Carian entri blog
Kuliah Pengajian di Surau Al-Hijrah
Tuesday, March 30, 2010 |
Night Jogathon 2010
Night Jogathon 2010
3 April 2010
4.00 pm - 12.00 am
Kolej IUCTT Bangi
Tuesday, March 30, 2010 |
Protect yourself against home burglary
Forworded from some mailinglist. As salam to all, A nice article for your reading pleasure. A little bit long but some of the points can be useful. While it may be impossible to eliminate/ avoid unfortunate circumstances, these simple and easy-to-follow steps may be the things we need to deter the criminals from entering our priceless nest and leaving us with a costly experience. Criminals are people who utilise every opportunity to benefit themselves from unsuspecting community member/s. We can blame it to destiny but it definitely pays off to be extra vigilant at all time. Man plans but God is the absolute Planner Protect yourself against home burglary Whether you live in a house, a condo or an apartment, a break-in can permanently shatter your feeling of security at home. According to FBI statistics, a house, apartment or condominium is burglarized once every 15 seconds. Fortunately, burglary is probably the most preventable of crimes. By taking a few simple precautions, you can dramatically reduce the risks. Of course, every home and every situation is different, and there are no guarantees. The first step is to determine what kind of threat you are trying to protect against. For example, defending against personal threats, such as assault, requires different measures than defending against burglary. Most home burglars do not give great amounts of thought to planning the job and assessing the benefits vs. dangers, but understanding how they choose a target can go a long way in reducing your chances of being a victim. Most burglars look for:
Did you know? More residential burglaries occur during the day because homes tend to be vacant more often. How to prevent break-ins:
When away for more than a day:
In short, make your house look the same whether you are away or at home. Eliminate hiding places
Use common sense caution
Make your home a harder target Did you know? The average burglar will spend no more than four to five minutes trying to break into a residence.
Inventory and mark your belongings. Mark your belongings with an engraving pen so that they can be traced and return them to you if stolen. These pens are usually available at your local police station. Ask your police department what numbers to use when marking your belongings. Never mark them with your social security number. Be a good neighbor
|
Tuesday, March 30, 2010 |
Rompakan dan Langkah-langkah Keselamatan
TUAN & PUAN
SUSULAN DARIPADA DUA KEJADIAN YANG BERLAKU DI KAWASAN KITA HARI INI (PECAH RUMAH (PROF) DAN CUBAAN PECAH RUMAH (BOB)), PIHAK AJK TELAH MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH BERIKUT BERKUATKUASA PADA 30HB MAC 2010 DENGAN HARAPAN TAHAP KESELAMATAN DAPAT DITINGKATKAN INSYA'ALLAH.
1.LALUAN KEDUA DITUTUP SEMULA.
2.JADUAL WAKTU BARU PENGAWAL KESELAMATAN BERTUGAS JUGA TELAH DIKEMASKINI.
3.KENDERAAN YANG TIADA PELEKAT KERETA SP5 AKAN DIMINTA BERHENTI DAN BUTIRAN KENDERAAN, NAMA DAN NO KP AKAN DICATAT.
SEKIAN HARAP MAKLUM.
Tx................bakar
Tuesday, March 30, 2010 |
Laporan BBQ @ PMC FORUMER 2010 (27 Mac 2010)
Dipetik dari: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3978.msg44001;topicseen#msg44001
Salam,
Alhamdulilah, Program BBQ@PMC FORUMER telah berjaya dilaksanakan seperti perancangan awal. Dengan kehadiran sekitar 120 orang majlis dimulakan pada jam 9.00 malam dengan bacaan doa diikuti ucapan Ahli Majlis Mpkj Zon 24 Tn. Hj Mazwan Bin Johar. Majlis juga diserikan dengan 3 cabutan bertuah juga sesi karaoke daripada forumer. Majlis seterusnya ditamatkan pada jam 11.15 malam.
Bagi pihak penyelaras, sekalung tahniah dah jutaan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang menyumbang samada tenaga, wang ringgit dan masa untuk menjayakan program pertama PMC ini.
sekali lagi, syabas dan terima kasih terutama kepada Tn Sulaiman Sabur...Barisan moderator dan ahli-ahli PMC dalam menyumbang apa jua bentuk sumbangan.
TLD
Monday, March 29, 2010 |
Mesyuarat PIBG SRA Pekan Bangi
Oleh Khai@BSP.
Sekolah Rendah Agama Pekan Bangi (SRA-PB) telah menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran anak-anak BSP sebelum wujudnya SRA-BSP. Terpanggil untuk mengetengahkan masalah SRA-PB yang mungkin ada lagi warga BSP/BM/TIP yang ingin membantu kepada kemudahan sekolah ini.
Masalah-masalah ini saya petik dari blog YB Dr Shafie Abu Bakar yang hadir merasmikan mesyuarat PIBG sekolah baru-baru ini. Kepada yang ingin menyumbang bolehlah terus berjumpa dengan guru besar atau melalui guru-guru.
