feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Blog ADUN: Bila MPKj Ambilalih Pengurusan Sisa Pepejal, Pastikan Tidak Mencetuskan Masalah

Thursday, September 29, 2011

Bila MPKj Ambilalih Pengurusan Sisa Pepejal, Pastikan Tidak Mencetuskan Masalah

MPKj, Kajang, 30 Syawal =28 September (Rabu):

Mesyuarat Penuh MPKj hari ini diberitahu bahawa pihak MPKj akan mengambilalih tugas pengurusan sisa pepejal dari Alam Flora mulai 16 Oktober 2011. Di samping mengalu-ngalukan pengambilan alih dan pemecahan monopoli Alam Flora dalam mengendalikan sisa pepejal (pengurusan sampah) selama ini, ada kebimbangan di kalangan ahli-ahli MPKj yang bermesyuarat hari ini, bahawa di dalam masa transisi berbagai-bagai kemungkinan berlaku seperti ketidakcekapan pihak syarikat yang baru dipilih, kekurangan kakitangan, kekurangan peralatan dan mungkin disabotaj oleh pihak tertentu yang memberi implikasi kepada masyarakat dan politik semasa.

Oleh itu Ahli MPKj menggesa agar ditubuhkan satu Task Forces bagi memonitor dan memastikan pengambilan alih dan pengurusan sisal pepejal berjalan dengan licin, bahkan sepatutnya lebih baik daripada sebelumnya. Senarai kontrektor yang bakal dilantik hendaklah dikenalpasti agar tidak terlibat dengan sebarang kontrektor yang mempunyai rekod bermasalah dan disenarai hitam. Untuk permulaan tahap pengambilanalihan melibatkan 30% daripada kawasan operasi Alam Flora di bawah MPKj. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah: Saujana Impian, Jalan Cheras, Kajang, Country Height dan Sungai Chua. Ini melibatkan kos operasi RM700,000 selama ini dari keseluruhan operasi bulanan sebanyak RM3.1 juta.

Dari segi sejarah pengurusan sisa pepejal secara swasta kepada Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) adalah bermula pada tahun 1998 apabila termeterai satu perjanjian interim di antara MPKj bersama AFSB pada 30 Jun 1998. Berikutnya pada 20 April 2011, kerajaan negeri telah memutuskan supaya kerja pembersihan awam diambil alih dan diuruskan oleh PBT. Surat bertarikh 9hb.September 2011, AFSB memaklumkan bahawa pihaknya akan menyerahkan semula kerja-kerja kutipan dan pembersihan awam di MPKj berkuatkuasa pada 15 Oktober 2011.

Dilihat dari segi operasi mengendalikan sisa pepejal (sampah) di bawah MPKj bagi tahun 2011 – (Januari hingga pertengahan September 2011) adalah sebagaimana berikut:

Bulan

Jumlah Ton Sisa Pepejal Yang Diurus

Januari

14,585.35

Februari

12,624.16

Mac

14,432.59

April

14,536.15

Mei

14,454.07

Jun

14,080.65

Julai

15,790.94

Ogos

16,492.66

September

7,145.51


Dari segi pengurusan sisa pepejal ini pihak MPKj menghadapi masalah-masalah:

a) Ketiadaan tapak pelupusan sampah di MPKj.

b) Masalah operasi pelupusan di Pajam yang adakalanya ditutup tanpa sebarang notis

c) Pertambahan jumlah sisa pepejal daripada MPKj.

Sebagai penutup di dalam tempoh peralihan ini pihak MPKj akan mengambil tindakan yang lebih tegas di mana kegagalan kontraktor melaksanakan tugas akan membolehkan kontrak mereka ditamatkan dan kawasan kerja mereka diserahkan kepada kontraktor yang lain. Bagi memantapkan pengurusan pertambahan pegawai dan kakitangan akan dilakukan.

Sekian.




Comments



SUMBANGAN DIPERLUKAN - PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL


302670_257742340930566_159079747463493_703643_797708281_n.jpg

PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL
BANDAR SERI PUTRA



https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/300813_257681494269984_159079747463493_703471_663190019_n.jpg

Disertakan maklumat jika ada mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menyumbang bagi menjayakan Pertandingan ini.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/291747_10150336548196308_779406307_8043736_1157465167_n.jpg

Disokong oleh Biro Sukan, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.









