Carian entri blog
SP5 GOTONG ROYONG 10/04/2011 & RECYCLING CAMPAIGN
members of sp5...a mere reminder. Our Gotong Royong and Recycling Campaign is schduled on 10th April 2011 SUNDAY at 07.30am. Recycling Campaign collection starts earlier in the hope that we could manage to dispose the same on the very day i.e on 10.04.2011 Our observation on the last event -was that the attendance of our members was quite poor.Hardly 30 of male members attended and thus a lot of aeras were not able to be touched up. We r quire lucky that some teenagers notably Salman's,Bakar's,Fadzel's,Rosley kids and few others were there to assist us. we r not so sure why the participtaion was poor...but some members were seen 'conveniently' stay away as if there was nothing to participate to. We r fairly sure that publicity and notification have been made quite few weeks prior to the gotong royong event. We could understand that this particular event is not really a fun one but still apart from bein a healthy step concerning the evironment of our own nborhood it may also strenghten our ties among the members of sp5. Now do us a favor-to enable us to do u a favor. Pls attend the intended Gotong Royong together with your SPOUSE and KIDS since we believe that every and each of us could contribute even to the slightest effort at the Gotong Royong. For the ladies an hour or 2 will be commendable enuf and thereafter perhaps if u have to prepare the lunch for your beloved family pls do so. KEEP IT IN YOUR MIND-10.04.2011 7.30AM SUNDAY jeff. |
Thursday, March 31, 2011 |
Mesyuarat Penubuhan Koperasi Surau Al-Hijrah
Tuesday, March 29, 2011 |
MMU Now Giving Scholarships To High Achievers
Cyberjaya, 23rd March 2011 – Multimedia University today announced its Merit Scholarship, a financial assistance programme that rewards and aids high performing Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) leavers.
The Merit Scholarship is a programme that aids the recipient by reducing the tuition fees of Foundation and Bachelor courses either by 25 per cent, or by 50 per cent. To qualify for the 25 per cent discount (structure B), the candidate should have 7 or 8 As for SPM leavers, or have a CGPA between 3.50 and 3.74 if they are STPM leavers.
To qualify for the 50 per cent discount (structure A), SPM leavers must have 9 As or more, while STPM leavers need to have a CGPA of at least 3.75.
MMU's President, Professor Dato' Dr. Muhamad Rasat Muhamad, said, "We are introducing the Merit Scholarship in order to attract students who are the cream of the crop to MMU. MMU has always produced graduates who are highly sought-after by employers, both locally and internationally. We are confident that having top students in MMU can bring about results that will truly be astounding."
Prof. Dr. Rasat says that with the Merit Scholarship, suitably qualified and performing students pursuing an Engineering programme at MMU could end up paying about the same amount that would have to be paid at public Malaysian universities.
The Merit Scholarship is available for 28 programmes at Foundation and Bachelor levels, across both MMU's campus in Cyberjaya and Melaka.
In the Melaka campus, the programmes available are: Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Telecommunications, Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Robotics and Automation, Foundation in Engineering, Bachelor of Information Technology (Hons.) Artificial Intelligence, Bachelor of Information Technology (Hons.) Security Technology, Foundation in Information Technology, Bachelor of Business Administration (Hons.) Human Resource Management, Bachelor of Business and Knowledge Management (Hons.), Foundation in Management, Bachelor of Science (Hons.) Medical Information Technology, Bachelor of Science (Hons.) Bio-Informatics and Foundation in Life Sciences.
In the Cyberjaya campus, the programmes available are: Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Computer, Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Microwave and Communications, Bachelor of Engineering (Hons.) Electronics majoring in Optical Engineering, Foundation in Engineering, Bachelor of Computer Science (Hons.), Bachelor of Information Technology (Hons.) Multimedia Systems, Bachelor of Multimedia (Hons.) Software Engineering & Games Design, Foundation in Information Technology, Bachelor of Electronic Commerce (Hons.), Bachelor of Economics (Hons.) Analytical Economics, Bachelor of Financial Engineering (Hons.), Foundation in Management, Bachelor of Multimedia (Hons.) Interface Design, Bachelor of Multimedia (Hons.) Digital Media, Bachelor of Multimedia (Hons.) Media Innovation, Bachelor of Multimedia (Hons.) Virtual Reality and Foundation in Creative Multimedia.