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/03/mesyuarat-agung-sekolah-agama-sungai.html
Manakala Sekolah Agama Pekan Bangi yang mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi kali ke 11 ini, mengalami perubahan dari dulunya sesak dengan murid-murid, kini agak selesa, kerana sebahagian dari murid-murid di sekolah ini berpindah ke Sekolah Agama Bandar Seri Putera yang dibuka pada akhir tahun 2009. Kini tinggal lebihkurang 400 orang murid dengan 17 orang guru. Sekolah ini menunjukkan prestasi yang baik dari segi pelajaran. Misalnya keputusan peperiksaan PSRA 2009 amat memberangsangkan dalam mana 6 orang pelajar mencapai peringkat mumtaz. Kita berharap dengan pertukaran Guru Besar yang baru dan dengan jumlah pelajar yang selesa dan persekolahan satu sesi (petang) semoga sekolah ini akan meningkat dari segi prestasi pelajaran dan yang lain.
Masalah yang dihadapi oleh sekolah ini sebagaimana ADUN berbincang dengan Pengerusi PIBG, iaitu saudara Zul Nor, oleh kerana sekolah ini agak tersorok ke dalam, terlindung dari pandangan dari jalan dan hampir tiada perumahan di sekelilingnya, maka sekolah ini sering diceroboh dan berkali-kali berlaku kecurian barang-barang. Misalnya komputer yang disumbangkan oleh ADUN Bangi dicuri, begitu juga dengan PA system juga kena curi, begitu juga dengan beberapa barangan lain turut dicuri, bahkan sistem wiring letrik juga dirosak dan dicuri. Ini menyebabkan sekolah mengalami puluhan ribu ringgit kerugian. Hari ini tabung pungutan diedar untuk mendapat dana bagi membeli PA sistem yang baru. Kita harap ianya tidak menjadi bahan curian pencuri lagi.
ADUN sebelum merasmikan Mesyuarat Agung melahirkan kerisauan dan mengharapkan langkah-langkah keselamatan diambil, seperti mengambil pengawal bekerja, guru atau pekerja tinggal di kawasan atau berhampiran sekolah dan tidak meninggalkan barang-barang berharga di sekolah. Sekolah ini juga mengalami kerosakan tandas. Yang dapat digunakan ialah 2 unit untuk murid-murid perempuan dan hanya satu unit untuk murid-murid lelaki. ADUN menggesa agak kerosakan ini perlu segera dibaiki.
Monday, March 29, 2010 |
Security Payment for mth of Mar 2010 & Sinking Fund (Jan-Mar'10)
The security fee for month of March 2010 and Sinking Fund (Jan-Mar'10) are due for payment. Kindly choose the following mode of payments for your convenient.
1.To pay cash or cheque (post dated cheques are also acceptable) to the Committee Members mentioned below:
5/3 - Nordin Pilot
5/5 - Rosley and Azhan
5/6 - Dato Annas & Abu Bakar
5/7 - Zuwairi
2. To pay through online banking:
Account No: 164100-278467 (MBB)
Pls text Aziz at hp 019-2112661 once payment is made.
Kindly also note that the Committee Member is still going around to collect the fee if the payment is not received
Thank you in advance for your kind cooperation, support and understanding.
Thanks & Regards
Abu Bakar Sohit
No. 4, Jalan 5/6
Monday, March 29, 2010 |
Keputusan Perlawanan Bolasepak Persahabatan - 27/03/2010
Tahniah kepada semua yang bermain.
From: rosli <matlielaa@yahoo.co.uk>
Sedara2 kita semua,
Buat pengetahuan, keputusan perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan kita yg bergabung dgn pemain2 dari DSentral untuk perlawanan persahabatan dgn Wish Club Malaysia FC pada petang tadi ialah seri 3 - 3 ... saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pemain yg hadir ... mungkin kalu ada lagi perlawanan selepas ini, diharap ramai lagi yg boleh turun ....
Wassalam...
p/s - marilah kita turun bersukan beramai-ramai....kita ada bolasepak, badminton, netball, volleyball... ni antara games yg kita sudah ada dan juga yg telah dirancang...cuma pemain je kurang.... bersukan ni ada gak faedahnya...boleh sihatkan badan... ni tak, manjang nak sakitkan hati dan kepala otak dgn isu keselamatan dan 2nd entrance tu...kan ke tu boleh memudaratkan kesihatan.... lagi satu, majoriti pun dah setuju..ish..ish..ish..
Monday, March 29, 2010 |
QiGong exercise
Warga SP5 yang berkelapangan bolehlah mengikuti sesi QiGong yang biasanya diadakan pada pagi Sabtu yang dikendalikan oleh pakar QiGong kita Dato Annas.
Semoga SP5 cergas dan cemerlang.
