & Pekan Bangi, 21 Safar 1433 = 15 Januari 2012 (Ahad):
Tengahari hari ini Adun terima aduan dari Persatuan Penduduk Bandar Seri Putera tentang masalah jalan (sebelah menyebelah):
a) Jalan di Impian Putera yang menghubung dengan jambatan ke Pekan Bangi
b) Jalan Dari Jambatan Impian Putera ke Pekan Bangi yang di katakana `Tak Bertuan`.
Sebagai respond terhadap aduan, jam 5.00 petang Adun hadir ke Taman Impian Putera yang mana di sini menunggu Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putera, Ungku Faisal, Sdr. Rusli, saudara Ari Krishnan. Adun diberi maklumat bahawa jalan di Taman Impian ke jambatan yang menghubungkan Pekan Bangi (setengah km.) tidak diselenggarakan, lalang dan semak tumbuh liar dan tinggi tidak dipotong serta menyakitkan mata, perparitan juga tidak diselia. Bila hujan lebat air melimpah ke Jalan. Bila aduan dibuat ke MPKj, dikatakan kawasan di sini bukan di bawah MPKj, dikatakan pihak pemaju belum menyerahkannya kepada MPKj, tetapi tanggungjawab menyelia dan membersihkannya tidak dilakukan. Adalah dimaklumkan perumahan Taman Impian Putera adalah projek Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kumpulan Perangsang yang diselenggarakan oleh Syarikat Purqan yang pemajunya dikenali dengan:
Dasar Beringin Sdn. Bhd. Beralamat di Serdang Raya (ada no. telefon).
Bila syarikat ini dihubungi, tidak memberi respond. Kita berharap sebagai kawasan di dalam jagaan MPKj, pihak MPKj dapat mengarah pemaju berkenaan yang tentu berada di dalam rekod MPKj, supaya menyelenggarakan kawasan berkenaan atau MPKj mengarahkan pihak tertentu membersih dan menahan wang deposit syarikat yang berada di MPKj.
Dari jalan di kawasan perumahan Taman Impian Putera, kami bergerak ke sebelah jambatan yang membawa ke Pekan Bangi. Selepas jambatan ini Adun ditunjuk jalan-jalan yang rosak, pecah, berlubang dan membahayakan. Jalan daripada jambatan ke Taman Bangi Villa yang lebih kurang setengah km. ini dikatakan `Jalan Tidak Bertuan` kerana jalan & jambatan di sini dibuat oleh syarikat perumahan Impian Putera bagi memudahkan pengangkutan barang-barang binaan. Tanah dibina jalan adalah milik individu. Pada asalnya jalan yang dibenarkan adalah sempit, kemudian dibesarkan dan menjadi jalan paling popular untuk ke & dari Pekan Bangi-Impian Putera. Oleh kerana jalan dibina di atas tanah individu, jadi tiada pihak yang mau bertanggungjawab menjaga dan menyeliakan jalan tersebut. Seharusnya MPKj atau Pejabat Daerah (Pembangunan Luar Bandar) mengambil perhatian terhadap jalan tersebut. Selain dari jalan ini ke Seri Putera-Pekan Bangi ada satu lagi jalan lama melalui jambatan dan agak sempit tidak boleh berselisih dua kereta - di atas landasan keretapi. Jalan ini kurang popular berbanding dengan jalan yang melalui Pekan Bangi ke Impian Putera. Walau bagaimana kedua-dua jalan ini dianggap tidak resmi dan sementara.
Sebuah jambatan dan fly over yang besar bagi menggantikan jalan-jalan sementara di atas sedang progress dibina. Jalan ini adalah dari tepi Kg. Bangi berhampiran Sungai Kembong, iaitu merentasi sungai Bangi ke Seri Putera hingga ke hadapan Petronas.Kerja-kerja membangun jambatan ini dapat dikatakan besar dan kosnya tentulah beratus juta. Namun jalan Impian Putera-Pekan Bangi akan terus popular kerana lebih dekat ke & dari Pekan Bangi - Seri Putera. Oleh kerana jalan ke Impian Putera ini akan terus popular, walaupun jalan baru akan siap, maka jalan lama ke Impian Putera hendaklah diberi perhatian oleh JKR, MPKj dan Pejabat Daerah. Jika masalah tanah jadi halangan, maka tanah tidak bertuan itu boleh diambil dengan menggunakan Akta Tanah Bagi Kepentingan Awam. Pokoknya jalan Pekan Bangi ke Impian Putera ini hendaklah diselenggara dengan baik.