All courses offered through the Merit Scholarship programme are accredited by the Malaysian Qualifications Agency (MQA). As such, MMU graduates from these programmes have a larger career choice as they can apply for employment within the private and public sectors.
All qualified Malaysian students are invited to apply for Multimedia University's Merit Scholarship. For more information, email wwwadmis@mmu.edu.my or call 013-6133144 (Mr. Rafiel) or 013-6306458 (Mdm. Tan). To make personal enquiries, visit either one of MMU's campuses in Cyberjaya or Melaka during weekdays and also during our Info Day weekends on 9th and 10th April, and 7th and 8th May 2011.
"Thank you.
Corporate Communications Unit
Multimedia University"
Tuesday, March 29, 2011 |
PPBSP - Pendaftaran Akhir Malam Ini
Kepada yang belum mendaftar, tapi ingin mendaftar. Sila bawa borang beserta wang pendaftaran dan keahlian RM15 dan boleh serahkan kepada Jawatankuasa Penaja PPBSP malam ini di Pusat Khidmat Masyarakat tidak lewat daripada jam 9 malam. Ini adalah hari terakhir pendaftaran sebelum AGM kali pertama.
Pesanan Penaja | Pesanan Penaja | Pesanan Penaja | Pesanan Penaja | Pesanan Penaja | Pesanan Penaja -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh itu, saya menyeru agar warga BSP yang sekarang dianggarkan sekitar 12,000 orang (atau 4,000 unit kediaman mengikut Bangi Heights dikali 3, maka anggaran 12,000 orang) dapat mendaftar sebagai ahli persatuan. Sehingga semalam, seramai 145 borang yang lengkap telah diterima. Dengan lanjutan pendaftaran ini diharap ianya boleh mencecah 250 ahli (sekitar 2 peratus sahaja).
-Khai- (melalui email BSPInduk)
Pesanan Penaja | Pesanan Penaja | Pesanan Penaja | Pesanan Penaja | Pesanan Penaja | Pesanan Penaja -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Boleh muat turun borang dalam bentuk PDF dan sedia dicetak di sini.
Monday, March 28, 2011 |
TNB Meter Box
saya merujuk kepada peti / kotak tempat meletakkan meter TNB yg berada di hadapan rumah kita. (sila rujuk gambar - sebagai contoh yg jelas - gambar yang di ambil adalah dari kejiranan kita yang berpenghuni dan tidak berpenghuni dan banyak lagi sebenarnya).
SAYA AMAT BERHARAP AGAR PARA PENDUDUK SEKELIAN DAPAT MENGUNCI dengan MANGGA /GEMBOK (jawa) / PAD LOCK AKAN KOTAK BERKENAAN, INI KERANA ADA BEBERAPA INSIDEN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA FIUS DAN BEBERAPA KOMPONEN DALAM TELAH DI CURI DI KEJIRANAN KITA INI.
Jadi kami (committee) berharap pihak Dato' / Datin / Prof. / Dr. / Tuan / Puan dapat memberikan perhatian dalam hal ini dan kepada jenjiran yang mungkin akan tidak / belum membaca email ini harap dapat di sampaikan kepada mereka jua.
harap maklum.
salman selamat
13, 5/6, BSP
Monday, March 28, 2011 |
Kempen Kitar Semula & Gotong Royong SP5
A'kum WRT & Salam Sejahtera buat Warga SP5,
Monday, March 28, 2011 |
Fwd: [SP5] HOUSE FOR SALE
Salam,
kalau ada yang berminat.
Khai
From: Carolyn Jacob <cuty7211@yahoo.com>
Monday, March 28, 2011 |
Pesta Buku Kuala Lumpur 2011 (KLIBF 2011)
22 APRIL – 1 MEI 2011
BUKU : DUNIA TANPA SEMPADAN
Saturday, March 26, 2011 |
Pesan Inspektor Zubir Kepada Anak-Muda Bandar Baru Bangi
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/03/pesan-inspektor-zubir-kepada-anak-muda.html
Pesan Inspektor Zubir Kepada Anak-Muda Bandar Baru Bangi
Jawatankuasa Pemuda Seksyen Satu, Bandar Baru Bangi di Ketua Abang Ahmad hari ini mengadakan kegiatan sukan futsal di kalangan anak muda di sini sejak pagi hingga ke tengaharinya. Enam buah pasukan berjaya dikumpul dan bertanding bagi merebut hadiah pertama hingga ke tiga yang berakhir pertandingan pada jam 11.00 tengahari.
