Carian entri blog
Mohon Bantuan Mencari Motor FZ105 Merah No Pendaftaran WSF7105.
Salam,
Ni ada warga BSP yang memerlukan pertolongan mencari semula motor suaminya yang telah kemalangan.
Kalau ada yang ternampak motor FZ105 merah plet no WSF7105, sila hubungi nombor ini 0193272304.
Khai
===========================
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=7519.msg73059#msg73059
salam smua
smlm suami saya kemalangan hendak ke office di Shah Alam. Tak tahu waktu kejadian n tmpt kejadian kerana bila ditanya...dia ckp UKM n hospital Serdang walhal dia di hantar ke hospital putrajaya oleh ambulan klinik kesihatan nilai. Saya balik dr opis jam 3pm selepas di telefon suami, beliau sudah berada di dalam rumah dgn brg2 miliknya...siapa hantar pun dia taktau...
Mohon sesiapa yg ternampak kejadian possibly highway elite belakang ni, sila PM saya...saya rasa mungkin kemalangan langgar lari motor n kereta. Kejap lagi saya nak pi klinik kesihatan nilai nak siasat record kejadian n hopefully dpt number telefon mereka yg membantu suami..motor pun tak jumpa lagi ni...
mohon warga BSP , kalau ternampak motor FZ105 merah plet no WSF7105 tolong hubungi saya segera 0193272304...
suami memakai set lengkap helmet fullface, jaket, buts n gloves...alhamdulilah kalau tak mungkin lagi teruk...jahit di bibir, lutut, jari kaki...doa2kan...
tq
Tuesday, May 31, 2011 |
SRA-BSP: Bengkel Kaedah Mudah Jawi (30 Mei 2011)
Berikut dikongsikan gambar sekitar Bengkel Kaedah Mudah Jawi semalam (30 Mei 2011).
Gambar sumbangan Ustaz Syahmi.
Gambar selebihnya di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150196108733863.318606.179473523862
-PIBG SRA BSP-
http://srabandarseriputra.blogspot.com/
Tuesday, May 31, 2011 |
Borang: Pendaftaran Anak-Anak Yatim Daerah Hul Langat oleh MAIS
Dikepilkan borang pendaftaran bagi mereka yang memerlukannya.
Borang Permohonan Pendaftaran Anak Yatim Negeri Selangor.pdf
====================================
Pendaftaran Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kini dibuka sehingga 8 Jun 2011. Insya Allah, sekali lagi DYMM Tuanku Sultan Selangor akan turun bersama berbuka Puasa di KUIS pada tahun ini sekitar pertengahan Bulan Ogos.
Had umur penerimaan adalah 16 tahun ke bawah sahaja.
Bagi yang ingin mendapatkan borang, sila hubungi atau sms saya di talian 013-9700237.
Sekian, harap maklum.
--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237
Monday, May 30, 2011 |
Pendaftaran Anak-Anak Yatim Daerah Hul Langat oleh MAIS
Gambar hiasan, sumber: http://www.sarakids.com/blog/?p=3024
Pendaftaran Anak-Anak Yatim Daerah Hulu Langat dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sempena dengan Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kini dibuka sehingga 8 Jun 2011. Insya Allah, sekali lagi DYMM Tuanku Sultan Selangor akan turun bersama berbuka Puasa di KUIS pada tahun ini sekitar pertengahan Bulan Ogos.
Had umur penerimaan adalah 16 tahun ke bawah sahaja.
Bagi yang ingin mendapatkan borang, sila hubungi atau sms saya di talian 013-9700237.
Sekian, harap maklum.
--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237
Email: muhammadon@kuis.edu.my
Monday, May 30, 2011 |
Surau Al-Hijrah: Gambar dan Video Ceramah Ustaz Syauqi
Dikepilkan gambar dan video ceramah tersebut.
Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya.
