feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Salam Aidilfitri dan Kemerdekaan daripada AJK SP5

205877_10150305581907996_163419787995_7869182_6082775_n.jpg

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1432H
DAN
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-54

kepada semua warga Seriputra5 (SP5)


Tangan dihulur, maaf dipohon;
Jalur Gemilang berkibar, tanda kemenangan;
Aidilfitri disambut penuh kegembiraan;
Kemerdekaan disambut penuh kesyukuran.

Dam-dam-dum bunyi merecun,
Jangan sampai beraya di hospital,
Pandu kenderaan penuh kesopanan,
Agar kegembiraan di pagi Syawal.

Banzai kata penjajah,
Merdeka kata Bapa Kemerdekaan,
Bermaaf-maafan antara jiran sebelah,
Majlis baraan nanti kita meriahkan.

Daripada
AJK SP5





Comments



Tahniah Dr. Ramizi: Isteri lahirkan bayi LELAKI

Saya sekeluarga ingin mengucapkan tahniah atas kelahiran zuriat baru Dr. Ramizi dan isterinya, Umi.
Baby LELAKI seberat 3.4kg telah dilahirkan di Hospital Kajang jam 2 petang 18 Ogos 2011 lepas.
Di khabarkan ibu dan anak berada dalam keadaan baik, cuma ada kekuningan sikit.

Khaiatbsp




Comments

Lelong Kuih Raya

Salam,

Lelongan masih ada. Kalau nak rasa, boleh datang selepas solat sunat terawikh.

Khai

---------- Forwarded message ----------

Jangan lupa petang ini hingga 27 Ogos. Harga kuih raya pada harga lelong. Sangat elok untuk buah tangan semasa hari raya.












---------- Forwarded message ----------
Salam,

Sdr Aziz Treasurer akan mengadakan lelongan kuih raya di rumah beliau di Jalan 5/2 bermula jam 5 petang esok (21 Ogos) hingga 27 Ogos.

Semua dijemput hadir.

Tx..abs456





Comments

PERLAKUAN JENAYAH

Assalamualaikum WRT dan salam hormat.

 

Semua penduduk yang dihormati,

 

Hebahan daripada PDRM untuk semua.

 

"Pohon kerjasama hebahkan makluman trend jenayah kawasan kajang dewasa ini, saspek dua lelaki India bersenjatakan parang/pisau akan mengetuk pintu rumah, memanjat pagar atau tembok rumah terus melakukan jenayah samada ragut rantai atau lain-lain jenayah.  Waktu kejadian di siang hari semasa suri rumah sahaja berada di rumah.  Kenderaan yang digunakan oleh penjenayah jenis Proton Saga lama warna perang.  No. pendaftaran sering bertukar.  Semua penduduk diseru supaya ambil perhatian dan ambil berat keadaan dan kejiranan sekeliling.  Kalau ada perkara yang meragukan terus hubungi Polis supaya tindakan awalan dapat diambil terhadap gerakan penjenayah-penjenayah ini."

 

"Bersama-sama Membenteras Jenayah"

 

Wassalam dan selamat sejahtera.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

__._,_.




Comments

Lelong Kuih Raya

Jangan lupa petang ini hingga 27 Ogos. Harga kuih raya pada harga lelong. Sangat elok untuk buah tangan semasa hari raya.











---------- Forwarded message ----------
Salam,

Sdr Aziz Treasurer akan mengadakan lelongan kuih raya di rumah beliau di Jalan 5/2 bermula jam 5 petang esok (21 Ogos) hingga 27 Ogos.

Semua dijemput hadir.

Tx..abs456




Comments

Sultan Kunjungi KUIS Dekati Mahasiswa

Sumber: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/34009

Friday, 19 August 2011 | Ruangan: Berita

BANGI 19 OGOS : Kira-kira 2,000 orang membanjiri pekarangan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pada majlis berbuka puasa Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini.

Sementara itu, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, (KUIS) memperkenalkan konsep 'Tranformation Of KUIS' sebagai usaha pembaharuan dan mengembalikan kecemerlangan Islam melalui pendidikan.

Pembaharuan KUIS melalui Transformasi ini merupakan satu penghijrahan dalam melahirkan modal insan yang bertaqwa kepada Allah, adil kepada diri sendiri dan masyarakat.