From: Dato Annas <dato.annas@yahoo.com>
Monday, March 29, 2010 |
Fwd: [suraualhijrah] Notis Mesyuarat bulanan March 2010
FYI
From: <anuarbinali@gmail.com>
Salam semua,
Mesyuarat bulanan March akan diadakan pada
Tarikh : 28 Mac 2010, Ahad
Masa : Selepas Isyak
Semua AJK dan ahli kariah dijemput hadir. Sekian terimakasih
Anuar Ali
Setiausaha
Thursday, March 25, 2010 |
BACA@KOMUTER Edisi Khas PBAKL 2010, 27 Mac 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Tuan dan Puan yang dihormati sekalian,
Projek BACA@KOMUTER Edisi Khas PBAKL 2010 akan diadakan pada 27 Mac 2010 bersamaan hari Sabtu.
Pergerakan akan bermula pada jam 9.30 pagi dari Stesen KTM Seremban dan berakhir di Stesen KTM Putra.
Bahan bacaan adalah bebas - buku, akhbar, majalah, jurnal, komik dan apa sahaja, selagi tidak melanggar tatasusila agama dan bangsa.
Sesuai dengan nama 'Edisi Khas PBAKL 2010', dengan ini saya paparkan antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di beberapa booth yang memberikan sokongan kepada projek BACA@KOMUTER nanti.
Maklumat lanjut disini: http://www.facebook.com/profile.php?id=333387238552
Monday, March 22, 2010 |
Pesta Buka Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC
Semalam (Jumaat 19 Mac 2010) saya dan keluarga sempat singgah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC .
Sempena cuti sekolah, saya telah mengambil cuti untuk membawa keluarga ke sana disamping persepsi saya bahawa kurang pengunjung berbandin hari Sabtu dan Ahad. Tapi nampaknya tanggapan saya salah. Sesampai di sana sekitar pukul 10 pagi, parking pun telah penuh sesak. Sesampai di dalam PWTC, hanya kepala manusia yang boleh dilihat dicelah-celah buku yang dipamerkan. Disebabkan saya membawak "sekapal", maka hanya gerai-gerai yang telah dikenalpasti lebih awal sahaja yang dapat disinggah seperti gerai PTS (Tag: Saya telah di PTSkan), True Wealth (Aziz Ali), Karangkraf, gerai PINK Ain Maisara dsb.
Pelbagai jenis buku boleh diperolehi seperti buku-buku bersaiz besar dan yang mengeluarkan bunyi. Genre yang dipamerkan juga mecakupi semua peringkat umur dari kanak-kanak hinggakan orang dewasa. Malangnya seperti tahun-tahun sebelumnya, perkara yang tidak disukai saya adalah strategi pemasaran agresif oleh syarikat seperti Grolier. Bagi saya syarikat ini mengganggu pengunjung dan terlalu banyak kawasan yang dikuasai mereka. Ini menyebabkan pengunjung seperti saya rasa tidak selesa dan terlepas beberapa gerai yang berdekatan dengan kawasan mereka.
Tetapi secara keseluruhan, ianya amat menarik untuk dikunjungi terutama bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak. Bagi yang belum berkesampatan lagi, mungkin boleh pergi semasa hari bekerja sebab ia akan dibuka hingga Ahad depan.
Selamat berpesta.
Di gerai PTS
Pengunjung PTS boleh dapatkan bantuan daripada 'koboi-koboi' PTS.
Antara genre yang menjadi pilihan saya.
Nak masa apa hari ini? Apa perbagai pilihan disini. Tapi kena masak sendiri.
PTS Islamika
Jom jadi jutawan!
Novel remaja yang mendapat suntikan Islam oleh PTS
Komik yang menjana imiginasi anak-anak.
Di gerai Karangkraft
Dinding Krangkraf yang amat menarik dan ceria.
Majalah keluaran Karangkraft
Gerai Pink @ Ain Maisara
Penulis prolifik PTS, Ain Maisara mempunyai gerainya tersendiri. Gerai PINK Ain Maisara. Menarik minat anak perempuan saya.
Hadiah dan buku di gerai PINK.
Antara buku tulisan Ain Maisara.
Set box limited edition bagi yang membeli RM50 dan ke atas.
Ain Maisara (kiri) dan penulis bersama.
Hasil Tangkapan
Beg PTS.. dah 10 tahun PTS. Diharap terus berkembang.
Tangkapan ibu dan ayah.
Tangkapan anak-anak.
Koleksi ibu.
Bacaan ayah.
Dari gerai Ain Maisara.
Novel tulisan Ain Maisara yang dibeli.
Oleh Khai@BSP.
Saturday, March 20, 2010 |
Bola Jaring Persahabatan Kaum Wanita / Ibu
Ada ke yang nak main?