Gambar selebihnya di sini: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150623821025176.684442.329327610175
Video ceramah yang sempat di rakam.
http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150206026988117&oid=329327610175&comments
http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150206035403117&oid=329327610175&comments
http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150206053903117&oid=329327610175&comments
http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150206074293117&oid=329327610175&comments
http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150206096153117&oid=329327610175&comments
http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150206116568117&oid=329327610175&comments
http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150206136718117&oid=329327610175&comments
http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150206147963117&oid=329327610175&comments
Sumber: http://surau-al-hijrah.blogspot.com/2011/05/gambar-dan-video-ceramah-ustaz-syauqi.html
Sunday, May 29, 2011 |
MALAM INI: Al-Hijrah, Ceramah Perdana Ust. Syauqi Othman, 28 Mei 2011 Selepas Maghrib.
Surau Al-Hijrah Membawakan
Ceramah Perdana
"Jiran Sepakat, Membawa Berkat"
Ustaz Mohd Syauqi Othman
(Pensyarah UPM, Penceramah Tanyalah Ustaz TV9)
28 Mei 2011
Sabtu, Selepas Maghrib
Surau Al-Hijrah
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Saturday, May 28, 2011 |
Respond Survey: Biro Sukan dan Rekreasi, PPBSP
Tuan/Puan warga BSP.
Setakat ini hanya 37 respon yang diterima berkenaan survey Biro Sukan dan Rekreasi.
Bagaimanapun, alhamdulillah daripada respon yang sedikit ini (saya target dulu dapatlah dalam 1,000 respondent.. kena buat survey fizikal juga ni) dapatlah sedikit sebanyak apa yang warga BSP inginkan. Antaranya keperluan mengadakan aktiviti keluarga. Perlunya gelanggang bola tampar. Acara bowling. Basikal juga banyak peminatnya. Respond juga mengatakan perlu kepada acara antara taman. Perlunya kompleks sukan, hebahan yang berkesan dsb. Satu yang ingin saya respond di sini, PPBSP secara amnya dan Biro Sukan dan Rekreasi secara khususnya baru sahaja secara rasminya berjalan selepas AGM baru-baru ni.
Terima kasih kepada respondent dan harap lebih ramai yang akan tampil mengisi survey ini (harapnya sampailah 1,000 respondent).
-Biro Sukan dan Rekreasi-
Jika gambar kurang jelas, boleh rujuk di sini http://www.facebook.com/media/set/?set=a.176355972419839.44276.169051276483642
Thursday, May 26, 2011 |
SK-BSP: Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat, 26 Mei (HARI INI)
Ini apa yg saya dapat daripada s/u PIBG SK-BSP.
========================================
Pihak sekolah berbesar hati menjemput tuan/puan untuk ke majlis solat maghrib, bacaan yassin, solat hajat dan solat isyak pada malam ini 26 Mei 2011 (Khamis) di Dewan SK-BSP. Ini adalah sebagai usaha bagi memperolehi kesejahteraan dan kejayaan pelajar Tahun 6 secara khususnya dan sekolah sendiri secara amnya. Terima kasih.
Perkara: Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat
Tarikh: 26 Mei 2011 (Khamis/HARI INI)
Masa: Mulai solat Maghrib.
Tempat: Dewan SK-BSP.
Diharap ramai ibubapa (tak kira ada anak Tahun 6 atau tidak) akan turut serta.
PAKSI
Bagi Pihak PIBG SK-BSP
Thursday, May 26, 2011 |
Masjid BSP: Sudahkah anda menyumbang?
Thursday, May 26, 2011 |
Al-Hijrah: Ceramah Perdana Ust. Syauqi Othman, 28 Mei 2011 Selepas Maghrib.
Surau Al-Hijrah Membawakan
Ceramah Perdana
"Jiran Sepakat, Membawa Berkat"
Ustaz Mohd Syauqi Othman
(Pensyarah UPM, Penceramah Tanyalah Ustaz TV9)
28 Mei 2011
Sabtu, Selepas Maghrib
Surau Al-Hijrah
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Wednesday, May 25, 2011 |
Akaun Surau Al-Hijrah bagi mereka yang ingin menyumbang online
Berikut dikongsikan nobor akaun Surau Al-Hijrah bagi mereka yang ingin menyumbang secara online.