Berikut dari pertandingan dan sebelum menyampaikan hadiah diadakan ceramah dan dialog keselamatan Bandar Baru Bangi yang disampaikan oleh Inspektor Zubir selaku Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi yang sasarannya adalah golongan muda yang masih bersama lebih kurang 50 orang. Hadir bersama dalam Majlis Penutup ialah Ustaz Shafie Ngah Timbalan YDP yang juga Ahli MPKj, Tuan Haji Banhawi, Afiq dan beberapa orang veteran.
Inspektor Zubir dalam ceramah keselamatannya merasa gembira kerana pada kali ini beliau berpeluang bercakap secara langsung di hadapan golongan muda. Beliau menyampaikan nasihat:
a) Golongan muda jangan mengasingkan diri, tetapi bergaul dan bergiat dalam masyarakat seperti kegiatan sukan hari ini. Bila seseorang mengasingkan diri dia terasing dan mungkin terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat dan boleh membawa ancaman kepada penduduk setempat seperti mencuri mula-mula secara kecil dan akhir makin besar yang boleh membawa kepada pecah rumah, samun dan rompakan. Individu perlu bergaul selain dari bersukan, bergiat dalam pertubuhan seperti NGO dan keagamaan seperti ke masjid dan surau dan mengikuti pengajaran agama. Insya Allah dengan demikian terhindar dari kegiatan negatif.
b) Jangan dekati dan mencuba dadah, kerana sekali individu terjebak, sukar mencari jalan pulang. Masa depan yang terlibat akan runtuh dan rosak, baik dia sebagai pegawai atau buruh. Beliau menyebut di Batu 18 banyak penagih dadah. Tangkapan pernah dibuat dan tak kurang dari 30 orang ditangkap. Yang terlibat dengan dadah hilang rasa malu dan boleh bertindak secara abnormal termasuklah membawa kepada membunuh.
c) Menghisap dadah membebankan dari segi kewangan. Mula-mula mungkin memerlukan RM20 sehari, kemudian makin tinggi hingga RM200/= sehari dan begitulah seterusnya meningkat. Oleh kerana memerlukan duit terjebak di dalam jenayah. Bila terlibat dengan dadah dan jenayah sukar untuk dipulih dan menjadi baik. Dalam 100 orang hanya dua saja dapat dipulihkan.
d) Polis memerlukan kerjasama dengan masyarakat. Tanpa kerjasama dengan masyarakat sukar bagi kita menjalankan tugas. Beri maklumat kepada polis dengan datang ke Balai atau telefon terus. Saya, kata Inspektor Zubir tak pernah menutup telefon dan akan bertindak segera bila maklumat didapati memerlukan tindakan segera.
e) Jangan abaikan harta misalnya meninggalkan motosikal tidak berkunci. Jumlah penduduk di Bangi 120,000 – jumlah motosikal termasuk pelajar di universiti ialah 20,000 buah. Terlampau mudah untuk dicuri. Pencuri mencuri apabila ada yang memerlukan. Mereka memilih secara kebetulan dan rambang. Sayangilah harta kita dengan menjaganya secara baik.
f) Jika ada yang mencurigakan di tempat kita. Misalnya ada orang yang tak dikenali dengan keadaan mencuriga atau kegiatan di rumah-rumah tertentu hubungi polis. Beliau menyebut Adun menghubungi polis bila ada sesuatu yang mencurigakan. Pihak polis datang menyiasat.
g) Inspektor Zubir melaporkan pada keseluruhannya jenayah di Bandar Baru Bangi makin menurun. Secara kasar:
Tahun Jumlah
2008 700
2009 600
2010 400
Menurut Inspektor Zubir tenaga di Balai Polis Bangi sentiasa ditambah:
Tahun Jumlah
2007 30
2010 64
Perjawatan sepatutnya di Balai Polis Bangi ialah seramai 136 orang. Pihak Balai akan berusaha melengkapkan keperluan di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Adun Bangi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak menjayakan program terutama kepada Inspektor Zubir yang sudi datang menjayakan dialog dengan orang muda pada tengahari ini. Adun menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.
Sekian.