Comments

PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL, 22 OKT 2011


302670_257742340930566_159079747463493_703643_797708281_n.jpg

PERTANDINGAN LIGA V FUTSAL
BANDAR SERI PUTRA


Tarikh: 22 OKT 2011

Tempat: TBA

Hadiah:

Juara: RM500 + Medal + Piala Pusingan
Kedua: RM350 + Medal
Ketiga: RM200 + Medal
Keempat: RM100 + Medal


Yuran: RM150 / pasukan

Syarat:
Hanya 8 orang dalam satu pasukan berumur 30 tahun ke atas dengan 2 orang dibawah umur 30 tahun sahaja.

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Nulwhoffal 012-3995073
Saliswisma 013-2698282
Cikgi Azly 016-9972848
Kek 012-3331604


Disokong oleh Biro Sukan, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.








Comments

Surau Al-Hijrah: Undangan Kenduri Minggu Ini



 
 
 Undangan Kenduri Minggu Ini
Bagi pihak Tuan Rumah, Surau diwakilkan untuk menjemput saudara-saudara ke Majlis-Majlis seperti yang tertera di bawah.
Besar impian Tuan Rumah agar Anak Kariah dapat meluangkan masa dan menghadiri Majlis yang dianjurkan.
 
1.  Encik Azri b. Baharom                                            
    No 63 Jalan SP 6/4 - Putra Tropika                                                    
     Sabtu, 1 Oktober 2011
     Selepas Zohor (Majlis Doa Selamat Bakal Haji)
 
2.  Tuan Haji Ismail b Zain                                           
    No 1 Jalan SP 6/5 - Putra Tropika                                                      
     Sabtu, 1 Oktober 2011
     Undangan Majlis Walimatul Urus Anak Perempuan
 
3.  Encik Hashim b Marman                                           
    No 33 Jalan SP 5/6 - Putra 96(SP5)                                                    
     Ahad, 2 Oktober 2011
     Selepas Zohor (Majlis Doa Kesyukuran & Rumah Terbuka)
 
Semua Jemaah dijemput hadir
 
Wassalam.
 





Comments

Badminton Coaching untuk anak-anak di BSP

Salam,

Saya nak survey adakah warga BSP berminat untuk menghantar anak untuk latihan badminton?
Sila feedback saya (khair75@gmail.com) untuk urusan lanjut sebelum 12 Oktober 2011.

Sekian terima kasih

Khai
Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP.


---------- Forwarded message ----------


 

Badminton Coaching

 

 

Weekend ONLY - Sat and Sun (2.00pm – 4.00pm)

 

 

Option 1

1.     8 students per court (X 2 = 16 students)

 

2.     Court charged:-

Once a week         RM80 / month

Twice a week        RM150 / month

 

3.     Court non-charged:-

1.     Will get back to school on this matter

 

 

Option 2

1.     15 students per court (X 2 = 30 students)

 

2.     Court Charged:-

Once a week         RM50 / month

Twice a week        RM100 / month

 

3.     Court non-charged:-

1.     Will get back to school on this matter

 

 

Registration fee    : RM180 / student (annum)

                               (Racket, Bag, String, Grip, Water Bottle & T-shirt will be

  provided)

                                    : Certificate will be issued by xxxx

 






Comments

Berita tentang Masjid Al-Mustaqim di Utusan Malaysia hari ini

Pembinaan Masjid Al-Mustaqim di Bandar Seri Putra Bangi masih perlu sumbangan


GAMBARAN artis Masjid Al-Mustaqim yang bakal dibina dengan kos RM7 juta di Bandar Seri Putra, Bangi.


SERDANG 26 Sept. - Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini masih memerlukan sumbangan orang ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid, Dr. Abdul Rahman Hasan.

Beliau memberitahu, sehingga awal bulan ini, tabung tersebut berjaya mengumpul hampir RM1 juta bagi membolehkan pembinaan masjid itu bermula awal tahun depan.

''Saya berharap, dana akan meningkat selepas ini melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh penduduk Bandar Seri Putra,'' katanya pada Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011 di Jalan 2/5D Bandar Seri Putra, malam semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Princeton Residence yang juga dipengerusikan oleh Dr. Abdul Rahman.