Bank: Bank Muamalat
No akaun: 1207-0005265-71-8
Penama akaun: Surau Al' Hijrah Putra Tropika
Alamat: Surau Al-Hijrah, Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra, 43000 Bangi, Selangor.
No pendaftaran: JAI.SEL.BMP/01/034/310
Berikut langkah-langkah pemindahan online bagi memudahkan rekod bendahari surau:
1- Buat pemindahan ke nombor akaun di atas (email suraualhijrah@bandarseriputra.com, jika diperlukan)
2- SMSkan maklumat pemindahan (jumlah, masa dan rujukan jika ada) kepada 012-3666764
Diucapkan terima kasih kepada semua penyumbang.
Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT.
Wednesday, May 25, 2011 |
Pelancaran Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Bt 14
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
YBhg Dato'/Datuk/Ustz/Ustzh/Tuan/Puan,
Perkara diatas adalah dirujuk.
2. Berikutan daripada tragedi menyayat hati kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Persatuan Penduduk BSP melalui Biro Kebajikan, dengan ini melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Bt. 14 Hulu Langat.
3. Dana bantuan boleh disalurkan seperti berikut:
i. Dana Cek kepada: PERSATUAN PENDUDUK BANDAR SERI PUTRA
(Nota: Di belakang Cek sila tulis 'Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat')
Dana Cek bolehlah diserahkan kepada penama AJK terbabit:
• Tuan Hj. Ahmad Bin Yusof (YDP)
18, Jalan Seri Putra 8/12?
• En. Arzock Bin Nassar (Bendahari)
6 Jalan Seri Putra 3/3
• Ustz. Abu Zaki Bin Ismail (Biro Kebajikan)
43 Jalan SP 2/5
• Ramizi Bin Mohamed (SU)
14 Jalan SP 5/5
ATAU
• Pengerusi-pengerusi Skim / Wakil, yang kemudian akan diserahkan kepada AJK persatuan penduduk yang terbabit.
ii. Dana Tunai di Pasar Malam Bandar Seri Putra. Hari Selasa, 21 Jamadil Akhir 1432H / 24 Mei 2011 (Hari ini)
iii. Dana Tunai Solat Jumaat di Surau Al-Syakirin & Masjid KUIS, 24 Jamadil Akhir 1432H / 27 Mei 2011
4. Dana yang terkumpul akan disalurkan terus kepada Pengusaha Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
5. Bersama dengan ini dilampirkan surat rasmi pelancaran dana tabung kemanusian kepada semua Pengerusi/Wakil skim taman-taman di Bandar Seri Putra.
5. Persatuan Penduduk BSP juga mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.
6. Semoga dengan bantuan dan sokongan daripada Tuan/Puan akan meringankan lagi bebanan dan kesedihan yang ditanggung oleh keluarga mangsa.
Semoga Allah memberkati.
Yang Benar
Ramizi Mohamed
SU PPBSP
Surat Rasmi
Saya juga menerima beberapa keping gambar berkaitan. Gambar pertama dikatakan gambar mangsa kejadian beberapa minit sebelum kejadian. Makala gambar selebihnya daripada rakan kita di BSP Sdr. Din Naga (dincc2u@yahoo.com) yang berada di lokasi kejadian selepas kejadian. Al-fatihah.
-Khai-
Tuesday, May 24, 2011 |
KEPUTUSAN: PERTANDINGAN BADMINTON BSP 2011
Buat julung kalinya pertandingan badminton antara taman-taman telah dianjurkan oleh pihak pemaju Bandar Seri Putra, Bangi Heights Sdn. Bhd. Pertandingan yang berlangsung semalam 22 Mei 2011 telah mendapat sambutan hebat daripada warga Bandar Seri Putra yang mana menarik 36 pasukan bertanding. Sejarah juga dicatatkan kerana buat pertama kalinya dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra digunakan sebagai tempat pertandingan.