From: omar sabki <omarsabkinordin71@yahoo.com>
Date: 2010/3/20
Saturday, March 20, 2010 |
Terkini: Perlawanan Bolasepak Persahabatan - 27/03/2010
From: rosli <matlielaa@yahoo.co.uk>
Date: 2010/3/18
Salam semua,
Buat pengetahuan pemain2 bola, perlawanan persahabatan ini akan dilangsungkan di padang Persada Plus Football Field, Subang... nanti dapat map saya akan sertakan sekali... masa dan tarikh adalah sama iaitu pada 27/03/2010 (Sabtu) pukul 5.00pm ... tiada padang yg available utk kita sewa disekitar Bangi pada tarikh tersebut.... jadi kawan saya terpaksa mencari sampai ke Subang...
Diharapkan para pemain dan yg bakal bermain dapat menurunkan diri anda, insyallah....kepada yg belum mendaftarkan diri lagi, sila daftarkan nama anda secepat yg mungkin kerana jika tidak cukup korum, saya terpaksa batalkan perlawanan ini....nanti nak bayar deposit utk padang dan referee...
Wassalam...
Friday, March 19, 2010 |
Solat Jumaat di Surau AsSyakirin BSP
Solat Jumaat di Surau AsSyakirin BSP
17Mar2010 Posted by azizailan Labels: AgamaSumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/03/solat-jumaat-di-surau-assyakirin-bsp.html
Salam kepada semua Muslimin/muslimat Warga BSP, adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Surau AsSyakirin BSP telan pun mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mendirikan Solat Jumaat berjemaah.
Oleh itu InsyAllah Sembahyang Jumaat berjemaah akan mula didirikan di Surau ini pada 2hb.April 2010.
Sekian untuk makluman semua.
Wassalam
Pengerusi&AJK Surau AsSyakirin BSP
Thursday, March 18, 2010 |
Fwd: Guru, 3 murid tadika diserang lelaki kurang siuman
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata Nur Nadrah Nabila Mohd Yusri, 6, dan Alex Tan Kar Eik, 6, mengalami keretakan di bahagian kepala manakala seorang lagi murid Vincent Tey Hui Seng, 6, dan guru Boon Kiun Sew, 45, mengalami kecederaan di badan.
"Kesemua mangsa dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika 60 murid tadika berkenaan sedang menikmati sarapan pagi.
"Seorang lelaki bertopi keledar dan memakai pakaian serba hitam telah menceroboh tadika berkenaan dengan memanjat pagar lalu memukul guru wanita terbabit menggunakan tukul besi sebelum memukul bahagian kepala tiga orang kanak-kanak," katanya.
Thursday, March 11, 2010 |
Design Baru - TEMPAHAN T-SHIRT PMC 2010 (Limited Edition)
TEMPAHAN T-SHIRT PMC 2010 (Limited Edition)
Untuk makluman, design baju yang diwar-warkan sebelum ini telah diubah. Begitu juga material dan harga. Serta ada option untuk lengan panjang dan juga lengan pendek. Diharap dengan design baru dan option baru ini, lebih ramai yang akan teruja membelinya.
kain jenis dry-fit (kain jersi)
harga RM33 for short sleeves
harga RM35 for long sleeves
nama : zalhilman bin ismail
bank : maybank
no akaun : 162263305263
LIMITED EDITION!!!!
kepada yang ingin membeli sila email kepada broz_graphic@yahoo.com dengan tajuk email "T-SHIRT PMC 2010 "
nama :
no tel :
size baju :
kuantiti baju :
tarikh pembayaran :
bukti pembayaran :
sila hubungi 012-3405141 mie setelah pembayaran di lakukan dan jangan lupa email butiran peribadi kepada saya.
***tarikh tutup tempahan 18 mac 2010
Diskusi disini: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3702.0
Thursday, March 11, 2010 |
BBQ Putra-Mahkota.com dan T-Shirt PMC 2010 (Limited Edition)
Oleh Khai@BSP.
Bandar Seri Putra 10 Mac 2010.
Bersempena dengan ulangtahun pertama (dan sudah hampir ke ulangtahun ke-2), Forum Putra-Mahkota.com (PMC) akan mengadakan majlis BBQ pada 27 Mac 2010 di Club House Bandar Bukit Mahkota. Acara ini sebagai penghargaan kepada PMC yang telah memberi maklumat semasa kepada penduduk Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra, Taman Impian Putra dan kawasan sekitarnya.
Acara ini juga telah mendapat sokongan daripada Ahli Majlis MPKJ Tn Hj Mazwan Johar dan sehingga kini ramai forumer PMC telah mendaftarkan diri. Ramai lagi juga dijangka mendaftarkan diri dan hadir pada saat-saat akhir.
Bagi pihak penganjur, saya menyeru semua warga BBM, BSP, TIP dan kawasan sekitarnya dapat sama-sama hadir memeriahkan majlis yang akan julung kali diadakan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di forum PMC sendiri di http://putra-mahkota.com.
Disamping itu, t-shirt PMC 2010 juga ada dijual untuk kenang-kenangan. Jangan ketinggalan mendapatkannya.
Berikut maklumat berkenaan BBQ PMC dan T-Shirt PMC.