Sekian.
Tuesday, January 17, 2012 |
Kuliah Sepanjang Februari di Surau As-Syakirin
Kpd penduduk sektar Bdr Seri Putra/sekitar surau ASY SYAKIRIN.
Sepanjang bulan Feb. ini surau asy syakirin telah mengatur beperapa program ILMU yg menarik utk jemaah di antaranya :
Pd 11/2/1012 (hari Sabtu)
1. KULIAH SUBUH, PENCERAMAH JEMPUTAN : USTAZ DON DANIAL (KUIS)
(Tajuk: Lau Kana Baynana - seandainya Rasulullah SAW msih bersama kita)
2. KULIAH DHUHA UTK MUSLIMAH- PENCERAMAH JEMPUTAN USTAZAH WAN RAMIZAH (kUIS) tAJUK BELUM DITETAPKAN LAGI. (masa 9.00 -10.30 pagi)
3. KULIAH MOTIVASI UTK PELAJAR TAHFIZ - PENCERAMAH USTAZ IMRAN KAMAL BASHA (KUIS) MASA 11.00 - 12 TGH HARI)
4. CERAMAH KHAS MAULID - PENCERAMAH USTAZ HAJI SAMSUDIN SIDEK
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB - BERSERTA JAMUAN (AQIQAH)
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAYA PUAN NUR (AJK SURAU ASY SYAKIRIN. ATAU PIHAK SURAU ATAU DLAM BLOG SURAU ASY SYAKIRIN BDR SERI PUTRA.
Monday, January 16, 2012 |
Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Disember 2011
(sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=280788925310632&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&ref=nf)
Dana terkumpul pada 30 Nov 2011 mencecah RM1,053,104.16.
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-28 pada 14 Januari 2012 bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung untuk bulan November 2011 adalah seperti berikut:
- bulan Oktober 2011 = RM48,414.52 (updated figure)
- bulan November 2011 = RM30,996.13
Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.
Monday, January 16, 2012 |
Islamik DJ & P.A System unt Majlis Perkahwinan
assalamualaikum...
Kami menyediakan perkhidmatan DJ & P.A Syestem ( Secara Islamik ) untuk majlis-majlis berikut :-
-Majlis Perkahwinan
-Hari Jadi
-Ceramah Agama & Ceramah Politik
-Majlis Rasmi & Majlis Keraian
Secara Islamik
-Lagu-Lagu Nasyid & lagu Ketuhanan Sahaja
-Lagu hanya dari kalangan artis lelaki ( tiada lagu nyanyian wanita )
-Bacaan Doa ( Live )
-Bacaan Al-Quran/Marhaban/Selawat Nabi ( Cd )
Istimewa
- Bacaan Selawat ( Anak-Anak Yatim & Tahfiz )- LIVE
- Nasyid Anak-Anak Yatim & Tahfiz - LIVE
Juga menyediakan sewaan peralatan P.A Syestem
jika berminat sila hubungi saya di talian 019-7205622 ( Zull )
Pakej Perkahwinan
Harga unt Pakej biasa ( Tiada undangan Anak-Anak Yatim & Tahfiz ) = RM 400
Harga untuk Pakej bersama Anak Yatim & Tahfiz = RM 650 ( RM 250 disumbang terus kepada Anak-Anak Yatim & Tahfiz )
Harga unt Sewaan Peralatan sahaja = RM 300
Pekej lain ( Hari jadi/ceramah politik/ceramah agama/majlis sekolah/majlis rasmi/majlis keraiaan & dan lain2 )
Harga diantara RM 250 - RM 400 ( Mengikut majlis )
Monday, January 16, 2012 |
MPKj president says waste collection sabotage in Kajang is politically-motivated
Sumber : http://www.starproperty.my/PropertyScene/TheStarOnlineHighlightBox/18321/0/0
No cooperation: The number of complaints on uncollected rubbish has increased in Kajang.