Perkara ini disampaikan oleh Rektor KUIS, Professor Datuk Dr Aziuddin Ahmad pada Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya bertempat di Maslid Al-Azhar, KUIS.

Jelasnya, sebagai permulaan kepada Transformasi ini, tiga program telah dijalankan bermula dengan Strategi Retreat Smart 11 diikuti dengan seizing opportunities dan diakhiri dengan What's Our Story.

"Antara pengisian Transformation of KUIS adalah melaksanakan sekolah membina insan, sekolah tahfiz aliran sains, pengarus perdanakan ma'had tahfiz, polisi pembentukan mahasiswa KUIS dan kurikulum yang berpandukan Islam," katanya

Selain itu, pihak KUIS turut memantapkan lagi fungsi masjid sebagai tonggak asas kecemerlangan ilmu.

Turut hadir sama, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Sharafuddin Idris Shah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Ali dan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi serta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, (Jais) Marzuki Hussain.

Sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut  menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 400 orang penerima yang terdiri daripada asnaf fakir miskin, mualaf dan pelajar.

Sultan Sharafuddin turut berkenan merasmikan jilid lengkap Kitab Terjemahan Mukhtasar Sahih Al-Bukhari yang merupakan kesinambungan jilid yang lalu yang mengandungi terjemahan lengkap hadis-hadis Nabi Muhamaad SAW yang dikumpul dan disusun oleh Imam al-Zabidi dalam kitabnya yang bertajuk 'al-Tajrid al-Sarih li Ahadith al-Jami' al-Sahih'.

Penerbitan baki empat jilid ini merupakan usaha Institut Kajian Hadis Selangor, INHAD setelah penerbitan jilid pertama yang telah dicetak dan dilancarkan pada 2010 oleh DYMM Sultan Selangor.

Mukhtasar Sahih al-Bukhari (al-Zabidi) dalam terjemahan bahasa Melayu ini mengandungi 300 hadis beserta terjemahannya bermula hadis ke 301 hingga 600. Manakala jilid seterusnya akan menggenapkan jumlah hadis yang dikumpulkan oleh Imam al-Zabidi iaitu berjumlah 2230 hadis.





Comments

Hari Ini: Forum "Mencari Lailatul Qadr" & Majlis Berbuka Puasa (20 Ogos 2011)

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati. Sekadar ingatan tentang forum dan majlis petang ini di Surau Al-Hijrah.
Diharap dapat hadir memeriahkan majlis.

============================



Muslimin dan muslimat dijemput ke surau Al-Hijrah pada 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 (Sabtu ini) untuk program mulai solat asar berjemaah sehinggalah moreh pada malam tersebut.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

- Solat Asar Berjemaah
- Bacaan Al-Mathurat
- Forum Al-Hijrah "Mencari Lailatul Qadr"
- Majlis Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Solat Isyak
- Tazkirah
- Solat Tarawih dan Witir
- Moreh
- Keceriaan

Manakala bagi Forum Al-Hijrah bertajuk "Mencari Lailatul Qadr", ahli panelnya adalah Ustaz Nushi Mahfodz dan Ustaz Nik Hilmizam Nik Ismail. Moderator forum adalah Dr. Ramizi Mohamed.

Semua muslimin-muslimat beserta keluarga dijemput hadir.

Sumbangan potluck/moreh amat dialu-alukan.




Comments

Wacana "ULAMA POLITIK, Untuk Dakwah atau Parti?", 24 Ogos, 11 pagi, Shah Alam


http://www.omaq.org/v3/wp-content/uploads/2011/08/Hujah-Ulama-Politik.jpg

Wacana Ilmiah Sinar Harian.

Tajuk "ULAMA POLITIK, Untuk Dakwah atau Parti?"