Dalam ucapannya Dr. Abdul Rahman turut memuji usaha yang dilakukan oleh penduduk di kawasan itu sehingga berjaya mengumpul dana pembinaan Surau Syaidina Umar al-Khattab dan mula digunakan mulai penghujung Mei lalu.

Beliau berharap, semangat itu dapat diterapkan dalam usaha mengumpul dana untuk membina masjid melalui pelbagai kaedah termasuk car boot sale setiap hujung bulan yang dilakukan oleh kumpulan wanita Siti Hajar Princeton.

Kos bagi pembinaan Masjid Al-Mustaqim dijangka melibatkan RM7 juta dan apabila siap kelak dapat memberi kemudahan kepada penduduk Bandar Seri Putra dan sekitarnya termasuk di Bukit Mahkota.

Ketika ini, penduduk sekitar kawasan berkenaan menunaikan solat Jumaat di Masjid Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta di surau As-Syakirin dan Al-Ikhlas di taman perumahan Impian Putra.

Mengenai Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011, beliau berharap ia akan menjadi acara tahunan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk kawasan berkenaan.

Ini kali ketiga majlis itu diadakan sejak kawasan Princeton Residence itu didiami penduduk.



2011/9/27 Azizul Jabbar Kamaruddin
 

Masjid Al-Mustaqim masuk berita dalam Utusan Malaysia hari ini, dengan petikan komen daripada Dr. Rahman Pengerusi JK Pembinaan.

__._,_.___






Comments

Hari Kantin SK-BSP 2011 Sukses, Tanda Sokongan Semua



Bagi pihak PIBG, pertama-tamanya kami amat terharu dan bangga dengan semua guru-guru, ibubapa, anak-anak dan juga semua yang hadir memeriahkan Hari Kantin SKKBSP 2011 semalam. TERIMA KASIH kepada semua.

Keduanya, bagi pihak penganjur, kami ingin MEMOHON MAAF kepada mana-mana pihak jika ada sebarang kekurangan atau salah silap daripada mana-mana individu yang bersama-sama menjayakan acara itu semalam.







Seterusnya, masih awal untuk diumumkan hasil kutipan kerana semua pihak masih keletihan dan belum habis mengimbangkan akaun program. Tetapi satu yang positif sebenarnya telah berlaku. Tentunya SOKONGAN semua pihak yang tidak berbelah bahagi itulah yang positifnya. Yang hadir tidak mengira bangsa dan umur. Semuanya untuk menunjukkan sekongan kepada pihak PIBG khususnya dan sekolah amnya.

Sesungguhnya banyak perkara telah pihak PIBG pelajari dalam program semalam dan insya-Allah ianya akan diperbaiki lagi pada masa akan datang. Sebenarnya PIBG membuka pintu kepada semua pihak tak kira ibubapa atau orang perseorang untuk sama-sama menganjurkan sebarang program untuk manfaat sekolah dan anak-anak.







Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua.

PAKSI
Bagi pihak PIBG SKBSP




Comments

Gambar: Hari Kantin SK-BSP 2011

Saya kongsikan gambar Hari Kantin SKBSP tadi.
Selebihnya di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150327956695789.361738.182228500788&type=1



















Comments

Makluman Awal Penampilan Khas: Hari Kantin SK-BSP 2011

Seperti yang di war-warkan, beberapa penampilan khas akan datang memeriahkan majlis.

Setakat malam tadi (setelah dimaklumkan oleh pengarah program), penampilan khas kita iaitu saudara Amar, Imam Muda Asyraf dan kumpulan Far East akan membuat persembahan antara jam 9 pagi hingga 11 pagi.

Pastikan anda datang sekitar jam tersebut untuk mengelakkan kekecewaan.

Sehingga tengah malam ini, apa yang dimaklumkan adalah seperti berikut:

0800 - Hari Kantin Bermula
0830 - Upacara Perasmian --> Dewan
0900 - Penampilan (Amar) --> Dewan
1000 - Penampilan (Far East) --> Dewan
1100 - Penampilan (Imam Muda Asyraf) --> Dewan


Nota: Jadual di atas adalah tertakluk kepada pindaan.



Comments

Sedutan Malam Persediaan: Hari Kantin SK-BSP 2011

Sedutan malam persediaan hari kantin.


"Puan-puan kena pastikan ada pelan B. Kalau makanan tak cukup, kita jual orang pula", kata pengarah program sambil berseloroh.