Saturday, March 26, 2011 |
Buku: Hidangan Si Cilik - Sandwic Santapan Enak
Menggunakan buku yang sama, anak saya berjaya mencuba resepi keduanya semalam. Kali ini menu dipilih adalah "Sandwic Santapan Enak". Penggunaan "salami" ayam dan daging bagi resepi ini sedikit mencabar kerana sama ada ianya sukar didapati atau diragui status halalnya. Maka, apabila isteri saya menjumpai "salami" yang diyakini halal, barulah dibeli dan mencuba resepi ini. Walaupun, nampak mudah untuk orang dewasa, tetapi ianya mencabar bagi kanak-kanak. Ianya juga sebagai salah satu cara untuk memupuk minat anak-anak mula memasak dengan menghidangkan makanan yang mudah dan sedap dimakan. Mungkin ada ibu-ibu lain ingin mencuba resipi ini.
Ini menunya.
Ini pula cara-caranya.
Ini pula yang berjaya disediakan.
Nota: Kena ajar lagi cara memotong timun agar lebih nipis. Ni tebal betul.
-Khai-
Saturday, March 26, 2011 |
Car-Boot Sale pada Ahad 27 Mac 2011 di TIP
Assalamualaikum, Dimaklumkan bahawa kaum Ibu dari Skim Princeton Residences BSP akan mengadakan Jualan Car-Boot pada hari Ahad ini di kawasan kedai sebaris dengan Family Store, Taman Impian Putra. Butiran adalah seperti berikut: Program : Jualan Car-Boot (barangan terpakai) Tarikh : 27 Mac 2011 (Ahad) Masa : 9:00 pagi - 12:00 tghari Lokasi : Bersebelahan kedai MAXIS (sebaris Family Store, TIP) Buat pengetahuan, sebahagian hasil Jualan Carboot ini didermakan kepada Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP, dan sumbangan itu akan diteruskan setiap kali ada aktiviti jualan. 'Car-Boot Sale' ini akan cuba dijalankan pada setiap bulan, dan dikhabarkan sambutan yang diterima amat menggalakkan, baik dari segi sumbangan barang yang hendak dijual mahupun dari segi jumlah jualan yang diterima. Mohon tuan/puan yang berminat untuk menyumbangkan barang (terpakai sahaja) /menyertai aktiviti sebagai petugas/pembeli boleh singgah berjalan-jalan ke area Family Store pada hari Ahad nanti. Pegawai Penerangan JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP cc Forum Putra-Mahkota.com |
Friday, March 25, 2011 |
SECURITY FEE & SF FOR MARCH 2011
dear friends....the time has come Security Fee for March 2011 (RM50.00) & First Quarter SF (RM15.00 is now due... pls foward the sum RM65.00 to the ajks or do us a fvor by calling us for an arangment preferably by this weekend.For those who use the internet banking we thank u too. Meantime do ask for BSP RA 's form from the ajks and we would suggest that the same is submitted straight away with RM12.00 being the monthly fee for the year ( again-the RM3 reg fee is funded by our DATELINE for submissio is on 27th March 2011 (Sunday) and the AGM is on 24th APRIL 2011 (Sunday) at Sek Menengah Bandar Seri Putra Hall We thank you for your effort and unending co operation jeff |
Friday, March 25, 2011 |
Mesyuarat Agung PIBG SMK-BSP, 26 Mac 2011, 8.30 pagi
Tarikh: 26 Mac 2011
Masa: 8.30 pagi
Nota: Tertakluk kepada perubahan serta surat yang akan dihantar oleh JK Penaja PIBG kepada ibubapa.
Thursday, March 24, 2011 |
Tahlil : Ayahanda Sdr Tukimat
Sebagaimana yang telah di maklumkan oleh saudara tukimat bahawa yasinan dan tahlil arwah bagi ayahnda mentua beliau akan di langsungkan 3 - malam berturt-turut, dan malam tadi (22-03-2011) malam pertama dan dua amalam lagi seperti jadual di bawah:
waktu : mulai jam 8 malam
tarikh : 23 dan 24-03-2011 (rabu dan khamis)
ALamat : 16, Jalan 5/3
di harapa dapat melapangkan masa dan sama-sama menyenpurnakan hajat saudara tukimat. Insyaallah.
salman selamat
13, 5/6, BSP
Wednesday, March 23, 2011 |
Pendaftaran PPBSP dilanjutkan 28 Mac - SP5 rebet RM3.