BBQ @ PMC FORUMER 2010
Tarikh : 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Club House Bandar Bukit Mahkota
SPONSOR & VOLUNTEER
1. wai - minuman
2. PMB - banner & Ketam 5 Kg
3. BOB@MAEPS - tong BBQ & Peralatan
4. MonteCarlo - Roti/Bun/Kek/Kuih-Muih
5. PMC aka Sulaiman - Kambing
6. Cik Melah - Air Mata Kuching
7. TLD - Permit if required (menerima kebenaran penganjuran tanpa permit oleh SI balai Polis Bangi 8.2.2010 tanpa melanggar beberapa syarat)
MENU CADANGAN (Termasuk yg di atas)
1. BBQ Kambing Frozen
2. Roti/Bun/Kek/Kuih-Muih
3. Air Minuman
PEMBAYARAN
Jumlah Bayaran Dewasa : RM 20/head (Minimum, lebih pun tak pe)
Jumlah Package Keluarga : RM 40
Total jika anda hadir bersama keluarga = RM 40.00
Bank : CIMB Bank
Account Type : Current Account
Account No : 04 1600 0036 8057
Account Holder : MAMAT ENDUT (Pinjam account pengerusi persatuan penduduk sek 5)
Follow-Up : Lepas bank-in SMS nama & no transaksi....ke +6012-3919853 (Hanya untuk urusan BBQ sahaja)
AKTIVITI
1600 - 2030 : Persediaan
2030 - 2100 : Kehadiran Forumer
2100 - 2115 : Ucapan Pengerusi Majlis TLD
2115 - 2330 : Makan
2115 - 2330 : Jualan Product PMC
2330 - 0000 : Housekeeping
Tarikh Akhir pembayaran : 15 Mac 2010 (10.00 malam)
TEMAPAHAN T-SHIRT PMC 2010 (Limited Edition)
harga: RM28.00/ size: malaysian size/ kain: 100% cotton
nama : zalhilman bin ismail
bank : maybank
no akaun : 162263305263
LIMITED EDITION!!!!
kepada yang ingin membeli sila email kepada broz_graphic@yahoo.com dengan tajuk email "T-SHIRT PMC 2010 "
nama :
no tel :
size baju :
kuantiti baju :
tarikh pembayaran :
bukti pembayaran :
sila hubungi 012-3405141 mie setelah pembayaran di lakukan dan jangan lupa email butiran peribadi kepada sy.***tarikh tutup tempahan 18 mac 2010
Wednesday, March 10, 2010 |
Notis Pemberitahuan & Laluan Ke2.
Kepada Semua Warga SP5 yang dihormati,
Thanks & Regards
Abu Bakar Sohit
No. 4, Jalan 5/6
H/p 019-7282044
Online Payment for Security Fee:
Account Name: Aziz bin Manas (Treasurer)
Account No: 164100-278467 (Maybank)
Pls text En. Aziz at hp 019-2112661 once payment is made.
Wednesday, March 10, 2010 |
Tahlil (Ralat)
Assalamualaikum w.b.t
kepada semua warga SP5 adalah dijemput hadir ke rumah Encik Sallehi 20, Jalan 5/4, pada Rabu, 10-03-2010, jam 9 malam (setelah usai isya').....sempena Tahlil arwah bonda mentua beliau.
Harap maklum dan dapatlah kiranya hadir pada malam tersebut dan sama-sama menyempurnakan hajat beliau serta keluarga.
salam.
salman selamat
Wednesday, March 10, 2010 |
Perlawanan Bolasepak Persahabatan - 27/03/2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Buat pengetahuan semua, satu perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan bolasepak kita, Seriputra 5 FC dgn Wish Club Malaysia FC (WCMFC) telah dirancang untuk diadakan seperti butiran di bawah: Tarikh : 27/03/2010 (Sabtu) Masa : 5:00 pm Tempat : Padang PERMATA, Petronas Training Center, Bangi - jika ada perubahan tempat, akan di beritahu dgn kadar segera. Diharap kepada semua pemain bolasepak handalan kita yg akan beraksi dlm pertandingan bolasepak Liga Veteran BSP dapat menghadirkan diri. Dan tolong sebarkan kepada mereka yg tidak join yahoogroup ni. Pemain yg telah mengesahkan penyertaan sila email Rosli di alamat matlielaa@yahoo.co.uk |
Tuesday, March 09, 2010 |
Suspek pecah rumah
Maklumat dari blog Bandar Seri Putra
http://www.bandarseriputra.info/
08/03/10 10:28 wan: Sila hubungi BP BSP 03-89258222 sekiranya kedua-dua suspek ini didapati berlegar di kawasan kejiranan anda |
08/03/10 10:27 wan: laporan dari BP BSP - 2 org dipercayai berbangsa india, menaiki motorsikal jenis honda c90 lampu petak, dilaporkan melakukan jenayah pecah rumah di kawasan BSP. |
08/03/10 10:24 wan: sila perhatikan sebuah kereta saga lama berwarna kelabu..sekiranya mereka dlm keadaan mencurigakan sila hubungi BP BSP 03-89258222 |
Monday, March 08, 2010 |
Terkini: Majlis Yassin dan Tahlil - Puan Khadijah dan En Sollehi
From: salman selamat
perubahan waktu dan tempat Tahlil dan Yasinan untuk allhyarham bonda Kak Khadijah dan Abang Sallehi
isnin dan selasa : 8 dan 9 - 03-2010
Tempat Surau assyakirin
Masa : Lepas Isya'
Rabu : 10-03-2010
Tempat : Rumah Encik Sallehi, 20, jalan 5/4
Waktu Lepas maghrib
Harap maklum dan dapatlah kiranya menghadirkan diri
salam
salman selamat
13, jsp 5/6, bsp
Monday, March 08, 2010 |
Kerajaan Akan Keluarkan Garis Panduan “Komuniti Berpengawal”
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengumumkan tidak lama lagi garis panduan tentang kawasan perumahan jenis "komuniti berpengawal" berikutan kemunculan semakin banyak konsep perumahan seperti itu kebelakangan ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata oleh kerana belum terdapat garis panduan khusus mengenainya, maka kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mewujudkan undang-undang kecil masing-masing yang tidak seragam.
"Kebanyakan komuniti berpengawal ini diwujudkan oleh kumpulan pemilik rumah atas daya usaha sendiri. Oleh kerana timbul beberapa isu berkaitan undang-undang, maka kami perlu mewujudkan garis panduan mengenainya," kata beliau kepada Bernama Khamis.
Komuniti berpengawal bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia muncul apabila sekumpulan penduduk menggunakan khidmat pengawal keselamatan dan memagar kawasan taman mereka bagi tujuan mencegah jenayah.
Tetapi, ada persatuan penduduk yang menggunakan undang-undang sendiri untuk memagar kawasan tertentu dan menutup jalan dengan sesuka hati dan dalam sesetengah kes, tanpa berbincang dengan penduduk lain di kawasan mereka.
Walaupun langkah itu dikatakan mampu mengurangkan kegiatan jenayah, namun ia menimbulkan beberapa isu undang-undang serta melanggar Akta Jalan Raya, Perparitan dan Bangunan 1974.
Akta berkenaan menyebut bahawa tiada mana-mana jalan awam boleh dihalang. Peraturan serupa terpakai mengikut Seksyen 62 dan 136 Kanun Tanah Negara 1965 dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Undang-undang juga menyebut bahawa adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang cuba menghalang atau mengawal kawasan awam atau menutup, menghalang dan menyekat penggunaan jalan, parit atau ruang awam, tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa berkenaan.
Perbuatan memagar taman perumahan dengan sesuka hati adalah bercanggah dengan Seksyen 46 (1) Akta Perparitan Awam dan Bangunan 1974, Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 62 dan 136 Kanun Tanah Negara 1965.
Di samping itu, sekiranya pos pengawal didirikan di atas tanah awam atau di bahu jalan, ia melanggar peruntukan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976.
Seksyen 46 (1) Akta Perparitan Jalan dan Bangunan juga melarang seseorang daripada membina, mendirikan, menyenggara atau mengeluarkan permit bagi menyenggara sebarang tembok atau pagar di tempat awam. Adalah juga menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menutup atau menghalang sebarang longkang terbuka atau saluran air di tepi jalan, tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.
Bagaiamanapun, kata Kong berdasarkan beberapa isu keselamatan yang disuarakan oleh penduduk, sesetengah kerajaan negeri, termasuk Selangor, melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah negeri, telah menggubal satu set garis panduan dikenali sebagai Skim Komuniti Berpagar dan Berpengawal.
"Tiada masalah bagi pengawal keselamatan swasta membuat rondaan di jalan awam di kawasan perumahan jika ia diatur oleh persatuan penduduk, tetapi ia perlu dibincang dengan pihak berkuasa tempatan dan polis terlebih dahulu," katanya.
Kong berkata antara garis panduan yang dikelurkan kerajaan tempatan bagi komuniti berpengawal adalah yang mempunyai kaitan dengan pembinan pondok pengawal dan penggunaan khidmat syarikat kawalan keselamatan dengan persetujuan penduduk kawasan terbabit.
Contohnya, ada pihak berkuasa membenarkan pondok pengawal dibina sekiranya permohonan mengenainya dibuat melalui persatuan penduduk dan dipersetujui sekurang-kurngnya oleh 85 peratus penduduk di sesuatu kawasan.
Ia juga boleh diadakan dengan syarat persatuan penduduk perlu memastikan pondok pengawal yang didirikan itu tidak mempunyai penghadang dan lokasinya tidak menghalang lalu lintas.
Bagaimanapun, kata Kong, ada juga pihak berkuasa tempatan yang membenarkan penghadang dibina, asalkan ia mendapat sokongan kuat penduduk setempat dan tidak menghalang lalu lintas.