Kena tambah lagi ayam ni. Satu Malaysia nak datang esok Smiley


Sempat lagi bagi ceramah!

Beginilah keadaannya apabila guru-guru dan ibubapa bekerjasama membanting tulang untuk Hari Kantin esok. Harapannya, usaha yang sedikit ini mendapat restu Illahi dan diberi pulangan yang baik hendaknya. Amin.



Comments

HARI INI: Hari Kantin SK-BSP 2011

HARI INI. HARI INI. HARI INI.

25 September 2011

8 pagi hingga 2 petang.

HARI KANTIN SKBSP 2011


p/s: Insya-Allah kalau sempat esok, saya akan update melalui FB apa-apa berkaitan Hari Kantin.
https://www.facebook.com/skbandarseriputra

Jika ada mana-mana pihak ingin menyumbang terus untuk pembinaan susur gajah di SKBSP,
boleh menghubungi Mejar Qayyum di talian
019.3716.910[/quote]









Comments

Video: Ceramah Bulanan Surau Al Hijrah oleh En. Lim Jooi Soon

305173_10150805918300176_329327610175_20942385_783772528_n.jpg

320345_10150814688750176_329327610175_21000587_1939840517_n.jpg

313815_10150814688855176_329327610175_21000588_1023261259_n.jpg

311208_10150814689110176_329327610175_21000592_932424899_n.jpg

Dikongsikan video ceramah En. Lim Jooi Soon baru-baru ini.

Promo

Seterusnya video keseluruhan. Tujuh bahagian kesemuanya. Harap ianya bermanfaat.

Ceramah En. Lim Jooi Soon Bhg 1

Ceramah En. Lim Jooi Soon Bhg 2

Ceramah En. Lim Jooi Soon Bhg 3

Ceramah En. Lim Jooi Soon Bhg 4

Ceramah En. Lim Jooi Soon Bhg 5

Ceramah En. Lim Jooi Soon Bhg 6

Ceramah En. Lim Jooi Soon Bhg 7

~~~~




Comments

ESOK: Hari Kantin SK-BSP 2011



ESOK

25 September 2011

8 pagi hingga 2 petang.

HARI KANTIN SKBSP 2011

p/s: Insya-Allah kalau sempat esok, saya akan update melalui FB apa-apa berkaitan Hari Kantin.
https://www.facebook.com/skbandarseriputra

Jika ada mana-mana pihak ingin menyumbang terus untuk pembinaan susur gajah di SKBSP,
boleh menghubungi Mejar Qayyum di talian
019.3716.910


~~~~~~~~~
Khaiatbsp





Comments

2 Hari Lagi: Hari Kantin SK-BSP 2011

2 hari lagi.



Antara yang akan memeriahkan adalah Imam Muda Asyraf, Kumpulan Nasyid Far East dan Amar (artis dan ahli silap mata).

Marilah ramai-ramai hadir pada 25 September 2011 bermula jan 8 pagi hingga 2 petang.

HARI KANTIN SKBSP 2011.




Comments

INVITATION TO MMU INFO DAY ON 25 SEPT (CYBERJAYA) AND 24 SEPT 2011 (MELAKA)




Warmest greetings!

I am pleased to inform that MMU is organising another round of Info Day for our October Intake 2011.
We hope that through this event, we can provide assistance to potential students who are looking for a place to further their studies.

Through the MMU Info Day, we will show the options that are available to the students based on their results.
Our counsellors will be available to answer all their questions, including those on financial assistance and job and career prospects.

Students and parents may also enquire on accommodations, facilities, and subject listings.

SPM, STPM and Diploma holders are cordially invited to the MMU Info Day.

Our Info Day will take place as follows:

Melaka Campus:
Date: 24 September 2011 (Saturday)
Time: 9 am – 4.30 pm
Venue: Admission Office, MMU Melaka


Cyberjaya Campus:
Date: 25 September (Sunday)
Time: 9 am – 4.30 pm
Venue: The Chancellery, MMU Cyberjaya


Please advise those who are coming to bring the following items along in order to complete their application to MMU:

1.     RM20 (for application and processing fee).
2.     A certified true copy of Identity Card
3.     A certified true copy of SPM or equivalent / 'O' Level / SPMV / other   examination results.
4.     A certified true copy of STPM and MUET or equivalent / A Level / UEC / other examination results.
5.     A certified true copy of transcripts and Completion Certificate of Foundation / Diploma etc.
6.     2 recent passport-sized photos.
7.     A certified true copy of Co-curricular activities.