Borang fizikal boleh diperolehi melalui mana-mana ahli jawatankuasa, wakil jalan atau terus daripada saya. Atau boleh sahaja mencetak borang maya yang dikepilkan di sini. Sila panjangkan borang permohonan tuan/puan kepada kami selewat-lewatnya 6 petang pada 28 Mac 2011 ini bagai melayakkan anda menerima rebet ini. Manakala yuran tahunan sebanyak RM12 perlu dibayar sendiri. Diharap dengan ini lebih ramai warga SP5 yang dapat turut sama dalam PPBSP.
"Kejiranan Muafakat, Bertambah Berkat"
-Khai-
Mesyuarat PPBSP semalam bersetuju untuk memanjangkan tempoh pendaftaran ahli selama seminggu lagi. Maka, tarikh akhir pendaftaran ahli PPBSP bagi warga BSP yang ingin terlibat terus dalam AGM PPBSP adalah 28 Mac 2011. Borang boleh diserahkan terus kepada wakil persatuan penduduk tempatan. Atau boleh juga diserahkan di kedai Internet Cafe (Engku Ahmad Faizal) beralamat di No 14 Jln Seri Putra 3/13. Atau boleh dihantar terus ke Pusat Khidmat Masyarakat BSP pada malam 28 Mac 2011 (semasa mesyuarat badan penaja).
Oleh itu, saya menyeru agar warga BSP yang sekarang dianggarkan sekitar 12,000 orang (atau 4,000 unit kediaman mengikut Bangi Heights dikali 3, maka anggaran 12,000 orang) dapat mendaftar sebagai ahli persatuan. Sehingga semalam, seramai 145 borang yang lengkap telah diterima. Dengan lanjutan pendaftaran ini diharap ianya boleh mencecah 250 ahli (sekitar 2 peratus sahaja).
-Khai-
======================================================
From: Ahmad Yusof <ahmadbsp@hotmail.com>
Bagi memudahkan semua pengerusi persatuan penduduk taman BSP, saya syorkan panjangkan email ini kepada semua ahli dan anak buah masing-masing walaupun hardcopynya sudah diedarkan. Juga kerana waktu yang terhad dengan kesibukan masa pengerusi persatuan penduduk, saya syorkan borang yang lengkap diisi serta dengan bayaran penuh boleh juga diserahkan di kedai Internet Cafe (Engku Ahmad Faizal) beralamat di No 14 Jln Seri Putra 3/13, Bandar Seri Putra selewat-lewatnya 20 Mac.
Ps: Sdr Asfazian - SMS saya terdahulu adalah dirujuk.
Wassalam terima kasih.
Ahmad Yusof +6019 359 8489
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
==========================================================================
Apa yang saya sedia maklum, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) baru sahaja diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor pada 14 Januari 2011. Permohonannya telah dihantar beberapa tahun lalu, dan selepas beberapa pindaaan dan pertukaran ahli jawatankuasa, akhirnya ianya diluluskan pada awal tahun ini.
Berkaitan perkara tersebut, semua warga Bandar Seri Putra (BSP) dijemput untuk mendaftar terus sebagai ahli PPBSP walaupun telah mendaftar sebagai ahli persatuan penduduk/kejiranan dalam lokaliti masing-masing. Ini kerana pada ketika ini pengerusi persatuan, surau, masjid, JMB dan PIBG dalam BSP adalah ahli jawatankuasa dalam PPBSP. Dan aktiviti yang akan dijalankan (dan yang telah dijalankan) adalah untuk kepentingan warga BSP. Kuat persatuan, kuatlah BSP.
Borang pendaftaran akan mula diedarkan melalui wakil persatuan penduduk/kejiranan selewat-lewatnya 14 Mac ini. Diharap tuan/puan/ dato/datin dapat merujuk kepada wakil persatuan selepas tarikh tersebut.
Yuran pendaftaran (bayaran masuk) sebanyak RM3 perlu dikepilkan dengan borang permohonan itu nanti dan yuran tahunan sebanyak RM12 juga perlu dilampirkan. Jumlahnya RM15 untuk tahun pertama dan RM12 untuk tahun berikutnya.
Sehubungan dengan itu, atas ketetapan Jabatan Pendaftaran, satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan sebelum 30 April 2011. Oleh itu, pihak jawatankuasa penaja telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agung seperti berikut:
24 APRIL 2011
8.30 pagi
Dewan SMK Bandar Seri Putra
Insya-Allah, satu surat panggilan mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli yang telah mendaftar sebelum 21 Mac 2011. Borang pencalonan dan usul akan diedarkan bersama surat panggilan mesyuarat tersebut.
Diharap semua warga BSP dapat beramai-ramai mendaftarkan diri sebagai ahli PPBSP sebelum 21 Mac 2011 dan hadir mesyuarat PPBSP pada 24 April nanti. Keahlian akan terus dibuka selepas 21 Mac 2011, bagaimanapun ahli yag mendaftar selepas 21 Mac 2011 adalah sebagai pemerhati sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha, En. Burhanuddin Bin Haji Mahwal (012-2932783)
Sekian di maklumkan
-Khai, wakil SP5
Tuesday, March 22, 2011 |
Pendaftaran PPBSP dilanjutkan 28 Mac.

KARNIVAL MTB 1 BATANG KALI 2011
Kepada peminat basikal, anda mungkin berminat menyertainya.
Rawang, Selangor.
Yuran : RM50.00
T/Tutup Penyertaan : 03 APRIL 2011
Jarak : 45km+-
Trek : 20% Road & 80% Off Road
Check Point : 5 (Termasuk tempat permulaan)
Water Point : 3 (Buah & Minuman)
F & B : Sarapan Pagi & Makan T/Hari disediakan
***Penyertaan Lewat/Walking Registration - Yuran RM60.00 dan Jersi akan diposkan seminggu selepas Karnival***
Monday, March 21, 2011 |
Kenduri rumah Hj. Shaari (Jalan 5/6) Sabtu lepas
Dikongsikan gambar semasa kenduri rumah Hj. Shaari (Jalan 5/6) pada Sabtu lepas.
Ini pautannya: http://www.facebook.com/album.php?fbid=10150442720655176&id=329327610175&aid=637555
-Khai-
Monday, March 21, 2011 |
Apa ada pada Papan Tanda Surau Al-Hijrah?
Monday, March 21, 2011 |
Pengalaman ke Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2011
Setelah 3 tahun penganjurannya, alhamdulillah tahun ini saya sempat melawat ke Pesta Belon Udara Panas 2011 di Putrajaya.
Mulanya tidak dirancang kerana dua anak saya tidak sihat. Tapi tarikannya yang kuat menyebabkan saya hanya membawa dua anak yang besar dan meninggalkan anak-anak kecil yang lain dengan ibunya.
Mengikut jadual, pesta tersebut bermula 7 pagi. Tapi kami hanya sampai sekitar pukul 9 pagi. Kelihatan beberapa belon pelbagai bentuk dan warna mula turun di sekitar Putrajaya. Sempat saya mengambil gambar belon berbentuk pokok yang sedang turun dan di kempiskan. Cantik kata anak-anak saya.
Kami bergerak pula ke tapak pesta. Dari jauh telah kelihatan belon 'Doremon' dan 'Darth Vader". Anak lelaki saya bertanya tentang belon hitam aka 'Darth Vader' tersebut. Yalah, mereka lahir selepas zaman 'StarWars'. Kenalah terangkan serba sedikit mengenai 'StarWars' (http://www.starwars.com/).
Sekitar tapak, terdapat 7 lagi belon termasuk 'Doremon' dan 'Darth Vader' yang digunakan untuk pengunjung yang ingin merasakan pengalaman menaiki belon udara. Saya cuba untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Bagaimanapun, kecewa kerana hanya 300 orang pertama sahaja yang dibenarkan untuk sesi sebelah pagi.
Tak ada rezeki. Kemudian nak mendaftar pertandingan mewarna. Huh, dah tutup juga. Rupanya kami lambat sampai. Memang kena datang awal rupanya.
Yang tinggal, pertandingan melipat kapal terbang kertas. Daftar je lah. Jam baru pukul 10 masa itu. Pertandingan mula 12 tengahari. Berlegarlah sekitar tapak pesta.
Tapak terbahagi 5 kawasan. Kawasan menaiki belon utama; kawasan permainan; kawasan jualan; kawasan makanan; dan kawasan pameran.
Di udara, kelihatan paramotor. Sejenis sukan ekstrim seumpama paragliding. Lihat sini http://paraglidingmalaysia.com/. Bezanya, paramotor ada motor dibelakang peluncur. Makala, paragliding meluncur mengikut kuasa angin. Itulah yang saya faham.
Terdapat juga penyewaan Segway Personal Transporter (http://segkl.com/). RM20 untuk sepuluh minit. Itu setelah tolak masa latihan dan tunjuk ajar. Ok gak, tapi mungkin boleh main lain kali. Wall climbing dan 3-wheel cycle pun ada. Juga tak berminat nak mencuba.
Kali ni, kami cuba main 'Orbing Ball' (http://www.firstinmalaysia.com.my/). RM10 seorang untuk setengah jam. Bolehlah layan. Terdapat juga 'Water Orb' dan 'Bumper Ball'.
'Water Orb' tu menarik juga sebab boleh terapung atas air tanpa basah. Cuma, kali ini 'skip' sebab dah naik 'Orbing Ball' tadi.
Seterusnya, jalan-jalan kawasan pameran, gerai makanan dan jualan. Kalau haus, banyak booth 'Mountain Dew' yang boleh menghilangkan dahaga. Ataupun boleh je beli air penghilang dahaga. Makanan pun banyak. Hanya perlu bawa duit sahaja. Dan kalau bawa anak-anak tu, banyak juga barang jualan seperti belon pelbagai bentuk cuma mahallah. Satu belon sampai RM5. Saya tak belilah.
Sebelum balik, sempat juga masuk pertandingan melipat kapal terbang kertas. Pertandingan diadili berdasarkan penerbangan paling jauh dan lipatan paling kreatif. Tak ada rezeki, anak-anak tak menang. Balik keletihan tetapi anak-anak gembira. Oh lupa, kami pergi pada hari Jumaat. Tak ramai orang. Mungkin tadi atau esok (Ahad) ramai lagi yang hadir dan lebih meriah. Kepada yang belum berkesampatan, bolehlah melawatnya.
-Khai-
Sunday, March 20, 2011 |
Makluman Mesyuarat Agung PIBG SRA-BSP
Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-2 / 2011
Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra
26 Mac 2011
8.30 pagi
Dewan SRA Bandar Seri Putra
Undang-undang tubuh PIBG
Sunday, March 20, 2011 |
Jom ke pesta belon udara panas.
Friday, March 18, 2011 |
Borang Pendaftaran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP)
From: Ahmad Yusof <ahmadbsp@hotmail.com>
Bagi memudahkan semua pengerusi persatuan penduduk taman BSP, saya syorkan panjangkan email ini kepada semua ahli dan anak buah masing-masing walaupun hardcopynya sudah diedarkan. Juga kerana waktu yang terhad dengan kesibukan masa pengerusi persatuan penduduk, saya syorkan borang yang lengkap diisi serta dengan bayaran penuh boleh juga diserahkan di kedai Internet Cafe (Engku Ahmad Faizal) beralamat di No 14 Jln Seri Putra 3/13, Bandar Seri Putra selewat-lewatnya 20 Mac.
Ps: Sdr Asfazian - SMS saya terdahulu adalah dirujuk.
Wassalam terima kasih.
Ahmad Yusof +6019 359 8489
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
==========================================================================
Apa yang saya sedia maklum, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) baru sahaja diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor pada 14 Januari 2011. Permohonannya telah dihantar beberapa tahun lalu, dan selepas beberapa pindaaan dan pertukaran ahli jawatankuasa, akhirnya ianya diluluskan pada awal tahun ini.
Berkaitan perkara tersebut, semua warga Bandar Seri Putra (BSP) dijemput untuk mendaftar terus sebagai ahli PPBSP walaupun telah mendaftar sebagai ahli persatuan penduduk/kejiranan dalam lokaliti masing-masing. Ini kerana pada ketika ini pengerusi persatuan, surau, masjid, JMB dan PIBG dalam BSP adalah ahli jawatankuasa dalam PPBSP. Dan aktiviti yang akan dijalankan (dan yang telah dijalankan) adalah untuk kepentingan warga BSP. Kuat persatuan, kuatlah BSP.
Borang pendaftaran akan mula diedarkan melalui wakil persatuan penduduk/kejiranan selewat-lewatnya 14 Mac ini. Diharap tuan/puan/ dato/datin dapat merujuk kepada wakil persatuan selepas tarikh tersebut.
Yuran pendaftaran (bayaran masuk) sebanyak RM3 perlu dikepilkan dengan borang permohonan itu nanti dan yuran tahunan sebanyak RM12 juga perlu dilampirkan. Jumlahnya RM15 untuk tahun pertama dan RM12 untuk tahun berikutnya.
Sehubungan dengan itu, atas ketetapan Jabatan Pendaftaran, satu mesyuarat agung perlu dilaksanakan sebelum 30 April 2011. Oleh itu, pihak jawatankuasa penaja telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat agung seperti berikut:
24 APRIL 2011
8.30 pagi
Dewan SMK Bandar Seri Putra
Insya-Allah, satu surat panggilan mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli yang telah mendaftar sebelum 21 Mac 2011. Borang pencalonan dan usul akan diedarkan bersama surat panggilan mesyuarat tersebut.
Diharap semua warga BSP dapat beramai-ramai mendaftarkan diri sebagai ahli PPBSP sebelum 21 Mac 2011 dan hadir mesyuarat PPBSP pada 24 April nanti. Keahlian akan terus dibuka selepas 21 Mac 2011, bagaimanapun ahli yag mendaftar selepas 21 Mac 2011 adalah sebagai pemerhati sahaja.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha, En. Burhanuddin Bin Haji Mahwal (012-2932783)
Sekian di maklumkan
-Khai, wakil SP5
Wednesday, March 16, 2011 |
Tawaran Mengikuti Kursus Menternak Kambing - PERCUMA
Wednesday, March 16, 2011
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/03/tawaran-mengikuti-kursus-menternak.htmlTawaran Mengikuti Kursus Menternak Kambing - PERCUMA
Ahli Majlis Mesyuarat Khidmat Masyarakat yang terdiri dari Ahli-Ahli MPKj dan Ketua-Ketua Kampong di bawah DUN Bangi dan AJK-AJK yang lain diberitahu bahawa pihak Jabatan Veterinar Daerah Hulu Langat menawarkan Kursus Menternak Kambing dengan kerjasama Pejabat Adun Bangi. Mereka dikehendaki menyampaikan maklumat berkenaan kepada ahli kariah masing-masing. Maklumat kursus adalah sebagaimana berikut:
Tarikh: 27 Mac 2011 (Ahad)
Tempat: Bilik Mesyuarat Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi, Dataran Usahawan
(Berdekatan Pejabat Adun Bangi).
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Peserta: 60 orang – Terbuka bagi Daerah Hulu Langat
Keutamaan kepada mereka yang sedang menternak kambing atau sekurang-
kurangnya berminat menternak
Kursus: percuma
Yang berminat, sila hubungi Ketua Kampong masing-masing atau terus
berhubung dengan Pejabat Adun Bangi – Tel: 03 8925 0891
Kursus: - Terdiri dari dua sesi:
8.00 - 9.30 - Pendaftaran
9.30 – 10.30 - Berkenalan, Perasmian & Minum Pagi
10.30- 11.30 - Pengurusan Penternakan Kambing Secara Sistematik
11.30- 1230 - Pengurusan dan Rawatan Penyakit Kambing Secara Efektif
12.30- 1.00 - Sesi Dialog/Soal Jawab
- Makan tengahari
- Bersurai
(Minum pagi dan makan tengahari disediakan – percuma).
Objektif Kursus:
1. Untuk memberi pendedahan kepada penternak kambing tentang sistem pengurusan yang baik dan bebas penyakit
2. Mendedahkan penternak kepada sistem pemasaran yang berorientasikan keuntungan sejajar dengan moto - ``Pertanian Adalah Perniagaan``.
3. Memberi peluang kepada peserta bertukar fikiran dan pandangan dengan pengusaha-pengusaha lain.
Sekian.
Wednesday, March 16, 2011 |
Kenduri Rumah Aizham
Selamat Pengantin Baru kepada adik Aizham. Majlis perkahwinan adik Aizham telah berlangsung pada Ahad lepas 13 Mac 2011. Orang pompuannya katanya dekat je... di Taman Impian Putra.
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan jayanya dengan bantuan daripada warga SP5. Tahniah warga SP5 kerana menunjukkan semangat kejiranan yang tinggi.
Masak-masak pula, Aizham dan team sendiri memasaknya.
Saya kongsikan gambar yang saya sempat ambil sepanjang majlis. Majlis bermula dengan bacaan tahlil yang diketua oleh Ustaz Dr. Ramizi.
Selebihnya di sini: http://www.facebook.com/album.php?aid=297343&id=163419787995
-Khai-
Tuesday, March 15, 2011 |