Ahli Panel :
1. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat)
2. Tan Sri Harussani Zakaria (Mufti Negeri Perak)
3. Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO)


Moderator :
Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Tarikh : 24 Ogos 2011

Waktu : 11.00 pagi - 1.30 tengah hari

Tempat : Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam





Comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan ke 54

Hari-Raya-Idul-Fitri-1432-H.gif
Image dipaut daripada laman http://www.dhewy.com/kumpulan-sms-hari-raya-idul-fitri-1432-h-terbaru-2011.html

Sempena Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, saya sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 kepada semua muslimin-muslimat dan rakyat Malaysia amnya serta khusus buat warga Putra-Mahkota (Bandar Seri Putra - Bukit Mahkota - Taman Impian Putra) serta kawasan sekitarnya.

Maaf dipohon jika ada tersilap kata atau tersinggung mana-mana pihak dengan tidak sengaja. Juga, jika ada yang secara sengaja atau sedar, diharap dapat maafkan kami.

Disamping itu, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54. Sama-samalah kita menghayati keindahan kemerdekaan yang telah kita kecapi. Marilah kita menuju ke arah negara yang lebih baik dan lebih kukuh.

Bagi yang belum maklum tema dan logo Hari Kebangsaan tahun ini, saya kongsikan dibawah.



Logo Hari Kebangsaan ke-54 tahun 2011


Tema Hari Kebangsaan ke-54 tahun 2011
1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Lagu
http://www.youtube.com/watch?v=MfjyRb-EJfM&feature=youtu.be

Laman rasmi hari Kemerdekaan
http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/

Aktiviti
OGOS 2011



Pertandingan Keceriaan Merdeka
Tarikh: 1 Ogos 2011 - 31 Ogos 2011
Agensi Pelaksana : Jabatan Penerangan Malaysia
Maklumat lanjut, sila klik...



Pertandingan Mencipta Video Merdeka
Tarikh: 1 Ogos 2011 - 7 September 2011
Agensi Pelaksana : Suruhanjaya Komunikasi Malaysia
Maklumat lanjut, sila klik...


SEPTEMBER 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Perayaan Hari Malaysia

Tarikh: 16 September 2011?
Masa: 7.00 pagi?
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

http://khaiatbsp.blogspot.com
-Khaiatbsp-






Comments

Peluang Peningkatan Ibadah di bulan Ramadhan melalui Ziarah Pesakit

KENYATAAN MEDIA │ ISLAMIC OUTREACH ABIM

JUMAAT 19 OGOS 2011 BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1432

 

PELUANG PENINGKATAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN MELALUI ZIARAH PESAKIT DAN SUMBANGAN KEPADA PESAKIT DI WAD-WAD TERPILIH DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

 

Masyarakat Islam di negara ini sedang melalui fasa terakhir bulan Ramadhan Al-Mubarak, dan kita sangat digalakkan untuk mempertingkatkan aktiviti-aktiviti ibadah dan perbuatan baik, sebagai melambangkan harapan dan kesungguhan kita untuk memperolehi ganjaran optimum daripada Allah SWT.

 

Selain ibadah khusus yang dilakukan di sepuluh hari-hari terakhir bulan Ramadhan, Islam juga amat menitikberatkan sifat belas ihsan serta hubungan silaturrahim dan tolong-menolong di kalangan setiap anggota masyarakat di dalam bulan yang mulia ini. Secara khususnya, Islam sangat menggalakkan umatnya menziarahi orang yang sedang sakit sama ada terlantar di hospital ataupun di rumah. Menziarahi pesakit merupakan satu amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut dalam ajaran Islam. Ini bagi memastikan hubungan silaturrahim terus terjalin dengan lebih erat. Kelebihan menizarah orang yang sedang sakit ini juga tercatat di dalam sebuah hadith, mafhumnya: Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa." [HR At-Tirmizi]

 

Di atas kesedaran ini, pihak Islamic Outreach ABIM, sebuah organisasi bukan kerajaan berteraskan dakwah, kebajikan dan pendidikan dengan kerjasama kumpulan sukarelawan Program Ziarah Pesakit Di Hospital akan melakukan ziarah dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada pesakit di Hospital Kuala Lumpur. Bersesuaian dengan ajaran Islam yang sangat menganjurkan sifat belas ihsan dan silaturahim sesama umat manusia, tujuan program ini diadakan adalah untuk menziarahi dan meraikan pesakit yang berada di wad-wad terpilih. Berikut adalah maklumat mengenai program berkenaan:

 

Tarikh              :           24 Ogos 2011 / 24 Ramadan 1432H (Hari Rabu).