Should you have any questions to ask on the event, please do no hesitate to contact the Admissions, Bursary and Local Promotions at 03-83125134/5461 (Cyberjaya) or  06-2523298/3442 (Melaka).

 Thank you and Best Wishes

Admissions, Bursary and Local Promotions (ABLP)

----------------------------------------------------------

October 2011 Intake Now Open!

Multimedia University is pleased to announce an October Intake. Students who missed the opportunity to enroll in these programmes in June may apply to join the university. Classes commence in October. Programmes offered for the October 2011 Intake include:

Diploma Programmes

    Diploma in Electronics Engineering (Melaka)
    Diploma in Information Technology (Melaka)
    Diploma in Information Technology (Cyberjaya)
    Diploma in Accounting (Melaka)
    Diploma in Business Administration (Melaka)

Foundation Programmes

    Foundation in Engineering (Melaka and Cyberjaya)
    Foundation in Information Technology (Melaka and Cyberjaya)
    Foundation in Management (Melaka and Cyberjaya)
    Foundation in Life Sciences (Melaka)
    Foundation in Creative Multimedia (Cyberjaya)

Engineering Programmes

    B. Eng (Hons) Electrical (Cyberjaya)
    B. Eng (Hons) Electronics (Cyberjaya)
    B. Eng (Hons) Electronics majoring in Computer (Cyberjaya)
    B. Eng (Hons) Electronics majoring in Microwave and Communications (Cyberjaya)
    B. Eng (Hons) Electronics majoring in Optical Engineering (Cyberjaya)
    B. Eng (Hons) Electronics majoring in Telecommuniactions (Cyberjaya)
    B. Eng (Hons) Electronics majoring in Multimedia (Cyberjaya)
    B. Eng (Hons) Electronics majoring in Robotics and Automation (Melaka)
    B. Eng (Hons) Electronics majoring in Telecommunications (Melaka)
    B. Eng (Hons) Mechanical (Melaka)

Information Technology Programmes

    Bachelor of Multimedia (Hons) (Software Engineering and Games Design) (Cyberjaya)
    Bachelor of Computer Science (Hons) (Cyberjaya)
    BIT (Hons) Information Systems Engineering (Cyberjaya)
    BIT (Hons) Multimedia Systems (Cyberjaya)
    BIT (Hons) Software Engineering (Cyberjaya)
    BIT (Hons) Data Communications and Networking (Melaka)
    BIT (Hons) Security Technology (Melaka)
    BIT (Hons) Artificial Intelligence (Melaka)
    BIT (Hons) Information Technology Management (Melaka)
    Bachelor of Science (Hons) Bioinformatics (Melaka)

Creative Multimedia Programmes

    Bachelor of Multimedia (Hons) (Media Arts) (Cyberjaya)
    Bachelor of Multimedia (Hons) (Animation and Visual Effects) (Cyberjaya)
    Bachelor of Multimedia (Hons) (Media Innovation) (Cyberjaya)

Management/Business/Accounting Programmes

    Bachelor of Business and Knowledge Management (Melaka)
    BBA. (Hons) Human Resource Management (Melaka)
    BBA. (Hons) Marketing Management (Melaka)
    BBA. (Hons) Management With Multimedia (Cyberjaya)
    BBA. (Hons) Marketing With Multimedia (Cyberjaya)
    BBA. (Hons) Finance With Multimedia (Cyberjaya)
    Bachelor of Financial Engineering (Hons) (Cyberjaya)
    Bachelor of Accounting (Hons) (Cyberjaya)
    Bachelor of Economics (Hons) Analytical Economics (Cyberjaya)
    Bachelor of Electonic Commerce (Hons) (Cyberjaya)

Classes Commencement Date: 17 October 2011

Follow this link to apply online.