Pertandingan bermula seawal 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran dan pemanasan badan. Sekitar jam 8.45, taklimat undang-undang permainan telah dijalankan bagi memastikan pemain betul-betul faham format pertandingan. Seterusnya peluang diberikan untuk sebarang pertanyaan atau bantahan.
Tepat jam 9 pagi, 36 pasukan yang dibahagikan kepada 3 kumpulan (A, B dan C) mula bertanding untuk merebut tempat ke pusingan ke-2. Bagi kejohanan julung kali ini, format pertandingan menetapkan hanya 2 set dimainkan. Pemenang akan ditentukan dengan jumlah mata tertinggi yang dikutip daripada 2 set yang telah dimainkan. Pasukan yang kalah akan terus terkeluar daripada pertandingan ini.
Hampir ke semua taman-taman di Bandar Seri Putra telah menghantar wakil. Maka penyokong setiap taman sudah tentulah bersemangat menyokong pasukan taman masing-masing. Pusingan pertama berlangsung dengan semangat permainan yang tinggi apabila setiap pasukan cuba untuk mengalahkan lawan masing-masing dengan pelbagai teknik seperti "smash", "drop shot", hantaran lintang dan sebagainya. Akhirnya hanya 18 pasukan yang berjaya ke pusingan ke-2.
Seterusnya melangkah ke ke pusingan ke-3. Sembilan pasukan semuanya. Mereka adalah 3 pasukan daripada Vista, 3 daripada Seri Mawar, satu Seri Dahlia, satu Puncak Unggul dan satu Acasia. Vista B berjaya menewaskan Dahlia 2. Manakala, Seterika Panas menewaskan Vista C. Calon tunggal Acasia pula garang menewaskan pasukan Puncak Unggul. Manakala, 3 pasukan lagi berentap 2 perlawanan untuk merebut tempat terakhir ke separuh akhir. Antara Vista A, Landak Hitam dan Landak Putih. Segalanya terjawab apa bila Landak Hitam memastikan tempat separuh akhir milik mereka.
Perlawanan separuh akhir sengit menemukan Vista B dan Seterika Panas. Manakala, Acasia A berentak dengan Landak Hitam. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Vista B dan Acasia A apabila tewas kepada dua pasukan mantap daripada Seri Mawar itu (Seterika Panas dan Landak hitam). Vista B berjaya menduduki tempat ketiga apabila menewaskan Acasia A dalam perlawanan merebut tempat ketiga. Manakala, johan pertandingan dimenangi oleh Seterika Panas menewaskan Landak Hitam.
Berikut keputusan akhir:
Tempat Pertama: Seterika Panas (Seri Mawar) - Mohd Saiful & Raja Azman
Tempat Kedua: Landak Hitam (Seri Mawar) - Radhi & Hakim
Tempat ketiga: Vista B (Vista Seri Putra) - Azlan Ali & Raub Saleh
Bagi pihak Biro Sukan & Rekreasi, BSP Induk khususnya dan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (BSP Induk) amnya, ucapan terima kasih kepada semua yang turut sama memerihkan majlis. Juga tak lupa kepada penganjur pertandingan, Bangi Heights Sdn Bhd. Diharap kejohanan ini akan menjadi acara tahunan.
Disertakan juga beberapa gambar menarik sepanjang pertandingan untuk dijadikan tatapan.
Album 1: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.175713279150775.44070.169051276483642
Album 2: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.175716109150492.44071.169051276483642
Album 3: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.175718015816968.44072.169051276483642
Nota: Biro Sukan & Rekreasi ada menjual air "100 Plus" semalam bagi menambah dana biro. Jika ada mana-mana pihak yang masih belum membayarnya, bolehlah menyerahkannya kepada En Khairil ditalian 0122655203.
Biro Sukan & Rekreasi, BSP Induk
Monday, May 23, 2011 |