Masa               :           9.00 Pagi hingga 12.30 Tengahari.

Wad                 :          Wad Kelas 3 (Wad Kanser, Neorologi, Nefrologi, Ortopedik, (Spinal dan

                                    Psikiatrik)

Tempat            :           Hospital Kuala Lumpur.

Bil. Pesakit      :           500 Orang.

 

Program ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan juga pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan. Seramai 40 orang peserta akan terlibat dengan program yang melibatkan staf dan sukarelawan Program Ziarah Pesakit Di Hospital daripada Islamic Outreach ABIM.

 

Selain itu, sempena Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, pihak Islamic Outreach ABIM juga mengalu-alukan penyertaan sukarelawan serta sumbangan daripada orang ramai terutamanya sumbangan kewangan bagi membantu meringankan bebanan pesakit yang kurang berkemampuan serta masih menerima rawatan di hospital. Setiap sumbangan boleh disalurkan kepada Penyelaras Program Ziarah Pesakit Di Hospital, Saudara Mohd Zurharman Bin Zakaria dengan menghubungi talian 03-4256 9822 atau faks, 03-4257 4500 dan juga melalui e-mail, zurharman@hotmail.com.

 

Azril Mohd Amin

Pengerusi

Islamic Outreach ABIM


Nota Khaiatbsp: Salah satu cara beramal dibulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan amal kita diterima Allah.
http://khaiatbsp.blogspot.com
-Khaiatbsp-





Comments

INVITATION TO MMU INFO DAY ON 20 AUGUST 2011 (CYBERJAYA) AND 21 AUGUST (MELAKA)

Warmest greetings.

 

I am pleased to inform that MMU is organizing another round of Info Day for our October Intake 2011.

We hope that through this event, we can provide assistance to potential students who are looking for a place to further their studies. 

 

Through the MMU Info Day, we will show the options that are available to the students based on their results.

Our counsellors will be available to answer all their questions, including those on financial assistance and job and career prospects.

Students and parents may also enquire on accommodations, facilities, and subject listings.

 

SPM, STPM and Diploma holders are cordially invited to the MMU Info Day. Our Info Day will take place as follows:

 

Cyberjaya Campus:
Date: 20 August 2011 (Saturday)
Time: 9 am – 4 pm
Venue: CCU Seminar & Presentation Room, The Chancellery, MMU Cyberjaya

 

Melaka Campus:
Date: 21 August 2011 (Sunday)
Time: 9 am – 4 pm
Venue: Admission Office, MMU Melaka

 

We would like to get your kind assistance to pass the word around. Invite your family and friends, especially those with school-leaving children.

 

Please advise those who are coming to bring the following items along in order to complete their application to MMU: 

  1. RM20 (for application and processing fee).
  2. A certified true copy of Identity Card.
  3. A certified true copy of SPM or equivalent / 'O' Level / SPMV / other examination results.
  4. A certified true copy of STPM and MUET or equivalent / A Level / UEC / other examination results.
  5. A certified true copy of transcripts and Completion Certificate of Foundation / Diploma etc.
  6. 2 recent passport-sized photos.
  7. A certified true copy of Co-curricular activities.

Should you have any questions to ask on the event, please do no hesitate to contact the Admissions, Bursary and Local Promotions at 03-83125134/5461 (Cyberjaya) or  06-2523298/3442 (Melaka).

 

 

 

 Thank you and Best Wishes

 

 

Admissions, Bursary and Local Promotions (ABLP)






Comments

Alert: Isteri disamun dpn Taska Ainaa Cerdik Bdr Seri Putra

salam warga putra mahkota,

Kejadian ni berlaku pagi semalam, 15/08/2011, 7.45 pagi, pd isteri saya masa turun hantar anak ke tadika ini.. park keter betol2 dpn tadika. belum sempat nak masuk keter blk, ade 2 penyamun bermotor honda EX5 biru putih, dua2 bertopi keledar warna kelabu, kulit sawo matang (maybe indon, maybe melayu kite -wallahualam), sorang tu berswetter kelabu (HATI2 dengan lagak 2 penyamun ni..) telah menyamun handbag (dokumen + Hp + sedikit cash) dgn selamba buka pintu seat dpn amik handbag yg da disorok bwh seat.. kami dah pun g buat polis repot (abisla ½ hari buat repot d balai seri putra & ippd kajang, wat mykad & mykid anak2, wat lesen etc) so hati2 masa hantar/ambik anak tadika/sekolah.. pastikan kereta sentiase berkunci walau turun hatta sekejap sekalipun..  Shocked kalau boleh, tempat kite stop tu biala ade org ramai, paling elok awasi kiri kanan dpn blkg b4 kluar dr keter.. klu nmpk yg standby atas motor tu jage2 la..