----------------------------

Merit Scholarship 2011
18 July 2011
by ABLP
For further details, contact wwwadmis@mmu.edu.my



-----------------------------------------

TABUNG AMANAH ZAKAT MMU


To apply as a recipient of Zakat from TAZ MMU, the applicant must:

   A Muslim
    Applications can be made twice a year
    Student or MMU's Staff
    For Student: Fulltime or Part time
    Having critical financial problems



Assalamualaikum Wbt,

YBhg Prof/Dr/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Kepada semua Muslim,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

MEWAKILI TABUNG AMANAH ZAKAT MMU:

Semoga mesej ini menemui saudara/saudari dalam kemanisan iman serta mendapat keberkatan dari Allah swt. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, Universiti Multimedia telah secara rasminya dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai 'Penolong Amil' dan tertubuhnya Tabung Amanah Zakat (TAZ) MMU bagi menguruskan hal ehwal kutipan dan agihan zakat di MMU dan kumpulan TM di Selangor.

Apakah fungsi Tabung Amanah Zakat (TAZ) MMU?
 
1.    Memberi dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan kewajipan berzakat sebagai seorang islam
2.    Memudahkan pekerja MMU dan TM Selangor untuk menunaikan ibadah zakat
3.    Memastikan jumlah kutipan dapat di agihkan kepada komuniti MMU khususnya dengan tepat dan berpandukan syarak
4.    Memastikan pembayar zakat dapat mengetahui arah agihan wang Zakat yang diamanahkan oleh Tabung Amanah Zakat (TAZ) MMU
5.    Mewujudkan kaunter sebagai 'one stop center' bagi sebarang urusan zakat di MMU

Kemana wang Zakat diagihkan oleh TAZ MMU?

1.    Pelajar MMU yang tergolong dalam senarai Asnaf (40%)
2.    Pekerja MMU yang tergolong dalam senari Asnaf (40%)
3.    Komuniti luar yang tergolong dalam senari Asnaf (20%)

Apakah jenis-jenis Zakat WAJIB yang boleh dibayar kepada Tabung Amanah Zakat (TAZ) MMU?
 
1.    Zakat Pendapatan
2.    Zakat Perniagaan
3.    Zakat Simpanan
4.    Zakat Saham
5.    Zakat KWSP
6.    Zakat Emas
7.    Zakat Perak
8.    Zakat Qadha'

Bagaimana ingin menunaikan ibadah Zakat melalui TAZ MMU?
1.    Potongan Gaji
2.    Bayaran Tunai ke Kaunter TAZ MMU

Apakah Kelebihan Membayar Zakat

1.    Menyucikan Jiwa dan Harta
2.    Menunaikan kewajipan Zakat yang menjadi Rukun Islam ke-3
3.    Menunaikan hak Asnaf yang memerlukan
4.    Pahala Amal Jariah yang berterusan

Bagaimana Zakat boleh diselaraskan dengan PCB (Cukai Pendapatan)?

CONTOH 1 :
-Zakat yang dibayar: RM55
-PCB yang patut dipotong: RM105
-PCB yang perlu dipotong: RM50 (105-55)

CONTOH 2:
-Zakat yang dibayar:  RM140
-PCB yang patut dipotong: RM140
-PCB yang perlu dipotong: TIADA (140-140)

Bagaimana ingin mengisi borang potongan gaji (Borang SPG)?

Anda boleh mendapatkan borang SPG tersebut daripada wakil Tabung Amanah Zakat MMU yang dilantik:

1.    En. Amal Faiz Baharudin (YUM)
2.    En. Rosli Ishak (HCM)
3.    Ustaz Toha Hassan (STAD)
4.    Farzizi Abu Bakar (FINANCE)
5.    En. Nizam Syamil Razalli (STAD)
6.    Pn. Zakiah Abdul Rahman (YUM)
7.    Pn. Nor Haili Zakaria (OSM)

Alamat Kaunter Sementara:

TABUNG AMANAH ZAKAT MMU
Yayasan Universiti Multimedia,
Level 3, STC Building,
Multimedia University,
63000 Cyberjaya,
Selangor DE.

Alamat Kaunter Tetap: (InsyaAllah bermula pada bulan Mei)

TABUNG AMANAH ZAKAT MMU
CFC Building (Central Food Court),
Multimedia University,
63000 Cyberjaya,
Selangor DE.

