feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





PPBSP: Maklumbalas Rumah Sampah Vista

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/223327_169465906442179_169051276483642_365319_2703042_n.jpg

Assalamu alaikum wr wb wm.
 
Datuk-datuk/Tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT.
 
Alhamdulillah semalam satu mesyuarat AJK PPBSP telah diadakan dan antara isu yang dibincang ialah sampah di VSP. Notis mesyuarat ini juga telah dipanjangkan kepada semua pengerusi/wakil persatuan penduduk taman. Saya telah memohon setiausaha Dr Ramizi dan pen setiausaha Sdr Asfazian menghantar SMS dan panggilan telefon kepada semua pihak bagi mengingatkan akan mesyuarat penting ini. Alhamdulillah SP5 telah diwakili oleh Sdr Rosley Abd Aziz. Tahniah kepada Tuan Jefri Jaafar Pengerusi SP5 kerana memberi komitmen yang serious. Kita juga bersyukur kepada Allah SWT kerana Tuan Haji Mazwan Johar Ahli Majlis MPKj Zon 24 turut hadir bagi memberi penjelasan isu sampah tersebut pada malam itu.
 
Dari penjelasan Tuan Haji Mazwan tindakan segera akan diambil seperti berikut:
1. Longgokan sampah sisa pejal dan barang-barang lama/rosak akan dibersihkan oleh kontraktor.
2. Rumah sampah VSP akan ditutup dari orang luar. Kontraktor akan membawa lori ke dalam kawasan VSP mengambil sampah 3 kali seminggu.
3. Bagi pembuangan barang-barang lama/rosak, pengguna perlu membayar kontraktor bagi perkhidmatan tersebut. ini adalah kerana perkhidmatan ini diluar skop kontrak mereka dan bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan yang diminta.
 
Adalah disyorkan semua pengerusi/wakil persatuan taman:
1. Menasihat anak buah masing-masing agar tidak lagi membuang barang-barang lama/rosak di rumah sampah VSP.
2. Merancang jadual mengumpul, membuang barang-barang lama/rosak dan berunding dengan kontraktor untuk mengambilnya. Kos perkhidmatan boleh dikongsi bersama diantara warga yang terlibat atau secara jemaah ditanggung oleh persatuan masing-masing.

Akhir kata saya ingin menasihati diri saya dan sahabat semua, marilah kita bermula dengan diri kita dan ahli keluarga kita agar tidak membuang sampah sewenang-wenangnya. Semoga dengan itu bandar kita bersih dan hati kitapun jadi bersih.

Wassalam terima kasih.
 

Ahmad Yusof 
YDP PPBSP
+6019 359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. CIMB ISLAMIC 12370000608108. BANK ISLAM 12029010059585. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.