harap maklum pada semua warga, hati- hati dan berwaspada
Malang Tidak Berbau..

apepun sy bersyukur sbb isteri & anak selamat..

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=8916.msg78733#msg78733




Comments

Surau Al-Hijrah: Forum "Mencari Lailatul Qadr" & Majlis Berbuka Puasa (20 Ogos 2011)



Muslimin dan muslimat dijemput ke surau Al-Hijrah pada 20 Ogos 2011 / 20 Ramadhan 1432 (Sabtu ini) untuk program mulai solat asar berjemaah sehinggalah moreh pada malam tersebut.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah:

- Solat Asar Berjemaah
- Bacaan Al-Mathurat
- Forum Al-Hijrah "Mencari Lailatul Qadr"
- Majlis Berbuka Puasa
- Solat Maghrib
- Solat Isyak
- Tazkirah
- Solat Tarawih dan Witir
- Moreh
- Keceriaan

Manakala bagi Forum Al-Hijrah bertajuk "Mencari Lailatul Qadr", ahli panelnya adalah Ustaz Nushi Mahfodz dan Ustaz Nik Hilmizam Nik Ismail. Moderator forum adalah Dr. Ramizi Mohamed.

Semua muslimin-muslimat beserta keluarga dijemput hadir.

Sumbangan potluck/moreh amat dialu-alukan.



Comments

Amal Zakat Fitrah di Surau Al-Hijrah

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/228903_10150758922305176_329327610175_20443657_2154074_n.jpg

Muslimin dan muslimat yang ingin menyempurnakan zakat fitrah mereka pada tahun ini bolehlah berbuat demikian di surau Al-Hijrah setiap hari selepas solat tarawih pada Ustaz Nik Hilmizam Nik Ismail. Ustaz Nik juga boleh dihubungi di talian 012-2980490 jika ingin melakukannya diluar waktu yang telah dimaklumkan tadi.

  • Zakat Fitrah
  • RM7 seorang
  • Amil Surau Al-Hijrah, Ustaz Nik Hilmizam Nik Ismail
  • Tel: 012.2980.490
  • Pembayaran boleh dilakukan setiap hari selepas solat tarawih




Comments

Selangor new library ...Shah Alam

Shihhh... jangan bisinglah.... kita kan dalam library

Tidak lagi... perpustakaan negeri Selangor sekarang benarkan kanak-kanak buat sesuka hati mereka. Ohhh... dan mereka dah ubahsuai perpustakaan tersebut menjadi lebih indah dan mempunyai interior yang menarik.

Tengok gambar-gambar dibawah atau terus ke link ini.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150254818021576.329619.226669856575&type=1

Nota: komen pada bawah gambar adalah komen dari penulis asal Ustaz Zaharuddin

Pada 11 Ogos 2011 yang lalu, saya ada meeting dengan pengurusan tertinggi Perpustakaan Selangor & kemudian di bawa tour ke seluruh library, (baru dibuka pada 22 Julai 2011) MashaAllah hebat, kos semua berharga termasuk interior sekitar adalah RM 85juta. Interior shj berharga RM 9 juta, berdasarkan saiz library jumlah itu amat murah berbanding kos biasa. Tahniah Kerajaan Negeri Selangor. Website library yang baru ini adalah http://www.ppas.gov.my/. Alamatnya

Jalan Kelab Golf 13/6, Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Segera berziarah, bawa anak2. tema library ini adalah 'Perpustakaan, Rumah Keduaku'.




Ruang dewasa membaca, ground floor..hebat kan!


