feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Carian entri blog

Terkini





Terkini di SRA-BSP 15 April 2011

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG terlah bermesyuarat pada 15 April lalu dan berikut beberapa perkara yang boleh dimaklumkan.

Ucapan Guru Besar
•   Buku teks, masih menunggu penghantaran ke-2 (masih terdapat murid tahun 1 (sekitar30 orang) masih belum menerima buku tersebut)
•   Perasmian sekolah oleh Sultan Selangor – belum ada hitam putih.
•   Program Kemahiran Amal Islami (28 Mei, Sabtu). Sekali lagi sekolah menjadi tuan rumah.
•   Bayaran kenaikan elaun guru KAFA – masih tertangguh.


Biro Pembangunan dan Kewangan
•   Bagi pembinaan surau, PIBG perlu melantik consultant untuk kerja pemulaan.
•   Hasil mesyuarat khas dengan pengusaha van/bas

  • PIBG bersedia menyediakan tapak yg lebih teratur dan tersusun. Dicadangkan memohon tanah masjid untuk dijadikan tempat kenderaan sementara.
  • Pengusaha membantah. Mesyuarat menegaskan untuk tetap dengan keputusan melarang kenderaan luar memasuki kawasan sekolah kerana lebih banyak keburukan berbanding kebaikan dalam perkara ini.
  • Hubungan dengan polis tidak baik. PIBG dan sekolah akan cuba memperbaiki kelemahan ini.
  • Bonggol, zebra crossing akan dibuat bagi menberi amaran perlahan kepada pemandu kenderaan di hadapan sekolah.
•   2 pondok telefon oleh PERNEC akan dipasang di sekolah.
•   Masalah pendawaian elektrik tingkat 3 Blok A masih tergantung – dua opsyen, menunggu JKR atau PIBG akan keluarkan duit untuk periksa. Mesyuarat bersetuju untuk mencuba kedua-dua opsyen. Bagaimanapun tertakluk kepada kemampuan PIBG untuk opsyen kedua itu.
•   Perancangan aktiviti biro yang perlu dimasukkan ke dalam takwim PIBG (http://calendar.bandarseriputra.com)
o   Program Aqiqah
o   Program Berkhatan Beramai-ramai


Biro Kebajikan dan Keselamatan
•   Memohon mana-mana individu atau kumpulan yang menyumbang mural pada dinding sekolah bagi mencantikkannya.
•   Insya-Allah satu gotong-royong akan diadakan pada 21 Mei 2011


Biro Pendidikan dan Dakwah
•   Bagi pelajar yang akan menduduki PSRA, pengalaman tahun lepas SK boleh benarkan pelajar balik awal dan dikuarantin di SRA.
•   Mengharap sumbangan buku bagi perpustakaan sekolah.
•   Kelas Tahfiz pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, 8.15-9.45 malam, yuran RM30/sebulan
•   7-8 Nov 2011 Program Persediaan Awal Remaja, Masjid KLIA.

 - Bagi Pihak PIBG SRA-BSP -






Penafian

Pengendali blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini.