feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





MPKj Berada Pada Kedudukan (Rating) Keempat Di Kalangan PBT Di Selangor

Kajang, 15 J. Awal = 29 April (Khamis):

MPKj berada pada kedudukan keempat di kalangan PBT-PBT, iaitu berada selepas MPSJ dan mencapai taraf 4 Bintang yang melayakkan MPKj menerima hadiah RM200,000 bagi membina sebarang mercu tanda di kawasan MPKj. Demikian dimaklumkan oleh Y.Bhg. Dato' Tarmidi bin Haji Omar Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika menyampaikan ucapan perasmian "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPKj" bagi Tahun 2009 di sini petang ini. Beliau mengucap tahniah di atas kejayaan yang dicapai. Beliau berharap dengan anugerah diterima menaikkan semangat dan motivasi bagi yang menerima dan menjadi contoh dan teladan diikuti bagi yang belum menerima. Pengeluaran Hadiah Cemerlang tidak boleh melebihi 8 % dari kakitangan jabatan. Beliau menggesa MPKj berusaha untuk mencapai taraf lima bintang pada masa akan datang. Beliau juga mengumumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini juga di`rating` oleh Kerajaan Persekutuan juga bertaraf empat bintang..


Y.Bhg. Dato' Tarmidi bin Haji Omar seterusnya memaklumkan MPKj mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Pada masa beliau pernah menjadi YDP MPKj akhir 1990an (selama 8 bulan), MPKj hanya mempunyai simpanan duit dari developer sebanyak antara 20 hingga 30 juta, tetapi MPKj sekarang mempunyai sebanyak RM100 juta dengan surplus sebanyak RM8 juta, manakala wang deposit sebanyak RM60 juta. Beliau berharap MPKj akan lebih banyak membuat kutipan cukai pada masa akan datang dengan itu banyak membuat pembangunan.


Manakala Y.Bhg. Dato' Hasan Nawawi bin Abdul Rahman YDP MPKj ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya menyatakan, seramai 40 orang kakitangan dan pekerja MPKj pada kali ini menerima Anugerah Cemerlang, iaitu hanya 5% dari jumlah kakitangan dan pekerja yang berjumlah seramai 850 orang, di samping penghargaan kepada 3 orang kakitangan yang bersara dan 2 orang yang meninggal dunia. Prestasi bagi yang menerima anugerah adalah dinilai selama tiga tahun yang melibatkan lebih dari 300 kriteria.


Anugerah Cemerlang adalah acara tahunan yang diberi biasanya tidak lewat dari setengah tahun pertama selepas tahun dinilai. Hadir pada petang ini ialah Y.Bhg. Dato' Tarmidi bin Haji Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan isteri, Dato' Hasan Nawawi Abdul Rahmana YDP MPKj dan isteri, YB Dr. Shafie Abu Bakar Ahli Dewan Negeri Selangor - Bangi, YB EN. Lee Kim Sin Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Kajang, Tuan Haji Abdullah Marjunid Timbalan YDP MPKj, Ahli-ahli MPKj dan kakitangan MPKj. MPKj hingga kini berusia hampir 15 tahun (sejak 1997), sebelumnya bertaraf Majlis Daerah Hulu Langat. Sejak dinaikkan taraf seramai 6 orang YDP telah berkhidmat di MPKj Kajang iaitu, En. Yusof Badul, En. Yusof Judin, Dato' Tarmidi, Dato' Khusrin, En. Zainal dan Dato' Hasan Nawawi. Sebelum ini MPKj bertempat di bangunan Bekas Pejabat Daerah Hulu Langat yang telah berpindah di Bangi. Sejak 2007 berpindah ke Bangunannya sendiri kini. Dengan kemudahan bangunan dan bertambah kakitangan prestasi MPKj semakin meningkat dan kini mencapai taraf 4 bintang.


Menurut Dato' Hasan kawasan di bawah pentadbiran MPKj berkembang pesat, terutama Kajang dan Bangi. Pertambahan penduduk hitung panjang seramai 22,000 setahun. Sekarang penduduk Kajang berjumlah 100,000 , manakala keseluruhan Hulu Langat mendekati 1.5 juta. Oleh karana kawasan pentadbiran MPKj maju menyebabkan ramai mereka yang datang ke kawasan Kajang dan Bangi, Kita perlu menyediakan keselesaan bagi mereka dan menyediakan pekerjaan.


Anugerah yang diterima oleh 40 orang adalah dari 12 jabatan di bawah MPKj, iaitu Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Penilaian dan Pengurusan Harta, Khidmat Pengurusan, Kejuruteraan, Perancangan Pembangunan, Perbendaharaan, Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam, Pesuruhjaya Bangunan dan tiga jabatan kontrek.

Anugerah-Anugerah disampaiakan oleh Y.Bhg. Dato' Tarmidi dan Dato' Hasan Nawawi. Cabutan bertuah menjadikan majlis meriah diadakan dan hadiah-hadiah disampaikan kepada mereka yang bertuah.

Sekian.



Comments



Bank simpanan nasional (BSN) cawangan Bdr seri putra beroperasi Mei 2010

Thursday, April 29, 2010

Bank simpanan nasional (BSN) cawangan Bdr seri putra beroperasi Mei 2010

Sumber: http://mahkota5.blogspot.com/2010/04/bank-simpanan-nasional-bsn-cawangan-bdr.html




alhamdullilah, bank simpanan nasional (BSN) cawangan Bdr seri putra akan mula beroperasi pada Mei2010. Berikut adalh maklumbalas yang diterima daripada pihak BSN.

BN/IP/JPC/253.12/1 Jld 3/2010 (50)

Encik Zulkifli Ambak,

PEMBUKAAN CAWANGAN BSN

Dengan hormatnya kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 28 April 2010 berhubung perkara di atas.

Untuk makluman tuan, cawangan BSN di Bandar Seri Putra, Bangi masih dalam proses pengubahsuaian. Buat masa ini, proses tersebut adalah mengikut jadual yang ditetapkan. Sekiranya tiada sebarang masalah, cawangan berkenaan dijangka akan beroperasi pada pertengahan Mei 2010.

Sila hubungi Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-21425258 atau layari laman web www.bsn.com.my sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat.

* Mulai 1 Mei 2010, sebarang pertanyaan berhubung dengan urusan Perbankan SMS, sila hubungi Bahagian e-Channel di talian 03-26888400 atau emel kepada myBSNcontact@bsn.com.my untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Dengan hormatnya,
BANK SIMPANAN NASIONAL
Seksyen Khidmat Pelanggan
Jabatan Perbankan Cawangan



Comments

Ustaz Hasrizal aka Saiful Islam di BSP

Anda kenal dengan nama Ustaz Hasrizal?

Apakah anda pembaca tegar SaifulIslam.com?

Ingin mengetahui tip-tip keibubapaan dari Ustaz Hasrizal?

Ingin mengetahui lebih lanjut apa itu kaedah khalifah?

Anda perlu hadir diskusi bersama Ustaz Hasrizal.








Membentuk Si Cilik Melalui Kaedah Khalifah

Tarikh: Ahad 9 Mei 2010

Masa: 9am – 12pm

Tempat: Tadika Al-Fatih




Khusus untuk ibubapa anak di Al-Fatih dan juga terbuka juga kepada ibubapa lain.

Sila daftarkan diri dengan menghubungi Tadika/Taska Al-Fatih ditalian 03-8926-3697 / 019-398-5832




Comments

Laman Web/Blog Kita

Saya ingin mengucapkan setinggi-tingi tahniah dan terimakasih kepada saudara Khair yang sungguh berdedikasi dalam menjayakan laman-laman web / blog bagi keluarga kita, SP5, selain dari Yahoo Groups! ini, kita juga memiliki blog http://seriputra-5.blogspot.com/ dan juga pemuka buku :)), facebook seriputa5. Banyak input yang telah dimuatkan ke dalam kesemua laman-laman tersebut, jadi sama-samalah layarinya.

Jadi, kepada sesiapa yang belum menjadi ahli kepada Yahoo Group bleh lah berbuat demikian (dan sampaikanlah kepada jiran anda juga ya jika mereka belum menjadi ahli), dan layarilah juga blog-blog kita bagi mendapatkan berita terkini dan selalulah merujuk kalender aktiviti, laman galeri gambar dan video kita, dan bookmark kanlah laman-laman tersebut di browser anda. Anda juga boleh menyumbang artikel/berita/Komen/ucapan Tahniah/Takziah atau apa saja yang sesuai kepada laman-laman tersebut. Jadikanlah diri kita, sebuah keluarga yang aktif bukan saja offline tapi juga online.

Kepada ahli-ahli yang ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan anda dilaman blog SP5 boleh lah menghubungi saya (013-2544971 atau idaman665@gmail.com) atau saudara Khair (0132074540), manakala bayarannya adalah mengikut keikhlasan anda dan akan disalurkan kepada Tabung SP5. (Soal samada ianya mempunyai bayaran minimum adalah tertakluk kepada keputusan jawatankuasa, saiz iklan, dan bagaimana ianya hendak dipersembahkan).
 

Sekian.
 

 

salman selamat
13, jsp 5/6, bsp







Comments

Gaji pengawal tetap naik

Oleh Rizanizam Abdul Hamid dan mohd. saiful mohd. sahak
pengarang@utusan.co.my

MELAKA 27 April - Kenaikan gaji kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara bermula 1 Julai ini tetap akan dikuatkuasakan walaupun segelintir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan tersebut.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kenaikan tersebut sudah diwartakan dan kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkannya hanya kerana beberapa syarikat keselamatan tidak dapat melaksanakannya.

"Kita akan tetap laksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini. Jika timbul masalah dan isu-isu tertentu kita akan selesaikan di meja rundingan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Dialog Antara Budaya di sini malam tadi.

Persidangan antarabangsa anjuran Yayasan Belia Sedunia (WYF) itu berlangsung selama lima hari bermula semalam.

Turut hadir Ketua Menteri yang juga Pengerusi WYF, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan bermula 1 Julai ini iaitu kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus.

Gaji pokok pengawal keselamatan sekarang adalah antara RM300 hingga Rm400 sebulan.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

"Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

"Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja," katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

"Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

"Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan," katanya.

Sementara itu, Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berharap kerajaan melaksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan secara berperingkat.

Timbalan Presidennya, Mustapha Ali berkata, langkah itu bagi memberi ruang kepada pengusaha syarikat kawalan keselamatan menyelesaikan perjanjian kontrak sedia ada dengan pelanggan.

"Segelintir syarikat kawalan keselamatan menghadapi masalah setelah menandatangani perjanjian kontrak dengan pelanggan yang melibatkan bayaran gaji mengikut kadar jam yang berbeza,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mustapha berkata, pelaksanaan secara terus akan mengakibatkan pengusaha syarikat kawalan keselamatan terpaksa menanggung kos yang tinggi.

"Formula pembayaran gaji melibatkan 70 peratus dibayar terus kepada pekerja sementara 30 peratus melibatkan kos pengurusan sedangkan syarikat memperolehi keuntungan tiga hingga empat peratus sahaja," katanya.

PPKKM, ujarnya, telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menaikkan kadar bayaran gaji RM8 sejam berbanding RM4 sejam sebelum ini bagi kawasan keselamatan zon A.

Beliau berkata, kawasan zon A terdiri dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Johor.

"Bayaran gaji mengikut jam di kawasan zon B terdiri dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Melaka pula perlu dibayar RM7 sejam, manakala zon C untuk Terengganu, Kelantan, Perlis, Sabah dan Sarawak pula dibayar RM6 satu jam.

"Kita yakin dengan kenaikan kadar mengikut jam itu dapat membantu syarikat kawalan keselamatan membayar gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 mengikut kenaikan gaji ditetapkan kerajaan," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm



Comments

Sumbangan buku utk pusat sumber SRA Bandar Seri Putra, Bangi.




assalamualaikum,

saya mewakili jawatankuasa PIBG SRA Bandar Seri Putra, bangi bersama-sama jawatankuasa pusat sumber SRA SRA Bandar Seri Putra ingin memanjangkan permohonan sumbangan buku ilmiah bagi memenuhi pusat sumber SRA Bandar Seri Putra. Untuk makluman, SRA Bandar Seri Putra merupakan sekolah baru yang mana pentadbiran dibawah Pejabat Agama Islam daerah Sepang. Bagi sesi 2010, seramai 1028 pelajar yang mendaftar di SRA Bandar Seri Putra.

Bersama-sama ini disertakan surat sumbangan buku utk pusat sumber SRA Bandar Seri Putrasebagi rujukan.

sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan ini, bolehlah berhubung dengan guru besar sekolah SRA Bandar Seri Putra, Ust Amri Jamian di talian : 019-2114617.

sekian.wassalam.

zulambak@gmail.com







Comments

1 Mei 2010 (Sabtu) - Hari Kitar Semula SP5 dan Perkongsian Online

Bersempena Bulan Mesra Jiran yang telah dilancarkan Ahad lepas oleh Dato' Hassan Nawawi, YDP MPKj, Hari Kitar Semula SP5 akan diadakan pada hari Sabtu ini 1 May 2010. Bagi warga SP5 yang mempunyai barangan untuk dikitar semula seperti surat khabar, kertas, kotak, botol plastik, tin minuman, botol kaca dan barang-barang lain yang boleh dikitar semula bolehlah membawanya ke pusat pengumpulan bahan kitar semula SP5.

Setiap barang kitar semula akan direkodkan oleh wakil SP5 nanti. Selepas penjualan barangan kitar semula tersebut, mereka yang telah menyumbang mempunyai pilihan sama ada untuk mendapatkan wang hasil jualan atau boleh terus didermakan ke dalam tabung Sinking Fund SP5.

Bagaimanapun bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk turut sama pada sebelah Sabtu, pusat tersebut akan dibuka juga sehari sebelum ini (Jumaat) mulai jam 5.30 petang sehingga jam 10.00 malam.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-sjc1/hs356.snc3/29402_394942812995_163419787995_3892951_8343620_n.jpg

Program: Hari Kitar Semula SP5
Tarikh & Masa: 1 Mei 2010, Sabtu (8.30 pagi - 12.00 tengahari)
                             30 April 2010, Jumaat (5.30 petang - 10.00 malam)
Tempat: Pusat Pengumpulan Kitar Semula SP5, No. 2 Jalan 5/5 (sebelah rumah Hj. Halim).

Disamping itu, satu kaunter perkongsian online juga akan diadakan untuk warga SP5 bertukar-tukar pandangan serta berkongsi pengalaman penggunaan E-group, Blog, Facebook atau apa sahaja berkaitan pernggunaan aplikasi online.

Program: Kaunter Perkongsian Online
Tarikh & Masa: 1 Mei 2010, Sabtu (9.20 pagi - 11.00 pagi)
Tempat: Pusat Pengumpulan Kitar Semula SP5, No. 2 Jalan 5/5 (sebelah rumah Hj. Halim).



Diharapkan warga SP5 dapat sama-sama menyertai kedua-dua akitiviti ini.

-Khai@BSP




Comments

Pertandingan amal islami peringkat daerah Sepang

Sumber: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2010/04/pertandingan-amal-islami-peringkat.html



Adalah dimaklumkan SRA Bdr seri putra akan menjadi tuan rumah bagi
pertandingan amal islami peringkat daerah sepang.

Tarikh : Ahad/02-05-2010
Masa : 8.30pagi
Tempat : SRA Bdr seri Putra
Perasmi : YB Dr Shafie Abu Bakar,
ADUN Bangi.

Semua ibu bapa dijemput hadir...





Comments

SP5 residents urged to chip in to help boost security

Wednesday April 28, 2010

SP5 residents urged to chip in to help boost security

Ref: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/4/28/central/6134481&sec=central

By OH ING YEEN
ingyeen@thestar.com.my


KAJANG Municipal Council president Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman urged the remaining 13% of the residents in Seri Putra 5, Bangi, who are not paying for the neighbourhood security to cooperate with the residents association.

He said this at the launch of the Bulan Mesra Jiran Seri Putra 5 (SP5) programme themed Love Thy Neighbour, which was organised by the SP5 residents association (RA) last Sunday.

SP5 RA chairman Jefri Jaafar said of the 152 households in the area, 113 were paying the monthly security fee of RM50.

Hasan urged residents to practice tolerance and neighbourliness.

"In Selangor, 85% of the residents must agree for a guarded neighbourhood whereas a gated community needs 100%.

"In Kajang, there are about 10 neighbourhoods that have 100% residents agreeing to a gated community,

"According to the police, break-ins normally happen during the day when many are out at work," he said.

One of the objectives of the Neighbourhood Month is to increase awareness of community policing and safety among the SP5 residents.

According to Jefri, currently, only the RA committee members patrol the neighbourhood at night a few times a week.

For the Neighbourhood Month in Seri Putra 5, there will be cooking competitions, football matches, colouring and essay-writing contests for the children and a BBQ gathering.

Also at the launch was Kajang deputy OCPD Supt Toha Abdullah who urged residents to alert the police and provide the needed information.

"Call the police if you see anyone suspicious and our men will come by to check on it," he said.

Among the activities at the launch were fire safety and silat demonstrations, a safety exhibition, health checks and pocket bike activities for the children.





Comments

Sumbangan Penambahbaikan Surau AsSyakirin, Bandar Seri Putra

Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/04/surau-assyakirin-bandar-seri-putra.html

Assalamualaikum WBT,

kepada semua warga BSP muslimin&muslimah. Alhamdulillah Sembahyang Jumaat berjemaah telah pun dijalankan di Surau AsSyakirin dengan jemaah yang begitu ramai.

Bagi menampung jumlah jemaah yang makin bertambah pihak Jawatankuasa Surau telahpun menjalankan kerja-kerja penambahbaikan untuk keselesaan kita beribadah. Antara kerja berkaitan yang telah dijalankan adalah pemasangan Awning dan lain-lain kerja yang kesemuanya memakan belanja sebanyak RM3950.00. Alhamdulillah telah ada Hamba Allah yang sudi menyumbangkan sebanyak RM1950.00 manakala telah ada juga penyumbang yang berjanji RM1000.00.

Oleh itu pihak Surau berharap pada sesiapa yang ingin bersedekah/menyumbang untuk baki RM1000.00 lagi bolehlah terus menyumbang kepada Pihak AJK Surau atau berhubung dengan Pengerusi Surau Tuan Haji Rani no hp: 019-3656514. Muga-muga sedekah tuan/puan nanti diberkati Allah SWT, InsyAllah.

Wassalam

Surau AsSyakirin
Bandar Seri Putra, Semestinya



Comments

Pendaftran pelajar tahun 1 di SRABSP sesi 2011/2012





Assalamualaikum,

SRA Bdr seri putra memaklumkan pendaftaran pelajar tahun 1 sesi 2011/2012 telah dibuka mulai 04 Mei 2010 sehingga 31 mei 2010 di pejabat sekolah mulai jam 9.00pagi sehingga 4.30ptg.

Semasa pendaftaran, sila bawa bersama-sama:

1) 1 salinan surat beranak
2) 2 keping gambar (menutup aurat)
3) 1 salinan kad pengenalan Ibubapa/penjaga
4) Surat beranak asal
5) samput surat putih panjang bersetem RM 0.30 dan beralamat sendiri.

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

sekian..



Comments

TERIMA KASIH,THANK YOU, SHUKRAN,KAMSIA,NANDRE,GRACIAS,GRAZIE & MERCI

DEAR MEMERS OF SP5 BROTHERS AND SISTERS.......

 
you see.... i have been all this while feel so proud being part of this community members of SP5. but nothing could compare the feeling of how proud i was yesterday , 25th April 2010 when we held our launching of love thy neighbor campaign.
 
to see my brothers and sisters thronged to our canopies with their families, to see how members taking their seats, to see how members genuinely show their support to our mini exhibition and listening to speeaches and going tru the itenerary one to another was indeed a memorable yet the most satisfaction feeling for us the AJKs.
 
In the nutshell, members were indeed the real players that makes our event a blessed and succesful one (as being told by some of our invitees to me)
 
Of course my special thanks to all the AJKs, our crews for the event, contributors and each and every single individual who i have witnessed without being asked had lent their hands in every aspect of the events.
 
Those who swept the floor and the tamac, those who carried and arranged the chairs, those who cleared the surrounding area after the event,to mention a few,  were indeed the champion-brother fadzel the manager of Iguana,tukimat (though stil nursing the ligament injury due to his fearsome skil on he pitch) zamri of tnb, rosli petronas,cik mat,zulbairi the mantan, patrick my red devil brother, zaidi both of them 5/5 and 5/7...and all others i may have not been able to catch with my semi big eyes...
 

LET ME SAY THAT I M VERY VERY PROUD OF YOU AND YOU DESERVE A PAT ON YOUR BACK.GOD BLESS AND YOU REALLY MAKE US PROUD TO CALL OUR SELVES THE "SP FIVERS"
 
THANK YOU & THANK YOU -SINCERELY JEFF

__._,_._




Comments

Kelas Renang untuk kanak-kanak di Clubhouse Bukit Mahkota

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=4467.msg47968#msg47968

Assalamualaikum wbt

Biro Wanita & Kekeluargaan MAHKOTA6 akan mengadakan kelas renang untuk kanak-kanak di Clubhouse Bukit Mahkota.

InsyaAllah kelas akan bermula Mei 2010 setiap hari Sabtu jam 8.30 - 9.30 pagi (4X sebulan). Bayaran untuk ahli MAHKOTA6 adalah RM80 sebulan manakala bukan ahli RM90 sebulan.

Sila hubungi Puan Siti Nurbaya di talian 019-3335644 atau emel nurbaya@usim.edu.my.


Sekian, terima kasih.


Biro Sekretariat & Perhubungan Awam
MAHKOTA6




Comments

Majlis Tahlil & Doa Selamat, No 23 Jln SP 5/7

Assalamualaikum,

Dgn segala hormatnya rakan dan kenalan di SP5 dijemput ke majlis spt di atas, yg akan saya adakan spt maklumat berikut, insyallah:

      Tarikh: 01 Mei 2010,
      Masa: Jam 5 petang,
      Alamat: No 23 Jalan SP 5/7, Bdr Seri Putra.

Semoga dgn penyertaan anda majlis di atas akan mendapat rahmat dari Nya, Amiin.

Mohamed H Ismail
Bangi





Comments

Berita: Harian Metro

Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/85_perlusetuju/Article/

85% perlu setuju

Oleh Amirul Haswendy Ashari

2010/04/26
E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

BANGI: Sekurang-kurangnya 85 peratus penduduk perlu bersetuju sebelum sistem komuniti berpengawal boleh dilaksanakan di kawasan perumahan di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman, berkata ia berikutan sistem itu memerlukan komitmen sebahagian besar penduduk setempat.


"Berbeza dengan sistem komuniti berpagar, persetujuan 100 peratus penduduk diperlukan sebelum diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.


Sehingga kini, lebih 20 komuniti berpengawal dan 10 komuniti berpagar diluluskan MPKj dan ia bertambah dari semasa ke semasa.


Pertambahan ini berpunca daripada kesedaran penduduk terhadap kepentingan menjaga keselamatan tanpa terlalu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.


Menurut Hassan Nawawi, susulan permintaan yang semakin bertambah, persatuan penduduk perlu mematuhi beberapa garis panduan yang ditetapkan PBT.


"Selain daripada persetujuan majoriti penduduk, mereka juga perlu bertoleransi untuk mengelak daripada salah faham berikutan jalan yang ditutup kepada orang luar," katanya lagi.


Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Bulan Mesra Jiran Seriputra5 (SP5) di Bandar Seri Putra, di sini, semalam.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kejiranan SP5, Jeffri Jaafar, ketika ditemui berkata program itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat kejiranan dikalangan penduduk sekitar.

"Selain daripada memperkasakan 1Malaysia, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti kepolisan dan keselamatan di SP5," katanya.


Antara agensi yang terbabit dalam program itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.






Comments

Laporan Gotong-Royong SP5, 24 April 2010

BSP, 24 April.
Acara gotong-royong sempena majlis pelancaran esok telah berjaya dijalankan pagi tadi dengan kehadiran hampir 30 ahli SP5. Walaupun kebanyakan ahli yang terpaksa pergi dan balik menghantar anak sama ada ke sekolah (hari ini sekolah untuk ganti cuti raya) atau aktiviti lain, bihoon dan kuih yang disediakan berjaya dihabiskan.

Antara yang telah dibersihkan adalah kawasan perasmian esok, longkang tersumbat antara Jalan 5/3 dan 5/1, Jalan 5/3, Jalan 5/4 dan rumah persinggahan untuk VVIP. Acara tamat sekitar pukul 12 tengahari.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs377.snc3/24160_393405957995_163419787995_3857776_6718928_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs397.snc3/24160_393405997995_163419787995_3857783_4264591_n.jpg



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs377.snc3/24160_393406092995_163419787995_3857800_6215616_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs377.snc3/24160_393406122995_163419787995_3857806_6983203_n.jpg

Gambar lain boleh dilihat di pautan ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=168580&id=163419787995

Khair@BSP




Comments

Buletin 3/2010 SKBSP










Comments

Mesyuarat Agung Surau Al-Hijrah, Sabtu 24 April, Lepas Isyak

Labels:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCAh2D1cudQs2hwFs0sP55euQXGPoLOnTWZFVMejcZ_xFctCOmbidOxkICf3fK9k3VI6WSSQTFUGRulb41SIRztgFp_LY_UyiJ_lDWEaSj29jFK3JXDRRgBwyjP9lMTvrdyvdIhBan1urF/s800/2010BannerMesyuarat.jpg

Jangan lupa hadir sama.



Comments

Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan - Siaran ke 2

Labels:

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs421.snc3/24320_392857452995_163419787995_3846053_1578141_n.jpg



Comments

Tazkirah : Adab Berjiran 2

Labels:

From: salman selamat <salmanselamat@yahoo.com>

 
Tazkirah ini adalah Sempena Bulan Mesra Jiran 25/4 - 25/5/2010 peringkat Seriputra 5. Juga dikepilkan (attached) untuk offline reading.

Mengapa Kita perlu Berjiran
Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup di dalam Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajiban mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.
Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
"..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki". (An-Nisaa' : 36)
Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat maka tidak dapat tidak kita perlulah terlebih dahulu menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran.
Antaranya:
1.  Bantuan Ketika Kecemasan
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain lagi. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat mlahirkan suasana seperti ini.
2.  Menambah Kenalan
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Wahai manuisa, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali". (Al-Hujurat : 13)
Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Antaranya mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru atau pensyarah, mendapat nasihat kesihatan jiran berjirankan seorang doktor, mendapat nasihat guaman jika berjirankan seorang peguam atau majistret, membaiki kerosakan pada rumah dan kenderaan jika berjirankan seorang mekanik dan begitulah seterusnya. Ini tidak termasuk ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran seperti ilmu bercucuk tanam, landskap, jahitan, gubahan, masakan, komputer dan lain-lain lagi.
3.  Menjamin Keselamatan Setempat
Jiran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui penuuhan dan penguatkuasaan Jawatankuasa Keselamatan atau mengadakan kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah swt yang bermaksud:
"Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran". (Al-Maidah : 2)
4.  Menjaga Keharmonian Masyarakat
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiapkali menyedari berlaku perkar-perkara yang ganjil dan meragukan. Apakah kita perlu tunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran? Bukankah elok dan bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi bak kata pepatah Melayu "Sediakan payung sebelum hujan".
Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan.
5.  Menjaga Kebajikan Penduduk Setempat
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana pelagai program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini adalah terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
"…dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka…" (Al-Syura : 38)
6.  Integrasi Nasional
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.
Tuntutan supaya mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran dinyatakan dalam sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Jibrail berkali-kali mengingatkan aku (supaya berbuat baik) terhadap jiran sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku". (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Pedoman Berjiran
Satu realiti kehidupan pada hari ini ialah kita dikelilingi oleh manusia yang mempunyai pelbagai citarasa, pandangan, minat, gaya, sikap, akhlak, perangai, bahasa dan budaya yang berlainan dan berbeza-beza. Jenis dan ragam manusia yang bermacam-macam ini ditambah lagi tidak semua mereka memiliki hati yang suci bersih dan luhur menyebabkan usaha mewujudkan suasana kerukunan hidup berjiran menghadapi sedikit kesulitan dan kerumitan.
Walau bagaiamanpun, perkara ini dapat diatasi sekiranya masing-masing mengamalkan dan menghayati sikap berlapang dada, bertolak ansur, saling faham memahami, meningkatkan kesabaran, bertukar-tukar pendapat, mencari titik persamaan dan mengeratkan hubungan yang renggang dengan penuh hikmah dan mahabbah. Di samping itu, sikap-sikap yang negatif seperti berburuk sangka, irihati, dengki, fitnah dan sebagainya perlulah dikikis dan dijauhkan. Sememangnya diakui bahawa usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan. Pelbagai pendekatan dan amalan boleh dibuat bagi memenuhi hasrat tersebut. Antaranya,
1.  Bertegur Sapa
Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup. Oleh itu, amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.
2.  Kunjung-Mengunjung
Meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat hidup berjiran. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya. Ini kerana peluang masa berbicara yang lebih panjang dan suasana rumah yang lebih tenteram memungkinkan kita mengenali dan menyelami suka dan duka jiran secara lebih dekat. Namun demikian, kita perlulah pandai memilih waktu yang sesuai agar kunjungan kita itu tidak menganggu waktu rehat mereka yang boleh mengakibatkan kesan yang negatif pula. Sekurang-kurangnya amalan berkunjung ke rumah jiran dilakukan pada hujung minggu atau sempena hari-hari perayaan tertentu.
3.  Menghulurkan Bantuan
Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila sanggup mengenepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Pengorbanan seumpama ini sememangnya tidak mudah dilupakan oleh sesiapapun apatah lagi jiran yang terdekat.
Semakin kerap kita menolong jiran maka pada masa yang sama semakin kuat pula ikatan kejiranan. Dengan sebab itu, amalan menolong jiran adalah amalan yang paling berkesan dalam mengekalkan hubungan kejiranan yang baik sekalipun telah berpindah rumah. Seharusnya amalan ini dilakukan oleh setiap daripada kita.
4.  Bergotong-Royong
Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung, surau, balairaya, longkang dan sebagainya ataupun membaiki rumah atau jambatan akibat bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan menyemai hubungan baik dan semangat kejiranan.
Aktiviti bergotong-royong ini dapat menyatupadukan penduduk setempat kepada satu tujuan yang murni seperti menjaga kebersihan, memelihara alam sekitar, membantu jiran dan lain-lain lagi. Sewajarnyalah amalan ini dihidupkan bagi menjana satu masyarakat yang bersatupadu dan hidup harmoni sesama mereka.
Kesimpulan
Maka dengan ini, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah masyarakat maupun negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan ukhuwwah Islamiah dan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah swt adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.
Akhir kata marilah kita sama sama berusaha untuk menjadikan Seriputra 5 ini sebagai tempat yang terbaik untuk didiami dengan mengukuhkan lagi perpaduan sesama kita di samping cuba untuk menarik lebih ramai lagi anggota masyarakat yang masih lagi 'lena' untuk berganding bahu bagi merealisasikan impian kita untuk menjadikan 'kampung' kita ini sebagi contoh bagi masyarakat di tempat lain.




Comments

Laporan ANJING LIAR

Labels:

Masalah anjing liar telah dipanjangkan kepada MPKj daripada Bangi Height.

---------- Forwarded message ----------
From: Norizan Sulaiman <nsizan@umland.com.my>
toaduan@mpkj.gov.my
 
Tuan,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1.         Terlebeh dahulu salam hormat dimulakan dengan aduan yang ingin disampaikan kepada pihak tuan mengenai permasalahan anjing liar yang terlalu banyak berkeliaran di dalam Bandar Seri Putra.  Di mana sahaja pergi di kawasan perumahan dan juga rumah-rumah kedai, anjing liar banyak berkeliaran serta beranak pinak yang kini dilihat sebagai satu ancaman kepada semua penduduk Bandar Seri Putra serta dilihat kurang selesa seolah-olah ianya sebagai satu kawasan perkampungan haiwan.

2.         Tidak kira di siang hari mahupun diwaktu malam anjing-anjing liar ini berkeliaran dan mendekati perumahan dengan bebas.  Diharapkan pihak tuan dapat mengambil tindakan segera demi keselamatan dan kesihatan untuk mengusir, menangkap atau menghapus anjing-anjing liar ini daripada kawasan Bandar Seri Putra kerana dikuatiri suatu hari nanti berlakunya sesuatu yang tidak diingini; anjing-anjing liar ini bertindak ganas dan mengigit sesiapa jua penduduk golongan tua, muda dan kanak-kanak.  Beberapa laporan telah diterima daripada penduduk yang menyatakan beliau dan anak-anak pernah dikejar oleh anjing-anjing liar ini.  Keselesaan penduduk untuk riadah dan berjogging secara bebas dan terbuka terhad kerana merasa takut dengan kehadiran anjing-anjing liar ini.

3.         Di atas kerjasama dan tindakan segera daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Wassalam.

Yang benar,

Norizan bin Hj Sulaiman
Eksekutif (Keselamatan)
Bangi Heights Development Sdn Bhd
__._,_.___




Comments

Bolasepak - Putra Tropika dah panas

Labels:

Iguana's,

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs401.snc3/24320_392539142995_163419787995_3839846_4567477_n.jpg

Nampaknya Putra Tropika juga dah dapat tempias nak main lawan sama ada kita atau Putra Terrace.
Siap nak beli jersey. Kalau dah beli boleh ajak mereka lawan friendly.

Khai@BSP



Comments

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2010 Pertama

Labels:

Sumber: http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/mesyuarat-jawatankuasa-pibg-2010.html

Pada 14 April lepas, jawatankuasa PIBG 2010 telah berjaya melaksanakan mesyuarat pertamanya. Mesyuarat telah dihadiri oleh majoriti ahli jawatankuasa.


Gambar - Jawatankuasa PIBG bersidang

Mesyuarat telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada penasihat PIBG, puan Guru Besar SK-BSP, Puan Normah Binti Kasim. Antara yang disentuh adalah mengenai saringan LINUS dan perjumpaan dengan ibubapa mengenai saringan tersebut. Juga disentuh tentang pencapaian sekolah dalam bidang sukan atau olahraga yang belum pun setahun umurnya serta berkenaan masalah murid.


Gambar - Puan Normah Binti Kasim, Guru Besar SK Bandar Seri Putra

Saringan LINUS yang lalu telah mendapati 180 pelajar terpaksa dimasukkan dalam kelas LINUS dan saringan seterusnya akan dijalankan bulan Jun akan datang.

Berkenaan pendaftaran tahun satu, sehingga kini telah terdapat 521 pelajar mendaftar untuk tahun satu 2011 dan 271 lagi mendaftar untuk tahun satu 2012.

Aktiviti besar yang akan dijalankan sekolah dalam masa terdekat adalah Hari Kantin. Bagaimanapun, kertas kerja hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Manakala masalah mengumpul dan mengekstrak data sekolah (daripada sistem Kementerian dan daripada database sekolah) akan dibantu oleh PIBG agar mudah dibaca dan dianalisis.

Majlis penyerahan tugas antara YDP 2009 (Mejar Qayyum) dan YDP 2010 (Ustaz Rozi) juga telah dijalankan.


Gambar - Mejar Qayyum menyerahkan tugas kepada Ustaz Rozi

PIBG juga telah bersetuju membentuk unit-unit yang akan membantu menggerakkan PIBG:

   1. Unit Pembangunan, Kewangan dan Ekonomi - Diketuai oleh Ustaz Rozi
   2. Unit Kebajikan dan Keselamatan - Diketuai oleh Mejar Qayyum
   3. Unit Pendidikan, Sukan dan Kerohanian - Diketuai oleh En Rosli
   4. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi - Diketuai oleh En Khairil

Semua unit ini akan mengambil isu-isu yang telah dibangkitkan dalam dan luar mesyuarat agong untuk diselesaikan. Ibubapa yang lain juga diharap dapat menyumbang melalui unit-unit ini. Ibubapa boleh mendaftarkan diri di sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/pendaftaran-kepakaran-ibubapa.html.

Buat permulaan, PIBG melalui Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi telah mengesahkan bahawa blog SB Bandar Seri Putra (http://skbandarseriputra.blogspot.com/) akan dijadikan blog rasmi PIBG dan sekolah. Satu e-group juga telah diwujudkan sebagai ruang perbincangan PIBG (lihat sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/e-group-perbincangan.html).

Mesyuarat telah ditangguhkan sekitar jam 12 tengah malam dan akan bermesyuarat semula dalam masa sebulan.

Nota: Gambar lain boleh dilihat di http://www.facebook.com/album.php?aid=166513&id=182228500788

- Dilaporkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi



Comments

Gotong-royong SABTU 24 April, 7 pagi

Labels:

Kawan-kawan SP5 sekalian,

Bersempena Majlis Perasmian Bulan Mesra Kejiranan yang akan dilangsungkan pada hari AHAD 25 April, 7 pagi, pihak jawatankuasa penduduk telah bersetuju untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan SP5 agar nampak lebih bersih. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa ingin memohon kerjasama semua ahli SP5 agar dapat sama-sama turun membersihkan kawasan SP5 pada hari SABTU 24 April, 7 pagi. (Sehari sebelum majlis pelancaran).

Secara amnya, pada hari SABTU:

Aktiviti: Gotong-royong
Tarikh: SABTU, 24 April
Masa: 7 pagi
Tempat berkumpul: Pos pengawal SP5
Nota: Makan dan minuman akan disediakan

Manakala majlis hari AHAD:
Aktiviti: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan
Tarikh: AHAD, 25 April
Masa: 7 pagi
Tempat berkumpul: Persimpangan Jalan 5/3 dan 5/4
Nota: Makan dan minuman akan disediakan serta potluck daripada penduduk

Harap ramai-ramai dapat turun SABTU & AHAD ini.

-Khai@BSP



Comments

Gerai Jualan atau Pameran Untuk Disewa

Labels:

http://hazril.com/seriputra5/Bulanmesrajiran/Majlispelancaran-GeraiJualan.jpg



Comments

Qigong Secrets: Breathing .....prepration for Qi Gong Exercise pd' Pelancaran Bulan Mesra Jiran'

Labels:

FYI

---------- Forwarded message ----------
From: Dato Annas

 
Salam utk semua warga SP5. I want to share this very inspiring article for yr reading n breathing pleasures, so that it 'll motivate n encourage all of us to manage our health n life total well-being wh we may 've taken for granted. Pl 've the  patience n passion to walk thru the articles  in order for u to appreciate n comprehend the benefits of regularly doing Qi Gong exercises on yr total health well-being. Hppy reading,tq




Comments

Keputusan bolasepak: Putra Terrace 2 - 4 Seriputra5

Labels:

BSP, Ahad, 18 April 2010.



Satu perlawanan bolasepak antara Putra Terrace dan Seriputra5 (SP5) telah dilangsungkan di padang Bandar Seri Putra (BSP) semalam. Perlawanan telah berlangsung sekitar jam 8.30 pagi dengan kehadiran pemain dan penyokong kedua-dua belah pihak. SP5 dengan baju belang hijau putih (yang mahu dikenali sebagai "Iguana") telah berjaya menewaskan Putra Terrace dengan jaringan 4-2.

Pasukan SP5 Iguana yang telah diperkuat dengan pemain tengah Seelan Paul dan penyerang sensasi BSP Atiq Somchit telah terlebih dahulu mendahului pihak lawan pada separuh masa pertama. Gerakan solo Atiq telah membuahkan hasil dan jaringan pertama telah menaikkan semangat para penyokong SP5 yang diketuai oleh Abg Fadzel, Dato' Annas dan En Nordin Pilot.

Gol kedua pula menyusul hasil hantaran cantik pemain tengah SP5 yang melorongkan bola kepada pemain sayapnya sebelum dihantar ke tengah untuk disudahkan oleh Atiq sekali lagi. Gol ketiga dijaring oleh Seelan Paul hasil bola yang tidak dihantar kemas oleh penjaqa gol Putra Terrace dan di sambar oleh pemain tengah SP5 sebelum dilorongkan kepada Seelan yang berada dalam petak penalti dengan pusingan yang cantik dan rembatan kaki kiri.

Separuh masa pertama SP5 3, Putra Terrace 0.

Separuh masa kedua dimulakan dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan setelah kemasukan beberapa pemain baru. Putra Terrace berjaya mendapat jaringan pertama akibat suasana kelam-kabut di hadapan gol SP5.

SP5 membalas serangan dan akibat kesilapan pemain pertahanan Putra Terrace, gol sendiri telah dijaringkan.

Manakala gol kedua Putra Terrace dijaringkan hampir ke minit-minit terakhir permainan.

Kesudahannya, SP5 4-2 Putra Terrace.

Ditulis oleh Khai@BSP.



Comments

BENGKEL FROZEN FOOD = RM60 = 25/4/10 - Anjuran Seri An Nur Bandar Seri Putra

Labels:

FYI bagi yang berminat.

---------- Forwarded message ----------
From: Puan Watie <puanwatie@gmail.com>

 

JEMPUTAN KE BENGKEL FROZEN FOOD

BENGKEL SEHARI TERBUKA KEPADA PENGUSAHA DAN BAKAL PENGUSAHA FROZEN FOOD,SURI RUMAH,DAN SESIAPA YANG BERMINAT MENYERTAI..MAKLUMAT BENGKEL ADALAH SEPERTI BERIKUT..

Senarai kursus Frozen food untuk pakej 1, 2 dan 3

Modul:

1. Pengenalan sejukbeku
2. Teknik sejukbeku
3. Handling n processing
4. Packaging
5. Shelf life of the products
6. Line of production

Sessi 1,
1. Donut
2. Creampuff
3. Frozen Chocolate moist cake (BARU)

Sessi 2
1. Karipap
2. Samosa
3. Sardin Rolls

Sessi 3
1. Frozen Kuih Bakar/Kuih Kemboja (BARU)
2. Pizza
3. Cucur Badak


BENGKEL AKAN DIADAKAN PADA:

TARIKH : 24HB @ 25hb APRIL 2010

MASA : 9.30 PG - 4.30 PTG

TEMPAT : BENGKEL MASAKAN SEK.MEN. JALAN REKO,KAJANG( sila rujuk map yg telah disediakan)

YURAN : RM60 UNTUK 1 SESSI , DISKAUN ISTIMEWA RM120 SAHAJA UNTUK PAKEJ PENUH 3 SESSI

DEPOSIT: RM50 SAHAJA


Pn. Azwa - 019 368 9396 (puanazzwa@gmail.com)
Pn. Watie - 013 231 6296 (puanwatie@gmail.com)

BOOKING TEMPAT - TEMPAT ADALAH TERHAD
SEBELUM 22HB APRIL 2010


MAYBANK : 1622 6336 2417

NURULAZWA MOHD RUSLI

Sila sms ke 019-368 9396 sekiranya pembayaran telah di buat nyatakan MASA * TARIKH * pembayaran anda,
sertakan juga NAMA PENUH / NO IC / UNTUK SIJIL PENYERTAAN.


--
1smsclub...Tercanggih & Terkini....
Pasang Iklan Di Internet Guna SMS
http://www.1smsclub.com/?id=lycra


Bengkel Sulaman Manik & Labuci...
= http://mummie-ebeads.blogspot.com/


KELAS RENANG  http://annur08.blogspot.com/


WATIE MD. ARSHAD
013-2316296 / 0389267316




Comments

Siaran Pertama: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan

Labels:

http://hazril.com/seriputra5/Bulanmesrajiran/Majlispelancaran-Siaran1.jpg




Comments

JEMPUTAN EN NASIR 5 J 5/5

Labels:

Assalam......

Dengan segala hormatnya, kami menjemput Tuan-Tuan dan Puan-Puan (suami dan isteri) ke Majlis bacaan Yasiin, Tahlil Arwah dan Doa Selamat di rumah kami. Maklumat seperti berikut:
Tarikh:      23hb. April 2010(Jumaat)
Masa:        8.45pm (Selepas Isyak)
Alamat:     No. 5, Jalan Seri Putra 5/5
                 Bandar Seri Putra
Dengan kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan dapat menjayakan majlis dan dapat berkat serta rahmat dari Allah swt. TQ. 
Nasir seKeluarga




Comments

Tazkirah : Adab Berjiran

Labels:

Adab berjiran kena banyak berkompromi, jangan jadikan hal-hal yang kecil hingga sampai bertelagah dan bertegang urat dan selanjutnya tidak bertegur sapa. Bukan sekadar mengenali siapakah jiran kata, dengan hanya mengetahui nama mereka sahaja, malah kena lebih dari itu.

Banyak contoh yang boleh diambil di mana kepentingan jiran melebihi dalam banyak hal seperti bilamana kita atau jiran nak mengahwinkan anak-anak sudah pasti ruangan jiran, bising, sisa sampah, kesan bau dan sebagainya boleh mnggugat kesabaran kita. Malah lagi, dalam masa menguruskan kematian pun begitu juga, jiranlah yang akan bertindak sebagai saudara terdekat kita.

Dari Abi Syuraih al-Khusa'i Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jiran. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya, Dan seiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam". (Riwayat Muslim)

Sebagai jiran, kita masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:

(a) Jangan menyakiti jiran

Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran. Jadi perbuatan buruk terhadap jiran amatlah salah. Melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain. Hingga hadis Bukhari ada menyebut "Tidak beriman mereka yang menyakiti jiran.

Manakah lagi satu perbuatan keji selain daripada berzina dengan anak jiran atau mencuri hak mereka. Ia boleh diibaratkan membuang najis ke dalam periuk nasi.

(b) Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib nmemelihara jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi s.a.w. mengingatkan "Siapa yang memenuhi hajat jirannya, Allah akan memenuhkan hajatnya."

Kebalikan daripada kejahatan segala kebaikan hendaklah diberikan kepada jiran.

(c) Berbuat baik kepada jiran.

Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.

Sebagai orang yang dekat, jiranlah tempat kita memohon pertolongan apa sahaja keperluan. Kepada jiran dalam perkara ini melebihi keluarga sendiri yang tinggal jauh. Jika habis air, garam,beras atau keperluan harian yang lain, maka jiranlah tempat mengadu, apa lagi di kampung. Jika ada kenduri kendara memerlukan kawasan, mangkuk pinggan, atau peralatan dapur, siapa lagi jika bukan jiran yang menjadi tempat untuk meminta bantuan.

Sikap dan perbuatan jiran yang melampaui tatasusila, bertentangan sama sekali dengan itu semua. Namun bagi kita pula hendaklah mengambil sikap dasar seterusnya.

(d) Menanggung kejahatan jiran.

Kata pepatah Melayu ''Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali". Memang jika diikutkan hati yang panas, apa sahaja mahu dilakukan kepada jiran yang sebegitu rupa (menghalang kenderaan, membuang sampah, berbuat bising dan sebagainya). Tetapi Islam meletakkan mereka yang membalas kejahatan jiran dengan kebaikan sebagai kedudukan yang paling mulia.

Rasulullah s.a.w selalu memuji orang yang berlapang dada, mudah memaafkan, memberi kepada mereka yang enggan berbuat begitu kepada kita, malah menghubung silaturrahim dengan mereka yang memutuskan silaturrahim.

Membalas kejahatan dengan kejahatan akan merosakkan perpaduan. Jika ada ruang untuk membaiki keadaan secara baik, itulah jalan paling selamat. Justeru itu kita dituntut memiliki perasaan bersabar dan tidak mudah jadi pemarah. Jangan bersikap panas baran.

Hatta, saya bermohon kepada semua jiran saya di SP5 ini, dapatlah mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, bukan sekadar kenal mengenali dan menyimpan nombor telefon mereka, malah dapat meningkatkan lagi keakraban dan menanamkan sikap timbangrasa, faham memahami dan tolong menolong.

Dengan adanya, program "Bulan mesra jiran (Love Thy Neighbours)" ini, dapatlah kita semua mengambil peluang untuk lebih bersatu hati dalam semua segi.

 Amin.

salman selamat
13, jsp 5/6, bsp




Comments

Fwd:Pertandingan Bola Sepak Balai polis bangi VS Pasukan Bola Sepak BSP

Labels:

Salam,

Harap ada player SP5 yang dapat mewakili BSP. Seronok gak nak tengok ni. Kalau lawan org muda, rasanya tak mampu. Tapi kalau kelaskan atas 30 tahun, mau gak main ni. Yang lain boleh bagi nama pada En Din jika berminat nak main.

Khai@BSP

---------- Forwarded message ----------
fromDin Naga <dincc2u@yahoo.com>

As salam,

Adalah di maklumkan, Pertandingan Bola Sepak diantara;
                 Pasukan Balai Polis Bangi Vs Pasukan Bola Sepak BSP akan diadakan spt berikut:

Tarikh : 1 May 2010

Masa : 0830pagi

Tempat : Padang Bola Sepak Bandar Seri Putra

kepada sesiapa yang berminat di jemput hadir untuk menyertai Pasukan Bola Sepak BSP atau hubungi di talian 019 315 4535

sekian,

din - KSPM

__._,_.___




Comments

25TH APRIL 2010 7AM-PLEASE BE THERE

Labels:


salamm to all members of SP 5....good day too.
we have today received a confirmation that the YDP of MPKJ Dato Hassan Nawawi WILL BE LAUNCHING our campaign Love Thy Nbor next sunday 25th April 2010.
So is the OCPD of Kajang and other vips..
my friends, this campaign must be the very first ever held by any scheme at BSP and even i was told that Dato YDP was impressed with our effort.
so for those who indeed been supporting us day in day out rain or shine, who have been supporting our struggle and your struggle more specifically on then settled saga of L2 our plea is PLEASE PLEASE & PLEASE be there with your family,with your siblings, with your orang kampung,your maids even your pets (with the 'rest' i leave it to your wisdom!) -on SUNDAY 25TH APRIL 2010.
please spare us, the AJKS sum face infront of the YDP.
we thank you in advance (and also for the generousity on donations too)
alw with utmost sincerity-jeff 

__._,_.___





Comments

ADUN Bangi - Dr Shafie Abu Bakar

Labels:

Salam,

Bagi penggundi yang tidak pernah mengenali wakil rakyat kita ADUN Bangi, saya paparkan gambar, cara untuk hubungi YB dan biodata YB.


Sebarang masalah yang ingin dikeutarakan boleh hubungi YB atau pembantu YB seperti tertera dibawah:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiZB_bascVlCXDwT3NQxM-V3LxDNiSmzWMOTQs54yjNhjOpOvxVFwICzE_DOsFMgSecDazzecq4qwfBZQ38Nzz1H1XFh17JC6UstfXAa7tFKzSTnRf5p_OdmVVRB0nbMi-LNOzvwRSTtw/s692/bg+web.jpg

Sedikit biodata YB:

Dr Shafie Abu Bakar


> ADUN BANGI (2008-KINI)
> ADUN KAJANG (1999-2004)
> PROFESOR MADYA UKM (1994-1999)
>PENSYARAH UKM (1976-1994)
> GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA (1963-1970)
>PANEL HADIAH SASTERA MALAYSIA(1986-1999)
>AHLI LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU (1993-2004)
>AHLI MAJLIS KUSZA (2001-2004)
>YDP PAS HULU LANGAT (2003-2004)
>YDP PAS SERDANG (2004-KINI)
>TIMBALAN P.JAYA PAS SELANGOR (2001-2007)
>PEMBANTU EXCO HAL EHWAL ISLAM & ADAT-ADAT MELAYU SELANGOR (MEI 2008-KINI)




Comments

Bola lagi - 17/4/2010 dan 18/4/2010 (KemaskinI)

Labels:

 
Salam
Sebagaimana yg telah diwar-warkan oleh saudara atiq satu perlawanan bolasepak dgn junior beliau akan diadakan di shah alam pada 17/4/2010 (sabtu) jam 5 petang (Di batalkan)
Walau bagaimana pun disebabkan reputasi yg tinggi pasukan "iguana/sesumpah" pasukan putra teres telah melontarkan satu cabaran kepada kita untuk menentang mereka pada 18/4/2010 (ahad) jam 8 pagi di stadium seri putra.
Di harap para pemain dan juga warga sp5 dapat memberi jawapan cabaran mana yg ingin kita sambut.
sekian terima kasih
p/s : sealan, saifulzaman, shahnaz, zuwairi, yakob, faiz, tukimat dll kehadiran anda diperlukan

__._,_.___
Omar Sabki



Comments

Terkini - Status SMK Bandar Seri Putra

Labels:

Salam,



Untuk makluman, Kementerian Pelajaran melalui mesyuarat pada 29 Mac 2010 telah memilih kontraktor baru untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan SMK Bandar Seri Putra yang terbengkalai. Kontraktor tersebut dijangka memulakan kerja pada awal Mei 2010 dan kerja-kerja menyiapkan projek tersebut dijangka mengambil masa selama kira-kira 7 bulan.
Sekian.

Dari sumber yang boleh dipercayai.

__




Comments

Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin (17 April) 20 J 5/4

Labels:

Assalamualaikum semua,


Saya Nor Sallehi dan Puan Khatijah menjemput semua ke Majlis Tahlil dan bacaan Yassin sempena 40 hari pemergian Ibu kami ke rahmatullah. Majlis ini insyaallah akan diadakan selepas Isya' pada 17 April 2010 (hari Sabtu malam Ahad) di rumah kami No. 20, Jalan Seri Putra 5/4.

Semoga Allah memberkati majlis ini.

Wassallam

Nor Sallehi Kassim




Comments

Lawan bola 17 April

Labels:

to players,

sp5 akan ada perlawanan bola sepak persahabatan di padang panasonic, sek 21 shah alam pada petang 5pm.
tolong confirm sapa bole main.
opponent junior sekolah saya..beza umur 5 tahun.
_
Atiq



Comments

JEMPUTAN MAJLIS TAHLIL DAN AQIQAH 17 April 2010

Labels:


Assalamualaikum..

Kepada warga SP5,

Prof Samsudin Abd Rahim dan Pn Basinah Hj Taib

Dengan segala hormatnya menjemput tuan/puan ke majlis tahlil dan aqiqah cucunda sulung kami

SHAHISTA KARLEESHA BT SHAHMI SAIFUDDIN

yang akan diadakan di NO 4, JLN 5/3, Bandar Seri Putra pada 17 April 2010(Sabtu)

Masa : 11 pagi (Majlis tahlil dan cukur jambul)
12.30 tgh hari - 3 ptg (Jamuan)

Kehadiran tuan/puan diharap dapat memeriahkan lagi majlis kami.





Comments

BBQ Surau Al-Hijrah - Laporan Bergambar

Labels:

Seri Putra, Bangi.
10 April 2010.

Surau Al-Hijrah telah mengadakan majlis BBQ Keluarga yang berlangsung diperkarangan surau Al-Hijrah semalam 10 April 2010. Majlis tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran dari pada lebih 60 keluarga/individu dari ahli kariah surau (Putra Tropika dan SP5). Majlis yang berlangsung adalah antara lain untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli kariah serta bersempena pendaftaran Anak Kariah dan Khairat Kematian.

Maklumat berkenaan perlunya pendaftaran anak kariah adalah seperti pekeliling yang diedarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang boleh dibaca di sini http://masjidas-salam.blogspot.com/2010/01/pendaftaran-anak-kariyah-bagi-surau.html.

Borang pendaftaran boleh diperolehi di sini http://www.scribd.com/doc/29263702/Al-Hijrah manakala maklumat lanjut boleh di muat turun di sini http://hazril.com/hijrah/fail/Khairat%20Kematian%20SAH.pdf

Manakala bagi pendaftaran khairat kematian surau Al-Hijrah, ianya meliputi Putra Tropika, SP5 dan Anjung Suasana. Ini telah diklasifikasikan oleh surau As-Syakirin yang menjadi penaung kepada Masjid Al-Mustaqim (dalam proses pembinaan, maklumat lanjut di sini http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html ).

Berikut beberapa gambar kenangan yang telah diambil untuk tatapan umum.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs451.ash1/24850_10150159841325176_329327610175_11994878_6078651_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841335176_329327610175_11994880_7145683_n.jpg
Ayam panggang

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs411.snc3/24850_10150159841350176_329327610175_11994882_5792728_n.jpg
Biri-biri panggang

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs411.snc3/24850_10150159841405176_329327610175_11994889_5445624_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841410176_329327610175_11994890_5691356_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841420176_329327610175_11994892_7856505_n.jpg
Hotdog, kambing panggang (slice) dan nasi lemak daun pisang


Skew dan rojak

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs411.snc3/24850_10150159841485176_329327610175_11994903_2892979_n.jpg  http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs411.snc3/24850_10150159841740176_329327610175_11994940_6289297_n.jpg
Kuah rojak dan kway teow panas.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841555176_329327610175_11994913_7225114_n.jpg
Orang kuat surau




Close-up orang kuat surau

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs451.ash1/24850_10150159841570176_329327610175_11994915_163613_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841580176_329327610175_11994916_818988_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841590176_329327610175_11994918_4516273_n.jpg
Sebahagian yang hadir semasa ucapan alu-aluan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs431.snc3/24850_10150159841725176_329327610175_11994938_1282077_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs451.ash1/24850_10150159841770176_329327610175_11994943_7099982_n.jpg
Semasa makan.

Diharap majlis yang seumpama ini atau apa sahaja acara yang dijalankan oleh surau akan mendapat sambutan daripada ahli kariah di masa akan datang.

-Khai@BSP



Comments

Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.