Kerusi ini dibeli dari China, harga satu RM900 shj. Hebat dan sangat empuk, full leather. Kalau harga pasaran, mungkin mencecah RM2000 sebuah.


Bahagian khas kanak-kanak (org dewasa pun boleh), dibenarkan anak2 bising dan bebas beraktiviti. Kelihatan bongsu anak saya sedang berlari di bawah pokok buatan. Gembira bukan main dia..duduk 2 jam lebih bagai tak terasa dan tak meragam


Ruang kanak2, iaitu ruang berlatih menjadi pemberita, monitor kecil utk siaran teks, dan gambar akan terpapar di skrin belakang besar (tak kelihatan dalam gambar ini).


Ini best, mainan apa ntah namanya, tapi kawal guna pergerakan kita dari cahaya di terpancar ke lantai tu.




ada gynasium dengan alat angkat berat di tingkat bawah dan ada alat senaman ini di bahagian atas.


Teater 6 D..selain teater ini, ada juga teater 3D..hebat




Bentuk luaran library





Comments

PENGAWAL RELA RAYA

From: mohd zaidi <qayum_68@yahoo.com>

 

MESYUARAT KESELAMATAN RAYA TELAH DIADAKAN DI SMK BSP PADA 14 OGOS 11 JAM 10 PAGI RAMAI WAKIL SKIM TIDAK HADIR DAN INI MENYUKARKAN MEMBUAT KEPUTUSAN KOLEKTIF. RESOLUSI UTAMA YANG TELAH DICAPAI ADALAH SPT BERIKUT:
 
A. PENGAWAL RAYA DI SKIM MASING-MASING ADALAH URUSAN SENDIRI. NAMUN KEPADA SESIAPA YANG MASIH MENCARI PERKHIDMATAN TERSEBUT BOLEH MENGHUBUNGI RELA BSP (SUFIAN)- 017- 6050229.

 
B. SATU TIM RELA AKAN DITUBUHKAN DIPERINGKAT INDUK BSP YANG AKAN MENGAWAL MULAI 26 OGOS- 4 SEPT 11 (10 HARI). BAYARAN KEPADA RELAH TERSEBUT AKAN DIBUAT HASIL KUTIPAN DARI SKIM-SKIM YANG TERLIBAT.

C.    JUMLAH BAYARAN UNTUK 10 HARI ADALAH RM 8400.00 MAKA DIBAHAGI DENGAN 14 SKIM. MAKA SETIAP SKIM PERLU MEMBAYAR RM600.00 SAHAJA ( RM2.50 SEJAM).

D.     BAYARAN PERLU DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN PERSATUAN BSP INDUK SEBELUM 25 OGOS 11.

E.    PENGAWAL AKAN MEMBUAT RONDAAN DI SEMUA SKIMYANG MEMBUAT BAYARAN SETIAN 30 MINIT. DUA KUMPULAN RONDAAN BERPUSAT DI KAWASAN HAJI TAPAH  IAITU 2 ORANG SATIAP KUMPULAN AKAN MEMBUAT RONDAAN BERMOTOR. SIANG DAN MALAM. MEREKA JUGA AKAN BERHUBUNG TERUS DENGAN POS HADAPAN B HEIGHT DAN BALAI POLIS. BUTIR-BUTIR TERPERINCI AKAN DI BERIKAN SECARA BERASINGAN.

F.  MOHON KERJASAMA DARI SEMUA SKIM UNTUK MENJELASKAN BAYARAN SEBERAPA SEGERA YANG BOLEH BAGI MEMBANTU PIHAK BIRO KESELAMATAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN DAN PERANCANGAN SERTA KOORDINASI DENGAN PENGAWAL.

__




Comments

Majlis Berbuka Puasa SP5 Berjalan Lancar

Alhamdullilah dan terima kasih kepada semua yang turut serta dalam majlis berbuka puasa SP5 Sabtu lepas. Turut serta selain warga SP5 yang setia dan berdedikasi adalah wakil Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra, NYDP, Dato Zakaria, Ketua Balai Polis Bangi, ASP Ramlan dan juga wakil pemaju, Bangi Heights, En Norizan.

Majlis berbuka puasa kali ini nampak meriah dirumah En Rosli yang telah diubahsuai dengan semua meja dipenuhi oleh warga SP5 lelaki, perempuan dan anak-anak. Hinggakan ada yang terpaksa makan secara berdiri atau duduk tanpa meja. Anggaran 200 orang yang turut hadir.

Majlis buka puasa mudah dengan kurma dan kuih-muih yang dibawa bersama secara potluck oleh semua warga SP5. Solat maghrib juga penuh hingga diperlukan dua kali jemaah. Seterusnya makan utama dihidangkan. Kali ini makanan selera kampung dengan ayam goreng, udang sambal, sayur lemak, daging gulai dan buah-buahan. Disamping itu juga, tabung derma kilat bagi mengutip sumbangan kebakaran abang kepada salah seorang warga SP5 juga diedarkan. Kutipan yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM219. Terima kasih kepada mereka yang menyumbang.

Masuk Isyak. Semua mula solat Isyak dan diteruskan dengan solat hajat bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan besar (UPSR, PMR dan SPM). Tahlil ringkas juga telah diadakan untuk disedekahkan kepada kaum keluarga yang telah meninggal.

Kemudian, solat terawikh dan witir yang diimamkan oleh para tahfiz dari KUIS. Selesai terawikh 8 rakaat, morh pula dengan hidangan kuih-muih, bubur lambuk, buah-buahan dan 'tea' tarik.

Akhirnya sesi kemas mengemas yang habis sekitar jam 11.15 malam.

Sekali lagi terima kasih kepada semua terutama kepada pihak penganjur.

Buah kelapa buah kedi, lain kali buat lagi.

Jumpa lagi di aktiviti SP5 yang lain.... Marhaban atau Baraan (bahasa Jawanya)

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/198783_10150295317027996_163419787995_7776661_2208176_n.jpg
Kumpulan pertama yang hadir

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294013_10150295317197996_163419787995_7776666_714418_n.jpg
Our president dan the committed En Nordin pilot

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/184117_10150295317387996_163419787995_7776670_5530874_n.jpg
Warga SP5 mulai hadir dan nampak juga VIP Inspektor Ramlan dan En Norizan

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/293548_10150295317562996_163419787995_7776675_3583478_n.jpg
Kaum ibu yang turut hadir

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294833_10150295317652996_163419787995_7776679_1895775_n.jpg
Potluck yang memenuhi meja

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/198648_10150295317677996_163419787995_7776680_4869812_n.jpg
Meja VIP

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/292258_10150295318412996_163419787995_7776702_1901250_n.jpg
NYDP Persatuan Penduduk juga turut hadir

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/291708_10150295317832996_163419787995_7776685_39125_n.jpg
Rakan muda SP5

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/254763_10150295317867996_163419787995_7776686_6982989_n.jpg
Anak siapa ni? Mungkin kurang kasih sayang bapa ..hehehe

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/292243_10150295318032996_163419787995_7776692_3182573_n.jpg
"Maaflah ya kalau ada salah dan silap", kata En Syamsul.

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/294748_10150295318072996_163419787995_7776695_5305526_n.jpg
"Lama lagi ke?", kata En Shah.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184042_10150295319942996_163419787995_7776744_6187651_n.jpg
Surau sementara SP5.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/293363_10150295320162996_163419787995_7776750_1259074_n.jpg
Anak-anak turut serta solat.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184157_10150295321852996_163419787995_7776800_6756588_n.jpg
Pinggan saya... sikit je makan,

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/184057_10150295321882996_163419787995_7776801_4649998_n.jpg
Kuih-muih pencuci mulut.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/254658_10150295315517996_163419787995_7776618_7076549_n.jpg http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/262798_10150295315777996_163419787995_7776627_617591_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/292563_10150295316037996_163419787995_7776633_7668714_n.jpg http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/292453_10150295316747996_163419787995_7776652_1022957_n.jpg

 http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/292508_10150295316822996_163419787995_7776656_5722301_n.jpg http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/185382_10150295316892996_163419787995_7776658_308643_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/292798_10150295316787996_163419787995_7776655_1254949_n.jpg http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294298_10150295318472996_163419787995_7776704_3009088_n.jpg
Lauk-pauk dan kuih-muih yang telah dihidangkan.

-Khaiatbsp-




Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.