"Bagi komunitu berpintu pagar, tidak banyak isu yang timbul kerana ia mempunyai badan pengurusan sah yang ditubuhkan berdasarkan hak milik strata dan kebanyakan pangsapuri dan kondominium tergolong dalam komuniti ini.
"Tapi, bagi komuniti berpengawal, ia berbeza kerana ia tidak boleh digolongkan sebagai komuniti berpintu pagar," katanya.
– BERNAMA
Monday, March 08, 2010 |
Back up Data menggunakan Gmail Drive
Salam,
Cara penstoran data menggunakan Gmail.
-Khai-
Back up Data menggunakan Gmail Drive |
Assalamualaikum.
Kehilangan data adalah sesuatu yang perlu kita hindari. Di sini saya ingin berkongsi cara memakai Gmail Drive. Percuma Mudah dan Selamat!..Selamat mencuba...
*Pastikan ada internet connection...
1.Download Gmail Drive dulu..
2.Unzip dan install...
3.Kemudian buka My Computer dan anda akan lihat seperti di bawah...
4.Klik ke Gmail Drive..dan akan terbuka tampilan seperti ini...
5.Log in menggunakan id google anda....dan terbukalah Gmail Drive
Jadi anda bolehlah meletakkan data-data anda yang penting dalam Gmail Drive ini...Semoga posting ini bermanfaat..:)
Sila layari blog saya di http://afe87.blogspot.com/2009/12/back-up-data-menggunakan-gmail-drive.html
Sunday, March 07, 2010 |
Kematian dan Tahlil
Al-fatihah buat bonda Kak Khadijah, 20, jln 5/4, dan ibu-mentua abang Sollehi, yang telah kembali ke rahmahtullah pada jam 11.30 pagi, 7/03/10, dan telah selamat disemadikan ditanah perkuburan Islam Bandar Seri Putra jam 5.30 pm.
Sehubungan dengan itu, satu majlis Yasin dan Tahlil akan diadakan mulai hari isnin (8/03/10) , selasa dan rabu mulai selepas Maghrib (8:00 malam). Sayugia, saya bagi pihak Abang Sollehi dan keluarga beliau menjemput tuan/puan kerumah beliau bagi tujuan majlis tersebut.
Semoga kehadiran tuan/puan majlis akan lebih dirahmati.
Sekian.
salman selamat
Sunday, March 07, 2010 |
Info Masjid Al-Mustaqim, BSP
Makluman terkini berkenaan pembinaan Masjid Al-Mustaqim boleh diperolehi di sini.
http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html
Sunday, March 07, 2010 |
Forum Maulidur Rasul di Surau Ar-Raudah Sek5, BBM, 6 Mac, Lepas Maghrib
Assalamualaikum,
Dijemput semua muslimin & Muslimat hadir ke program:
Forum Maulidur Rasul bertajuk " Rasullullah s.a.w Ikutan Agung"
Tempat : Surau Ar-Raudhah, Sek5, bdr bukit mahkota
Masa : Selepas Magrib
Tarikh : Sabtu /6-3-2010
Panelis forum :
1) Ust Dr Azhar Yaakub ( UTM)
2) Ust Ramli Sidom (JAIS)
Moderator :
1) Ust Al-Ikhsan Razali.
Sumber:http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3682.msg40130#msg40130
Friday, March 05, 2010 |
Pendaftaran pelajar Tahun 1 di SK BSP sesi 2011 & 2012 secara online...
Sumber: http://mahkota5.blogspot.com/2010/03/pendaftaran-pelajar-tahun-1-di-sk-bsp.html
Assalamualaikum,
Pendaftaran pelajar tahun 1 di SK Bdr seri putra untuk sesi 2011 & 2012 boleh dibuat secara online mulai 1 Mac 2010 sehingga 30 April 2010.
Daftar disini :
Maklumat lanjut sepertimana berikut:
Contoh borang yang diisi:
2.0 Maklumat Anak
2.1 Nama Penuh
Sila isi nama penuh anda (HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan. Jika nama anda melebihi 40 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.
*Contoh : MOHAMED ZULKARNAIN B MOHAMED MUSTAPHA ABDULLAH
*Nota: Maklumat ini boleh dipinda.
2.2 Nombor Kad Pengenalan/ No Surat Beranak
No. Kad Pengenalan/ No Surat Beranak akan digunakan sebagai ID Murid apabila membuat semakan atau pengemaskinian
3.0 Alamat
3.1 Alamat Tempat
Sila masukkan alamat surat mesyurat bagi memudahkan proses hubungan. Jika ruang tidak mencukupi, gunakan huruf-huruf ringkas.
Selangor Darul Ehsan
Contoh :
39, JLN KLANG BANTING,
42500 TELOK PANGLIMA GARANG,
SELANGOR
3.2 Nombor Telefon
Sila masukkan nombor telefon ( rumah/pejabat/handset ) dalam ruang berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.