SEBARANG PERTANYAAN?
Hubungi: 03 8312 5043/5040
Email: amal.faiz@mmu.edu.my
zakiah.abdulrahman@mmu.edu.my




Comments

Pengesahan: Pendaftaran Sekolah Murid Tahun Satu SRA BSP



Surat pengesahan pendaftaran pelajar tahun 1 pada 2012. Assalamualaikum. Kepada semua penjaga / ibu / bapa pelajar Tahun 1 tahun 2012, diharap dapat membuat pengesahan pendaftraran pelajar di sekolah. Maklumat pengesahan tersebut telah dihantar melalui pos oleh pihak sekolah. Sekiranya pihak tuan/puan tidak menerima surat tersebut, diharap agar terus berhubung dengan pihak sekolah.



Comments

Straits Times Singapore: Cross-partisan trio gives Malaysia Ideas

Satu contoh yang baik yang menjangkau pemikiran kepartian. IDEAS adalah satu kumpulan 'pemikir' yang membantu dalam memberi pandangan terbuka bagi membentuk Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang.

Khai

---------- Forwarded message ----------

Umno party man, PAS member and prince form libertarian think-tank

 
 
Ideas founders (from left) Wan Firdaus Wan Mohd Fuaad, 27, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz, 27, and Wan Saiful Wan Jan, 35, started the group informally when living in London. -- PHOTO: IDEAS
By Carolyn Hong, Malaysia Bureau Chief
KUALA LUMPUR: One is a member of Umno, the other belongs to the opposition Parti Islam SeMalaysia (PAS), and the third is a prince. Collectively, the three young men have formed an independent think-tank called Ideas, or the Institute for Democracy and Economic Affairs.

Its cross-partisan leadership is one of the more intriguing aspects of Ideas; another is that it promotes a libertarian free-market ideology that is almost entirely unfamiliar to Malaysians.

They believe in minimal government intervention in the economy and society. They are for private education and against the minimum wage. They are also against the country's long-running National Economic Policy, since social engineering distorts markets.

For a young think-tank, Ideas has drawn a lot of attention since it was set up in February last year - in fact, its launch was presided over by Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah.

Its chief executive Wan Saiful Wan Jan, 35, - the PAS member - said their respective political affiliations do not bother them. 'Our strength comes from being cross-partisan, we stick to consistent positions in our policies, which is to promote market-based solutions to public policy issues. We don't try to reconcile our political differences,' he said.

He said they started informally five years ago, when all three were working and studying in London. They have now returned home to Kuala Lumpur.

Mr Wan Firdaus Wan Mohd Fuaad, 27, the Umno member, is now working in the government, while Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz, 27, the Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar's son, is a newspaper columnist and former Lee Kuan Yew School of Public Policy research fellow.

In Malaysia, the research scene is still dominated by large outfits like the government's Institute of Strategic and International Studies and the Malaysian Institute of Economic Research. Political parties like Gerakan and the Malaysian Chinese Association, as well as some state governments, also fund research outfits.

Ideas is one of the few broad-based independent groups that have evolved out of the cacophony of diverse views unleashed since the sacking of former deputy prime minister Anwar Ibrahim in 1998.

Mr Ibrahim Suffian, who runs the Merdeka Centre, which was set up in 2001 as the country's first public opinion pollster, said: 'I think the events of 1998, along with the advent of the Internet, allowed members of the public to vent their views for the first time.' 

Mr Wan Saiful said public discourse got livelier still during Tun Abdullah Badawi's administration from 2003 to 2009, helped along by the Internet.

Some online groups became mass movements like Loyar Buruk, or 'bad lawyer'. The tongue-in-cheek name belies its aim: promoting the rule of law. Others evolved into think-tanks like Ideas that publish opinions and policy papers.

Funding has also become easier. Observers say that as Malaysia is now middle-income, donations that would have been channelled into poverty or community projects are now often directed to promoting democracy and good governance.

Ideas gets funding from government agencies, as well as international bodies, including the United States-based Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity, and Germany-based Friedrich Naumann Foundation for Liberty.

But, Mr Wan Saiful noted ironically, Malay rights group Perkasa has been most effective in conveying its message.

Ideas is now exploring opening a private primary school for those who do not qualify for state schools, such as children of refugees. Mr Wan Saiful said it is not impossible for the poor to pay fees for good education, as is the case in parts of India. He said he is aware, however, that many Malaysians will baulk at paying school fees. 'It's normal to be sceptical. We prefer to do research and publish to show that it can work,' he said.



--









Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.