MPKj president says waste collection sabotage in Kajang is politically-motivated
THE Kajang Municipal Council (MPKj) has lodged a police report against those responsible for the acts of sabotage on waste collection recently.
Council president Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman held a press conference recently to address the issue.
Hassan said as a form of sabotage against the council, some unhappy contractors have threatened not to pay their subcontractors if they continue to collect rubbish.
They also resorted to throwing rocks at those who still carried out waste collection.
He added that in one incident, nails were placed along the road in Kampung Sungai Lalang, that leads to the Refuse Derived Fuel technology plant in Semenyih.
The nails punctured the tyres of several lorries transporting waste.
He confirmed that the acts of sabotage were done with a political motive.
"There are 110 contractors for waste collection in the municipality, 40% are found to be involved in acts of sabotage. Nineteen contractors have since had their contracts terminated.
"Among the areas affected are Semenyih Sentral, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras Perdana, Bukit Mewah and parts of Bandar Baru Bangi.
"The number of complaints we receive from the public about rubbish woes rise from an average of 50 to 60 per week to an overwhelming 600 per week since the sabotage," he said.
Hassan said the council had appointed seven new contractors to manage waste collection in the affected areas.
"The council will also provide back-up teams.
"Previously, some of the main contractors got contracts have political ties or background. If they have good reputation, they can apply to have their contracts extended. However, some of them have horrible reputations and several Notice to Correct (NTC) were issued," he added.
The acts of sabotage were believed to be caused by the termination of waste collection contracts since Alam Flora's services were taken over by the councils since August last year.
In Kajang, existing contractors were asked to continue until new ones were hired.
Existing contractors can also tender for extensions.
By March 1, new contractors for waste collection will begin their duties.
MPKj Town and Health Services Department director Arshad Haji Salleh said some existing contractors were not pleased with the tender system as it was not a guaranteed way to obtain contracts.
Under the new contract, those who receive three NTCs in a month will have their contracts terminated.
Monday, January 16, 2012 |
Gotong-Royong SP5 11 Feb 2012
Monday, January 16, 2012 |
SKBSP: Kempen 1 Murid 1 Buku
Kempen 1 Murid 1 Buku
Bagi membentuk jenerasi ilmu, sempena pelancaran porgram Nilam 2012, semua murid dijemput untuk menyumbangkan satu atau lebih buku untuk menambah koleksi buku di pusat sumber SKBSP.
Selain itu, individu atau wakil korporat yang berminat boleh juga turut menyumbang bagi program ini.
Buku yang disumbangkan tidak kira BARU atau TERPAKAI.
Jika ingin menyumbangkan buku baru, sepanjang 3 hari (Selasa, Rabu dan Khamis) kaunter jualan buku PTS amnya dan buku tulisan Ain Maisarah khususnya boleh dijadikan sebagai satu medan ibubapa, individu atau korporat membeli-sambil-menyumbang terus ke pusat sumber sekolah.
Diharap kempen ini dapat sambutan daripada semua agar gedung ilmu sekolah diisi dengan pelbagai ilmu yang menjadi kepada warga SKBSP yang lebih berilmu.
Sunday, January 15, 2012 |
Selamat Datang Ain Maisarah ke SK Bandar Seri Putra
Pelancaran Program Nilam 2012
bersama penulis terkenal
Ain Maisarah
18 Januari 2012
"Budaya Membaca, Amalan Mulia"
Anjuran bersama PIBG SKBSP.
* Gerai jualan buku akan dibuka selama tiga hari mulai tarikh diatas.
Sunday, January 15, 2012 |
Kirst Kick Academy di SKBSP Setiap Ahad 5-7 petang
Saya ingn kongsikan maklumat berkenaan First Kick Academy untuk anak-anak yang ingin belajar bermain bola di SKBSP. Mungkin sahaja ramai yang dah tahu, tapi ada juga yang tidak tahu lagi. Ianya dah berjalan hampir 2 tahun. Tapi masih dibuka kalau ada yang berminat menyertainya.
Tempat: SK Bandar Seri Putra
Masa: Setiap Ahad, 5-7 petang
Maklumat lanjut di sini: http://firstkickacademy.blogspot.com/
Wan ( 013-3644074 )
Sue ( 016-6604828 )
Zul ( 012-9272642 )
Sunday, January 15, 2012 |