Contoh : 013 - 3526656 Contoh : 03 - 22656636
Jadikan : 0133526656 Jadikan : 0322656636
Disediakan oleh:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota
Wednesday, March 03, 2010 |
Ceramah Bulanan - 13 march 2010 Surau Al Hijrah
Assalamualaikum....
Surau Al Hijrah sekali lagi mengadakan ceramah Bulanan pada 13 March 2010 Selepas Solat Isya'.
Semua penduduk bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Bangi Lama dan Impian putra dijemput hadir... kita ramaikan program ceramah kita.. kita tunjukkan kekuatan islam itu ada pada kita semoga kita semua mendapat keberkatan...
Wednesday, March 03, 2010 |
Sambutan Maulidur Rasul peringkat SRA-BSP
Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP) akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari Sabtu ini 6 Mac 2010. Murid-murid SRA-BSP adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan tersebut. Manakala ibubapa juga boleh turut serta dalam perarakan tersebut. Majlis sambutan akan bermula pada 8.00 pagi dengan berkumpul di sekolah dan perarakan akan dimulakan sekitar 8.30 pagi. Antara aktiviti yang akan juga dijalankan adalah tayangan video untuk murid Tahun 1-3 dan perarakan sekitar BSP tersebut dikhususkan untuk murid tahun 4-6.
Sambutan Maulidur Rasul peringkat SRA-BSP
Tarikh: 6 Mac 2010
Masa: 8.00 pagi (berkumpul di sekolah)
Tempat: SRA-BSP
Acara:
- Berkumpul di sekolah (8.00 pagi)
- Perarakan sekitar BSP (8.30 pagi) - dikhususkan untuk murid tahun 4-6
- Tayangan video - dikhususkan untuk murid tahun 1-3
Sumber: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2010/03/sambutan-maulidur-rasul-peringkat-sra.html
Wednesday, March 03, 2010 |
SRA-BSP: Makluman terkini 3 Mac 2010
Assalammualaikum.
Makluman terkini darip pihak sekolah.
- Peperiksaan akan bermula esok 4 Mac 2010.
- Bagaimanapun peperiksaan pada hari Jumaat (hanya untuk hari Jumaat) adalah ditunda ke hari Khamis depan 11 Mac 2010 disebabkan pertembungan aktiviti Sambutan Maulidur Rasul di SK BSP.
- Pendaftaran kemasukkan tahun 1 2011 akan hanya dibuat selepas bulan Mei. Banner akan dinaikkan untuk makluman ibubapa.
- Isu pengawal keselamatan yang tamat perkhidmatannya. Sebagai makluman, pengawal tersebut telah digajikan oleh kontraktor yang membina sekolah SRA-BSP dan khidmat syarikat tersebut telah ditamatkan bulan lepas.
- Sambutan Maulidur Rasul peringkat SRA-BSP. Sambutan tersebut akan diadakan pada Sabtu ini 6 Mac 2010 bermula 8.30 pagi. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah tayangan video untuk murid Tahun 1-3 dan perarakan sekitar BSP untuk murid tahun 4-6. Semua murid SRA-BSP digalakkan hadir dan ibubapa boleh juga turut serta dalam perarakan tersebut.
Sumber: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2010/03/makluman-terkini-3-mac-2010.html
Wednesday, March 03, 2010 |
Jom Kayuh Basikal !!!- Le tour De LEKAS Highway
Geng Putratropika sedang merancang untuk membuat kayuhan LEKAS Highway pada 6 March 2010 ini, masuk kot Semenyih sampai ke penghujung LEKAS Highway iaitu di Pantai. Namun LEKAS Highway hanya dibuka setakat PAJAM sahaja namun basikal boleh melalui sampai ke Pantai dari pantai balik melalui jalan persekutuan sampai ke Lenggeng terus ke Sg. Jai dan Beranang dan balik melalui Jalan 6 kaki sg. Kembung seterusnya sampai ke BSP. Jarak perjalanan melebihi 60 km
Kepada sesiapa yg nak ikut serta bolehlah mengisi nama anda di ruangan
http://putratropika.com/forum/index.php?topic=1624.0
Isi nama anda dan nombor telefon bagi warga luar putratropika bagi menyenangkan sebarang info untuk disalurkan...
Kita kayuh jika larat, bila penat kita rehat.. moto kayuhan kali ini....
Dipetik dari http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3609.msg39477#msg39477
Tuesday, March 02, 2010 |
Karnival Industri Lanskap di Bandar Baru Bangi
Karnival Industri Lanskap bersempena Hari Lanskap Negara 2010
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi Selangor
Orang ramai dijemput hadir
Aktiviti:
Bahan Tanaman Lanskap
Lanskap Kejur
Peralatan Penyelenggaran
Buku-buku lanskap
Dipetik dari http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3613.0
Cerita serupa oleh ADUN Bangi http://drshafie.blogspot.com/2010/02/meraikan-perasmian-sambutan-hari.html
Tuesday, March 02, 2010 |